Chereads / Stay with Me *Kay* / Chapter 20 - 20

Chapter 20 - 20

Amelia masuk ke dalam studio kerana hari ini Amelia ada shooting untuk cover drama bersama Mikey, dan selepas photoshoot untuk drama tersebut, Amelia akan terus memulakan beberapa Scene lakonan. Amelia baru sahaja sign contract untuk pengambaran selama tiga bulan. Jadual Amelia semakin padat. " Mia... Come... Have a seat and Lora will do your make up for today..." Brad Producer drama itu berkata sebaik sahaja Amelia masuk. Lora mengenakan make-up pada wajah Amelia, Amelia yang sememangnya cantik semula jadi hanya perlu dikenakan make-up yang sedikit sahaja kerana wajah Amelia natural beauty. Selesai touch-up Amelia menukar pakaiannya. "Hi... Mikey Jepson." Mikey memperkenalkan diri kepada Amelia. " Amelia Marcella... Just call me Mia." Ini adalah pertama kali Amelia berlakon dengan Mikey. Amelia merupakan Heroin dalam drama Bila langit serukan nama mu dan Mikey pula memegang watak hero.

" Looks like I will see you in one month in a half... Because this month I only have one scene..." Mikey berkata kepada Amelia. Amelia senyum kelat. Mikey nampak mesra semacam, namun bukan Amelia tidak mahu layan Mikey, Mikey merupakan salah seorang pelakon baharu dan namanya sedang melonjak naik, Amelia sangat berhati-hati dengan Artis baru nak up yang cuba rapat dengan Artis yang lama dalam industri. Amelia tidak mahu terpalit dengan sebarang kontroversi, kerana Amelia mahu fokus kepada kerjayanya. " Nice too meet you too, and I will see you next month." Amelia menjawap bersahaja. ' Hurm... Jangan ingat aku tak tahu kau cuba test market Mikey... Please lah.... Janganlah belagak sangat... Baru je start berlakon... I dah lama lah dalam industri so jangan nak main test market bagai... Saya ni bukan bahan kau nak naikkan followers you....' Amelia bermonolog sendiri. Selepas sesi fotoshoot,  Amelia dan team terus ke lokasi pengambaran yanv mengambil masa sejam. Setelah sampai di lokasi pengambaran, mereka terus mula kerana semua sudah di set up oleh crew sebelum Amelia dan team pelakon lain.

Set 1 Scene 1

Amelia ( Tania ) : Aku suka memandang ke arah langit, kadang-kala aku boleh rasa langit menyeru namu-ku. Impian aku suatu hari nanti untuk mebelahi awan nan indah di sana.... Nama aku Tania Soleh, aku baru sahaja habis matrikulasi. Ya. Cita-cita aku bukanlah menjadi pramugari. Sebab Aku tak suka melawa, aku memang lebih sempoi.  Cita-cita aku sebenarnya adalah untuk menjadi seorang Juruterbang, tapi.... Mak dan ayah aku memang tak setuju. Mereka asyik paksa aku jadi seorang guru ataupun pramugari.

Eliza ( Director ): Cut!!! Perfect Mia.... That's why I love working with you.

Amelia senyum malu-malu bila Eliza memuji Amelia. Amelia memang seorang yang cepat menghafal skrip, dan setiap kali menterjemahkan watak yang diberi, Amelia mampu menghayati wataknya dengan baik. " Terima Kasih Liza.... It's an honor to work with you too" balas Amelia sopan. " Okey so are we ready for our second scene?" Tanya Eliza lagi. Nampaknya pengambaran bersama Amelia akan berlalu dengan cepat kerana Amelia memang seorang yang komited, dan selalunya tidak membuat kesalahan ketika sedang berada dalam set pengambaran. " Okey... Yes I am ready...." Amelia menjawap penuh yakin.

Set 1 Scene 2

Soleh: Tania.... Surat tawaran sambung belajar belum sampai lagi?

Tania: Belum Abah... Kalau dah sampai nanti Nia bagitahu... Nia akan terus apply biasiswa Abah...

Soleh: Abah dengar Syirah anak Pak Hamid dapat tawaran sambung belajar.

Maimuna datang membawa piring yang berisi kuih keria duduk bersila disebelah Soleh dan anak mereka Tania. Adik Tania iaitu Dhia  duduk disebelah Amelia.

Maimuna: Ibu pun ada dengar Abdul Kamal yang satu tempat Nia matrikulasi dah dapat tawaran dah sambung di UMS.... 

Tania: Tak pe lah... Ibu... Abah... Rezeki Nia belum sampai... Mungkin esok lusa... Nia dapat surat tawaran Nia...

Soleh: Hurm... Yalah... Yalah... Mari kita minum... Nanti kuih ni sejuk tak sedap pula...

Maimuna: Hey!!! Ada pula kata tak sedap. Nanti Muna tak buat kuih lagi baru tahu....

Soleh: Aih...baiklah... Abang tak cakap macam tu lagi... Marilah makan kuih ibu yang sedap ni ye....

Tania dan Dhia ketawa sahaja melihat gelagat gaduh-gaduh manja Soleh dan Maimuna. Walaupun ibubapa mereka sudah berumur, itu bukan alasan untuk mereka tidak bersweet-sweet.

" Cut.... Okey terbaik...." Kita rehat kejap nanti kita sambung balik lagi...." Eliza berkata. Amelia memandang Sofea Bryan yang memegang watak Dhia. Amelia tiba-tiba teringat akan Makayla. ' If mom and dad never seperated... We would be a happy family like this...' bisik hati kecil Amelia. " Mia... Are you okey? Jom kita minum dulu... Then we continue shooting...." Eliza menyapa Amelia yang sedang duduk termenung. Amelia yang baru sahaja tersedar dari lamunan tersentak dan memandang ke arah Eliza. " Owh... Alright...." Amelia berkata dan bangun. Amelia mengambil sedikit air kopi dan duduk dengan para pelakon yang lain. Mereka rehat selama sepuluh minit sebelum menyambung lagi.

Scene 3

Abdul: Tania.. Kau sudah bagitahu parents kau?

Tania: Belum... Susah lah Ab.. Mereka tak akan setuju... Bila semua dah selesai... Aku akan beritahu mereka... Kali ini aku tekad... Aku mahu jadi juruterbang...

Abdul: Nia... Benda ini bukan boleh bawa main-main...Ab juga rasa Nia lebih sesuai jadi cikgu ke... Jurutera ke...pramugari ke... Juruterbang tak sesuai lah...

Tanis: Kau memang kejam Abdul... Kau sebagai best friend aku patutnya beri sokongan. Ini tak kau kata impian aku tak sesuai.

Abdul: Tania memang tak sesuai. Aku berani jamin Tania... Impian kau takkan tercapai... Nanti kau jangan menangis pula bila kau tak capai apa yang kau nak.

Tanis tidak menjawap Abdul, tetapi Tania terus tinggalkan Badrul. Satu-satunya kawan baik Tania menghina impian Tania. Tanis kecewa. Tania tidak mahu kongsikan impiannya dengan sesiapa lagi, sehinggalah tercapai. Biarlah mereka ketawa dan menghina. Tania janji untuk buktikan mereka salah.

Cut!!!

" Alright Mia... Axel... It's a wrap.... " Amelia terus menuju ke station make-upnya untuk menukar pakaian. " Mia... Jom lepak lepas ni..." Axel berkata kepada Amelia. Amelia mengangguk. Amelia tahu, yang Axel mahu katakan sesuatu padanya. Tidak sampai lima minit, Amelia sudah bersedia untuk pulang, manakala crew yang lain baru habis mengemas.  " Mia... Navy? I need a couple of shots..." Assistant Axel menghantar Amelia dan Axel ke Navy bar. Hari ini Navy bar agak sunyi dan tidak ramai pengunjung. " Mia... You tahu... Mikey... Careful of him.... " Axel berkata sambil mengunyah french fries yang diorder. " Amelia memandang Axel dengan penuh rasa hairan. " Why Ax?" tanya Amelia. " Mia... You memang tak baca paper? Gosh... Okey... Last month he broke up with Irna Zalimi, last week he broke up with Nadya Brahms. Dia kata... Mereka tak pernah bercinta... But I know Irna and Nad very well... Just like you Mia... Dia memang target Mia sekarang... You know... Nak naikkan Twitter and Insta followers...." Amelia ketawa dan menggeleng kepala. " Thanks Ax...  I will be carefull of him... Dia ingat muka dia so handsome he can horse around with all the actress in the industry... And I will teach him a lesson... For Nad... And Irna...." balas Amelia lagi.

" Owh... Ya... Your sister... Kay... Also hot news right now with Kyle? They broke up?" tanya Axel lagi. Amelia menjongket bahu. Axel tahu Amelia tidak rapat dengan kembarnya Makayla. Kadang-kadang Axel hairan dengan Amelia. Kalau ikutkan Makayla tidak salah tinggal bersama ibunya. Walaupun Puan Valerie curang dengan Encik Kelvin, semua itu tiada kaitan dengan Amelia dan Makayla, kerana Puan Valerie hanya pernah curang terhadap Encik Kelvin, bukan Amelia mahupun Makayla. Dugaan setiap keluarga memang berlainan. Axel pula bersyukur keluarganya tiada masalah. Ax3l memang mudah rapat dengan semua orang, sejak bergelar seorang pelakon, Axel memang rapat dengan beberapa rakan artis. Kekasih Axel bukan seorang celebriti. Namun dunia seorang celebriti sedikit complicated, dan Axel faham begitu juga dengan Kyle dan Makayla. Kalau Kyle dan Makayla tidak kuat untuk mengatasi masalah mereka, akhirnya mereka akan putus juga. Dunia seorang celebrity kadang-kadang sangat rumit. Bukan sahaja tabloit, kadang-kadang pihak produksi akan terlalu mendesak untuk membuat sesuatu demi menaikkan rating drama. Adakala segalanya diputar belit, adakala, kontroversi dibuat semata-mata untuk menarik viewers. Namun disebabkan minat dalam dunia lakonan dan nyanyian, Axel sanggup walaupun perlu mempercaturkan hidup privasinya.