Chereads / Stay with Me *Kay* / Chapter 2 - 2

Chapter 2 - 2

Makayla begitu seronok apabila sampai saja Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket. Bagasi pakaian Makayla dan Kyle berada diatas troli. " Laikha... since we are going to the same hotel... Laikha nak join tak... Satu texi dengan kami dua... It's ok kan Sayang??" Makayla memaniskan senyuman sambil menganguk, namun dalam hati Makayla rasa kurang senang. " Jomlah Laikha... Tak apa... Lagipun bahaya kalau Laikha seorang-seorang naik teksi." Laikha kelihatan serba salah. Laikha tahu Makayla hanya mahu menyedapkan hatinya tetapi kata-kata Makayla ada benarnya juga. " Betul Kay tak kisah... Laikha tak nak Kay terasa hati pula...." Makayla mengetap bibir. " Terasa apa pula... Jom lah.... Nanti kita boleh dinner terus bila sampai hotel nanti." Makayla mengeluh lagi dalam hati. Dimana ada Kyle disitu juga ada Laikha. "Okey... Lah..." Laikha mengalah tetapi dalam hati Laikha tetap rasa gembira kerana Kyle sangat 'Caring' terhadap dirinya walaupun bersama Makayla. 'Arianna Makayla Garrett the game has just started .. enjoy the weekend' bisik hati Laikha.

Sebaik sahaja sampai dihotel Laikha terus baring diatas katil mewahnya. " Aduhhh... Busuknya... Hati aku ni... Arghhh... Kay.... Laikha betul-betul minta maaf... Laikha tak sengaja... Nak buat jahat dengan  Kay... " Laikha mengeluh. Hati Laikha tiba-tiba jadi sedih. Sedih kerana Makayla mesti seronok berpeluk dan bermesra dengan Kyle. " Mereka dua dah lah sebilik... Arghh... Sedihnya..." Laikha berkata sendiri lagi. Air mata perlahan-lahan jatuh ke pipi Laikha. Laikha rindu sangat dengan Kyle. Laikha tidak sabar menanti masa latihan dan persembahan menari yang seterusnya dengan Kyle kerana hanya waktu itu Laikha boleh rapat dengan.Kyle, berpeluk dengan Kyle dan merasa sangat dekat dengan Kyle.  Pertama kali Kyle bertemu dengan Arianna Makayla adalah.semasa Amelia Marcella menyambut hari jadinya. Amelia dan Makayla adalah kembar tidak.seiras. Amelia begitu giat aktif dalam menari dan Laikha merupakan kawan baik Amelia. Amelia dan Laikha selalu juga menari secara duet. Sejak hari jadi Amelia dan Makayla, Kyle semakin rapat dan akhirnya bercinta dengan Makayla. Bagi Laikha pula, Laikha terpaksa memendam lagi perasaannya kerana Laikha tahu Kyle tidak mungkin akan memandang dirinya.

Laikha: Mia...

Amelia: Hey babe....Mia tengah shooting lagi...

Laikha: I'm in Phuket.

Amelia: Alone? How about Kyle?

Laikha: He is here too... With Kay..

Amelia: Ouh...This is no good news then...

Amelia: Hey babe... I will VC you later... It's time for me to start working again....

Laikha tersenyum sendiri. Sungguh Laikha rindu sangat dengan Amelia sekarang. Amelia selalu sibuk travelling hari itu Amelia berada di Paris, Italy, Portugal dan sekarang di Scotland. Amelia kebanyakan masanya tinggal bersama ayahnya dan Makayla pula bersama ibunya. Ayah Amelia dan Makayla sudah lama menetap di London. Amelia pula tidak berapa gemar berjumpa dengan Makayla dan Puan Valerie. Setiap tahun Amelia dan ayahnya akan pulang untuk menyambut hari jadinya  Makayla. Hubungan Amelia dengan Puan Valerie juga tidak berapa baik. Berapa kali Amelia pulang bercuti, Amelia langsung tidak melayan Puan Valerie dengan baik. Entah berapa kali Laikha sudah menasihati kawan baiknya namun gadis itu tetap degil.

Laikha merupakan seorang anak yatim piatu sejak kecil lagi. Ibu bapa Laikha masih hidup, tetapi mereka menyerahkan Laikha ke rumah anak yatim dan disana Laikha menemui Kyle. Ayah Kyle merupakan salah seorang penderm terbesar Rumah Asuhan kanak-kanak Sunflower Joy. Laikha dimasukan ke rumah asuhan kanak-kanak sejak umurnya lima tahun. Dalam keluarga Laikha, anak lelaki adalah keutamaan, jadi untuk memyelamatkan Laikha ibunya menghantar Laikha ke rumah asuhan sebaik sahaja melahirkan anak lelaki. Beberapa bulan yang lepas Laikha menemui keluarga kandungnya. Ayahnya langsung tidak menerimanya. Ibunya diam tidak berkata apa-apa. Adik lelakinya  pula terkilan dan terkejut kerana selama ini tidak tahu dirinya mempunyai seorang kakak. Kyle telah memberi kekuatan untuk Laikha teruskan hidup. Melalui Kyle, Laikha dikenalkan dengan Amelia Marcella yang mesra lagi dipanggil Mia.

Makayla mengemas pakaiannya dan Kyle sebaik sahaja sampai di bilik hotel. Makayla malas mahu bertengkar dengan Kyle tentang Laikha. Bagi Makayla lebih baik berdiam walaupun hatinya sakit memahan rasa iri hati. Makayla mengambil telefon bimbitnya dan juga telefon bimbit Kyle dan mengecas telefon bimbit mereka. Makayla menunggu Kyle selesai mandi sambil mengosok perutnya kerana rasa lapar. " Byyyy.... Dah ke.... Kay lapar sangat lah...." Makayla laung dari pintu bilik air. " Jap baby... Hubby nak cukur misai ni...." Makayla berjalan kearah katil dan membaringkan diri. Malam ini sepatutnya Makayla dan Kyle makan malam bersama, Makayla harap sangat yang Laikha tidak makan malam di restoran yang sama. Makayla hanya ingin luangkan masa dengan Kyle sahaja. kuat hati Makayla mengatakan yang Laikha sengaja bercuti hujung minggu di Phuket. Kyle keluar bilik mandi dan menukar pakaiannya. Kyle tersenyum melihat Makayla masih mengelamun sendiri diatas katil. Kyle terus memindih badan Makayla dan mengejutkan Makayla dari lamunannya. " Kyle...." Makayla merengek. Kyle terus mencium bibir Makayla. " Jomlah kita pergi makan... Sebelum hubby makan baby..." Makayla ketawa. " Baby tak nak lah.... " Kyle angkat kening. " It's it only both of us?" Kyle tersentak. " Mesti lah baby... Habis tu nak ajak siapa lagi..."  Makayla mencebik. " Okey lah... Jom... Kay dah lapar sangat... Lepas tu Kay nak lepak dekat pantai...." Kyle menggeleng dengan perangai pelik Makayla.

Laikha tersenyum semdiri sebaik sahaja terpandang Kyle dan Makayla. Entah berapa restoran Laikha pergi tetapi tidak jumpa Kyle. Sengaja Laikha berdiri lama-lama di bahagian pintu masuk. Pelayan restoran datang menyambut Laikha dan pada yang sama Kyle terpandang Laikha dan Laikha terpandang Kyle. " But yeah... Kay rasa mungkin lebih baik buat wedding dekat Malaysia.... Sebab..." Makayla perasan Kyle memandang kearah lain. ' Isyhh... Dia ni tak dengar pula..' bisik hati Makayla. Makayla memandang kearah kiri, tempat yang dipandang Kyle. " Hi Laikha... Jumpa lagi.... Kita..." Mesra saja Kyle menegur Laikha. " Owh .. ya... Hi... Terkejut pula Laikha... Kyle dan Kay dinner sini... Kuat betul jodoh kita.." cepat saja Laikha berseloroh. Makayla menahan hati yang sedikit panas. " Boleh tak Laikha join..." Laikha bertanya. Makayla menghadiahkan senyuman terpaksa. " Duduklah... Lagipun Laikha bersendiri..." Makayla berkata dan cuba berlagak tenang. ' kenapalah Laikha ni langsung tak hormat Kay dan Kyle... Terang-terang tengah candle light dinner bersama... Ada ke candle light dinner bertiga...' Makayla mengumpat dalam hatinya.

" So.... Kyle plan nak melawat mana esok?" tanya Laikha dengan ceria. Kyle mula serba salah. Jauh disudut hati Kyle, kyle rasa yang Laikha seperti mengikutinya. Kyle memandang Makayla. " Kyle ikut Kay... Mana saja Kay nak pergi..." Makayla tersenyum sendiri. Awal-awal Kyle dan Makayla sudah bercadang ke James Bond Island. Laikha memandang Makayla. " Kay masih fikir lagi... Kay nak ke mana... Maybe we will just sleep in..." Makayla menjawap bersahaja. "Okey... Makanan dah sampai.... Kay makan lah dulu... Kay cakap kay lapar tadikan?" Kyle berkata. Dahi Laikha berkerut sebaik sahaja melihat satu pinggan makanan extra diantara Makayla dan Kyle. " Banyak order... Sampai tiga pula main course... " Komen Laikha dengan muka terkejut. "Kay lapar... Jadi yang ni... Kami dua share..." Makayla berkata lagi. Kyle pula seronok menikmati makanannya. Laikha hanya memesan Fresh Garden Salad. Sempat lagi Laikha menyatakan kepada Makayla yang dia ingin jaga badan. Makayla buat-buat tidak dengar tetapi didalam hati Makayla rasa menyampah pula dengan perangai mengada-ngada Laikha.