Chereads / Back To Febuary / Chapter 15 - Sahabat lama

Chapter 15 - Sahabat lama

Hari ni bermulalah sukan sekolah. Tasya telah buat keputusan untuk sertai pasukan Maharajalela. Dan kami sama-sama tidak terlibat dalam acara sukan. Hanya duduk di tepi padang dan bersorak.

Tapi aku masih lagi tak nampak kelibat Zafril. Adakah kita sepasukan? Harap-harap ye.

"Hensemnya abang tu?" Kedengaran suara milik sebelah aku memuji.

"Mana?" Kawannya bertanya.

"Yang tulah. Yang tengah berjalan tu. Baju merah." Tanpa sengaja aku turut mencari siapa yang budak ni maksudkan.

"Oh abang tu. Iman rasanya nama dia." Kawannya tolong beritahu namanya.

Aku tersentak sekejap. Abang yang dia maksudkan tu Zafril rupanya.

"Kau kenal?"

"Aku tahu nama dia je. Sebab abang aku satu kelas dengan dia. Lagi pun dia pernah juga datang rumah aku. Tapi sekali jelah, itu pun nak hantar buku je."

"Seriuslah? Untungnya kau."

"Apa yang untung?"

"Dapat tengok dia depan-depan."

"Tapi aku tak minat dia. Haha"

Aku hanya setia mendengar. Zafril juga di minati budak menengah rendah. Tapi tertanya-tanya juga aku. Teringin nak tahu Zafril suka siapa? Mengeluh.

Memang senang kalau nak corakkan buku baru. Tapi masalahnya, buku dia pun aku tak nampak. Adui tiada harapan.

"Erm Tia. Awak haus tak? jom pergi beli air?"

Memandangkan acara masih belum di mulakan lagi. Lebih baik beli apa yang patut.

"Jom."

Kami pun pergi ke arah koperasi. Dari jauh aku terpandang susuk tubuh yang dah lama aku tak nampak.

"Amirul." Dia senyum ke arah aku.

Dulu masa aku tak ada kawan dia, Pak Tam dan Iskandar selalu ada dengan aku sampailah tingkatan 3.

***

Oktober 2008.

Selepas habisnya PMR (sekarang dah PT3) dia datang kepada aku dan berkata..

"Aku suka kau."

Ayat yang dia lemparkan buatkan aku terkejut. Aku cuma anggap dia sebagai kawan. Lagi pun hati aku masih lagi menunggu seseorang yang dah lama menghilang.

Dan saat itu, aku banyak larikan diri dari dia. Sampailah suatu hari..

"Tia!" Langkah aku terhenti.

"Kenapa kau banyak mengelak dari aku? Dekat kelas pun kau diam je. Aku ada buat salah ke?" Pak Tam dan Is hanya memerhati kami berdua.

"Mana ada. Aku macam biasa jelah."

"Ye ke? Ke kau tak selesa dengan apa yang aku cakap dekat kau hari tu?"

Aku cuma diamkan diri.

"Oklah macam ni. Mungkin kau terkejut. Aku bagi masa kau berfikir dan aku tak akan kacau kau selagi aku tak tahu jawapannya. Ok?"

"Er.. Mirul.. Aku lebih suka hubungan kita ni setakat kawan macam....."

"Tu bukan jawapan yang aku nak!" Aku tersentak. Suara Amirul tiba-tiba jadi kasar.

"Mirul dah lah." Pak Tam menarik bahu Mirul. Dia hanya memandang tajam ke arah aku lalu pergi.

Amirul yang aku kenal bukan macam ni.

"Sorry tau Tia. Dia badmood sikit tu." Pak Tam meminta maaf bagi pihat Amirul.

Selepas kejadian itu, kami sememangnya tidak bercakap langsung kecuali Pak Tam dan Is. Bila dah masuk tingkatan 4 kami berlainan kelas. Jadi memang susah nak terserempak. Sehinggalah sekarang.

"Hai Tia." Amirul betul-betul ada di depan aku.