Chereads / Stay with Me *Kay* / Chapter 4 - 4

Chapter 4 - 4

" Laikha... For the last time... I just want to warn you... Tak payah lah pergi kacau daun lagi... Kyle sendiri cakap yang dia dan Kay dah plan nak kahwin..." Pharrell sudah membebel panjang. Laikha membuat muka menyampah. Laikha menyedut ice lemon tea yang dibelinya tadi. " Pharrell... You need to know how much I love Kyle... Lagipun Mia cakap yang kembar dia tu bukannya baik macam Kyle sangkakan.... Imagine.... Kay sanggup memilih ibunya yang berkahwin dengan lelaki lain.... Laikha tak hairan Kay akan buat benda yang sama dengan Kyle... Mia sendiri cakap yang Kay ni bukan perempuan yang baik....* Pharrell mengeluh.  Amelia terlalu bencikan kembarnya sendiri disebabkan perpisahan ibu bapanya. " Laikha.... I know yang Mia is your best friend... Tapi... We don't know the full story... Ok... There must be a reason why Kay decided to stay with her mom.... Instead of following her dad...." Laikha menyedut airnya lagi. " Pharrell... No matter what it is... I want to fight for me and Kyle... I love him so much... And I want him to see me the way I see him..." Pharrel menggeleng kepala kerana kedegilan Laikha.

Laikha Khaleed tidak dinafikan seorang gadis yang sangat cantik, sejak terkenal sebagai seorang penari professional, followers di Instagram Laikha meningkat sehingga 4.5 Juta. Laikha mempunyai keturunan Lebanese dan sebab itu Laikha memiliki seraut wajah dan bemtuk badan yang memukau. Disebabkan Laikha ditinggalkan Ibu bapanya di rumah anak yatim, Laikha susah mahu bergaul dan juga mempercayai seseorang kerana Laikha pernah rasa terbuang dan tidak disayangi. Kyle seorang sahaja yang mampu memecah tembok yang telah dibina Laikha.

Flashback

" Hi...   Nama saya Kyle... Papa saya kata... Laikha baru disini..." Laikha masih membatukan diri. Kyle pula duduk bersimpuh dihadapan Laikha. Laikha masih membisu. " Kyle ada bawa coklet untuk Laikha... Laikha jangan takut ya... Kyle janji akan jaga Laikha... Kyle harap Laikha mahu jadi kawan Kyle..." Laikha masih kelihatan ragu-ragu. Kyle menghulur coklet cadbury fruits and nut kepada Laikha. Dengan perlahan Laikha mengambil coklet tersebut. Tetapi Laikha masih tetap membisu. " Kyle balik dulu ya... Esok Kyle datang lagi... Rumah Kyle tak jauh dari sini... Setiap petang Kyle selalu datang sini... Sebab Aunty Elena yang jaga Kyle juga. Laikha memandang Kyle dengan rasa kosong. Kyle meminta diri sekali lagi dan turun ke tingkat bawah. Laikha mula menangis. Sungguh Laikha rindu sangat dengan ibunya. Tetapi apakan daya, mereka tidak mahu Laikha lagi, selain sebab ayahnya sudah dapat anak lelaki, Laikha dianggap membawa malang kepada keluarganya.

Elena menarik Laikha kedalam pelukan sebaik sahaja melihat Laikha menangis diatas katilnya. " Laikha... Jangan nangis sayang... Aunty akan jaga Laikha tau... Aunty sayang sangat dengan Laikha..." Elena mengelap air mata Laikha. " Chloe.. tolong temankan Laikha... Nanti ajak Laikha makan malam dekat bawah .. Aunty nak masak dulu..." Chloe memandang wajah polos Laikha. " Ibu bapa chloe sudah lama meninggal... Chloe tidak boleh jumpa mereka lagi..." Laikha memandang Chloe dengan rasa simpati. " Laikha... Apa yang jadi dengan ibu bapa Laikha?" tanya Chloe pula. Tiba-tiba Laikha meraung sekuat-kuatnya. Chloe terus berdiri dan mengundur diri secara perlahan-lahan. Laikha membuka alamari pakaiannya dan menyelongkar almarinya dan membuang barang-barangnya keluar.

Elena cepat-cepat naik semula untuk menenangkan Laikha. Elena memeluk Laikha dengan erat. " Laika... I will always be here for you..." Laikha menangis semahu-mahunya..sedih. Laikha rindu dengan keluarganya tetapi Laikha tidak diperlukan lagi. Elena berusaha memujuk Laikha. Lama kelamaan, Laikha terlena. Elena membelai anak kecil itu,.Laikha sangat comel, entah kenapa ibu bapa Laikha tidak mahu anak secomel ini. Elena yakin Laikha akan membesar menjadi seorang gadis yang sangat cantik. Elena menelefon Doktor Yvonne untuk memeriksa Laikha. Selepas Doktor Yvonne datang ke rumah anak yatim untuk memeriksa keadaan Laikha, Laikha disuntik dengan ubat penenang. Lama Laikha tidur, Elena risau Laikha akan menghadapi tekanan jiwa, jadi buat sementara waktu Laikha akan mengambil suntikan ubat pemenang dan juga menghadiri sesi therapy bersama doktor psicology.

Laikha duduk di meja makan dengan keadaan yang sangat mgantuk. Dengan lemah, Laikha menyuakan sudu ke mulutnya. Chloe dan Nala masih takut mahu mendekati Laikha. Elena duduk bersama mereka di meja makan. " Chloe... Nala... Jangan takut... Hari itu, Laikha sedih sangat... Sebab Laikha dihantar ke sini... Jadi... Mammy nak... Chloe dan Nala jaga Laikha tau.... Mammy nak Nala dan Chloe sayang Laikha macam adik sendiri... Okey...." Nala dan Chloe menganguk sahaja. Selepas Laikha makan, Elena membawa Laikha ke bilik tidur di ruang atas..Chloe dan Nala juga ikut Elena dan menemani Laikha sementara Elena turun ke bawah untuk mengemas dapur.

" Selamat pagi Kyle... Laikha masih tidur lagi... Beberapa hari ni... Laikha asyik tidur saja..." Chloe mengadu kepada Kyle sebaik sahaja Kyle datang ke rumah anak yatim itu. Kyle berjalan perlahan ke bilik kanak-kanak perempuan. Laikha masih tidur, kerana diberi ubat penenang. " Mammy Elena... Berapa lama Laikha kena tidur macam ini...." Elena tersenyum sambil mengusap kepala Kyle. " Mammy harap hari ini adalah hari terakhir Laikha makan ubat tu... Tapi mammy perlu pertolongan Kyle... Mammy mau... Kyle jaga Laikha.... Jangan bagi Laikha ingat ibu bapanya lagi. Kalau Kyle boleh... Mammy nak Laikha sekolah dekat sekolah Kyle.... Biar Kyle boleh jaga dia... Ok..." Kyle tersenyum sambil menganguk.

Mata Laikha perlahan-lahan terbuka. Sudah lama Laikha tidur, beberapa hari ini Laikha tidur sahaja. Semalam Mammy Elena kata, Laikha kena jumpa doktor pakar hari ini. Laikha tiba-tiba rasa takut. Hendak lari tetapi badannya rasa sangat lemah. Tiba-tiba seorang kanak-kanak lelaki datang menerpa. Laikha lupa nama budak itu, kemudian seorang lagi kanak-kanak perempuan datang lagi. "Laikha sudah bangun... Mesti Laikha lapar..." Sapa Chloe. Laikha hanya menganguk lemah. Chloe terus turun ke bawah untuk memberitahu mammy Elena yang Laikha sudah bangun dan mahu makan. Elena terus menyediakan makanan untuk Laikha. Nasi Putih dengan Ikan masak asam pedas dan sayur sawi. Elena juga menyediakan segelas air ribena untuk Laikha. Dulang berisi air dan makanan dibawa ke atas, Laikha sudah kelihatan dalam posisi duduk, jadi Elena menyimpulkan yang ubat penenang sudah hilang kesannya. Laju sahaja nasi dalam punggan dihabiskan Laikha. Sebelum ini, Laikha enggan makan kerana masih belum dapat menerima kenyataan yang dia dihantar ke rumah anak yatim. " Mammy... Adakah suatu hari nanti mammy akan buang Laikha?" Sedih hati Elena mendengar soalan Lakkha. Elena terus menarik Laikha ke dalam pelukan. " Walaupun mammy baru kenal Laikha tapi mammy dah sayangkan Laikha.... Mammy tak akan buang Laikha. Laikha tinggal disini jadi anak mammy ya..." Laikha membalas pelukan mammy Elena dengan erat. "Laikha.. Kyle juga janji akan selalu ada untuk Laikha..." Laikha melepaskan pelukan Elena dan memandang Kyle. Kyle terus memeluk Laikha begitu juga dengan Chloe dan Nala.

END OF FLASHBACK

Pharrel memandang Laikha, sungguh Pharrell kasihan dengan Laikha kerana kisah silam Laikha, Laikha masih suffer lagi dengan mild depression. " Pharrel do you know how it feels like to be Unwanted? I have parents... They are still alive but they don't want me... But really miss them so much despite how much they hate me..." Masih kuat lagi ingatan Pharrell terhadap luahan hati Laikha suatu ketika dahulu dan dusebabkan itu Pharrell selalu berhati-hati ketika memasihati Laikha kerana gadis itu sangat sensitive. Setiap tarian solonya kebanyakkan menunjukkan kesakitan dalaman yang dialaminya. Tidak dinafikan Laikha adalah penari yang terbaik kerana mampu menarik perhatian penonton dengan emosinya. Sampai ada segelintir penonton boleh menangis kerana memahami setiap lenggok tarian gadis itu. " Laikha... You need to find your own strength... You can't keep on depending on Kyle. He wants his own life and you should find yours. You are very pretty Laikha. One of the most prettiest girl I ever met... Find another guy...get your heart broken...and find another till you meet the right one... Don't wait for Kyle..." Laikha mengeluh kerana Pharrell tidak habis lagi mahu menasihatinya. Walaupun apa yang dikatakan Pharrell adalah betul tetapi Laikha tetap degil juga. " Pharrell.. I don't want to hear anymore... I know I will get Kyle back and this time he will be only mine..." Pharrell hanya mampu mengeluh dan menggeleng kepala,.sambil meneruskan memandu sampai ke apartment Laikha.