Chereads / Back To Febuary / Chapter 51 - Bab 51

Chapter 51 - Bab 51

Kadang-kadang hati rasa macam sunyi tanpa dia. Kadang aku macam tak perlu dia ada dengan aku. Tapi bila fikirkan balik semua kenangan aku dengan dia, cara dia pandang aku, dia jentik dahi aku tanpa sebab buatkan aku lagi susah nak lupakan dia. Kenapa kau buat aku macam ni Zafril?

***

Sepanjang perjalanan pulang, Tia hanya diamkan diri. Itu membuatkan Amirul lebih risau tentang Tia.

"Kau ok beb?" Tanya Amirul.

"Ok. Kenapa?" Tanya Tia semula.

"Tak delah. Kalau boleh aku tak nak dah tengok kau sedih-sedih macam sebelom ni." Tia mula tundukkan kepala.

"Insya-Allah." Jawab Tia sambil tersenyum.

"Mirul..." Panggil Tia.

"Ermm?"

"Thanks tau sebab ade dengan aku." Jari jemari Tia mula bermain sesama sendiri.

"Tak de pape lah. Aku banyak terhutang budi dengan kau. That's why la aku kena selalu tolong kau." Tia membalas dengan senyuman.

***

Zafril masih lagi terkejut dengan sikapnya Tasya.

"Ape kau cakap ni?" Tanya Zafril.

"Tia tu tak layak pon la di gelar sebagai kawan. Kalau betol die tu kawan, kenape die tak pikir perasaan seorang kawan? Kenape die mesti nak suke kau jugak sedangkan die sendiri tahu yang aku ni suke kau. Kenape?" Dengan secara tiba-tiba perkataan saya-awak bertukar menjadi aku-kau. Zafril hanya menggelengkan kepalanya.

"Sekarang ni baru padanlah dengan muke die. Putus di tengah jalan. Hahaha!" Hati Tasya rasa puas bila lihat Tia menderita.

"Puaslah hati kau sekarang ni ye?" Tanya Zafril.

"Ye. Memang aku puas. Lepas ni takde sape dah yang boleh rampas kau dari aku." Kata-kata Tasya buatkan Zafril ketawa kecil.

"Asal kau ketawe? Oh yes! Aku tahu... mesti kau pon suke kan sebenarnye yang Tia tu menangis kat bucu katil sambil mengenangkan nasib. Kan? Kan?" Tasya mengagak.

"Ye. Memang aku suke. Tapi aku suke sebab kau." Tasya mula tergamam bagaikan mimpi.

"Kau-kau... kau suke aku ke Zafril?" Tanya Tasya, Zafril hanya senyum.

"Aku tak sabar sebenarnye nak musnahkan hati sorang lagi perempuan kalau kau nak tahu."

"Apa maksud kau?" Tasya kebingungan.

"Yelah. Tia pon aku boleh putuskan, inikan pula kau yang aku tak pernah langsong ambil peduli. Lagi senang aku nak singkirkan kau dari hidop aku." Senyum Zafril lalu beredar dari situ. Tasya mula geram dengan sindiran tersebut. Tak sangka Zafril boleh kata begitu pada dia.

"Tak gune kau Zafril." Zafril hanya tersenyum dengan tenang. Dia sengaja berkata begitu untuk sedarkan Tasya. Hati Zafril tetap terukir nama Tia walau apa pun yang terjadi.

"Aku akan pastikan suatu hari nanti kau sendiri akan melutut depan aku Zafril." Kata Tasya sambil matanya memandang susuk tubuh Zafril yang berlalu pergi.

***

Jam menunjukkan 3 petang. Tia dan Amirul hampir tiba di Kuala Lumpur. Sebelum meneruskan perjalanan, Amirul sempat singgah di stesyen minyak berhampiran untuk membeli sedikit minuman.

"Kau nak ape-ape tak beb?" Perlawa Amirul.

"Ape-ape jelah." Jawab Tia ringkas. Amirul hanya mengangguk faham. Tia membuka skrin telefonnya mencari ikon photo lalu tekan. Dia melihat setiap gambar yang ada, dari gambar terus ke kenangan-kenangan bersama arwah. Air matanya mula mengalir.

"Tak apelah, sekurang-kurangnye adik dah de orang temankan kat sane. Tinggal akak sorang kat sini. Ibu... ayah... adik... tunggu akak ye. Insya Allah kite akan bersatu kembali." Tia menyeka air mata yang mengalir. Sehingga la jari mengalih pada gambar seterusnya. Zafril.

Gambar semasa bertunang dulu. Muka Zafril pada ketika itu berlagak macam tenang padahal tengah tahan malu. Tia mula mengusap wajah Zafril. Terasa rindu yang tak terhingga, air mata mula mengalir dengan laju. Dari rindu kini bertukar menjadi perit. Tia tidak dapat mengawal emosi sehinggalah Amirul tiba.

"Tia?" Amirul mula risau.

"Tia kau ok tak ni?!" Tia hanya menangis sambil mencengkam baju di bahagian dadanya.

"Sakit. Sakit." Hanya itu yang di katakan oleh Tia.

"Ya Allah Tia. Istighfar Tia. Istighfar." Amirul cuba tenangkan Tia. Berkali-kali Amirul bantu Tia untuk beristighfar sehinggalah Tia tenang. Selepas tenang, Amirul beri sedikit air pada Tia lalu Tia melelapkan matanya untuk seketika waktu.

Amirul semakin risau dengan keadaannya Tia. Dia takut jika Tia mengalami tekanan perasaan.