Chapter 32 - Bab 32

BAU yang agak kuat membuatkan mata tercelik. Kepala agak pening bila memandang atas. Mata yang celik tertutup semula menahan kesakitan. Bila sudah yakin baru kucelik semula. Putih! Semuanya putih. Eh aku dekat mana ni? Syurga ke? Rasa macam ya. Rasa macam tak. Kalau syurga mestilah ada bidadari. Ni putih aje semuanya. Jangan kata bidadari, bidadara pun tak ada!

Aku bangun perlahan-lahan. Kepala cepat dipegang bila terasa berdenyut-denyut. Aku pandang kiri. Tingkap. Aku pandang atas, siling putih. Aku pandang kanan, meja kecil dipenuhi beberapa botol kecil. Dan..... eh?! Ada orang???

Mata yang kecil kubesarkan sedikit. Makin lama makin besar dan besar. Jantungku berdegup kencang. Air liur ditelan kesat.

Farhan???

Apa dia buat dekat sini? Dia tunggu aku ke? Tak mungkinlah! Tapi rasa macam ya. Tapi kenapa eh? Aku cuba mengingati apa yang telah terjadi. Aku nak pitam di astaka selepas saja menghantar pemergian Uncle Umar dan keluarganya. Takkanlah dia yang temankan aku dari semalam kut? Musykilku.

Dengan lampu yang agak malap menyukarkan aku melihat air mukanya sewaktu tidur. Farhan tidur gaya duduk di sofa. Wajahnya sangat innocent. Tiada muka serius dan tegas. Nampak macam budak baik aje. Tapi cuba celik, confirm semua menekur muka ke lantai. Muka dan perangai sebijik monster! Monster pun lagi baik dari dia.

Aku yang hampir terlentok pantas teringat sesuatu. Aku dengan Farhan? Dalam bilik? Dua orang aje? Oh mannnn!!! Aku terus pegang kepala. Huh! Nasib baik bersiap tudung. Baju pun ditukar. Eh? Siapa pakaikan aku tudung? Takkan dari semalam aku tak buka tudung? Baju aku mana? Nurse ke Farhan yang tolong gantikan? Gulp! Farhan gantikan? Darah gemuruh mencacak naik. Bulu roma tegang. Ketakutan menyelubungi diri.

Bunyi desahan nafas buat aku pandang dia semula. Farhan menggerakkan kepala dan tubuhnya sedikit. Nampaknya dia seperti tersedar. Pantas aku baring semula lalu menutup mata serapatnya. Aduh! Sakitnya kepala aku! Ya Allah! Janganlah dia sedar yang aku perhatikan dia masa tidur. Jantung makin laju mengepam. Sambil itu kepalaku terasa berdenyut kembali akibat gerakan yang kuat.

Farhan menggosok mata lalu mengerling jam ditangan. 6.15 pagi! Dia meregangkan badan yang sakit akibat tidur dengan gaya yang sama sejak malam tadi. Kemudian dia berdiri, bergerak perlahan ke katil Humairah.

Aku terasa nak terkencing bila dia merenung diri ini dari celahan kelopak mata yang sedikit terbuka. Ya Allah! Janganlah dia perasan yang aku sudah sedar! Aku berdoa dalam hati.

Farhan terus keluar setelah melihat keadaan Humairah yang agak stabil dan dia tidak mahu mengganggu tidur Humairah yang nyenyak. Biarpun Humairah masih belum sedarkan diri tetapi nafas tidurnya teratur. Setelah bertanya di mana terletak bilik solat, Farhan segera berjalan menuju ke tempat itu. Sempat juga dia menghantar mesej kepada Izuan supaya membawa baju dan seluarnya. Nanti orang wangi-wangi, dia busuk! Melihat keadaan Humairah memungkinkan gadis itu akan dibenarkan keluar hari ini tapi tak tahu bila.

"ERR... nurse, bila saya boleh balik?" soalku pada jururawat bernama Dahlia.

"Nanti akak tanya doktor. Kalau doktor kata boleh, nanti akak inform adik ya?" jawab Dahlia sambil tersenyum manis.

Aku mengangguk. Setelah jururawat bernama Dahlia itu keluar, aku baring semula. Huh! Nasib baik dah ada baju. Yang paling penting ialah tuala wanita! Kalau tak ada tu memang parah aku jadinya. Dah la tengah bendera merah. Mungkin kawan-kawanku yang memasukkan segala baju dan ehem itu dalam beg. Syukurlah!

Emm... aku rasa ni wad private. Sebabnya hanya ada satu katil saja dalam bilik ini. Siap ada aircond dan sofa. Cuma tv aje tak ada. Takkan Cikgu Namisah masukkan aku ke sini kut? Ke ni poliklinik? Entahlah!

Kriukk! Bilalah hospital ni nak bagi makan? Perut aku dah berbunyi ni! Dari semalam pengsan tak makan. Kalau di rumah memang aku mencekik tak kira waktu. Hah! Baru teringat. Perlu ke aku beritahu pada mama perkara ini? Nanti mama risau pula. Ahh! Tak payahlah. Takut mama lagi risau bila tahu hal ini. Baik diamkan aje.

Baru nak berangan menu apa yang akan diberikan pihak hospital pagi ini, pintu bilik dikuak dari luar. Aku cuba menahan rasa bila wajah itu muncul. Di tangannya terdapat plastik yang berisi makanan dan minuman. Aku menelan liur bila dia sudah duduk di kerusi penjaga.

"Macam mana sekarang?" soal Farhan.

"Err... okey. Tadi aku ada tanya nurse. Dia kata kalau doktor bagi balik, baru aku boleh balik." Jawabku gugup.

Farhan mengangguk. Dia meletakkan plastik tadi di atas meja. "Aku ada beli air coklat dengan strawberi dekat Seven Eleven. Aku tak tahu kau suka yang mana so aku beli dua-dua. Ada roti krim coklat dengan jagung. Kau pilihlah mana kau nak. Aku tahu kau belum makan dan aku nak kau makan."

Terkedip-kedip mata memandang Farhan yang sedang mengemas meja kecil itu. Baiknya dia hari ini! Siap belikan aku makanan lagi tu! Eh bukan. Sejak outing dia agak berubah tingkah. Yang itu aku mula perasan. Kenapa tak beli pizza je? Kan senang! Hehe... demand pula!

Farhan terasa diri ditenung buat dia kalih pandang. Aku tersentak. Cepat-cepat aku memandang persekitaran bilik ini.

"Aku minta maaf,"

Kata-kata yang baru dilontarkan darinya agak menghairankan aku. Wajahnya yang sedang merenungku dipandang.

"I beg your pardon?"

"Sebab aku kau pengsan. Sebab pengakuan aku pada kawan-kawan kita buat kau tak selesa. Dan disebabkan hal ini juga yang buat kau pening berfikir sampai pengsan. Aku minta maaf." Sekali lagi dia mengucapkan perkataan itu. Wajahnya juga berupa simpati dan tulus. Tiada riak seperti selalu. Wajah yang lembut dan sedap mata memandang.

Terkedu! Tergamam! Tersentak! Perkataan itu lebih tepat untuk situasi aku sekarang. Wajah Farhan yang mengharap kemaafan kutenung sedalamnya. Aku hairan. Kenapa dia lain sangat sekarang? Mana perginya sifat tegas, garang dan seriusnya? Aku terasa dihadapanku sekarang bukan Farhan yang aku kenal. Macam Farhan yang lain.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" soalan Farhan buat aku tersentak sekali lagi. Pantas aku menggeleng laju.

"Err.. tak ada apa-apa. Cuma... cuma..." aku cuba mencari ayat yang sedap.

"Cuma apa?"

Aku menggelabah. "Err... cuma pelik sikitlah." Aduh! Janganlah soal macam-macam!

"Kenapa?"

"Err.... kau lain sikitlah. Maksud aku.... cara percakapan kau tu.... lain. Haa gitulah!" rasa nak ketuk je kepala ni. Kenapa ayat aku berterabur? Tapi takkan dia tak faham? Isk!

Farhan menjongket kening. Dia faham apa yang dimaksudkan gadis itu Cuma dia saja buat muka. Humairah pasti pelik dengan sikapnya! Namun dia masih mahu buat selamba. Jangan Humairah perasan sesuatu. Dan janganlah Humairah tahu mengenai hal semalam. Mati dia nanti kalau rahsia bocor!

"Aku-tak-faham. Sekali lagi," pinta Farhan. Dia tercuit dengan keletah Humairah. Segan-segan nak cakap. Dah tu asyik pintal tudung. Renyuk hujung tudung tu jadinya!

Isk! Takkanlah mamat ni tak faham? Nak aku cakap apa? Dialek Kelantan? Perak? Negeri Sembilan? Takkanlah bahasa Melayu pun tak faham-faham kut? Macam mana boleh jadi ketua pengawas ni?

"Err... tak ada apa-apa la. Err... kau beli air kotak kan? Nak yang strawberi." Aku cepat-cepat berdalih memandang ke arah meja kecil di sebelah. Eee! Mai tak malu minta barang milik orang lain! Dari tunang sendiri pulak tu! Rasa nak ketuk kepala dengan tukul besi!

Farhan mencapai air kotak strawberi. Dia membuang plastik yang membaluti straw. Straw dicucuk pada lubang dan diserahkan pada Humairah. Gaya pasangan bercinta pula main tolong-menolong ni! Kalau Yana dengan achik tengok ni mahu terbeliak biji mata aih...!

Aku mengambil dengan takut-takut. Mengigil beb! Walhal Farhan relax aje. Selepas baca bismillah, aku menyedutnya. Nikmatnya! Baru nak sedut kali kedua, aku memandang Farhan. Dia juga pandang aku! Erk? Apa kes ni main tenung-tenung? Tak pernah tengok orang minum air ke?

"Err... jangan pandang boleh tak?" tergagap-gagap aku bersuara. Malu pun iya juga! Mesti dia kata aku ni dahaga sangat-sangat kan sampai tak pandang kiri kanan.

Farhan angkat kening. "Kenapa? Segan? Selalu tak segan pun?" bidasnya selamba. Senyuman cuba ditahan.

"Tak selesa." balasku perlahan.

"Minum je la. Bukan aku rekod guna handphone pun." Jawabnya lagi. Sarkastik!

"Pandang sana la!" arahku. Eee! Pancit juga air ni kat muka dia kang! Suka buat aku rasa tak sedaplah! Tembak dengan M16 baru tau!

Farhan menggeleng. "Mata aku, suka hati aku nak pandang apa."

Aku mengetap bibir. Eee! Dah datang dah mood pedas dia. Kerek! Benci tau!

"Pandang sana la!" marahku lagi.

Farhan ketawa kecil sebelum menggeleng. Mai! Mai! Apalah. Tu pun nak malu! Selalu bukan main selamba. Hari ini jadi kucing pula nak malu-malu. Hai... tunang!

"Suka hati kau la. Aku nak keluar sekejap, nanti aku datang balik. Kau jangan pergi mana-mana pulak. Kalau aku dapat tau kau merayau, siap kau." ugut Farhan. Saja je tu!

Aku spontan jelir lidah. Tak heran! Ingat aku budak kecil ke nak merayau sana sini? Ingat aku adik dia? Huh! Tak kuasa! Farhan menjegilkan mata sebelum keluar dari bilik.

Setelah bayangnya hilang, baru aku perasan. Erk? Kenapa kau buat perangai macam tu Mai? Kau jelir lidah pada dia? Eee! Malunya! Mesti dia kata perangai kau macam budak-budak! Eee! Aku terus benam muka pada bantal hospital. Malunya mamaaaa!!!!!

"AWAK dah boleh balik."

Ayat itulah yang kutunggu-tunggu selama ini. Sehari duduk sini rasa sebulan! Cewahh! Ayat tak menahan tu. Lagipun kalau ada gajet boleh buat apa-apa macam main games dan sebagainya. Tapi gajet tak ada. Tunang pulak yang ada! Lepas tu suka kenakan aku! Seksa jiwa raga aku. Huh!

"Mai, kau okey ke duduk sini semalam?" soal Wana. Ketika itu aku sedang berkemas untuk pulang.

"Maksud kau?" aku kurang mengerti.

"Kau dan dia... berdua... dalam bilik...." pantas aku melayangkan botol air mineral ke kepalanya.

Tung! Ambik kau!

"Aduh! Sakitlah woi!" Wana menggosok kepala beralaskan tudung biru. Kepala aku pula jadi mangsa!

"Cakap jangan sembarangan eh!" ugutku. Kepala asyik fikir yang bukan-bukan aje! Otak colourful betul!

"Eleh! Tak nak mengaku la tu. Eh, kau nak tau tak geng-geng aspura semua kecoh tanya pasal kau tau." Kata Wana menghentikan perbuatanku. Wajahnya yang merenungku dipandang.

"Kau cakap apa?" dia orang mesti marahkan aku lagi.

"Aku cakap kau tak apa-apa. Izuan dengan Aisyah pun dah tenangkan dia orang." Ujar Wana.

Aku tersenyum hambar. Beg baju dipandang lama. Wana faham akan hal itu. Segera dia memeluk bahuku.

"Dia orang tak marahkan kau lagi. Risau lagi adalah! Teruk kami dimarahi dia orang tau! Lebih-lebih lagi si Ash dengan Aizat. Sampai menyembur-nyembur air liur. Ahh! Semualah! Macam hape entah!" rungut Wana tak puas hati.

Aku ketawa kecil. "Kesian korang kan?" usikku. Alhamdulillah dia orang tak marahkan aku lagi tapi hati masih berat nak berjumpa dengan semua.

Wana mencebik. "Tapikan... dalam pada marah tu sempat lagi dia orang cakap yang kau tu tengah bermadu asmara dengan si Farhan tu." Sakat Wana sambil tergelak besar melihat wajahku yang bertukar warna.

Aku melagakan gigi dengan mata yang mengecil. Tangan dikepal. Minah ni kan....!!!

"Waaaannnnnnnaaaaaaaaaaa!!!!!!"

Wana menekup telinga dengan tangan. Berdesing! Pintu dikuak dari luar buat kami berdua menoleh. Alamak! Cikgulah! Control ayu!

"Ni kenapa menjerit ni? Humairah sakit lagi ke?" soal Cikgu Namisah cemas. Kepalaku dipegang lalu dibelek.

Wana hampir melepaskan tawa. Dia segera menyorok di belakang tubuh Cikgu Namisah sambil menaikkan thumbs up. Aku rasa macam nak tumbuk aje minah tu tau!

"Err... tak, cikgu. Saya okey dah ni. Cuma tadi ada cicak. Tu yang panggil Wana. Terkejut!" aku tersengih cuma. Siap kau Wana! Tunggu dekat asrama nanti! gerutu hatiku.

Cikgu Namisah mengeluh lega. "Kalau macam tu tak apalah. Dah, jom keluar. Izuan dengan Farhan dah tunggu kita." Aku terus mengangkat beg lalu keluar bersama Wana dan cikgu. Sempat aku meluku kepala Wana. Mengaduh dia sekali lagi.

Kelihatan Farhan dan Izuan menghentikan perbualan tatkala kami sudah berada di luar bilik. Pantas mereka berjalan menuju ke arahku. Aku perasan Farhan sudah menukar pakaian. Oh! Mungkin dia keluar tadi sebab dia pergi tukar pakaian kut. Patutlah batang hidung tak nampak masa cikgu, Izuan dan Wana tiba. Pergi mandilah tu!

"Okey, kita boleh balik sekarang." Ceria wajah Cikgu Namisah.

Aku berjalan di belakang cikgu ditemani Wana disebelah. Izuan dan Farhan berjalan di belakang kami. Bodyguard! Mana tau kalau aku terjatuh ke kan? Nanti ada dua teruna tolong sambut. Hikhik! Mai gatal.

"Cikgu nak pergi ambil kereta sekejap. Kamu semua tunggu sini." Arah cikgu. Kami berempat mengangguk faham.

Aku duduk di atas tembok berdekatan pokok bunga. Bahang mentari pagi buat aku tak selesa. Rasa kepala kembali gayang. Aku mengurut dahi perlahan.

Satu huluran coklat sangat mengejutkan! Aku mendongak melihat siapa yang baik hati bagi aku coklat. Erk?! Dia lagi?

"Coklat boleh menghilangkan pening." Jelasnya bila aku kerut dahi melihat coklat tersebut.

Hulurannya kuambil. Tapi tak makan. Aku letak dipaha. Malu rasa nak makan depan dia orang semua. Lebih-lebih Farhan! Tebal berinci-inci muka aku nanti. Sama macam apa yang dah berlaku dalam bilik sakit tadi.

"Makan ajelah, Mai. Tunang dah bagi tu. Nanti pengsan lagi," kedengaran suara usikkan dari Izuan yang berdiri tidak jauh dari kami. Wana disebelah ketawa mengekek-kekek. Aku mengalih pandangan ke arah lain. Muka berbahang malu. Tak lama selepas itu terdengar suara mengaduh dari Izuan. Aku melihat sekilas. Izuan menggosok perutnya sambil tergelak. Mesti kena siku dengan Farhan! Tengok muka Farhan pun dah tahu. Marah semacam! Padan muka! Siapa suruh usik aku? Kan dah kena!

Wana yang tersenyum nakal disebelah kujeling. "Jangan sampai aku siku kau pulak!" senyum ada makna tu! Ingat aku tak tahu.

Wana ketawa. "Aku tak buat apa-apa pun."

"Kau jangan ingat aku tak tahu apa dalam otak kau tu kalau senyum macam tu." Bidasku.

"Tak sangka kau ni seorang yang pandai menganalisa senyuman aku. Emm... menarik ni. Kalau aku jual kau mesti ramai nak beli. Letak harga mahal. Wah! Kaya! Kaya!" Wana mengusap dagu. Aku cepat memukul bahunya dengan botol air mineral.

Wana mengelak sambil tergelak besar. Aku menjeling tajam. Benci tau!

Deruan enjin dari arah kanan buat kami semua terhenti berbual. Kereta Proton Inspira merah sudah sampai betul-betul dihadapan kami. Cikgu Namisah menyuruh kami masuk ke dalam kereta.

Wana sudah mengambil tempat di sebelah kanan sekali bahagian belakang, iaitu dibahagian belakang pemandu. Aku teragak-agak untuk masuk sambil terfikir sesuatu. Lelaki dua orang. Seorang aje yang muat depan. Lagi seorang nak campak mana?

"Apesal tak masuk? Kang pening lagi." Farhan bersuara di belakang. Izuan disebelahnya tersenyum nakal sambil mengangkat kening beberapa kali. Lucu tengok wajah serba salah Humairah.

Aku menoleh mereka sekilas sebelum masuk ke dalam kereta. Aircond yang terkena wajah sangat best. Tampak Izuan dan Farhan seperti berbincang di luar. Aku harapkan salah seorang dari mereka akan naik teksi. Patutlah Wana cepat-cepat ambil tempat duduk paling kanan sekali! Tekaanku salah bila Izuan mengambil tempat di sebelah pemandu manakala Farhan mengambil tempat duduk di tempat duduk belakang.

Dia duduk sebelah aku???? Nak pengsan sekali lagi!