Chereads / Stay with Me *Kay* / Chapter 8 - 9

Chapter 8 - 9

Makayla dan rakan-rakannya yang lain terpaksa berkerja keras pada hari ini kerana segelintir tempat yang sudah di letak beam mengalami masalah kerana struktur tanah tidak sesuai. Tambah pula malam ini Makayla dan kawan-kawanya kena menghadiri majlis malam ini. Walaupun Makayla bergaduh dengan Kyle semalam, Makayla langsung tidak membawa masalahnya ke tempat kerja. Dahi Makayla berpeluh disebabkan matahari yang terik berada diatas kepala. " Kay... Come here... Rith ada idea... What if kita letak extra beam sini....  And also over there... I think it should solve the problem with the structure here..." Zarith kata sambil menunjuk plan yang diubah suai sedikit lengan lakaran menggunakan pensel. "Good idea... Rith... Okey let's start setting up there other beams... And also we need to cover it just in case it rains again and change the soil structure..." Makayla memberi arahan. Zarith memanggil semua pekerja kontraktor dan memberitahu pengubahsuaian yang perlu dibuat. Ada yang menunjukkan muka tidak berpuas hati kerana kerja ditambah. " Kita semua perlu buat ni dengan teliti... Walaupun perlu tambah lagi kerja... Kita kena pentingkan quality kerja kita... Nanti kalau ada masalah bila bangunan ini dah siap... Kita semua akan kena... dan disaman... So lebih baik bersusah sekarang daripada kemudian..." Makayla mencelah kerana Makayla memang sangat teliti dan perfectionist bila masuk bab kerjanya. Makayla boleh berubah dari seorang yang pendiam dan pemalu kepada seorang yang tegas apabila waktu kerja. Akhirnya pekerja kontraktor bersurai dan Zarith dan Makayla berpecah untuk mengawasi dan mengendali tatur cara pembinaan para pekerja kontraktor untuk memastikan tiada ke salahan berlaku sekali lagi. Tepat pada dua belas tengahari mereka siap dan tapak kerja telah ditutup dengan kanvas. Makayla, Zarith dan Baisyirah memberi arahan kepada kontraktor untuk pulang terus dan bertemu kemudian pada hari esok. Kerja seterusnya belum boleh diteruskan kerana barang-barang belum sampai. Makayla menumpang kereta Zarith begitu juga dengan Baisyirah. Muka mereka sedikit kemerahan kerana terlalu panas. " So kita nak lunch dekat mana?" Tanya Zarith. " Mamak pun ok je..." Makayla berkata. Baisyirah hanya mengikut sahaja kerana Zarith dan Makayla lebih rapat, tambah pula Baisyirah sebelum ini sudah bersikap sombong jadi susah mahu masuk line untuk bermesra dengan kawan-kawan yang lain.

Whatsapp

Kyle: Can I see you at Secret Receipy? I only have an hour before I have to prepare for tonight.

"Zarith... Kay minta maaf sebab tak dapat join korang lunch. Just drop off Kay dekat sana boleh... Kay boleh ambik grab .." Dahi Zarith berkerut. " Kay nak kemana... Zarith okay  jer nak hantar Kay... " Makayla menggeleng. "It's ok Rith... Nanti Rith dan Syirah lambat pula makan..." Zarith menurut sahaja dan berhenti di bas stop.  " Eloklah tu... Syira juga lapar... Nanti kalau hantar Kay lambat lagi..." Sindir Baisyirah. Makayla menggeleng malas mahu layan. " Hurmm... Rith sanggup lagi tinggalkam Syira dekat sini daripada Kay. " Zarith menyindir lagi. Baisyirah terus senyap di kerusi penumpang belakang manakala Makayla keluar.

Makayla: Sent Location

Makayla: your waiting or otw?

Makayla: Can you fetch me here?

Kyle: Ok... Five minutes...

Makayla: Thanks hubby...💖💖💖😘😘😘

Kyle tersenyum melihat WhatsApp Makayla. Nasib baik Makayla tidak merajuk. ' Jahat juga aku ni... Punyalah Kay beria menangis kerana aku semalam...' bisik hati Kyle. Kyle sudah memaklumkan dengan kumpulannya yang dia keluar sekejap sebelum ketemu mereka di tempat event tersebut untuk rehearsal. Tidak lama Kyle sampai di bus stop dan kelihatan Makayla sedang menunggu dengan muka yang sangat kepenatan. Kyle sengaja membunyikan horn dan Makayla terkejut. " Hi... Papa Kay dah balik?" Itu soalan Kyle yang pertama. " Kay hantar Papa ke airport pukul 5 pagi tadi..." Makayla berkata sambil mengatur tali keledar. " Kay belum makan lagi..?" Makayla menggeleng. Penghawa dingin dikuatkan dan Makayla terlelap seketika. Makayla nampak sangat penat. Sebaik sahaja Kyle parking, enjin kereta dipadam. Kyle mengejutkan Makayla. Makayla tersedar dan Makayla mengambil tas tangannya. Mereka berjalan seiring ke Secret Receipy. " Kyle... Just forget about yesterday. I don't want us to fight. I can't take it." Makayla tiba-tiba bersuara. Kyle memandang Makayla muka Makayla sangat kusut. " It's okey Kay... I am sorry about yesterday too. You have problem at work?" Kyle cuba mengubah topik. Makayla memang banyak masalah di tempat kerja, pekara ini selalu berlaku kerana projek baru sahaja bermula, tetapi bila projek sudah berterusan  selama sebulan lebih, biasanya segalanya akan berjalan lancar. " Just a bit... But I hope everything will be fine tomorrow... Anyway.... Let's order... I am really starving..." Makayla berkata sambil membuka menu.

" Watermelon Juice, Garlic bread and pumpkin soup, Grilled Salmon, and Rasberry cheese cake..." Makayla berkata dengan lancar, nampak sangat Makayla sangat lapar. " Apple juice  and Fresh Garden Salad." Pelayan itu membuat muka pelik. Kyle memang kena makan sedikit kerana malam ini di akan menari. Selain daripada pergi gym setiap hari, Kyle dan kumpulannya mempunyai diet rutin yang sangat ketat kerana kalau berat mereka bertambah banyak step yang akan susah untuk dibuat. " Kay... Just for you to know... I am serious with you... I will marry you even it's not now..." Makayla tersenyum kelat. " It's alright Kyle I don't want to push you... When ever you are ready....but please not another 10 years..." Makayla berkata sempat menyelit lawak. Mereka sama-sama ketawa. Tidak lama air dan makanan mereka sampai. Makayla terus menikmati punpkin soup dan garlic bread. Makayla sempat lagi menyuap Kyle sedikit pumpkin soup dan garlic bread. Akhirnya hubungan mereka kembali normal, setelah melalui fasa pasang surut.

Selepas makan tengahari Kyle dan Makayla sempat ke Mango untuk memilih gaun untuk event pada sebelah malam. Makayla mengambil grab untuk pulang ke rumah kerana mahu bersiap sedia untuk majlis malam ini, mana kala Kyle pula terus ke hotel Pullman dimana event tersebut akan diadakan. Sebaik sahaja sampai di rumah Puan Valerie mengerutkan dahi. " Mana kereta Kay?" Makayla terus menepuk dahi. Baru Makayla teringat yang keretanya tinggal di pejabat. " Kat pejabat mommy... Nanti lah Kay pergi ambil... Kay nak naik mandi dan tidur... Kay penat..." Makayla berkata sambil mendaki tangga. Puan Valerie pula agak penat kerana sepanjang pagi melayan karenah Klient Mia Marcella. Banyak sangat permintaan untuk sesi photoshoot mereka. Puan Valerie teringat kisah pagi tadi. Walaupun malam tadi Amelia menyakitkan hatinya dengan kata-kata kesat, Puan Valerie tetap sahaja berbuat baik terhadap Amelia. " Mia... Boleh Mia ambil air sejuk dalam peti sejuk untuk mommy..." Lembut sahaja Puan Valerie menutur kata-katanya. Amelia seperti mahu keluar terus merengus kasar. " Puan Valerie... Ada kaki silalah ambil sendiri... Jangan ingat Puan Valerie did me a favor for that photoshoot... Mia nak berbaik dengan Puan Valerie." Darah Puan Valerie terus mendidih mendengar jawapan Amelia. " Amelia!!! How dare you! I am your mother... Mommy penat ikut Mia photoshoot... Mommy cuma minta tolong ambil air tapi Mia nak biadao dengan mommy?" Amelia terus ketawa jahat. " Mia peduli apa... Mia tak ada ibu yang seperti species pelacur..." Puan Valerie sanagat terkilan dengan kata-kata Amelia, entah apa yang sudah rasuk pemikiran Amelia sehingga sanggup menuduh Puan Valerie seteruk itu. Amelia terus melangkah keluar dan meninggalkan Puan Valerie disitu. Puan Valerie mula menangis, sedih kerana kesilapannya kebahagian mereka sekeluarga hancur berkecai.

Sudah dua jam lebih Makayla tidur dengan nyenyak, akhirnya Makayla bangun dan mandi serta bersiap untuk ke majlis bersama klient besar di syarikat tempat kerjanya. Makayla mengenakan gaun sleeveless berwarna turquoise-pink, yang mempunyai design pattern burung merak. Makayla menyanggul rambutnya dengan style ' messy bun ' dan menggunakan set barang kemas yang dihadiahkan datuk dan neneknya. Makayla hanya mengenakan light make up kerana rimas untuk mengenakan make up yang tebal hanya eye liner dan secalit lip balm cukup untuk menunjukkan penampilan 'natural beauty' Makayla. Dengan perlahan Makayla turun ke tingkat bawah. " Kay... Kay nak keluar..." Tanya Puan Valerie. " Ya mommy... Kenapa muka mommy pucat... Are you okey... ?" Tanya Makayla sambil meletak tangannya di kepala. Puan Valerie tersenyum kelat dan Makayla memandang muka sebam Puan Valerie. ' mesti mommy gaduh dengan Amelia lagi...' bisik hati Makayla. Makayla letak tas tangan jenama LV diatas meja ruang tamu utama dan melangkah ke dapur untuk mengambil segelas air kosong dan juga panadol. " Mommy... Here have some medicine... I really have to go to the event... But if you still don't feel well just call me... I will tell Mr. Eric..." Makayla berkata sambil menunjukkan wajah risau. Puan Valerie tersenyum. " I will be okay... Kay... I think the panadol will help... By the way enjoy your night..." Puan Valerie berkata sambil memeluk Makayla.

Whatsapp

Zarith; Kay... You nak join I? Dah nak sampai area rumah you...

Kay: Boleh juga... Kereta Kay masih di office...

Kay: Kay ingat nak pakai grab ke office nak ambil kereta...

Zarith: Dh nak mlm ni... Xpe... Kay ikut ke Rith... Esok Kay bawa krta Kay balik...

Kay: Ok. Kay tggu kat luar.

Zarith dan Freya sudah berada dalam kereta. " Hi babe .. you look gorgeous..." Freya berkata sebaik sahaja Makayla masuk ke dalam kereta Zarith. " Thanks... Kay baru beli tadi... " Zarith dan Freya terkejut kerana sempat lagi Makayla memilih pakaian untuk malam ini. "Wow... Cepat juga pilih baju..." Freya menjawap lagi. " Kay ada juga dress spare... Tapi yalah... Alang-alang dah sampai MALL... Dan masuk Mango nampak pula dress ni... So I just angkut..." Makayla berkata lagi. Zarith pula sibuk memandu hanya mengelamun sementara dua fashionista berbual. " Kay... Kay okey ke tengok Kyle menari dengan Laikha nanti..?" Tanya Freya lagi. Makayla tersenyum kelat. " Hurmm... Freya.. kalau Kay kata... Kata okey je... Bermakna Kay menipu... Sebab... Kay ada juga rasa iri hati... Tapi Kay selalu remind diri Kay... Yang itu semua hanya untuk kerja Kyle sahaja dan tak lebih dari itu... Lagipun... Kay kasian juga dengan Laikha... Sebab... Kay tahu... Yang dia sukakan Kyle... Tapi bila Kay tanya Kyle... Kyle kata dia cuma sayangkan Laikha sebagai seorang adik..." Freya menganguk faham dengan penjelasan Makayla.    " Tapi yang rith geram sangat... Boleh pula Kyle menunda wedding korang... And yang paling sedih.. he purposed to you... And then tukar plan nak buat wedding in two years... If dia dah purpose dia mesti ready kan?" Zarith pula meluahkan rasa tidak puas hatinya. "Nak buat macam mana Rith... Dia kata terlalu banyak komitmen. Semalam freya... Actually papa Kay ada jumpa Kyle... Siap kena watning... Akhirnya Kay dan Kyle gaduh teruk kot... Baru tengahari tadi ok.. so for now... Kay just go with the flow and not push Kyle... Nanti perang dunia lagi... Kay tak larat nak pujuk Kyle apa semua..." Luah Makayla lagi. Pagi tadi Freya terpaksa memantau projek lain, jadi Makayla tidak sempat menceritakan masalahnya pagi tadi, cuma Zarith saja yang tahu.

" Yeap... I think apa yang Kay buat tu betul... I mean that yang penting bila Kyle jadi api... Kay kena jadi air...tapi Kay...kalau dia selalu not sure apa yang dia mahu... And selalu nak Kay ikut rentak dia... Maybe lebih baik Kay bagi dia some space... Sebab Freya risau juga lah sebab bond Kyle dan Laikha sangat rapat... Dan Freya takut disebabkan tak nak lukakan Laikha... Kyle sanggup tundakan wedding korang... Or maybe Kyle dah sedar dia tak sanggup kehilangan Laikha... We just don't know I am just guessing... " Freya berkata lagi, bukan mahu menjadi batu api tetapi tidak mahu Makayla terlalu mengharap, terlalu investing dalam hubungannya dengan Kyle. " Rith pun... Fikir benda yang sama Kay... But hey... Kay... Don't take heart ok... We all love you and don't want you to get hurt... Rith tak mahu Kay terlalu lama menunggu sesuatu yang belum pasti... Takut Kay kecewa pula nanti..." Tambah Zarith pula. Makayla senyum walaupun segala kenyataan Freya dan Zarith adalah agak susah dihadam. "Aww... Thanks guys... Kay terharu sangat sebab ada kawan yang care pasal Kay...." Freya dan Zarith ketawa melihat telatah Makayla.

Kyle: Kay dh otw?

Kay; yeap...

Kyle: Grab?

Kay: Zarith and Freya dtg ambik...

Kyle: See you later...

Kyle: Hey.. sleep over at my place?

Kay: Not promise... Mommy tak sihat...

Kyle: Hurmm.....

Kyle: Miss our pillow talk...

Kay: Euwww....please Kyle!!!

Kyle: Miss you...😘😘😘

Kay: Miss you more🥰😍😘

Kyle: Come to room 201. That's where we are getting dressed...

Kay: Naa... It's ok... I have to meet Mr. Eric...

Makayla, Freya dan Zarith sama-sama masuk ke hotel mewah tersebut sambil menunggu di ruang lobby hotel sebelum Mr. Eric sampai dan event bermula. " Eh... Janina dah sampai ke.tak? Nak roger dia tak?" Makayla berkata, tiba- tiba pula Janina belum kelihatan lagi. " Haa'ahh lah... Ke Janina tumpang si Syirah..." Zarith menjawap. Freya ketawa. " Janina tumpang Syirah? Gempa bumi lah... Jap... Freya...roger dalam group..." " Ishh .. pm direct... Tak nak lah adik pala tahu join kita..." Rungut Zarith pula. Nampak sangat Zarith tidak suka akan Baisyirah sedangkan petang tadi Baisyirah sibuk mahu bergaduh dengan Makayla. Makayla dan Freya ketawa sahaja.

Freya: Janina!!!

Janina: Baru smpai.

Freya: Lobby.

Janina: Ok.

Lampu semakin gelap dan hanya pentas disinari dengan lampu. Para hadirin tiba-tiba bersorak. ' Mia Marcella!!'. Makayla tiba-tiba nampak Amelia bersama Laikha, Pharrel, Kyle, Steffen dan Bethany. Diantara kumpulan itu, Pharrel dan Bethany lebih mesra dengan Makayla. Steffen seorang yang agak pendiam bercakap bila perlu. Bethany juga yang menjadi tukang jernihkan keadaan bila Makayla ada rasa musykil terhadap Kyle dan Laikha. Mereka semua menari di atas pentas, sesiapa sahaja memandang pasti akan terpukau dengan tarian mereka. Makayla juga ingin menari seperti mereka tetapi dari kecil lagi Makayla terlalu sibuk belajar, dan jarang ke kelas tarian seperti Amelia. Tambahan pula, Amelia tidak suka bila Makayla menari kerana Makayla kemungkinan mencuri segala perhatian penonton, dan untuk mengelakan orang keliru antara Makayla dan Amelia, Makayla sanggup mengundur diri dan biarkan semua spotlight dan perhatian jatuh kepada Amelia. Dalam tarian ini tidak banyak adegen bersentuhan oleh Laikha dan Kyle. Selesai sahaja persembahan pembukaan, majlis dimulakan dengan beberapa ucapan daripada beberapa pihak. Sehingga tiba giliran Makayla, wakil arkitek disyarikatnya untuk menbentang outcome last projek dan projek yang tengah dikendalikan sekarang.  Selepas selasai segala ucapan, segala para hadirin di jemput makan malam. Makayla dan yang lain sibuk berbual dengan para Klient seperti biasa begitu juga dengan Mr. Eric.

" Miss Makayla... Here is my card... I really hope you can contact me... I want you to design my pent-house... I fell in love with all your architecture design...." Datin Sarinah berkata. Makayla tersenyum sambil menyambut business card yang diserahkan Datin Sarinah. " I will... I will come up with different design first and the you can choose and change to what you want it to be like... But I also have to check the area first... On where your planning to build your pent-house." Ringan sahaja mulut Makayla memberi penjelasan pajang lebar. Beep beep. Telefon bimbit Makayla berbunyi dan Makayla mengeluh seketika.

Whatsapp

Kyle: Enjoying a conversation with.a rich old man huhh...

Kay: Hubby... Please it's just my client... I am discussing with his wife.

Kyle: So where should I wait for you later...

Kay: I might have to go back and check on mon...

Kyle: Mia could do that.

Kay: I wish. GTG. TTYL.

Makayla sudah penat berdiri dan kembali duduk ke mejanya sebentar. Makayla mengeluarkan telefon bimbitnya lagi.

Kay: Mia... I am sleeping over at Kyle. Check on mommy later. She is not feeling well.

Makayla menunggu Amelia membalas whatsappnya tetapi lansung tidak dibalas, cuma blue tick menandakan Amelia sudah baca whatsapp tersebut. " Kay... Someone wants to meet you,..." Mr Eric memperkenalkan seseorang. " This is my nephew... Gabriel...He might be working at our company at the end of this year.." Makayla senyum dan menjabat tangan lelaki kacak dihadapannya. " Gabriel Wallace... Nice to meet you... I have been keeping up with all your work... " Makayla tersenyum manis. " Arianna Makayla Garrett....just call me Kay... So you're.also an architect?" Makayla cuba beramah lagi. " Yeap... I am working in Germany at the moment and I hope I can work with Uncle Eric..." Makayla menganguk sahaja. " I am going to get some dessert... Mind to join me I can introduce you to my other friends... " Makayla berkata sambil berjalan kearah  tempat buffet. Selepas mengambil dessert, Makayla membawa Gabriel ke meja Freya, Janina, Zarith dan yang lain sudah berada di meja tersebut. " Guys... Kenalkan... Gabriel... Anak buah Mr. Eric... He is working in Germany and in three months he will be moving here and working with us..." Mata Freya dan Janina tidak berkelip memandang Gabriel. Sah Janina dan Freya sudah 'syok' dekat Gabriel. Sambil mereka berborak, pengacara majlis menjemput Laikha dan Kyle untuk membuat persembahan penutup sebelum para tetamu bersurai. Lagu ' A thousand Years' yang dinyanyikan Christian Perry mula berkumandang. Kyle hanya mengunakan seluar berwarna putih, tanpa baju terserlah semua otot Kyle. " Wooo... Kay... Those muscles..." Sempat Janina menyakat Makayla. Makayla tersenyum malu. Laikha pula cantik mengenakan dress berwarna putih paras diatas paha dan dress tersebut dihias dengan manik yang berkilau. Makayla memandang dua orang itu menari diatas pentas, nampak sangat chemistry mereka sangat kuat. Untuk membuat beberapa langkah tarian acrobatics memang memerlukan rasa kepercayaan yang tinggi terhadap pasangan penari. Tidak dinafikan tarian tersebut sangat romantik dan ramai tetamu perempuan sudah menjatuhkan air mata termasuk Makayla. Makayla bukan sahaja menangis sebab menghayati tetapi sebab rasa cemburu dihatinya. ' Kyle... I don't know why I am feeling like this....' bisik hati kecil Makayla. Makayla terus berdiri dan keluar. Janina dan Freya terus berdiri dan mengejar langkah Makayla. " Kay... Kay... Wait... " Makayla berhenti dan Freya memeluk Makayla.

" Freya... Look at them they are so good for each other... I think that I am the.one stopping them..." Freya mengusap bahu Makayla. " Kay... You don't have to blame yourself... If Kyle liked her... Dah lama kot dia akan takle Laikha... Obviously he likes you Kay... Dah la... Kaay.... Calm down...  I know it's hard... To see him dancing romantically with another girl... But it's his job... Kay jom lah... We just wait for Zarith at the lobby..." Jenuh Freya cuba memejuk Makayla. Janina mengusap bahu Makayla. " Naaa... Kay... Tengok make up Kay dah tak betul dah... Here is some tissue..." Janina berkata pula. " The part I hate the most is when she kissed him...." Makayla berkata sambil terduduk. " I don't know if it was just an act or it's for real...." Freya dan Janina dua-dua diam. " Janina... Would you be jealous?" Tanya Makayla. Janina menelan air liur. " Perempuan mana yang tidak akan jealous... Kay... Nanti Kay sort things out dengan Kyle .. ya..." Pujuk Janina. Beep.. beep.

Whatsapp

Kyle: Kay... Ask your friends to drop you off at my place.

Kyle: I am sorry about that kissing scene. Laikha just did it. I promise it was nothing to me. I told her she doesn't have to do it for this show. I swear that really meant nothing.

Kyle: But don't worry Kay I am all yours. I love you and only you mean something to me.

Kyle: I just need to send our props to the studio and I will be back.

Kyle : I reminded Mia to go back and check on mom.