KAMI berjalan-jalan di sekitar kota metropolitan ini. Pagi tadi kami berkumpul di Astaka Seri Dewi menunggu teksi datang membawa kami pusing-pusing di bandar Kuala Lumpur ini. Selain D, Ashraff juga berasal dari sini. Kediamannya terletak di Sri Hartamas. Namun dia lebih suka tinggal di asrama. Kerana dalam keluarganya, semua telah dididik untuk hidup sendirian dan berdikari.
"Nak pergi mana lepas ni?" tanya Putera. Kami saling berpandangan. Putera memandangku.
"Opss! Aku orang Kluang. Bukan sini. Yang aku tahu cuma KLCC dan One Utama tapi tu pun dengan family. Yang lain out!" ujarku lalu bergerak selangkah ke belakang. KL bukan tempat aku! Kalau kampung opah aku tahu! Memang senang nak cari tempat yang best-best.
Putera memandang Wana. "Aku pula Melaka." Ujar Wana.
"Korang tahu aku orang utara. So jangan nak tanya okey!" Iman terlebih dahulu bersuara sebelum Putera menyoal.
"D? Ash?" kami semua merenung teruna dan dara itu. D angkat kening dan Ashraff mula gelabah.
"Aku pun tak tahu sangat actually." Jujur Ashraff. Dia tersengih sambil menggosok tengkuknya. Kami mengeluh.
"Dah tu macam mana? Kang nanti jalan mana-mana alih-alih sesat." Risau Hakim.
"Tak apa. Kita jalan aje. Kalau sesat, kita cuba cari jalan lain." Putus Izuan. Farhan sedari tadi senyap aje. langsung tak bersuara. Takkanlah bawa keseriusan sebagai ketua pengawas sampai ke sini kut? Chill la!
"Han, apesal senyap je?" Izuan menyenggol lengan Farhan dalam nada berbisik. Waktu itu yang lain sedang sibuk berbincang tempat yang ingin dituju.
"Tak ada apa-apa." Balas Farhan.
"Bohonglah kalau tak ada apa-apa kan? Ada masalah ke? Wanna share with your buddy?"
Farhan membuka topinya. Rambut di kemas sebelum memakainya semula. Kedengaran keluh yang agak berbeza dari selalu. Izuan kerut dahi.
"Aku risau kalau terjumpa dengan sepupu kita yang lain. Kau bukan tak tahu sepupu kita macam mana." Kata Farhan bernada risau.
Izuan mengangguk. "Ala... relax la. Kau buat je macam biasa. Macam yang kau buat selalu masa dia orang datang rumah. Dingin. Beku. Ais." Cadang Izuan sambil tersengih. Farhan menjelingnya.
"Han, Wan, kami dah sepakat nak pergi ke KLCC." Ujar Khairul.
Farhan dan Izuan mengangguk. "Okey, set!"
SETELAH SEJAM BERJALAN....
"Korang nak pergi mana lagi ni? Aku penatlah. Rehatlah kejap." Rungut Putera sambil mengurut betisnya yang sengal. Bangku panjang yang kosong didudukinya.
"Hello! Dah nama pun outing. So jalanlah. Apalagi? Nak tunggu next week punya next week? Berjanggut nak tunggu tau!" omel D sambil membetulkan tudung.
"Yelah. Tapi masalahnya sekarang ni boleh tak stop berjalan sekejap? Aku dah penat. Korang pulak asyik masuk kedai yang entah apa-apa! Heret kami yang boys pulak tu. Kalau kedai yang kena dengan jiwa tak apa juga tapi korang masuk kedai toys, kedai jual teddy bear, kedai jual baju perempuan, kedai fesyen and etc. Time kami nak pergi tempat game, korang merengek bagai nak rak! Itulah! Inilah! Bosan tau tak?" bebel Putera panjang.
"Sekali sekala aje okey. Bukan selalu pun." Cebik Iman.
"Cuba ikut perangai Mai. Diam je." Usik Hakim. Aku menceber.
"Dah tak ada benda nak cakap, aku diam je la. Kang aku memekak korang pula yang bising." Balasku sambil mencari lagu dalam mp3.
"Kau memekak tak apa. Kami rela. Tapi kalau yang dua ekoq ni memekak, kami tak rela." Hakim dan Putera ketawa terbahak-bahak. D dan Iman tayang penumbuk. Kuajaq la tu kan?
"Mana yang lain?" muncul Aisyah dan Wana bersama plastik aiskrim di tangan.
"Farhan dengan Izuan pergi kedai handphone. Ashraf dengan Aizat gents." Terang Hakim sambil mencekut satu batang aiskrim potong. Mereka mengangguk faham.
"Lama lagi ke?" soalku tiba-tiba. Dua jejaka mengangkat bahu. Aku yang baru nak berpeluk tubuh tidak jadi bila kawan-kawan perempuan memandang aku semacam. Lah kenapa pulak ni?
"Why?" soalku blur. Aku ada buat salah ke? Senyum-senyum pula kawan aku ni. Peliklah!
"Kau tunggu dia eh?" tanya Wana sambil tersengih nakal. Aku kerut dahi.
"Who's dia?" soalku acuh tak acuh.
"Fiancee!" tekan Iman perlahan. Aku yang terdengar membuntangkan mata sebesar-besarnya!
"Gila apa?!" bentakku. Ada yang nak kena hentak ni kang! Tiga sekawan pecah ketawa. Aisyah tersenyum-senyum aje. Hakim dan Putera terpinga-pinga dengan gelak kuat itu.
"Kami tertinggal apa-apa ke?" soal Putera. Kami menggeleng. Simpan rahsia! Bertambah pelik dua jejaka itu.
"Guys!" sapaan seseorang membuatkan semua kalih pandang. Kelihatan Khairul dan kawan-kawan seangkatan dengannya sudah hampir dengan tempat lepak kami.
"Lama gila korang ni. Pergi kedai handphone ke bina kedai handphone?" perli Wana. Pecah ketawa kami.
"Izuan betulkan telefon. Farhan beli bateri baru. Aku dengan Fiq ushar telefon baru." Selamba Khairul bercakap tanpa perasaan bersalah walau sedikitpun.
"Betul! Betul! Betul!" kata Syafiq seperti Upin Ipin.
Kami rasa asap di kepala sudah banyak keluar. Nak aummmm je! Aizat yang melihat segera mencelah.
"Err... jom pergi minum? Dari tadi asyik berjalan je. Haus pulak tekak aku," Aizat mencuba nasib. Dia mengeluh lega bila kami mengangguk setuju.
Food court dituju. Memandangkan hari ini hari jumaat dan hari bekerja maka orang agak kurang sedikit tapi masih lagi penuh. Jangan kata hari bekerja tak penuh! KL sentiasa sibuk! Itu tak dapat disangkal lagi.
Wana dan Aisyah bergerak ke gerai yang menjual segala jenis mee. Iman dan D pula memilih makanan berkuah seperti tomyam dan sebagainya. Khairul pula sibuk mencelah di antara D dan Iman. Sengaja! Bertambah gamat suasana di food court dengan suara D dan Iman yang menjerit. Ashraff, Aizat dan Hakim memesan air manakala Putera, Izuan dan Syafiq sibuk mencari tempat duduk. Aku? Masih tercari-cari menu apa yang sedap untuk disantap. Semuanya sedap-sedap tapi perut aku yang tak sedap! Kang kalau makan sembarangan boleh terbobos aku di sini. Nak cari tandas azab sungguh! Sedang berjalan, mata tertancap pada satu gerai. Serta merta senyuman terukir di bibir. Pantas saja aku bergerak ke gerai itu.
"Ya, dik. Nak beli apa? Nasi ayam ada. Nasi lemak ada. Nasi goreng kampung ada. Segala jenis nasi ada. Boleh pilih, dik." Provok abang penjual untuk melakukan jualannya sambil tersenyum padaku.
"Emm... bagi saya nasi ayam sat...." belum sempat aku menghabiskan ayat, satu suara pantas memotong laju macam kereta katak kena potong dengan BMW 5 Series.
"Bagi dua nasi ayam, bang." Satu suara berkumandang di corong telinga buat aku pantas pusing belakang.
Ternganga aku seketika bila melihat siapa di belakangku. Pantas aku pusing depan semula dan berpeluk tubuh. Aku cuba menjauhkan jarak diri dengannya. Tak sanggup duduk dekat-dekat. Apehal pulak dia sibuk nak beli nasi ayam sama dengan aku? Penyibuk betullah! Punyalah banyak benda nak dimakan, menu yang sama juga dia nak! Aku ke kiri dua langkah.
Farhan jongket kening. Tapi dia buat selamba aje. Tangan dimasukkan dalam poket seluar. Gaya macho dia dah keluaq dah!
Menunggu nasi ayam sangatlah memenatkan bila melihat cara dia memotong ayam. Penuh kelembutan. Mestilah sebab yang buatnya perempuan. Kalau akulah, aku patah-patahkan aje ayam tu! Senang! Tak membazir masa. Tapi kecantikan dan kekemasan out dulu.
Sedang aku berdiri, beberapa orang lelaki muncul dari arah belakang dengan suara yang riuh rendah. Mereka begitu dekat denganku buatkan aku tak selesa ditambah lagi dengan geseran pada tubuh belakangku buat aku lemas dan geli. Rasa nak hentak aje mamat-mamat yang langgar belakang aku! Aku bergerak sedikit ke depan. Mereka makin dekat sambil sibuk menilik menu. Aku menahan sabar. Tapi kesabaranku tidak bertahan lama bila terasa punggungku seperti diraba. Aku cuba melepaskan diri tapi sekumpulan lelaki itu bagai tidak memahami malah mereka terus-terusan mendekatkan dirinya dengan diriku. Aku mulai rasa sesak nafas.
Satu tarikan yang kuat berjaya buat aku keluar dari tempat 'melemaskan' itu. Tapi tarikan itu mampu buatkan jantungku berdegup lebih kencang. Apa taknya? Kedudukan aku sekarang adalah di dada Farhan. Tangan Farhan kini memeluk bahu kiriku buat aku rasa nak pengsan. Haruman minyak wangi yang dipakai Farhan mampu menggetar naluriku. Minyak wangi mahal! Aku cuba melepaskan diri dari Farhan tapi pegangan pada bahuku sungguh kejap. Dia mendekatkan bibir dengan telingaku yang dilitupi tudung.
"Kalau kau nak rasa kena raba macam tadi, kau bergeraklah." Ugutan Farhan mampu buatkan aku tergamam. Kena raba macam tadi? Tak nak!! Aku pandang sekumpulan lelaki itu dan Farhan. Tapi dia bukan dikira meraba aku jugak ke? Ni sentuh ni apa ni? Aku mendongak kepala memandangnya yang merenung jauh ke depan namun tangan tak lepas dari memeluk bahuku.
Farhan yang perasan dirinya ditenung pantas menoleh ke arahku. Aku cepat-cepat pandang bawah. Jantung makin lama makin kuat degupan. Macam nak gugur pun iya jugak! Bertahan, Mai! Aku menggenggam tangan dengan erat. Dah macam pasangan couple! Aku sesekali memandang belakang melihat rakan-rakanku. Takut mereka melihat adegan ini.
Kumpulan lelaki tadi masih lagi berdiri berdekatan dengan kami. Dalam pada itu dalam ramai-ramai lelaki itu, ada seseorang yang asyik curi-curi tengok aku. Lepas itu, pandang aku atas bawah berulang kali. Gayanya memang semacam sehingga bulu romaku mencacak naik. Ketakutan semakin dirasai bila beberapa lelaki dalam kalangan kumpulan itu menoleh berkali-kali sambil tersengih-sengih padaku. Aku pantas buang pandang ke kanan. Aku cuba menahan rasa dalam jiwa bila mukaku begitu dekat dengan leher putih Farhan. Aku cepat-cepat memejam mata.
"Okey, dik. Sudah siap. Bayar sekali ke asing-asing?" abang penjual itu bersuara mencelikkan mataku yang terkatup rapat sebentar tadi. Farhan melepaskan pautan pada bahuku. Aku mengeluh lega namun kelegaan itu tidak lama kerana sekejap saja aku sudah berada di sisinya.
Dia tarik tangan aku???
Farhan menyudahkan bayaran dan dia segera mengisyaratkan aku supaya berlalu dari situ. Aku mengangguk laju. Kemudian kami menuju ke meja yang diduduki oleh rakan-rakan yang lain. Aku menelan penuh kelegaan. Senyuman kuberikan pada mereka semua.
"Aik? Lamanya. Kita orang dah nak habis dah." Tanya Iman. Wana disebelah menyuakan air horlick ais kegemaranku.
"Eleh... tu ada lagi nak kata dah habis." Cebikku. Iman tersengih.
"Apesal lambat Mai?" soal Hakim.
"Orang tu yang buat lambat. Mana aku tau. Dah tu ramai orang pula. Pekerja sikit. Tu yang terkocoh-kocoh buat kerja." Aku menadah tangan membaca doa. Selepas mengaminkan doa, aku mula hendak makan. Eh? Mana sudunya? Lahh... orang ni pun satu! Kenapa tak sediakan sudu sekali? Hisy!
Baru aku nak bangun, satu tangan meletakkan sudu di sebelah pingganku. Aku tercengang. Pantas kudongak kepala. Farhan sudah berjalan ke meja sebelah dan mengambil tempat di sebelah Izuan.
'Baiknya dia,' getus hatiku. Mata masih lagi memandang dia yang sedang berbual dengan Hakim dan Izuan. Putera tak sudah-sudah dengan makan.
"Mai, kenapa Farhan berbeza kali ini eh?" Bisik Wana di telingaku. Aku tersentak. Wajah Wana yang sedang tersenyum dipandang.
"Hah?" aku buat tak faham. Tangan mencapai sudu.
"Kau jangan ingat kami semua tak nampak? Baru je berlaku tadi okey." kata-kata D membuatkan mukaku agak kemerahan namun pantas aku menyanggah.
"Dia cuma tolong ambilkan sudu aje. Bukan apa pun." Bidasku.
"Ya... mula-mula ambilkan sudu. Lepas tu ambilkan apa pulak?" usik Iman. Aku menjegilkan mata.
"Dah lah! Korang ni asyik merepek je!" aku menyuap satu sudu nasi ayam ke dalam mulut. Lazatnya tak terkata! Kawan-kawanku mencebik bila aku tiidak melayan pertanyaan mereka malah melahap nasi ayam aje. Hanya Aisyah yang steady.
Suara riuh di meja belakang buat kami menoleh ke belakang sekejap. Allahuakbar! Ini mamat-mamat tadi! Dia duduk meja belakang ke??? Aku sudah mula menggigil. Jantungku mula berdegup kencang. Tak pernah aku merasai ketakutan seperti ini.
"Mai, kenapa dengan kau ni? Berpeluh-peluh!" tanya Wana hairan. Yang lain angguk. Aku tersenyum sikit.
"Err... tak. Okey... aku okey!" jawabku.
"Dah. Makan cepat. Nanti kena tinggal baru tau!" usik Aisyah. Aku pun cepat-cepat menyuap nasi ayam ke dalam mulut. Selepas selesai makan kami semua bangun untuk meninggalkan food court.
Baru saja aku melangkah melepasi meja itu, satu tarikan tangan kiri buat aku terkejut. Nasib baik tak jatuh! Aku cepat mencerun tajam pada lelaki yang menarik tanganku itu. Dia tersengih nakal. Tubuhku ditilik atas hingga bawah.
"Apa ni? Lepaslah!" jeritku. Jeritanku menarik perhatian orang terdekat dan yang paling penting ialah kawan-kawanku. Tampaknya mereka juga terkedu dengan apa yang dilihat.
"Ala.... relax la. Jom temankan abang makan, adik comel." Ajak lelaki itu.
Aku cuba melepaskan tangannya namun tidak berjaya. Rakan-rakannya yang lain bergegas ke sini. Teman lelaki memerah muka tanda kurang senang. Yang perempuan mula gelisah. Wana dah berang.
"Lepaskan aku!!!" jeritku lagi. Lelaki itu tidak melepaskan pegangan tangan malah bergelak ketawa bersama kawan-kawannya yang lain. Aku cuba ditarik mendekatinya.
Bukk!
Satu tumbukan padu hinggap di pipi kirinya buatkan dia terlepas akan tanganku itu. Aku berniat ingin melarikan diri namun lenganku dipegang kejap oleh seseorang. Aku melihat.
Farhan!!!
"Woi! Lu apehal?" berang kawan-kawan lelaki itu tadi. Farhan juga sudah memerah muka. Marah agaknya. Siapa tak marah kalau tunang kena macam tu? Farhan membelakangiku dengan badannya.
"Wa ke lu? Lu jangan cari pasal dengan tunang wa!" berang Farhan. Mukanya yang putih semakin kemerahan menahan kemarahan yang menggelegak.
Aku dibelakangnya terkedu. Ayat terakhir Farhan buat aku terkaku. Farhan cakap aku tunang dia? Betulkah? Apa aku tidak salah dengar?
"Hah? Tunang? Eh! Sedangkan bini orang pun wa boleh sebat inikan pula tunang? Hah! Wa tak hairan la. Yang penting wa suka sama dia. Lu apa mahu bikin?" lelaki itu ketawa sekuat hati. Rata-rata ramai yang melihat pergaduhan kami sampai orang yang sepatutnya blend bahan-bahan masakan terpaksa keluar untuk melihat apa yang sudah berlaku.
"Itu orang lain. Tapi ini tunang aku! Kau tak ada hak pada dia!" marah Farhan lagi. Bukan aku saja yang terkedu tapi kawan-kawan juga sama. Mereka terlopong mendengar apa yang diucapkan Farhan.
"Kalau kau nak rasa macam mana kena tumbuk sekali lagi, kau berdiri depan aku sekarang!" ugut Farhan keras. Tampak dia benar-benar marah! Aku sudah menggigil di belakangnya. Jantungku mengepam kencang.
"Weh! Dah la. Jangan cari pasal. Kang tak pasal-pasal kau kena tidur lokap. Tunang orang tu. Sedarlah!" Seorang rakan lelaki itu menegur. Dia cuba menenangkan kawan yang kena tumbuk itu.
"Apa aku peduli?! Aku nak perempuan tu!" lelaki itu masih berkeras.
Farhan sudah mahu melayangkan penumbuk kedua tetapi aku pantas menahannya.
"Dah la, Farhan. Baliklah!" ujarku dengan suara bergetar. Aku memaut tangannya. Farhan menoleh aku sekilas sebelum pemuda itu.
"Ingat! Kalau kau kacau lagi tunang aku, kau memang nak kena. Jangan main dengan api!" Farhan terus menarik tanganku untuk berlalu dari situ. Dia langsung tidak melepaskan malah menggenggam erat. Kami melepasi kawan-kawan yang tergamam.
***
"AKU rasa kau kena terangkan pada kami pasal hal tadi. Aku terdengar kau sebut satu perkataan." Ujar Khairul setelah kami keluar dari bangunan tersergam gah itu. Bangku kosong diduduki oleh kami lima dara. Yang lelaki lebih senang berdiri.
"Kau dah dengar dan itu yang sebenarnya." Ayat yang dilontarkan Farhan buat jejaka-jejaka itu terlopong besar. Anak tekak bagai nak terkeluar.
"Serius?!"
"Tak main-main?!"
"Takkanlah!"
Farhan tidak menjawab sebaliknya merenung tempat lain sambil berpeluk tubuh. Langsung tidak menghiraukan apa yang berlaku pada kawan-kawannya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia menyebut perkataan tunang dan melindungi Humairah dari pemuda-pemuda yang buat hal itu. Namun apabila memikirkan hal seperti ini buat dia rasa lega. Secara tak langsung dia sudah memberitahu sahabat-sahabat terdekat. Tak adalah dia rasa gelisah jikalau bertemu dengan Humairah nanti.
"Wan, kenapa kau langsung tak terkejut?" Ashraff bertanya pelik. Sepatutnya hal seperti ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati pada hati pemuda itu kerana mereka sepupu terdekat tapi Izuan tampak steady aje.
Izuan yang sedang bersandar di tiang tersenyum, "Sebab aku dah tahu benda ni lama. Jadi aku tak perlu ada sebab kenapa mesti terkejut."
"Apa??!!" serentak mereka menjerit. Wajah aku, Farhan dan Izuan dipandang tajam.
"Kenapa rahsiakan dari kami? Kami ni bukan kawan ke?" bengang Ashraff. Matanya menyala dengan api kemarahan.
"Ini semua atas permintaan Farhan sendiri. Satu saat dia akan beritahu sendiri dan hari itu adalah hari ini." tenang Izuan berkata. Dia tahu kawan-kawan akan memberi respon begini. Farhan pun pastinya sudah menduga.
"Tapi tak adil! Kami sebagai kawan takkan tak nak beritahu langsung?! Apa guna jadi kawan?!"Aizat pula mengamuk. Rakan yang lain mengangguk setuju.
"Aku sendiri yang nak macam tu. Itu hal peribadi aku. Aku tak nak beritahu andai belum tiba masa sebab aku sendiri tak ready. Tapi lepas apa yang berlaku tadi, aku terpaksa beritahu untuk melindungi tunang aku sendiri." akui Farhan mampu buat jantungku bertambah laju berdegup. Aku langsung tidak mengangkat muka. Menunduk dan menggenggam tangan. Ayat Farhan yang terakhir..... buat darahku menjadi gemuruh. Satu rasa meresap di sanubari.
"Girls? Jangan kata yang korang pun dah tahu dulu." Putera menyoal serius. Empat sekawan ditenung tajam. Tajam bak pisau yang baru diasah!
"Err... actually kamilah yang jadi pengapit Mai masa bertunang dengan Farhan." Tiga dara tersengih. Aisyah memeluk tubuhku meredakan rasa ketakutan tadi.
"What???!!!" sekali lagi mereka terlopong.
Aku sudah tidak terkata apa-apa. Yang aku mahukan masa cpat berlalu. Aku dah tak sanggup nak terima semua ini. Ya Allah... kuatkanlah semangat hambaMU ini...