Chereads / Back To Febuary / Chapter 12 - Memikul setiap kesalahan

Chapter 12 - Memikul setiap kesalahan

Sayu bila di malukan oleh Fatihah. Selepas di tampar, satu kelas memandang aku. Mereka tak boleh buat apa. Sebab sikap Fatiha memang tak boleh di tegur.

Tasya mengusap perlahan pada bahu aku.

"Awak ni memang melampaulah Fatihah!" Kali giliran Tasya bersuara.

"Kau pun nak kena macam dia jugak?"

Tasya hanya diam. Dia tahu yang dia perlu pertahankan kawannya. Baru sahaja Tasya nak buka mulut. Tangannya aku tarik. Perlahan aku menggeleng padanya.

"Kau tahu Fatihah. Jangan ingat semua orang diam sebab takut dengan kau atau berpihak pada kau." Air mata aku seka. Tak guna betul dia ni. Suka hati tampar aku.

"Kau silap. Diorang semua sentiasa menyebelahi aku." Jari terlunjuk di ajukan pada semua pelajar yang ada di dalam kelas.

Senyum sinis.

"Biar diorang yang berkata. Bukan kau." Mata aku memandang semua pelajar yang ada.

"Betul tu Fatihah. Kau selalu fikir kau betul. Tak pernah ngaku apa salah kau." Satu suara mula membela diri.

"Ye! Kau selalu aniaya orang." Satu lagi suara.

"Dan kau tak pernah fikir perasaan orang lain. Pentingkan diri." Mereka mula berani berkata.

Fatihah hanya mengetap bibir. Dan menarik Dian untuk membela nasibnya. Aku dah biasa dengan perangai tak guna ni. Bila dia rasa di malukan. Dian akan jadi penolongnya untuk menutup kesalahan dia.

Pernah satu kali Fatihah menyuruh Dian mengaku bersalah sebab memecahkan tingkap bilik makmal. Padahal itu semua angkara Fatihah. Dian enggan mengaku. Tapi Fatihah mengugut akan membongkarkan rahsianya. Dan aku sendiri tak tahu apa rahsia yang di katakan mereka.

"Dian! Do something!" Fatihah menolak Dian untuk menolongnya.

Matanya memandang ke arah aku. Aku tahu yang dia tak nak buat semua ni. Tapi dia masih takut dengan Fatihah.

Aku menggeleng perlahan supaya jangan ikut apa yang di suruh Fatihah. Dian mula tertekan.

"Diam! Aku yang patut di salahkan. Sebab apa yang Fatihah buat berdasarkan apa yang aku suruh. Kalau nak serang. Serang aku bukan Fatihah!" Jerit Dian.

"Dian." Matanya memandang tajam ke arah aku.

Kini satu kelas memandang serong terhadap Dian. Dan mula menganggap Dian punca segalanya.

Mereka mula bercakap mengenai dia.

"Patutlah Fatihah jadi macam tu, Dian yang suruh rupanya."

"Tulah, Fatihah dulukan baik."

"Rupanya Dian cuma bertopengkan manusia."

Dian menjerat dirinya lagi sekali. Sanggupnya dia di sebabkan rahsia yang di pegang oleh Fatihah.

Memang melampaulah dia ni. Rasa nak gantung je dia dekat tiang bendera. Tak guna.

Zafril hanya memerhati kelas Tia dari jauh.

"Masalah betullah."

***

"Tihah." Suara Dian memanggil.

"Apa?" Fatihah sibuk mencari buku sains dalam beg. Hanya mereka berdua yang masih belum ke makmal.

"Sekarang diorang mula cakap pasal aku. Sebab diorang ingat aku punca segalanya."

"Dah tu kau nak salahkan aku."

"Eh tak. Bukan macam tu. Aku cuma harap yang kau boleh back up aku macam mana aku buat kat kau."

"Aku rasa kau lupa satu perkara. Aku masih simpan rahsia kau." Dian hanya menunduk. Jelas Fatihah lebih suka Dian di persalahkan dalam hal ni.

"Sorry. Aku tak pandai back up salah orang." Mata Dian mula bertakung air. Kini dia semakin tersepit antara yang benar dan yang salah.

"Mana buku teks aku?" Laju tangan Fatihah mengambil buku Dian di atas meja.

"Eh buku aku."

"Alarh. Aku tak bawa buku. Aku pinjam buku kau. Kalau tak aku kena marah lagi."

"Habis aku? Nanti aku pulak kena marah."

"Kau pinjam buku orang lain." Sungguh senang Fatihah menjawab.

Memang benar dia hanya pentingkan diri.