Chereads / Stay with Me *Kay* / Chapter 14 - 14

Chapter 14 - 14

" Kay... Why are you back late?" Tanya Puan Valerie sambil menyambut bukusan roti telur yang ditapau dari kedai mamak. Makayla mengeluh. " Mr. Eric dump a load of report on me... And I haft to be in before eight tomorrow..." Puan Valerie mengetap bibir. Kasihan melihat anaknya yang penat dengan kerja yang bertimbun, masuk kerja awal dan balik kerja lambat. " Kay... You shouldn't be doing all of that..." Komen Uncle Fariz. Uncle Fariz memang tahu apa yang patut Makayla buat dan tidak buat menurut diakripsi kerjanya, dan Uncle Fariz tahu yang Mr. Eric seperti mengambil kesempatan keatas Makayla, tambah lagi semalam Makayla tidak hadir kerja semakin Mr. Eric senang mencari alasan untuk mempergunakan Makayla. " Take a rest Kay... Thanks for the Roti telur..." Puan Valerie memeluk Makayla sebelum Makayla naik ke tingkat atas.

FLASHBACK

" Belle I am sorry... But I am still married to Val... I told her about us... And I told her all this while I was only staying because of the kids.... " Tanpa Encik Kelvin Garret sedar ada seseorang yang memerhatinya disebalik pintu balkoni. " Just wait a little while... I can't continue my marriage with Val... We have no chemistry... Belle I love you... Just give me three months and I promise you I am all yours..." Makayla terus berlari ke bilik tidurnya, dan menangis semahu-mahunya. Patut hubungan ibu bapanya agak dingin sejak kebelakangan ini. Makayla teringin sangat mahu meluahkan apa yang didengarnya sebentar tadi kepada Amelia, tetapi Makayla masak sangat dengan perangai Amelia, sekali Amelia benci seseorang itu, selama-lamanya Amelia tidak akan maafkan orang itu. Teringatkan perangai Amelia yang degil dan berhati keras bak batu Makayla membatalkan niatnya.

Makayla masuk ke dalam bilik tamu, disitu Puan Valerie sedang mengelamun jauh. " Mommm....." Makayla tidak mampu berkata apa-apa lagi, tetapi dia cuma mampu peluk ibunya. Air mata Makayla tidak berhenti-henti keluar. Puan Valerie menarik Makayla kedalam pelukan hangat, Puan Valerie sendiri mengalami masalah dan tertekan. Entah mana silapnya sampai Encik Garret berubah hati. " I heard dad on the phone... Who is Belle mom?" Puan Valerie mengeratkan lagi pelukannya terhadap Makayla. " kay... Just pretend you don't know anything... Make sure Mia doesn't know about this... I want you to respect your father... No matter what he did he is still your dad... And what ever happens... Don't leave me Kay... Because you are the only one that keeps all my secrets and you are the only one I can tell all my problems to...." Makayla mengeratkan pelukannya lagi. " I promise mom... I will never leave you... Amd I won't tell anyone about dad..." Puan Valerie mencium dahi Makayla.

End of flashback

Amelia memandu keretanya dengan perlahan ke apartment Laikha. Malam ini dia sengaja biarkan Laikha bersama Kyle, dan Amelia harap yang Kyle akan menerima Laikha. Walaupun Makayla dan Kyle baru sahaja putus, Amelia yakin Kyle tidak akan balik kepada Makayla lagi, dan Amelia berharap sangat yang Kyle akan pandang Laikha yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap dirinya. Amelia terlalu benci dengan Makayla, dan selagi Amelia tidak tengok Makayla jatuh tersungkur, Amelia tidak akan berpuas hati. " This is only the beginning Kay... " Amelia ketawa jahat. Tidak sabar melihat cara Kyle layan Makayla selepas ini. Bila ego sudah butakan mata, segala yang benar tetap akan nampak salah.

Makayla duduk mengelamun diatas katilnya. Kyle masih merajuk dengan dirinya. Jenuh Makayla fikir bagaimana mahu memujuk lelaki itu. Makayla mengeluarkan telefon bimbitnya dari tas tangannya. Lansung tiada panggilan dari Kyle. Makayla mahu WhatsApp Bethany tetapi tidak mahu menggangu lewat malam begini. Akaun instagram Makayla buka. Follow request dari orang yang tidak dikenali Makayla terpaksa decline. Ramai yang mahu stock Instagram Makayla kerana pertama dia adalah kembar kepada Mia Marcella dan yang kedua kerana dia adalah kekasih/tunang kepada Kyle. Ramai juga yang akan kecam gambarnya yang Kyle upload di Instagram miliknya kerana Kyle ramai crush dan ada juga yang terlalu obses dengan chemistry Kyle dan Laikha sehingga mereka tidak dapat menerima yang Kyle dan Makayla bercinta. Makayla like video yang diupload oleh Laikha. Kali ini Laikha menari solo. Terdetik di hati Makayla, dimana Kyle.

WhatsApp

Kay: Hubby???

Kay: I am sorry....

Kay: I can't take it us fighting like this...

Kay: Goodnight Kyle. I love you so much that I can't bare to loose you.😘😘😘🌺🌺🌺

Namun semua whatsapp itu dibiarkan bluetick sahaja.

****************

Flashback

Puan Valerie tiada siapa untuk meluahkan perasaannya selain kawan baiknya Fariz. Sudah berapa lama Fariz menyimpan perasaan terhadap Valerie, tetapi Valerie memilih Kelvin Garrett pula. " Val... Just move on Val... If he loves Belle... There is no use to fight anymore... Find your own happiness...." Kata-kata itu membuka mata Valerie. Valerie terlalu kecewa dengan suaminya, yang lebih mengecewakan adalah Belle sedang mengandung tiga bulan. Kalau anak-anaknya tahu memang hati mereka akan hancur. Valerie tidak mahu anak-anaknya terutama sekali Mia tahu tentang Belle. " Val... Marry me Val... I will make you happy again...." Valerie menelan air liurnya. Valerie tahu sudah lama Fariz menyimpan perasaan terhadap dirinya, malah sampai sekarang Fariz tidak berkahwin. Valerie tahu Fariz akan bahagiakannya, kerana sejak University lagi Valerie kenal dengan Fariz, malah mereka juga rapat kerana Fariz adalah buisness partner-nya. Puan Valerie mahu buktikan kepada Kelvin bahawa dia juga boleh move on.

Amelia terpingga-pingga melihat Encik Kelvin packing pakaiannya. " Papa... Where are you going?" Encik Kelvin senyap, tidak mahu menjawap Amelia. Encik Kelvin terus keluar dan masuk ke dalam texi. Encik Kelvin mendapat panggilan daripada Belle kerana Belle baru sahaja mengalami keguguran. Encik Kelvin terpaksa terbang hari ini juga untuk menemani kekasih hatinya. Puan Valerie memang tahu sebabnya Encik Kelvin bergegas keluar. " Your dad has an urgent meeting honey...." Puan Valerie terpaksa berbohong kepada Amelia, bimbang Amelia tahu pekara sebenar. Puan Valerie ingat pesan Encik Kelvin. " Val... I know what I did is wrong... But please... Don't let Mia know anything about this... I can't bare for her to hate me...." Puan Valerie tersepit, kalau mereka bercerai nanti apa alasan yang munasabah yang patut diberikan kepada Amelia dan Makayla kelak.

Whatsapp

Fariz: Val... You know how much I love you... As soon as he lets you go... I will take you to be my wife... I promise you that I will make you happy... I will give you the happiness that he never gave you....

Valerie: The only problem is how I am going to tell the kids? They will hate me.

Lama Valerie menunggu Fariz membalas WhatsApp tersebut, tetapi Fariz seperti berada di tempat yang tidak mempunyai sebarang signal telefon. Telefon bimbit Puan Valerie simpan diatas meja ruang tamu, selepas itu Puan Valerie masuk ke dapur untuk masak makan malam. Puan Valerie menyediakan makanan kesukaan Amelia, Amelia selalunya sedikit cerewet dalam memilih makanan. Amelia tidak suka makanan yang pedas, malah Amelia lebih memilih makanan yang steam atau rebus. Makayla pula suka makanan pedas, dan Makayla wajib ada sambal setiap kali makan nasi.

Amelia rasa tidak sedap hati kerana ayahnya keluar dari rumah dengan keadaan tergesa-gesa. Melihat telefon bimbit Puan Valerie diatas meja, Amelia mengambil keputusan untuk menggunakan telefon Puan Valerie untuk menelefon ayahnya. Sebaik sahaja Amelia membuka screenlock, Amelia terkejut melihat whatsapp masuk daripada Uncle Fariz. Gatal hati Amelia untuk membuka WhatsApp penuh daripada uncle Fariz, kerana preview Whatsapp tersebut sedikit menarik.

Fariz: I think the kids need to know Val... Sy rsa your kids perasan yg hubungan you and Kelvin semkin dingin....

Fariz: Val... I terima you seadanya, I am willing to love your kids as my own....

Fariz: I will see you tomorrow. Stay strong and take care.

Hati Amelia hancur melihat whatsapp Uncle Fariz kawan Puan Valerie. Patut Encik Kelvin bergegas keluar dari rumah, kerana Encik Kelvin baru tahu yang Puan Valerie dan Uncle Fariz berskandal selama ini dibelakang Encik Kelvin. Patut selama ini hubungan ibu bapanya dingin. " Daddy.... " Amelia perlahan. Kemarahan Amelia sudah tidak dapat dibendung lagi. Amelia terus pergi ke dapur. Puan Valerie sedang sibuk memotong ayam untuk di steam. Sebaik sahaja melihat Amelia, Puan Valerie senyum. " Hey... Mia...  I am making your favourite Nasi Ayam.." Tiada riak gembira diwajah gadis itu. " You are a slut! How dare you turn your back on this family! How dare you cheat on dad! I hate you and I will never forgive you! Tell Fariz he will never take dad's place!" Wajah Puan Valerie berubah menjadi pucat. Amelia mencampak telefon bimbit Puan Valerie diatas lantai tile sehingga screen telefon tersebut pecah.

End of flashback

Awal pagi Makayla sudah bangun, cepat-cepat Makayla bersiap untuk masuk kerja. Sarapan yang disediakan Puan Valerie tidak sempat pula dijamah. Hari ini Makayla kena masuk awal kerana Makayla perlu mengendalikan meeting bersama klient. Ini sahaja peluang yang Makayla ada untuk membuktikan kepada Mr. Eric tentang kemampuan dan kebolehannya dalam bidang arkitek. Makayla masuk ke dalam pejabatnya, file yang mengandungi laporan yang dibuat semalam Makayla ambil dan hantar ke meja Mr. Eric. Janina dan yang lain belum masuk lagi. Makayla kembali ke bilik pejabatnya. Telefon Makayla sudah habis bateri, Makayla mengambil charger spare dalam laci mejanya dan mengecas telefon bimbitnya. Hati Makayla semakin resah, Kyle betul-betul benci dirinya sehingga whatsapp Makayla tidak dibalas. Makayla memicit dahinya kerana kepalanya pening. " Kay kena buat sesuatu.... Kay kena selematkan hubungan Kay dan Kyle..." Makayla bercakap sendiri.