PAGI SABTU dirasakan begitu indah. Tapi yang malasnya ada pula aerobik dan poco-poco. Aku menghembus nafas lega kerana tarian poco-poco diganti dengan latihan tae-kwan-do. Tak nak den menari poco-poco! Macam hape entah. Aku lagi suka bertumbuk. Kalau dapat punching bag memang dunia ini aku yang punya. Imaginasi terlebih!
"Mai, lepas ni ada latihan chess." Ujar Wana ketika kami sedang berehat-rehat di katil sendiri.
Aku tidak menjawab sebaliknya memusingkan badan membelakangi Wana yang hairan dengan tingkahku itu. Sejak geng aspura tahu hal pertunangan Humairah dan Farhan, kawan itu menjadi diam. Sepatah di tanya, sepatah dijawab. Sepuluh patah tanya, zero jawapannya! Seratus patah? Fikir sendirilah.
"Kau cakap dengan dia aku tak ready. Please jangan ganggu aku. Aku nak rest." Ujarku senada sambil pejam mata.
Wana kerut dahi. Keningnya digaru. Apa pasal Mai hari ini? Lain sungguh percakapannya. Tingkah juga berbeza. Iman yang sedang mengelap muka dipandang. Iman mengangkat bahu tanda tak tahu. D yang sedang menulis ditanya tapi menggunakan isyarat mata. D goyang tangan, juga tak tahu. Aisyah pula tiada. Wana pening. Yang memeningkan kepala sekarang ni macam mana nak beritahu Farhan? Itu masalah paling besar!
"Ooookey...."
"KENAPA?"
Soalan Farhan buat dia rasa tercekik. Wana bukan seperti Aisyah dan Iman yang mudah mesra dengan semua orang. Biarpun gerangan yang dihadapan itu tunang rakan baik sendiri namun dia masih gugup. Nak tengok mata pun takut beb! Semalam bila tengok Farhan menumbuk pemuda yang mengacau Humairah pun dah buat dia gerun dan tercengang.
"Dia yang cakap macam tu. Dia... dia kata nak rest." Wana cuba meyakinkan Farhan.
Farhan tidak membalas sebaliknya menarik nafaspanjang. Pasti hal semalam, telah hatinya.
"Okey tak apa. Korang main dulu. Aku ada hal sekejap." Farhan berjalan menuju ke dorm lelaki meninggalkan kami yang tercengang, tergamam, terkedu. Baru saja dia menaiki anak tangga kelima, telefon yang mendendangkan lagu UNIC berbunyi.
"Assalamualaikum," sapa Aunty Hanani di talian.
"Waalaikumussalam, mama." Balas Farhan sambil memasukkan tangan kiri di poket seluar.
"Han dekat mana ni, sayang?"
"Han dekat tangga dorm aspura. Kenapa mama?"
"Mama dengan yang lain dah sampai. Han datang sini ya? Dekat Astaka Seri Dewi ya, sayang? Mama tunggu. Jangan lupa panggil Maira sekali tau. Assalamualaikum." Terus talian dimatikan tanpa sempat Farhan menjawab.
Keluhan bertambah berbakul-bakul. Satu masalah dah sampai! Macam mana nak panggil budak tu? Nombor telefon dia pun aku tak ada. Nak minta malulah pula! Dia tak biasa minta nombor pada perempuan. Haish! Macam mana ni eh? Farhan menggaru keningnya sebelum mendapat idea.
Izuan!
Hanya dia saja yang boleh tolong. Pantas dia menaiki tangga. Dorm Cekal dituju.
BUNYI MESEJ mengejutkan Humairah yang sedang berkhayal. Siapa lagilah yang suka ganggu dia ni? Bukan ke tadi dia sudah bilang pada teman-teman yang dia tidak mahu diganggu? Mai, mungkin ini family kau! Aku mengambil handset dengan berat hati. Mesej yang baru diterima dari seseorang tidak dikenali dibaca dengan malas. Bait-bait ayat yang dinyatakan buat mataku terbuntang besar. Aku terbangun dari katil kerana terkejut.
+017*******
Assalam... mama, papa, Aina dengan Fareez dh smpi sini. Diorg di astaka. Turun skrg jgn byk alasan!Papa dgn mama nk jumpa. A.S.A.P!
>Farhan<
Aku ternganga sebelum mengeluh malas. Kenapalah dia ni suka mengacau hidup orang? Aku dah cukup letih. Hal semalam belum habis lagi. Sekarang family dia pula datang! Farhan pula mengugut dan memaksa! Tensionnya! Malas nak bersemuka dengan semua orang. Lepas satu, satu lagi masalah muncul! Aku pantas mendail nombor Farhan untuk meminta kepastian dan mengharapkan ini hanyalah mainan semata-mata.
"Hello," suaranya kedengaran macho di telinga.
"Hello, kau jangan main-main eh! Cakap betul-betul!" bentakku geram.
"Aku tak ada masa nak main-main dengan kaulah! Baik kau cepat siap dan turun ke astaka sekarang. Aku bagi masa 5 minit je dari sekarang!" Farhan sudah menggunakan kuasa vetonya. Talian dimatikan.
Aku menggenggam telefon itu dengan perasaan geram + bengang. Rasa nak tumbuk-tumbuk muka mamat tu! Tapi teringat kejadian dia menyelamatkan aku semalam buat aku keliru. Nak marah ke nak sayang? Tak lama selepas itu....
"Aaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
Nana yang sedang buat kerja sekolah terperanjat sehinggakan pensilnya terpelanting masuk dalam bakul sampah. Terkejut punya pasal! Dia mengurut dada perlahan.
"MANA abang, mama?" Aina sudah bosan menunggu. Lamanya angah nak turun? Berak ke apa? Baju gaun lengan panjang dibadan di tarik-tarik dengan rasa marah.
"Aina, jangan tarik baju macam tu nanti koyak. Nanti dah tak lawa. Aina kan princess." Tegur Aunty Hanani.
Aina mencebik. Biar koyak! Orang tak nak jadi princess! Orang nak angah! Marah dengan angah meluap-luap bila air mukanya tidak kelihatan. Angah dah tak nak jumpa Aina lagi.
"Abang dah tak cayang Aina lagi," ucapnya bersama gugusan air mata. Fareez yang melihat menepuk dahi. Itu pun nak nangis ke?
"Aina..." belum habis Uncle Umar berkata, satu suara memintas.
"Siapa kata abang tak sayang?" muncul Farhan dari arah belakang. Aina ralit memandang angah yang sedang menyalami papa, mama dan acik sebelum dia diangkat, dicium dan dipeluk.
"Apesal menangis ni? Marah abang eh?" Farhan merenung mata adiknya. Air mata yang membasahi pipi comel itu dilap dengan jari.
Aina diam.
"Abang minta maaf. Tadi abang ada hal." Terang Farhan cuba memujuk.
Aina bekukan diri. Farhan mencium dahi adiknya. Tak berjaya! Aina masih merajuk dengannya. Farhan mencium kedua-dua belah pipi. Ternampak seperti Aina mahu tersenyum. Farhan mengucup hidung pula. Masih seperti tadi. Farhan tersenyum nakal. Dia menggeletek Aina membuatkan Aina ketawa kegelian. Aunty Hanani, Uncle Umar dan Fareez tersenyum melihat kemesraan mereka berdua itu.
"Cayang abang!" Aina terus merangkul leher Farhan. Manja!
"Papa kata nak datang pagi?" Farhan menyoal papa yang duduk di sebelah mama.
"Memang bercadang nak datang pagi. Tiba-tiba pula orang syarikat telefon. Katanya ada client nak jumpa. Tu yang terpaksa postpone sekejap." Terang Uncle Umar.
"Eleh... sebenarnya papa nak jumpa kekasih dekat pejabat tu. Tu yang lambat." Aunty Hanani menjeling.
Farhan dan Fareez berpandangan sesama sendiri sebelum tersenyum. Mereka berdua dapat hidu pergaduhan manja-manja antara mama dan papa.
"Nani, abang tak ada orang lain selain Nani. Percayalah." Uncle Umar cuba memujuk.
"Orang lelaki sekarang mana boleh percaya sangat. Depan isteri baik aje. Belakang isteri main kayu tiga." Bidas Aunty Hanani lagi.
"Kalau Nani tak percaya ambil kapak, belah dada abang, x-raylah hati. Tengok nama siapa yang abang ukir di sudut hati paling atas. Tak ada orang lain selain Nani." Uncle Umar sudah main ayat-ayat jiwang.
Aunty Hanani memalingkan muka. Isu main kayu tiga memang sangat sensitif bagi kaum wanita. Pantang dengar poligami dari mulut suami memang melayang periuk belanga di dapur.
Farhan dan Fareez ketawa melihat adegan gaduh pujuk papa dan mama. Kelakar! Dah macam tengok drama-drama Melayu di kaca tv. Papa siap pakai ayat jiwang tu! Tak menahan betul. Fareez tukang rekod. Adiknya itu pun tak betul.
"Han, mana Maira?" soalan spontan yang terpacul keluar dari bibir mama buat dia terkedu. Kelu lidah untuk menjawab. Humairah masih tidak turun-turun seperti yang disuruh. Dah suruh, ugut + paksa pun tak jalan juga! Habis tu nak buat apa? Takkan nak heret macam semalam kut? Mahu papa dan mama terbeliak biji mata.
"Assalamualaikum..." satu suara menyapa buat kami semua kalih pandang. Salam dijawab bersama senyuman melebar. Farhan melihat wajah Humairah yang tersenyum. Namun senyuman itu tidak dapat menyembunyikan wajahnya yang nyata pucat tidak bermaya. Farhan tahu apa sudah berlaku.
"Maira," aku menyalami Aunty Hanani. Tanpa kata tubuhku ditarik membawa ke pelukannya. Selepas itu aku menyalami Uncle Umar. Fareez yang berdiri di sebelah Farhan tersenyum seraya menganggukkan kepala. Aku membalasnya dengan senang hati.
"Dah lama ke aunty dengan uncle sampai?" tanyaku mesra.
"Tak adalah lama mana. Mari duduk sini. Aunty dengan uncle saja je datang sini. Nak jenguk Farhan, jenguk Maira sekali. Maira apa khabar? Kenapa muka nampak pucat aje ni?" tegur Aunty Hanani.
Aku tersenyum sikit. "Err... Mai okey je." Jawabku sedikit gugup bila Farhan merenungku. Aku menumpukan sepenuh perhatian pada apa yang uncle dan aunty bualkan. Sesekali aku mengalih pandang ke arah Farhan. dia masih seperti tadi. Merenungku tidak berkelip. Aku cepat-cepat alihkan mata ke wajah Aunty Hanani dan Uncle Umar. Sesekali aku tersenyum dan ketawa mendengar cerita mereka.
Fareez merapatkan diri dengan tubuh abangnya. Bibir didekat pada cuping telinga Farhan.
"Angah, Reez rasakan memang Reez akan cepat dapat bakal kakak ipar." Ujar Fareez perlahan.
Farhan buat tak layan. Fareez sengaja nak mengusik! Aina yang berada dalam dukungannya minta dilepaskan kerana ingin pergi ke arah Kak Maira kesayangan dia. Sekelip mata saja mereka berdua melihat Aina sudah berada dalam dakapan Humairah. Manja sekali adiknya itu!
"Angah lepas habis SPM terus masuk meminang tau!" kata-kata Fareez buat Farhan merenungnya tajam.
"Kau ni dah gatal sangat nak kahwin ke apa?" soal Farhan. Fareez ni macam dah desperate sangat!
Fareez tersengih. "Siapa tak nak kahwin dengan perempuan comel macam Kak Mai tu. Kalau angah tak nak, bagi pada Reez. Sumpah Reez jaga sebaik mungkin." Fareez mengangkat tangan. Konon bersumpah dengan apa yang diperkatakannya itu.
Farhan meluku kepala Fareez. Ada hati nak rampas tunang abang sendiri? Carilah orang lain! Nasib baik Farhan tidak mengucapkannya. Jikalau tidak pasti malu. Semua tahu rahsianya! Shhh!!! Diam sudah...
"Belajar dulu!" tegas suara Farhan.
"Angah boleh pulak?" Fareez tak mahu mengalah. Kalau chess dia kalah tapi berbalah dia memang tak mahu mengalah!
"Angah bertunang bersebab. Kau tak ada sebab jadi habiskan belajar dulu. Jangan nak mengada-ngada ikut macam angah." pesan Farhan dengan air muka serius gila.
Fareez menjuihkan bibir. Eleh... emo pulak abangnya itu! Suka oranglah nak ikut siapa pun.
"Fareez, Farhan, tolong papa ambilkan nasi dengan lauk dalam kereta. Kita nak makan di sini." Ucap Uncle Umar.
"Yeah!" Aina bersorak gembira. Aku? Terpaksa tersenyum lagi. Makan pulak dah! Lepas ni apa? Berpicnic di tepi pantai? Ataupun hari family? Buat BBQ?
"JAGA Maira baik-baik, Han." Pesan Uncle Umar.
Farhan mengangguk tanpa menjawab di mulut. Aku disebelah hanya tersenyum tawar. Ayat uncle bikin seram! Kereta Estima milik Uncle Umar perlahan-lahan bergerak meninggalkan perkarangan Astaka Seri Dewi.
"Apesal kau tak nak datang latihan?" soal Farhan setelah kereta beransur pergi.
Aku tidak menjawab sebaliknya terus berjalan meninggalkan dia.
"Humairah!" ketegasan suaranya buat aku terhenti langkah.
"Aku malas."
"Jangan nak mengada-ngada." Tegas suara Farhan.
"Please la. Aku penat. Tolonglah jangan paksa aku." aku mulai terasa hendak jatuh tapi kutahan. Sabar, Mai!
Terdengar ketawa kecil di belakang. Aku tahu Farhan nak kenakan aku. Tapi aku tak berdaya untuk melawan.
"Kau dah lupa ke apa kuasa aku? Sekarang jangan nak banyak bunyi. Kau ikut aku sekarang! Kita adakan latihan. Selagi tak cukup dua jam jangan harap kau boleh balik ke dorm." Ugutnya lagi.
Aku buat tidak tahu lantas berjalan meninggalkan dia. Namun akibat pening dan peluh yang banyak buat aku rasa tak selesa. Kepala semakin gayang. Badan dah terhuyung hayang. Sudah beberapa kali aku cakap macam nak pitam. Dan sekarang.... aku memang betul nak pitam!
"Humairah!" jerit Farhan bila mendapati aku telah jatuh terbaring di atas rumput dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"DIA mengalami tekanan yang kuat. Saya sarankan jangan ganggu dia buat masa ini. Takut-takut dia akan kembali stress dan migrainnya akan bertambah teruk." Saran Doktor Hasmah.
Cikgu Namisah mengangguk faham. Humairah terpaksa di tahan di wad sehingga keadaannya kembali pulih seperti sedia kala.
"Cikgu nak bercakap dengan doktor sekejap. Kamu tunggu di sini." Arah Cikgu Namisah kepada Farhan, Izuan, Aisyah dan Wana.
"Kesian Mai." Aisyah merenung sayu pintu bilik yang menempatkan katil Humairah.
"Sabarlah. InsyaAllah dia tak apa-apa. Cuma tekanan je." Pujuk Wana seraya memeluk bahu Aisyah yang bermuram durja.
Izuan memandang Farhan yang tampak serabut. Belum pernah dia melihat Farhan seperti tadi. Kelam kabut dia disuruh memanggil cikgu supaya datang ke astaka. Dan berita yang disampaikan cukup memeranjatkannya. Namun nasib baik Humairah tidak apa-apa.
"Siapa yang nak jaga Mai?" soalan Aisyah membuatkan semua memandang dirinya.
Betul jugak. Siapa nak jaga Mai? Boleh ke jaga dua orang? Tapi biasanya hospital menetapkan hanya seorang saja yang boleh menjaga pesakit.
"Aku jaga!" serentak Aisyah dan Wana bersuara. Izuan dan Farhan saling berpandangan.
"Awak semua," sapaan Cikgu Namisah membantutkan perbualan kami.
"Cikgu, siapa yang nak jaga Mai?" tanya Wana terus.
"Saya fikir orang terdekat yang jaga dia. Supaya dia selesa."
"Tapi cikgu, boleh ke kalau jaga dua orang? Saya dan Aisyah nak jaga Mai." Pinta Wana.
Cikgu Namisah pantas menggeleng. "Syarat penjaga hanya seorang saja."
Aisyah dan Wana mengeluh. Harapan tinggal harapan.
"Kalau macam tu biar saya yang jaga dia, cikgu." Farhan menawarkan diri untuk menjaga Humairah.
Empat kepala memandangnya dengan tidak percaya. "Saya harus bertanggungjawab sebab saya dia jadi macam tu." Ujar Farhan menimbulkan keraguan dalam hati guru wanita itu.
"Maksud kamu?"
"Saya memaksa dia untuk hadir latihan catur pagi tadi. Dia ada beritahu yang dia tidak sihat. Tapi saya paksa juga. Mungkin kerana tidak tahan membuatkan dia pengsan. Dan saya rasa bersalah dengan apa yang terjadi." Farhan mencipta alasan.
Lama guru itu berdiam diri sebelum mengangguk faham. "Baiklah. Kalau begitu kata kamu, saya benarkan kamu jaga Humairah. Kalau doktor kata dia boleh balik, telefon saya secepat mungkin." Putus Cikgu Namisah.
"Farhan jaga Mai baik-baik ya?" sayu suara Aisyah. Farhan mengangguk. Wana menarik tangan Aisyah membontoti langkah Cikgu Namisah yang jauh ke depan.
Izuan merapatkan diri dengan Farhan. "Aku balik dulu. Esok datang lagi. Jaga Mai baik-baik. Aku tak nak kehilangan sahabat buat kali kedua." Pesan Izuan. Mereka berpelukan sekejap sebelum bersurai. Farhan memerhati langkah Izuan yang kian hilang dipandangan mata.
Nafas ditarik sebelum memulas tombol pintu. Sekujur tubuh sedang terbaring lemah di atas katil ditutupi dengan comforter sehingga ke paras dada. Mata Humairah terpejam rapat. Tidur seperti bayi. Farhan perlahan-lahan mendekatinya. Kerusi ditarik lalu diduduki. Wajah Humairah yang pucat itu ditenung dengan perasaan bersalah.
"Maafkan aku, Mai. Semua salah aku. Kalau aku tak paksa kau, mesti kau takkan jadi macam ni. Tolong maafkan aku, Mai. Jangan pergi jauh dari aku. Jangan tinggalkan aku lagi." Rintih Farhan dan tanpa sedar air mata mengalir membasahi pipinya.