Freya memandang wajah Makayla yang agak pucat. " Babe.... Mr. Eric ada dekat bilik.... But fyi... Mood tak baik babe...." Freya berkata sebaik sahaja Makayla masuk. Makayla menelan air liur. Selama berkerja di syarikat itu, Makayla belum pernah melihat Mr. Eric marah. " No choice Freya... It's my fault...." Makayla berkata perlahan. Makayla terus menuju ke bilik Mr. Eric. Tok.Tok. Tok. Makayla mengetuk pintu dengan penuh rasa berdebar. " Come in." Makayla mengehela nafas. Hati Makayla sungguh gusar. Makayla memulas tombol pintu bilik tersebut dan menuju ke meja Mr. Eric. Jantung Makayla masih berdegup kencang. Inilah pertama kali Makayla tidak masuk kerja, dan pertama kali terlepas daripada meeting penting dengan Klient besar.
Muka Mr. Eric agak tegang. File di campak ke arah Makayla dengan kasar. " Next time if you are sick, call the office! We lost our most important client because of you. Now they decided to go with Borhan Enterprise." Makayla menelan air liur dan terus diam. " I hope this is not about any personal problems that you didn't turn up this morning. What is wrong with you Kay! If you keep on continuing to be like this you can walj out the door." Marah Mr. Eric. " I am sorry Mr. Eric. I couldn't even get up this morning.... How can I.. ." Belum sempat Makayla menghabiskan ayatnya Mr. Eric memotong. " Kay! You have a big responsibility! Sick or not! Your work is priority!" Makayla memandang Mr. Eric dengan hati yang agak remuk. ' Dia ingat kita no robot tak ada perasaan... Tak ada keluarga... Tak ada life.... Work is priority! Arghhh.... Gila lah...' bisik hati Makayla. " I am sorry Mr. Eric... It won't happen again." Itu saja yang mampu Makayla katakan. " Well I hope so Kay. From now on... You will never be incharge for any near future projects, until you are able to convince me again." Makayla mengetap bibir. Mr. Eric yang dikenali sebagai boss yang baik sudah menunjukkan belangnya. " Ok... Mr. Eric... I will get to my office now." Makayla berkata sembelum keluar dari bilik pejabat Mr. Eric.
Dengan hati yang mendidih Makayla membuka pintu bilik pejabatnya. Makayla tahu memang salah dirinya sendiri sehingga dirinya dimarah teruk oleh Mr. Eric. Tok. Tok. " Kay.... Mr. Eric suruh pas file project ***** dengan Batrisya... Lepas ini Syirah akan handle project itu." Serba salah Janina memberitahu Makayla arahan Mr. Eric. Bagi Janina Mr. Eric tidak patut berbuat begitu kepada Makayla. Makayla cuma buat satu kesalahan, sedangan projek sebelum ini yang berjaya di dapati oleh syarikat ini kerana design Makayla. Janina turut rasa yang Mr. Eric kurang menghargai Makayla. Dari wajah Makayla nampak sangat wajah Makayla agak penat. Makayla menghulurkan file tersebut kepada Janina. " I am so sorry babe...." Janina berkata sebelum keluar membawa file ke bilik Batrisya. Makayla mengeluh, entah kenapa sejak kebelakangan ini Makayla banyak masalah, hari itu Mia, semalam Kyle, hari ini masalah di tempat kerja. Sambil membuka komputer Makayla sudah menangis. " Babe... Balik rehat lah..." Freya berkata sebaik sahaja membuka pintu bilik pejabat Makayla. Makayla menggeleng. " Kay kena buat proposal ni... Untuk Mr. Eric..." Freya memgeluh. " Kay... Jangan macam ni babe... Esok lusa boleh buat..." Pujuk Freya lagi. Bila Melihat Makayla khusyuk menaip di komputer, Freya mengalah.
Tepat pukul lima setengah Makayla sudah mengemas barang untuk pulang. Sebelum keluar Proposal baharu yang sudah siap, di serahkan kepada Janina untuk di berikan kepada Mr. Eric. Hari ini Makayla tidak ada mood untuk berjumpa dengan Mr. Eric. Makayla agak terkilan dengan Mr. Eric kerana terlalu mengaharap dirinya untuk mengendali meeting bersama klient. Semua presentation Makayla kena galas dan mengetuai. Sekarang satu kesalahan Makayla, Mr. Eric marah dengan Makayla seperti kesalahan Makayla telah berlaku beberapa kali. " Janina... Kay balik dulu... Kay dah janji nak dinner dengan my mom anf her husband..." Janina menganguk sahaja. Selepas itu Makayla berlalu pergi. Ketara Makayla mengalami kekesutan yang melampau. Janina terus menuju ke bilik pejabat Mr. Eric. File disimpan diatas meja Mr. Eric. Mr. Eric pula masih sibuk dengan komputer ribanya. " Kay dah balik?" Tanya Mr. Eric dengan muka yang serius. Janina mengetap bibir. Serba-salah untuk menjawap soalan Mr. Eric. " Janina I am asking you." Janina hanya menganguk laju. Mr. Eric mengeluh kasar. " I am goingnout first here is the proposal ... That Kay completed...." Janina cepat-cepat keluar.
Janina: Kay.... Mr. Eric... Cari Kay lagi tadi....
Kay; Mr. Eric tak tahu yang Kay kurang sihat. We all should finish at 5 pm.
Janina: Janina dh otw balik rumah.... Esok Kay masuk ke?
Kay: No choice. Masuk je lah. Ganti half day Kay hari ini.
Janina: Dh keluar belang Mr. Eric.
Kay: I know. Kay sebenarnya dah penat... Dgn hal peribadi... Dan hal kerja... Kay perlu tenangkan fikiran....
Janina: Take Care Kay... See you tomorrow...
Kay: ok... Thanks Janina 😘😘😘😘
" Kay... Are you sure you want to go out for dinner tonight? Kay tak penat.... Kalau Kay nak... Uncle boleh order Pizza..." Makayla mengetap bibir. Sejujurnya Makayla agak penat. " I am sorry... How about we all go out this weekend...." Makayla berkata sambil melabuhkan punggung di sofa. " No worries Kay..." Uncle Fariz berkata sambil menepuk bahu Makayla. Puan Valerie turun ke bawah dengan pakaian yang biasa. " Kay... I knew you were still not well.... So.... Maybe we can order something...." Makayla hanya tersenyum sambil menganguk. " Okey mom.... But we still need to go out sometime next week..." Makayla berkata sebelum naik ke tingkat atas. Encik Fariz mengambil telefon bimbitnya dan mencari nombor Pizza Hut. Encik Fariz menempah Hawaiian Chicken Pizza dan Chicken mushrooms with mozerella cheese bersaiz sederhana. Manakala Puan Valerie menuju ke dapur untuk membuat smoothies buah-buahan.
" Mia?" Tanya Uncle Fariz kepada Puan Valerie. Puan Valerie mengeluh. " Val dah halau dia keluar... Val dah tak tahan dah dengan sikap Mia.... " Encik Fariz tidak mahu masuk campur. Encik Fariz hanya mampu mengagak yang Amelia sudah melampaui batas dengan Puan Valerie sehingga Puan Valerie terlalu marah. Makayla turun dengan pakaian yang berbeza dari tadi. " Mia... Mana mommy..." Tanya Makayla. Encik Fariz memandang Makayla. " Mommy dah halau dia keluar.... " Makayla sedikit terkejut. "Apa jadi lagi kali ini..." Puan Valerie mengeluh. " Mia tak habis-habis cari salah mommy.... Bila Mia ada disini... Mommy tak dapat hidup dengan tenang dalam rumah mommy sendiri.... " Luah Puan Valerie. " Mommy sebenarnya dah tak larat... Mommy ikut dia pergi photoshoot... Tapi dia masih melayan mommy dengan dingin... Cuma Kay seorang saja yang layan mommy dengan baik..." Makayla rasa sebak dengan luahan Puan Valerie. Makayla terus memeluk Puan Valerie dengan erat. " I will always love you... Mommy... Kay akan sentiasa ada untuk mommy .. kay janji...." Puan Valerie tenang, berbanding tadi. Makayla memang bijak menenangkan Puan Valerie sejak dulu lagi.
Selepas makan malam Makayla naik ke bilik tidur. Lama Makayla memandang telefon bimbitnya. Kyle lansung tidak mencari Makayla atau memohon maaf dari Makayla. '' Kyle.... I want my old Kyle back.... I hate us not talking to each other... This sucks... Kyle I wish you could give me a clear answer.... Whether you love me or her...." Bantal peluk Makayla ambil dan memeluk bantal itu dengan kuat. Air matanya sekali lagi jatuh, otak Makayla asyik teringat gambar yang diupload di Instagram Laikha. Hati Makayla kembali sakit, benci dan geram dengan Laikha, Kyle pula Makayla rasa kecewa terhadap teman lelakinya kerana sanggup back up Laikha dan memarahi dirinya.
Kyle P.O.V
Kyle rasa agak letih kerana sibuk dengan photoshoot untuk pakaian berjenama yang agak tersohor seluruh dunia. Kyle membuka telefon bimbitnya. Sejak semalam sudah beberapa reporter cuba menghubunginya untuk meminta penjelasan tentang gambarnya bersama Laikha. Ada beberapa WhatsApp masuk dan Kyle terpaksa balas satu per satu untuk menjelaskan situasi sebenar. Tidak lama lepas itu Kyle membuka ruang chatnya bersama Makayla. Online. ' Online? Chat dengan siapa? Huhhh.... Setia konon.... Entah-entah dah lama pasang scandal belakang Kyle... patut senang saja minta break...' bisik hati Kyle yang sedang membuak-buak dengan rasa ego.
Makayla: Kyle...
Kyle malas mahu membalas, entah kenapa hati Kyle sudah bosan, sejak mereka bergaduh semalam. Kyle sudah putus asa dengan Makayla, tambah lagi Makayla tidak mempercayainya, makin Kyle sakit hati. ' Maybe breaking up is the best for us...' bisik hati Kyle. Dunia Kyle dan Makayla tidak sama, keserasian antara mereka sudah tidak seperti dahulu. ' Yes that's it, it's not Laikha that's make our relationship sour... It's because we have no more chemistry...' bisik hati Kyle lagi. Tanpa rasa kasihan Kyle membiarkan telefonnya berdering begitu sahaja. Setelah telefon berdering lebih dari tiga kali Kyle menutup telefonnya. Kyle sudah malas. ' Pandai-pandailah tafsir maksud Kyle... Kay... Kyle dah malas...' Kyle akhirnya terlelap diulit mimpi indah, Kyle lansung tidak peduli apa yang Makayla buat ketika ini.
Makayla P.O.V
" This is the voicemail box for the number....." Makayla mengeluh dan memadam talian. " Why is everything getting worse..." Air mata Makayla jatuh sekali lagi. Cincin tunang di pandang dengan hati yang remuk. " Kyle... I love you so much that I don't want to loose you...." Makayla membuka cincin dan disimpan dalam kotak khas cincin tersebut dan kemudian disimpan dalam jewelry boxnya. Air matanya dilap. Esok Makayla perlu masuk kerja, banyak kerja yang perlu di 'hand over' kepada Baisyirah. Disebabkan masalah hubungan Makayla dan Kyle, prestasi Makayla ditempat kerja turut terjejas. Makayla menyumbat earphone ke telinga dan melayan lagu techno sehingga akhirnya Makayla terlelap sendiri.