Chereads / Back To Febuary / Chapter 56 - Bab 56

Chapter 56 - Bab 56

7 March 10.30 malam ayah telah pun meninggal dunia.

Dalam sekelip mata aku hilang segalanya.

Dalam tak sedar juga mungkin aku lah puncanya.

Dalam diam aku tak mampu buat apa-apa.

Tapi, jauh dalam hati aku cuma nak pulihkan sisa yang ada.

***

Tutt-tutt! Tutt-tutt! Zafril menghubungi seseorang.

"Hello?" Jawab Amirul.

"Mirul, ni aku Iman."

"Hah Iman. Kenape?"

"Tia ade dengan kau? Aku pergi rumah die, tapi macam tak de kat rumah jek." Tanye Zafril.

"Oh, ade ni. Nak cakap dengan die?" Perlawa Amirul. Zafril cuma diam seketika.

"Hello Man? Dengar tak?" Panggil Amirul bila Zafril tiba-tiba senyap dalam talian.

"Hah, dengar-dengar. Erm, takpe kot."

"Betol eh?"

"Ye-ye." Zafril hanya iyakan.

"Oklah kalau macam tu."

"Mirul, ermm... ayah aku... da meninggal." Ayat Zafril sedikit sayu. Amirul terkejut.

"Innalillah... Kau ok?"

"Entahlah, mungkin ni yang Tia rase..." Zafril meraup wajahnya perlahan.

"Sabar man, dugaan kau. Nanti aku jumpe kau."

"Erm... ok lah." Jawab Zafril ringkas. Mereka mematikan panggilan. Tia berjalan menghampiri Amirul dengan dua cawan air kopi.

"Nah." Tia menghulurkan caffee latte yang di pesan oleh Amirul tadi.

"Thanks." Amirul menyedut kopi tersebut. Lalu diam seketika. Tingkah lakunya Amirul di perhatikan oleh Tia.

"Kau ok?" Tanya Tia.

"Ok, kenape?" Amirul meletakkan kopinya di atas meja.

"Takdelah, macam ade masalah jek." Tia mengagak. Amirul masih lagi tak tahu macam mana hendak beritahu Tia tentang ayahnya Zafril. Amirul takut Tia tak nak dengar.

"Aku nak bagitahu kau something ni." Beritahu Amirul.

"Kalau pasal Zafril aku tak nak dengar." Macam yang Amirul agak. Tia sememangnya tak sudi nak dengar jika berkenaan dengan Zafril.

"Tapi kali ni penting." Pujuk Amirul. Tia menghela nafas perlahan.

"Please Mirul. Jangan sebok hal aku. Aku dah takde ape-ape dengan die. So please jangan pakse aku!" Tia terus bangun dari tempat duduk. Suara Tia buatkan beberapa orang sekeliling memandang mereka berdua. Amirul mengeluh.

***

Zafril bersandar pada kerusi. Ruangan bilik ayahnya penuh dengan buku-buku. Mengeluh.

"Maafkan Iman ayah, Iman tak dapat nak tunaikan permintaan ayah." Tangannya mencapai sebuah foto keluarga di meja. Kini hanya mampu merenung wajah arwah ayah dan ibunya.

"Man, Bik Mina permisi dulu ya." Kata Bik Mina. Dia ambil keputusan untuk pulang ke kampung, memandangkan kerjanya untuk menjaga Tuan Zikri telah pun selesai.

"Baik bik." Sayu suara Zafril. Perlahan Bik Mina berjalan menghampirinya. Tangan wanita 40-an itu mengusap perlahan bahu Zafril. Bik Mina sudah pun menganggap Zafril seperti anaknya sendiri. Zafril tersenyum lalu menunduk seketika. Semakin lama Bik Mina memujuk hati Zafril, semakin kuat hati Zafril ingin meraung. Akhirnya menitis juga air mata Zafril yang dia berusaha menahan di hadapan Bik Mina.

"Menangislah Man... enggak apa-apa kalau kamu mahu menangis terus. Enggak jadi masalah..." Kata Bik Mina.

Betul kata Bik Mina. Aku banyak berlajar dari dia tentang kehidupan.

Jika kamu lagi marah maka katakan saja kamu tidak suka,

Jika kamu lagi stress maka jeritlah kamu sekuat hati,

jika kamu lagi suka maka ketawa lah kamu selagi bisa,

Tapi jika kamu lagi sedih maka nangis saja kamu tidak perlu di simpan,

Kerna kita manusia berhak melakukan itu semua.

Zafril menyeka air matanya. Perlahan-lahan menarik nafas lalu hembus. Kehidupan aku masih belum berakhir.

"Ok?" Tanya Bik Mina bila Zafril sudah berhenti nangis. Zafril mengangguk.

"Bagus... banyakkan bersabar ya, istighfar... kamu anak laki-laki.. harusnya kuat ya." Nasihat Bik Mina.

"Terime kasih Bik." Ucap Zafril.

"Ya udah, Bik pamit dulu ya? Jaga diri."

"Baik Bik, sampai ketemu lagi ya." Senyum.

"Iya."