Chereads / Back To Febuary / Chapter 10 - Mata yang redup

Chapter 10 - Mata yang redup

6:30 petang.

Zafril selesai latihan bola. Aku hanya berdiri berhampiran tangga padang. Menunggu dia datang.

"Lembab la mamat ni."

Batu kecil aku tendang. Terus terkena bahagian kaki Fahmi. Alamak! Fahmi hanya senyum. Dia menghampiri aku.

"Hai." Sapanya. Aku hanya senyum lalu membisu.

"Sorang je?" Buta agaknya dia ni. Aku mengangguk.

"Awak dengan Iman ada apa-apa ke?" Aku hanya tenung mukanya.

"Err. Iman?" Aku berfikir sebentar. Iman? Oh aku lupa nama Zafril.

"Tak. Tak. Cuma kawan." Senyum.

"Baguslah. Nak saya temankan balik?"

"Tak. Tak pe. Saya tunggu Zafril. Eh Iman. Hah saya tunggu Iman."

Zafril datang memegang bahu Fahmi. Lalu senyum jahat.

"Eh Iman." Secara sepontan Fahmi ketawa kecil.

"Er.. aku balik dulu. Bye Tia."

"Aik. Tia je? Aku?" Fahmi menjeling.

"Bye cinta hati." Zafril turut lambainya kembali dengan senyuman.

Hati aku tercuit melihat mereka berdua. Kelakar pula bila Zafril bergurau dengan kawan dia.

"Eh kau. Senyum kenapa? Suka dia?" Kening Zafril di angkat sebelah.

"Kau pahal? Kalau aku suka pun kenapa? Jealous?"

"Memang tak lah." Zafril terus jalan ke depan. Tanpa pedulikan aku.

"Jealous. Cakap jelah." Bisik aku perlahan.

"Aku dengar Tia." Aku tekup mulut aku. Tapi mungkin betul tekaan aku. Cuma dia tak nak mengaku. Tak pe. Aku akan buka balik pintu hati dia. Biar kita kembali masa febuari yang dulu.

Sepanjang perjalanan pulang. Aku hanya membisu. Bukan jalan sebelah dia. Aku cuma jalan belakang dia. Tak ada topik nak dibualkan. Mengeluh.

"Er.. Zafril."

"Iman."

"Ye Iman. Aku nak tanya sikit."

"Tanyalah."

"Masa dulu tu. Kau memang sukakan aku betul atau main-main?" Langkah Zafril terhenti.

"Kenapa tanya?"

"Tak. Saja je aku nak tahu."

Zafril menyambung langkahnya semula. Dia ignore soalan aku. Rasa macam nak hempuk je.

Kini aku berdiri depan rumah aku. Rumah Zafril hanya di depan sana. Soalan yang aku tanya masih lagi belum dijawab.

"Bye Zafril." Aku melambainya.

Dia sempat memandang aku dengan mata yang redup dan sinaran matahari terbenam membelakangi dia.

"Kau tahu apa. Aku tak pasti sama ada dulu aku memang suka kau atau apa. Sebab aku sendiri pun tak ingat. Selepas apa yang berlaku dekat aku. Hidup aku macam kosong. Jadi maaf kalau jawapan aku ni buat kau sedih." Senyum dan lambai.

"Aku balik dulu."

Selepas dengar jawapan dia. Baru aku sedar, terlampau tipis harapan yang aku ada. Tekaan aku salah selama ni. Betul lah apa yang dia cakap. Mungkin kita tak akan berpatah balik.

Aku ingat dengan kemunculan kau semula. Kisah yang tergantung dulu bersambung semula. Rupanya semakin tergantung. Malah kau hanya biarkan ia sepi. Kini hanya kisah baru yang kau cipta.

"Nak buat macam mana Tia. Dia dah lupakan semuanya." Mengeluh.

Tiba-tiba idea baru datang bergolek. Seperti mentol terpadam baru dinyalakan.

"Apa susah. Dia buka buku barukan. Why not aku karang kisah baru dalam buku dia. Tak dapat karang, corakkan pun jadilah. Kan?" Senyum lebar.

Aku tahu kisah lama kau dah lama lupakan. Mungkin ada sebab kau tersendiri. Tapi izinkan aku mencorak kisah kau dan mengharap semuanya indah untuk di ingat. Zafril.