Kecil-kecil dulu aku selalu terluka disebabkan jatuh. Menangis menahan sakit. Rasa sakit, pedih, ngilu semuanyalah dan luka itu jelas kelihatan. Mak aku cakap letak ubat nanti baiklah tu. Sedikit lega bila rasa sakit itu hilang. Tapi meninggalkan parut di badan. Sekarang ni, bila dah besar aku tak jatuh pun, apatah lagi kemalangan. Cuma rasa sakit, pedih semuanya seakan-akan sama. Aku masih lagi menangis macam biasa. Yang aku pelik sekarang ni, aku tak nampak dekat mana luka itu. Tapi sakitnya terlampau dalam.
Aku cuma agak rasa sakit itu dalam badan aku. Berkali-kali aku tepuk dada untuk hilang rasa sakit. Tapi ianya semakin perit. Perlukah aku buat pembedahan? Sebab aku dah tak boleh tahan dah.
Kau nampak tak luka aku? Kalau kau nampak, tolong bagitahu, sebab aku nak letak ubat. Harap-harap nanti lepas aku letak ubat, keadaan aku pulih sediakala. -Tia
***
Ting!
Bunyi mesej dari telefonnya Amirul. Memandangkan dia sedang sibuk menguruskan bungkusan yang perlu di hantar ke pejabat pos, maka mesej tersebut hanya di biarkan begitu.
Ting!
Amirul mengeluh. Telefonnya di keluarkan dari poket seluar.
"Tia?" Amirul menyebut nama kiriman tersebut.
'Beb?!'
'Aku dah dapat kerje…'
Amirul tersenyum. Dia juga tumpang gembira. Dengan sepantas kilat Amirul mendail nombor telefon Tia.
"Hello?" Jawab Tia.
"Beb series ar kau dapat kerje?" Tanya Amirul dengan teruja.
"Ye weh! Penat jugaklah cari semalam. Semua kedai aku masok. Hujong-hujong aku masok cafe ni. Aku pikir ni last la kedai aku masok kalau tak dapat jugak aku balik. Tup-tup! Dapat. Hahaha." Tia cerita dengan girangnya.
"Haha. Alhamdulillah. Harap kau kerje elok-elok la ye lepas ni. Jage diri selalu." Pesan seorang sahabat.
"Ye, aku tahu."
"So bile start kerje?" Tanya Amirul lagi.
"Esok… Kau busy ke? Lepak jom?" Ajak Tia
"Aku ade kerje sikit ni. Tapi nanti kalau aku siap awal aku datang pickup kau. Kite minom-minom ke?"
"Ok jugak tu. Nanti pape hal bagitahu la ye."
"Ok beb! Bye." Jawab Amirul sebelum panggilan di matikan.
Tia menghebus nafas lega. Badannya di hempaskan atas tilam. Lenguh kaki masih lagi terasa. Tia terlentangkan badannya. Matanya hanya tertumpu pada kipas siling yang berpusing. Sunyi mula menghampiri. Saat itulah, rasa rindu beecampur sedih mula timbul.
"Mak dengan ayah jangan risau ye. Tia tahulah macam mane nak jage diri nanti." Tanpa sedar, Tia terus melelapkan mata.
***
Sham memeluk erat sahabatnya.
"Takziah bro. Aku harap kau kuat." Ucap Sham dengan penuh simpati.
"Thank you bro." Zafril terus duduk memandangkan dia ada hal penting ingin di bincangkan dengan Pengurusnya.
"So Iman apa yang you mahu bincang?" Tanya pengurusnya.
"Macam ni, saye ingat saye nak cuti dulu buat mase ni dalam dua ke tiga bulan. Then baru saye masuk kerje. Boleh ke bos?" Pengurusnya mula memeluk tubuh sambil matanya merenung ke arah Zafril.
"Boleh, tapi kenape mesti dua ke tiga bulan?" Tanya pengurus tersebut.
"Itu cuma anggaran yang boleh saye bagitahu la. Kalau contoh saye rase sebulan da ok. Saye akan masuk kerje terus." Beritahu Zafril lagi.
"Ok, macam ni. Alang-alang you mahu relax kan. Apakata you handle kan sekali cafe lagi satu dekat penang. Boleh?"
"Penang?" Serentak Sham dan Zafril berkata.