Chereads / Back To Febuary / Chapter 58 - Bab 58

Chapter 58 - Bab 58

Tia berjalan menuju ke arah papan tanda tertulis 'section close'. Seseorang menghampiri Tia dengan sehelai kertas putih, tertera nama di name tag bajunya Sham. Mereka menyuruh Tia mengisi borang terlebih dahulu sementara menunggu pengurusnya pulang dari bilik air. Tia hanya mengangguk tanda faham dan terus mengisi borang yang di beri tadi.

Sebaik sahaja Tia selesai mengisi borang. Matanya tak henti memerhati tingkah laku setiap pekerja di situ.

"Da siap ke?" Tanya Sham.

"Da-da." Senyum.

"Tunggu kejap la, bos saye tu kalau pergi bilik air memang lame sikit."

"Oh yeke." Tia sedikit kekok untuk berbual dengan orang yang dia sendiri belum kenal.

"Nak air ke?" Perlawa Sham lagi.

"Eh! Tak payah susah-susah." Sikapnya Sham buatkan Tia sedikit segan.

"Eh tak pe, air kosong je pun. Mana tahu penat cari kerja kosong ke kan."

"Terime kasih." Ucap Tia.

"Name awak sape?" Tanya Sham.

"Tia."

"Oh, macam pernah dengarlah." Sham mula memeluk tubuh.

"Hah! Kacau anak dara orang." Sergah seseorang berbaju hitam.

"Mane ade. Ni bos die nak mintak kerja. Saye dah suruh die isi borang."

"Bagus-bagus." Wanita cina itu mengambil tempat duduk berhadapan dengan Tia.

Tritttt-Tritttt Trittttt-Trittttt

Telefon pengurus tersebut berbunyi sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di kerusi.

"Hello." Tia hanya memerhati.

"Ye Man. Kenape tu?"

"Huh?! When?" Pengurus tersebut tiba-tiba sahaja terkejut.

"Oh, I turut simpati dengan you. So you nak sambung offday ka?" Dalam fikiran Tia mungkin pekerjanya di timpa musibah.

"Ok-ok, tomorrow you datang jumpe I dulu ok. Take care." Kata pengurus tersebut. Baik betul hubungan antara majikan dan pekerja.

"Kenape bos?" Tanya Sham si kepohchi.

"Iman. Ayah die dah meninggal." Tia turut berduka. Teringat masa mak dan ayahnya meninggal. Hatinya tiba-tiba jadi sebak. Dia mula gelengkan kepalanya untuk hilang rasa sedih tersebut.

"Innalillah. So Iman macam mane?" Tanya Sham lagi.

"I tak tau. Tapi die mau jumpe I dulu esok." Sham termenung seketika.

"Dah-dah pergi buat kerje sana. I nak interview die dulu." Arah pengurus.

"Baik boss." Sham hanya akur.

Tia memberi borang yang sudah di lengkapkan tadi. Dia mula menelan air liur kerana terlalu gementar melihat wanita berbangsa cina itu menyemak butiran dirinya.

"So Tia right?" Panggil pengurus tersebut.

"Ye." Jawab Tia laju.

"Transport nak datang sini ok?"

"Ok. I ade motor."

"Wah, tak bahaye ke?"

"I da biase. kalau hujan, I boleh naik bas." Jawab Tia lagi. Dia sudah pon fikir hal ni dari awal lagi.

"Ok good. So I think esok lah you start kerja boleh ka? Tapi tengah hari lah." Tia terkejut. Cepatnya?

"Tia? you ok ke?" Tanya pengurus tersebut. Tia tiba-tiba mengelamun.

"Eh! Ok-ok." Jawab Tia laju.

"Good. So jumpa esok lah. Datang sebelom pukol 1.30 boleh?"

"Ok boleh."

"Ok. You boleh balik."

"Thank you boss." Pengurus hanya senyum.

Zafril melilau semua gambar yang ada di ruang tamunya. Mengimbau satu persatu sisa kenangan yang ada. Betul lah orang cakap, selagi dia masih hidup kumpullah sebanyak mungkin kenangan. Bila tiba masanya kenangan itu juga yang akan menemani kita sampai bila-bila.

"Morning bos." Sapa si Sham sambil mengambil kad kehadiran dan di masukkan ke dalam mesin.

"Morning."

"Hai-ya bos. Pagi-pagi sudah main phone tolong saya cleaning jom." Pelawa Sham sambil mengangkat kening. Memandangkan hari ini hari rabu, setiap hari rabu cafe tersebut akan bersih lebih terperinci dari hari-hari biasa.

"You pegi dululah, I tengah pening nak manage cafe lagi satu." Sham terkejut.

"Cafe lagi satu? bos bukak cawangan lain ke?" Tanya Sham ingin tahu.

"Hai-ya kan I sudah bagitahu."

"Bile?" Sham kerutkan dahi.

"Takde ke? Hmm... Oh I beritahu sama Iman. Hahaha."

"Bos sudah mashuk hah. So ape yang di peningkan? Mau bukak satu lagi cawangan. mesti mau happy ma..." Pengurus hanya gelengkan kepala.

"Memanglah, tapi orang yang sepatutnya manage tibe-tibe mau tarik diri. Takkan I mau ulang alik dari KL ke Penang?"

"Oh, paham-paham. So macam mane?" Tanya Sham lagi.

"I terpakselah tangguh dulu. Cari orang lain." Jawab pengurus dengan sedih.

"Tak pe bos, jangan sedih-sedih ini semua..."

"Apa? Dugaan?" Pengurusnya sudah dapat agak.

"Bos pandai eh.. haha"

"Imanlah ajar."

"Alah, nanti adelah tu penyelesaian. Jomlah bos tolong saye cleaning. Kita kasi happy-happy sikit." Pujuk Sham.

"Yelah-yelah" Sham senyum.