Chapter 29 - Bab 29

HARI ini adalah hari temasya sukan Sekolah Menengah Tengku Aris Adiwira. Ramai pelajar tingkatan 3,4 dan 5 yang menyertainya. Ada separuh saja pelajar tingkatan 1 dan 2 yang menyertai. Rakan-rakanku juga terlibat sama dalam acara sukan ini. Wana menyertai banyak acara. Malas nak cerita! Terlalu banyak! Iman pula memasuki acara lari 100 meter dan lompat jauh saja. Terror-terror kawan aku ni! Aku setakat lari-lari anak je. Tak pun lari kejar ayam dengan itik opah di kampung. Malas nak lari betul-betul. Asal dapat mata untuk rumah sukan sudahlah.

Aku, D dan Aisyah duduk ditempat paling atas sekali di Astaka A. Si D ni tak nak kena panas. So, aku dengan Aisyah pun ikutlah katanya. Aku pun nak elakkan panas. Nanti kulit hitam! Cuaca pun tak menentu sekarang. Sekejap panas, sekejap redup. Stadium mulai penuh dengan pelajar sekolah mahupun bukan pelajar sekolah ini. tapi aku dapat membezakan mana satu pelajar sekolah kami. Hanya baju yang membezakannya. Bangga beb dapat pakai baju ada sulaman nama sendiri! Terasa nama dikenali ramai. Hiks!

Sebelum sukan tahunan dimulakan, barisan perarakan antara pasukan beruniform sekolah akan memberi tabik hormat kepada tetamu VIP yang duduk dikerusi khas di Astaka B. Masing-masing segak dengan uniform dan baray yang dikenakan atas kepala. Budak-budak di stadium ini terkinja-kinja sambil kejap pegang kamera mengambil gambar pasukan kadet polis yang sentiasa menyerlah ketampanan dan kesegakan uniformnya.

Dalam hati aku berkata, hmm... nak ambil gambar penolong ketua komandan kadet polislah tu. Siapa lagi kalau bukan 'jejaka idaman gadis malaya' iaitu sahabat lamaku... Izuan. Dia menggantikan Farhan kerana Farhan akan bertarung dalam acara. Farhan hanya melatih mereka saja. Bertambah kacak Izuan dengan suara tegasnya di tengah padang memberi arahan untuk anak buah. Tapi Farhan lagi kacak! Meoww... hihi!

"Mai, bawa minyak angin tak?" tanya Aisyah mencetuskan perbualan. Aku yang baru nak masukkan burger ayam ke dalam mulut terkebil-kebil memandangnya.

"Bawa kut. Entahlah. Kejap aku tengok dulu." Aku mula menyelongkarkan beg berjenama Nike berwarna hitam biru yang terletak elok disebelahku ini. Seluk sekali! Tak ada. Check lagi sekali! Tak ada. Eh! Mana ni? Aku terus-terusan mencari. Beg itu kutonggengkan dan segala khazanah pun keluar.

Beg duit, handphone, tisu, tuala wanita, memopad, pen, pendrive, mp3, earphone....

"Allah! Aku tak bawalah, Syah." aduku pada Aisyah yang sedang menaip sesuatu pada telefon bimbit Nokianya.

"Tak bawa? Habis tu kalau sakit perut lagi macam mana?" soal Aisyah risau.

Sejak Humairah pulang dari latihan catur tempoh hari, dia mengadu sakit perut. Sampai tertonggeng atas katil. Wana pun beri minyak angin untuk disapu pada perut. Humairah berasa lega. Pada sebelah malam selepas waktu prep, mereka dikejutkan dengan suara rengekan Humairah. Masing-masing sudah keluh kesah. Mai masih memegang perutnya. Kerutan di dahi bertambah. Peluh yang merintik di dahi dikesat dengan tuala. Kasihan sungguh rakan-rakan melihatnya sampai Iman mengipas Mai dengan buku. Melihat keadaan gadis itu yang semakin teruk, Iman dan D terus memanggil Cikgu Namisah. Cikgu Namisah mengarahkan Humairah agar bersiap untuk dibawa ke klinik untuk pemeriksaan.Barangkali Humairah keracunan makanan. Selepas mendapatkan rawatan, doktor mengesahkan bahawa Humairah mengalami senggugut dan kebetulan waktu itu juga sewaktu hendak periksa di klinik, Humairah period. Kelam kabut Cikgu Namisah cari Seven Eleven untuk beli tuala wanita. Humairah memang suka bikin kecoh!

"D, kau bawa minyak angin tak?" D pula menjadi sasaran Aisyah. D kulihat terpinga-pinga memandang kami. Aku mahu menghamburkan gelak tapi kutahankan juga.

"Nasi beringin?" soalnya blur. Aku tergelak besar. Aisyah menepuk dahi. D kerut dahi.

"Korang ni dah kenapa?" D hairan. Kena rasuk ke apa kawan aku ni? Nak buat apa dengan nasi beringin?

"Bawa-minyak-angin-tak?" satu per satu Aisyah menyebut. D membuat mulut O sebelum mengangguk faham.

"Lain kali cakap biar terang! Tak bawalah. Apesal kau tak bawa Mai? Kalau sakit perut lagi macam mana? Kau tu dahlah ada senggugut teruk. Tak pernah aku tengok orang ada sengugut macam tu. Tertonggeng sana.. tertonggeng sini..." bebel D. Aisyah tersenyum gelihati. Aku buat muka.

'Aku pulak yang kena.' rungutku dalam hati.

"Okay, stop it. Nanti aku cuba cari Cikgu Namisah. Mesti cikgu ada." putus Aisyah mencari jalan penyelesaian. Aku menyambung kembali suapan burger ayam yang tadinya terbantut gara-gara Aisyah tanya pasal minyak angin.

"Peserta-peserta bagi acara larian 100 meter sila turun ke tengah padang stadium sekarang. Ulang suara..." pengacara mula memanggil setiap peserta. Pada saat itu, kelihatan Wana dan Iman berlari-lari menghampiri kami.

"Korang tolong jagakan beg aku tau." beg berjenama BillaBong berwarna hitam diserahkan kepada Aisyah.

"Beg aku pun sama. Sayang beg aku ni. I love you, baby. Muahh!" Iman mencium beg berwarna putih itu bertalu-bertalu. Rasa sayang untuk melepaskan pergi. Aku sudah ketawa mengekek bersama Aisyah. Wana membuat muka nak termuntah. D pulak terhinjut-hinjut badan. Nak gelak tapi tahan. Kembar marah nanti!

"Apa gelak-gelak? Aku sayang tau beg ni. Ni beg kesayangan aku. Hmmph!" dipeluk beg itu erat sekali lagi. Aku sampai dah termengah-mengah nak ketawa dengan Aisyah. D pun join sekali. Wana dah bengang.

"Woi! Kalau ya pun nak peluk, nak cium beg tu lain kali je la eh. Cepatlah! Dah lambat ni! Aduhai kawan aku ni." Wana bercekak pinggang. Geram dengan sikap suka lambat si Iman ni.

Iman mencebik.

"Jaga beg kesayangan aku ni." muka sedih saat Iman menyerahkan begnya. Aku yang lihatnya memang nak tergelak habis tapi tahan. Takut kecik hati pulak kan.

"Dah! Jom!" gamit Wana.

"Korang, doakan aku dengan Iman berjaya okey." pohon Wana. Kini tangan kami berlima bercantum menjadi satu. Bagaikan menyalur semangat bila tangan kami bersatu. Aku mengangguk. Tiba-tiba aje perutku berasa sakit kembali. Tidak mahu kawanku menyedari akan suasana itu, aku mempamirkan senyuman. Namun, makin kuat ia menyengat.

'Tahan perut. Jangan sakit.' kataku sambil memegang perut.

"Ulang suara... kepada peserta bernama Nur Aliyah Safwana dan Nurin Aiman Nasuha, sila ke tengah padang stadium sekarang. Sebentar lagi acara akan bermula."

"Eee!!! Tak sabarnya dia orang tu!" rungut Iman.

"Nak salahkan dia orang pulak. Kau yang lengah-lengah siap peluk cium beg tu apa? Nak salahkan dia orang konon." sindir Wana pedas. Iman menjeling.

"Sempat lagi nak gaduh. Dah pergi, nanti kena panggil lagi. Buat yang terbaik girls! Demi kami semua." Ujar Aisyah memberi kata semangat buat mereka berdua. Wana dan Iman mengangguk lalu mereka turun pergi ke tengah padang seperti yang disuruh.

"Girls, minah-minah gedik tu ada la. Dia macam nak duduk area sini je." kata-kata D membuatkan aku dan Aisyah memalingkan wajah menghadap Geng Diva Babe yang kini menyuruh mereka yang berada dibawah supaya ke tepi. Aku mencebik apabila melihat dia dengan senang hati duduk beralaskan tikar dan siap ada yang mengipaskan lagi tu. Dengan speck pinkynya lagi buat orang daripada jauh kenal siapa dia. Mak Eton jual cendol yang rabun tu pun boleh kenal!

"Menyampah aku dengan perempuan tu. Mengada-ngada! Siap ada tukang kipas lagi. Serius aku tak pernah jumpa orang macam ni dalam dunia. Kalau dia tu permaisuri ke anak raja takpelah juga. Ni cuma anak datuk bandar aje. Tu pun nak berlagak. Mentang-mentanglah ada perkataan 'Tengku' kat depan nama dia. Eee! Nyampah betul!" kutuk D panjang berjela.

"Dah la tu, D. Biar ajelah mereka. Nanti tak pasal-pasal dapat dosa free mengutuk orang. Istighfar banyak-banyak. Kita buat hal kita, dia buat hal dia." Aisyah memberi nasihat. Lagipun, tiada gunanya kutuk si Ammy and the geng tu. Tak makan saman dia orang tu. Makan chicken chop setiap hari adalah!

Aku hanya mendengar perbualan dia orang. Tidak berniat mahu turut campur. Burger ayam kusuapkan lagi ke dalam mulut. Sedang aku mengunyah, tiba-tiba sahaja perutku kembali sakit. Kali ini cengkamannya sungguh kejap. Aku mengaduh kesakitan sambil tertunduk. Aisyah dan D yang rancak berborak terhenti pabila terdengar suaraku. Dan pada waktu itu, acara sukan lari 100 meter baru bermula. Bunyi siren dan pelepasan tembakan kedengaran. Semua pelajar bersorak untuk rumah sukan mereka. Bergema stadium dengan suara sorakan.

"Mai, kau tak apa-apa ke?" cemas Aisyah. D pula semakin gelisah. Aku menggeleng namun kesakitan kian terasa. D cepat bangkit daripada duduk.

"Aku cari Cikgu Namisah dulu. Syah, kau tolong tengokkan Mai. Aku gerak dulu. Apa-apahal, roger me okay." D berlari turun ke bawah mencari Cikgu Namisah. Kini, Aisyah yang menjadi teman setiaku. Kedengaran lagi suara orang ramai memberi semangat kepada para peserta.

"Mai, kau sakit lagi ke?" tanya Aisyah lagi. Dapat dia lihat peluh menitis didahiku. Aku tersenyum aje lalu menggeleng.

"Kejap. Aku cari someone." ujar Aisyah lalu bangkit menuju ke mana aku tak tahu. Yang pastinya aku memang dah sakit perut. Tak hiraukan orang lain. Lantak merekalah nak bersorak ke nak apa ke. Aku menunduk lagi menahan sakit perut yang kian mencengkam. Rasa seperti urat bersimpul ketat.

Dua minit kemudian...

"Ehem... orang tu dah sakit perutlah, Shereen. Kesian..." Kedengaran suara seakan mengejek.

Mula-mula aku buat tak tahu aje. mungkin orang lain. Tapi hati mulai tak sedap. Aku mengangkat muka perlahan-lahan memandang gerangan di hadapan. Erk?! Diva Babe! Apa dia orang buat kat sini? Kenapa aku boleh tak perasan yang mereka datang ke sini? Mungkin kerana kesakitan yang kualami buat aku tak pandang kiri kanan. Aku hanya mendiamkan diri dan membuang pandang ke arah lain. Malas nak layan. Perut diurut perlahan. Aku buat tak nampak mereka aje.

"Haah la, Rini. Memang kesian." Ketawa gedik mula kedengaran.

Aku mengetap bibir. Sabar, Mai! Jangan cuba cari pasal dengan dia orang! Kau tu tengah sakit. Biarkan je. Anggap mereka orang asing! Bisik hatiku.

"Hmm... agaknya inilah balasan untuk orang dah merosakkan hubungan orang lain. Padah sakit. Balasan untuk perampas!" mereka mengutukku lagi. Rasa marah meletup-letup dalam hati. Macam lava mahu mengalir keluar dari kawah gunung berapi.

"Do I know you?" soalku sinis.

Rini ketap bibir. Marahlah tu! Apa? Ingat aku tak pandai cakap omputih? Hello, BI aku A- okey!

"Hey! Kau jangan nak berangan cakap orang putih eh!" marah Shereen.

Aku jongket kening. "Sorry tapi rasa-rasanya saya tak kenal awak berdua. So please ke tepi. Awak berdua mengganggu konsentrasi saya nak melihat acara di padang." Kataku penuh kelembutan + sinis.

Rini bergerak selangkah ke depan. Perut yang sakit tidak kuhiraukan lagi biarpun ia menyengat. Dua ekoq makhluk depan aku ni yang harus aku utamakan.

"Hey, perempuan! Kau jangan ingat kau cantik, kau boleh rampas semua lelaki hensem kat sekolah ni. kau ingat ya! Sekali lagi kalau aku nampak kau bercakap dengan mana-mana boyfriend kami, siap kau kami kerjakan!" ugut Rini.

Aku tersenyum senget. "Siapa boyfriend korang? Jejaka idaman? Itu boyfriend yang korang war-warkan pada semua orang?" aku ketawa sinis. Rini dan Shereen sudah memerah muka tanda marah. Apa? Ingat kau orang aje yang boleh marah? Orang lain tak tahu marah?

"Ingat eh! Kalau aku nampak kau bercakap dengan Farhan mahupun Izuan, jaga kau!" Shereen memberi arahan tegas.

Belum sempat aku mahu membalas bicaranya, satu suara menjawab.

"Kenapa kalau dia bercakap dengan aku ataupun Izuan? Nak saman? Nak marah?" Farhan bersuara.

Aku, Rini dan Shereen segera menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya aku bila melihat Farhan berada di situ. Degupan jantung bertambah laju bila dia merenungku sambil memeluk tubuh. Segera aku mengalih pandangan mata ke arah lain.

Rini dan Shereen sudah terkulat-kulat di tempatnya. Melihat figura ketua pengawas buat kaki mereka menggeletar.

"Kenapa diam? Aku rasa aku tak bercakap dengan tunggul kayu. Aku bercakap dengan manusia." balas Farhan sinis.

Rini perlahan-lahan mengangkat muka sebelum menunduk kembali. Takut benar nampaknya!

"Orang berani kerana benar. Takut kerana salah." tekannya lagi.

"Kami... kami minta diri dulu." Terus Rini dan Shereen cabut turun bawah. Mereka mengambil tempat berdekatan Ammy. Langsung tidak bercakap sesama rakan mereka yang lain. Menunduk aje!

'Pengecut! Tadi berani sangat! Bila dah jumpa headprefect, cabut!' getus hatiku.

Farhan tanpa kata terus mencangkung di sisiku buat aku terkejut besar. Haruman minyak wangi yang dipakai bisa menggetar naluri mana-mana gadis. Aku hampir-hampir terlentok. Pipi ditepuk perlahan. Sedar, Mai!

"Nah." Farhan menghulurkan minyak angin membuat aku kerut dahi. Tapi aku langsung tak pandang wajahnya malah membelakangkannya.

"Buat apa?" soalku bodoh. Cool down, heartbeat!

"Minum." Jawabnya selamba. Aku menceber. Perlilah tu!

"Tak apa. Terima kasih. Aku tak guna minyak angin pun." Kataku jual mahal. Walhal perut aku rasa nak meletup sebab makin kuat cengkamannya. Steady, Mai!

"Nanti perut sakit lagi. Guna aje la!" Nada suaranya agak keras sedikit kali ini. Aku tetap tidak ambil malah aku menjarakkan tempat duduk dengannya. Kang heboh satu sekolah kata aku ada hubungan dengan dia. Walhal kami memang ada hubungan pun! Itu tak dapat dinafikan lagi. Sebenarnya aku malu dengan dia. Tapi macam mana dia tahu aku sakit perut? Musykil ni!

Kedengaran keluhan nafas agak kasar. Aku buat tak tahu aje. Jantung cuba diubah kepada degupan normal. Yang penting, jangan pandang dia!

Botol minyak angin diletak seinci dari seluar hitamku. Aku kerling sedikit saja. Kelihatan dia sudah berdiri semula. Hatiku mulai lega. Namun kelegaan itu tidak berpanjangan bila dia bersuara sebelum berlalu pergi.

"Jangan lupa esok ada latihan catur. Aku nak kau main macam aku ajar hari tu." Ujarnya seraya berlalu dari situ mengikut pintu belakang yang berkunci. Tak hairanlah kalau dia lalu ikut situ sebab kunci dia yang pegang.

Aku menekup muka dengan telapak tangan selepas dia pergi. Makkk!!! Malunya aku!!! Walaupun cara percakapan dia bukanlah bernada perlian namun aku tetap berasa malu. Malu ya amat sangat! Merah muka macam buah tomato. Teringat bagaimana muka Farhan seakan-akan mahu tersenyum bila aku menjalankan salah satu buah catur yang tak sepatutnya digunakan pada waktu itu. Dengan suaranya yang perlahan cukup buat aku malu dan menunduk.

"Lain kali jangan menipu. Tak ada faedahnya pun. Tak pandai main, boleh belajar. Menipu dapat apa?"

Bermula dari dia bercakap sedemikian, aku terus mengelakkan diri berjumpa dengannya. Pantang aje aku ternampak wajahnya, pasti aku akan mencari jalan lain. Tak sanggup den!

"Mai, sakit lagi ke?" muncul Aisyah secara tiba-tiba entah dari mana buat aku terkejut. Aku pura-pura membetulkan tudung.

"Kenapa merah muka ni?" soal Aisyah terperanjat. Mana taknya! Tadi pergi muka elok aje. Cuma perut yang sakit. Sekarang ni muka berubah warna pula! Sakit sangat ke?

"Aku panggil cikgu eh?" aku menggeleng.

"Dah okey dah. Panas. Tu yang muka bahang." Jawabku perlahan menyembunyikan rahsia.

Aisyah mengangguk faham. "Ni ada minyak. Puas aku cari. Cikgu Namisah tak ada simpanan. Aku cari cikgu lain. Nasib baik Cikgu Samad ada. D sampai keluar cari di kedai. Aku pun teruslah pergi sini. Takut kau sakit sorang-sorang." Cerita Aisyah. Tuala kecil yang tersimpan dalam poket seluar trek hitam dikeluarkan lalu dilap pada muka yang berpeluh dan berminyak.

Aku tersenyum tawar. Kesian kawan-kawan aku. Sanggup berkorban demi aku. Entah macam mana aku nak balas jasa mereka nanti ya?

"Eh! Ni minyak angin siapa?" Aisyah mengangkat botol minyak angin yang terletak elok di sebelahku. Mungkin tadi dia tidak perasan tadi.

Gulp! Aku meneguk liur. Apa nak jawab?!

***

"Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa esok, semua pelajar diberi cuti sempena Hari Sukan tahunan bagi sekolah Tengku Aris Adiwira."

Ucapan pengetua yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar. Riuh stadium dengan jeritan suara mengucapkan esok cuti. Pasti ramai di antara mereka sudah planning untuk ke mana-mana esok. Bagi atlit pula, mereka akan dapat berehat setelah menjalani traning selama dua bulan. Mana tak letih!

"Yeah! Esok cuti!" Putera melayangkan topi hitamnya ke atas. Macam budak baru lepas grad aje.

"Korang, esok kita keluar nak?" Khairul mencadang.

"Emm.. okey juga. Ke mana?" soal Iman balik.

"Mana-mana je la area KL ni. Aku orang Perak. Tak biasa berjalan sangat. Kalau jalan pun dengan family je." Jawab Khairul.

"Habis tu macam mana? Siapa duduk KL? D?" Wajah D dicari sekeliling.

"Here!" jerit D dari arah belakang. Dia berlari sambil memegang plastik di kedua-dua belah tangan.

"Hoi! Kau borong habis ke apa?" hampir terbeliak biji mata kami semua melihat plastik di tangan D. Makanan dan minuman?! Biar betik?

"Ni semua untuk makan malam karang! Aku memang suka mencekik malam-malam." Jelasnya lagi bila melihat kami memandangnya dengan pandangan serong. Haah! Lupa pulak yang minah ni kalau malam menjelma, dia akan mencari apa saja untuk dimakan.

"Apa-apa aje la. Eh, D. Kita orang esok cadang nak outing. Area KL. Kau kan duduk sini. Boleh tunjuk jalan. Jom keluar esok." Pinta Iman.

"Okey!" putus D. Kami melonjak keriangan.

"Hai, Farhan. Tahniah menang lagi tahun ini." ucap Iman terlebih mesra pula kali ini.

Farhan yang baru tiba bersama Aizat, Izuan, Hakim, Ashraff dan Syafiq tersenyum menganggukkan kepala. Eh! Eh! Boleh pula senyum! Musykil aku! Dia ni macam-macam fiil. Kadang serius, kadang senyum. Tapi tak pernah-pernah aku tengok dia senyum dengan kawan-kawan aku.

"Han, esok keluar yuk? Cuti kan? Boleh outing. Bolehlah ek?" Putera mengongoi sambil memegang lengan Farhan. Macam perempuan je gaya! Putera memang sukar dijangka!

"Haah la, Han. Aku pun bosan. Bolehlah kita keluar?" Ashraff pula memujuk.

Farhan terdiam sebelum mengangguk. Kami terjerit gembira sekali lagi. Ada beberapa pelajar yang berada di sekitar kami menoleh dua tiga kali.

"Tapi aku akan doublekan masa latihan catur nanti." Ujarnya sambil mengerlingku yang tampak terkedu. Hatinya tercuit dengan perangai malu-malu Humairah sekarang setelah peristiwa catur itu terjadi. Tengoklah! Masa dia serahkan minyak angin pun, Humairah langsung tak paling muka. Malah membelakanginya.

"Oh... okey je. Kan Khai, Syafiq? Mai?" Wana menyenggol lenganku buat aku pandang mukanya.

"Apa?"

Semua menepuk dahi kecuali Izuan dan Farhan. "Kau memang pending la, Mai." Hakim menggeleng.

Aku menjuihkan bibir. Korang tak tahu masalah terbesar aku. Kena double masa latihan catur? Allahuakbar! Maknanya aku kena menghadap muka dia selama dua jam?! Main catur? Opss bukan! Belajar main catur dengan dia?! Oh mama! Mai tak rela... Mai tak nak malu lagi.... aku rasa nak meraung aje dekat stadium ni!

***

SELEPAS saja membersihkan diri, dia menyidai tuala mandi di tingkap dengan hanger. Kemudian dia mencapai telefon bimbit Sony Ericsson Experia yang baru habis charge. Bait-bait ayat yang baru dibaca dalam kotak mesej buat dia tersenyum di atas katil.

+Papa, mama, Aina dgn Reez nak dtg sana hari Sabtu. Angah x balik kan? So papa nak dtg sana. Dh lama x dtg katanya. Aina pun dh merengek!

Farhan pantas membalas laju.

-Pg ke ptg?

+Pg. Papa kata dia nak jumpa tunang angah sekali. ;)

Farhan menceber. Mengada Fareez ni!

-Papa kata ke kau yg kata?

Lima saat barulah Fareez membalas mesej abangnya.

+Reez anak yg baik. X kan nak ckp plak kan? :D

Farhan merengus. Kalau Fareez cakap begitu maknanya memang dialah yang ujar pada papa dan mama agar menjenguk Humairah sekali. Fareez memang nak kena! Masalah dah nak sampai!

Tepukan di bahu buat dia kalih ke kiri. Figura Izuan yang tersenyum sambil berdiri dipandang. Farhan cepat-cepat menekan butang merah. Wallpaper dia sekeluarga sewaktu raya tahun lepas terpampang di skrin.

"Tak payahlah kau nak sorok, Han. Aku nampak semuanya." Izuan dengan selamba duduk di sebelah Farhan. Kaki diangkat sehingga lutut bertemu dada.

"Fareez memang nak kena," gerutu Farhan.

Izuan tersengih. "Salahkan Fareez pulak? Hmm... aku rasakan kau dah mula ada perasaan pada dia."

Farhan menggelengkan kepala. "Apa yang kau merepek? Perasaan apa? Pada siapa?" dia menyoal balik. Wajah Izuan disebelah dikerling sekilas sebelum menilik telefon bimbitnya.

"Kadang-kadang kita tak perasan yang perasaan itu telah bertandang dalam sanubari tanpa disedari." Izuan mula bermadah pujangga.

Farhan mengangkat tangan tanda menyuruh Izuan berhenti merepek benda yang bukan-bukan.

"Aku nak pergi toilet!" terus Farhan bangun menuju ke pintu dorm. Izuan menggeleng. Dah ada perasaan tak nak mengaku pulak! Lepas tu boleh nak berdolak-dalih. Hmm... Han! Han!

Mata Izuan tertacap pada suatu benda yang terselit di celah-celah buku rujukan membuatkan dia tersenyum penuh makna. Memang betul tekaannya. Farhan masih sama seperti dulu. Dia saja-saja buat tak faham! Saja buat-buat beku!