9 Febuari 2010.
Zafril memang pandai pura-pura tak kenal bila kami saling bertembung. Dan aku biasa akan tunduk je. Bila dua tiga kali terserempak dekat sekolah dia tak balas senyum aku. Ergh!
"Tia. Awak rumah pasukan apa?" Tasya menanyakan aku. Sekarang ni musim sukan. Tasya pula pelajar baru jadi mungkin dia nak sepasukan dengan aku.
"Merah. Maharajalela." Memang itu gelaran bagi rumah pasukan merah. Hijau di gelar Mat Kilau. Biru di gelar Rentap. Manakala kuning di gelar Dato Bahaman. Sempena nama tokoh yang pernah korang belajar.
"Oh saya tak decided lagi. Sebab tu nak tahu awak pasukan apa."
"Awak masuk jelah pasukan merah. Apa susah." Aku senyum.
"Boleh ke?" Jelas mukanya yang gembira.
"Kenapa pula tak boleh?" Tangan aku sambung menulis karagan. Aku tak suka sangat bawa kerja sekolah ke rumah. Kalau boleh siapkan dekat sekolah lagi bagus. Jadi di rumah aku hanya ulang kaji sahaja.
Cakap pasal rumah sukan. Zafril pasukan mana ye? Termenung.
"Tia!" Aku tersentak. Lalu bangun dari tempat duduk.
"Ye cikgu."
"Apa yang awak termenung dari tadi?" Cikgu Ahmad ialah guru bahasa melayu. Dan dia pantang tengok pelajar dia termenung. Sememangnya dia mempunyai mata yang tajam. Dan aku salah satu pelajar yang selalu termenung.
"Berangan lagi?" Aku menggeleng. Fatihah dengan Dian hanya ketawa kecil.
"Yang kamu berdua ketawa kenapa? Bangun!" Jari jemari aku hanya memusingkan pen di atas meja. Bengang bila di marahi cikgu.
Lagi bengang bila susuk tubuh Zafril lalu dan matanya mula menjeling ke arah aku. Hanya menelan air liur. Malu.
Tak memasal buat kerja dalam keadaan berdiri. Sakit pinggang.
"Terima kasih cikgu." Selesai waktu pelajaran bahasa melayu. Aku terus labuhkan punggung ke bangku. Lega bila dapat duduk.
"Sebabkan dia. Tak memasal aku kena berdiri jugak." Perli Fatihah.
"Kalau tak nak kena berdiri. Lain kali jangan ketawakan orang." Jawab aku separuh perlahan.
"Kau cakap apa?" Meja aku di tepuk kuat. Aku yang bersandar di kerusi. Terus tersentak. Matanya yang tajam memandang ke arah aku.
Kini aku lebih berani bersuara. Terlampau penat bila sering di kata dan di pijak bila di beri muka.
Pelajar lain hanya memerhati. Kalau dulu aku ada kawan lelaki yang selalu sokong aku. Tapi kini kami berlainan kelas. Jadi aku hanya berhadapan sendirian.
"Kau ni jenis memang suka cari pasal eh?" Dian bersuara.
Aku diam pun kata aku cari pasal. Kalau aku betul-betul cari pasal lagi teruk di labelkan. Mengeluh.
"Siapa yang cari pasal siapa?" Kali ni hati aku tak boleh tahan lagi.
"Kalau kau tak termenung tadi. Tak adalah aku kena diri sekali!" Jerit Fatihah
Tepuk dahilah aku macam ni. Dia ni memang jenis tak sedar salah sendiri ke apa? Kalau kau tak ketawa tadi. Tak adalah kau berdiri sekali. Aduhai. Susahlah ada manusia macam ni.
"Susahlah cakap dengan orang macam kau ni. Semua benda nak salahkan orang lain. Gila!" Fatiha hanya mencebik. Geram bila di gelar gila.
"Kau cakap apa tadi?" Kali ni matanya mula membulat.
"Gi.." Terus pipi aku tampar sekuatnya. Terasa panas dan perit. Sesenang itu muka aku di tampar.
"Fatihah!" Suara Tasya menjerit. Terkejut dengan tindakan Fatihah tadi.
"Pantang hidup aku orang cakap diri aku gila." Jari terlunjuknya di tekankan pada muka aku.
Setitis dua air mata aku jatuh menitis di atas meja.