SESI PERSEKOLAHAN bermula seperti biasa. Kami mula belajar seperti sediakala. Pelajaran yang baru sudah diajar guru. Pertanyaan demi pertanyaan dilontar dan dibalas dengan solution yang senang dan dapat diterima otak. Aku rasa syllabus form 5 lagi senang dari syllabus form 1 sampai 4. Paling tak suka bab circle. Fed up!! Selalu dapat low marks untuk soalan tu. Kadang-kadang takde marks pun ada! Sungguh aku tak suka tapi disukakan juga sebab nak periksa. Sekarang cikgu tak ada. Dengar pengumuman tadi, semua guru ada mesyuarat. Bolehlah hoorey-hoorey!
"Geng, Khamis ini Hari Sukan. Sekejapnya! Teruja pula aku!" D tersenyum membayangkan. Rakan-rakanku kini berkumpul di meja kami di belakang sekali.
"Apa yang kau teruja? Ni mesti fikir pasal 'jejaka idaman gadis malaya' kan? Gatal! Ingat sikit, salah seorang 'jejaka' itu sudah dimiliki." Bisik Wana sambil mengerling ke arahku. Tu bukan bisik! Tu sengaja buat gaya berbisik tapi bukan dikategorikan bisik sebab kami berempat boleh dengar. Hampeh betul!
"Haah la. Alaaa... rugilah. Kurang seorang." Usik D. Dia memonyokkan muka. Sengaja!
"Kan? Kan? Tak semangat pula aku nak belajar." Giat Iman menyakat. Wana dan Aisyah berusaha menahan gelak.
Aku juling mata ke atas. "Oh please! Tak semangat konon. Geli bulu ketiak aku tau tak?" gerutuku. Pen biru dilarikan atas memopad yang sentiasa dibawa ke mana-mana.
Pecah tawa anak dara berempat di belakang. Serentak itu juga Syafiq dan Hakim masuk ke kelas menambahkan keriuhan. Memang betullah tekaan aku. Tak lama lagi pasar malam akan melabuhkan tirainya.
"Hello guys! Dengar sini okey. Di sini aku ada satu pengumuman penting. Penting ya penting! Amboi! Amboi! Amboi! Yang belakang tu tolong ambil perhatian ya? Jangan nak berbual. Dengar apa yang Abang Syafiq nak celoteh ni." Bebel Syafiq seolah-olah meniru gaya Azwan Ali.
Seisi kelas ketawa melihat gelagatnya. Kami buat gaya muntah di belakang.
"Hoi! Tak payah nak pondan sangat la kan? Cepatlah cerita." Putera menyampuk. Geli aku tengok Fiq gaya mak nyah. Uweeekkkk!!! Hakim ketawa gelihati di sebelah. Khairul menggeleng perlahan. Apa nak jadi entah budak Syafiq ni.
Syafiq berdeham. Aura jantan diserap semula. "Okey, aku baru dapat info daripada ketua pengawas kita, Tengku Amirul Farhan...."
"Whoooaaaaaa!!!!!!" geng Diva Babe menjerit girang. Mereka bertepuk tangan gumbira. Gayanya gedik sekali.
Erkkkkkk???
Semua terdiam memandang gaya mereka. Rahang jatuh. Baru sebut nama ketua pengawas dah menjerit. Entah pape entah! Memang gatal tak bertempat.
"Sabar, Mai." Iman menepuk bahuku. Aku memandang pelik. Apa yang sabar?
"Sabar apa?" bingungku.
Iman menyengih. "Jangan jealous okey?" serentak tepukan kuat hinggap di bahu. Iman mengaduh sakit. Aku menjelir lidah. Padan muka! Tak memasal kata aku jeles! Ptuuihhh!
"....bertenang Cik Helena 'sekeluarga'. Aku belum habis cakap lagi. Harap bersabar ya." Syafiq sinis.
Serentak seisi kelas ketawa mengejek. Helena dan rakan-rakan memerah muka menahan malu. Wajah ditutup dengan buku. Konon baca!
"Teruskan, Fiq." Ujar Aisyah.
Syafiq mengangguk. Baru saja dia ingin membuka mulut, ketukan pintu beserta suara kedengaran. Semua kalih pandang ke muka pintu. Terdiam. Terpaku. Tegamam.
"Headprefectlah!" fanatik Diva Babe terjerit keriangan sambil bertepuk tangan. Bedak compact dikeluarkan lalu menilik muka masing-masing. Tudung dibetulkan agar kelihatan cantik.
Aku tergamam. Mata membuntang besar. Jantung berdegup kencang. Air liur ditelan kesat. Oh mama!
"Alamak! Tunang kesayangan dah datang." Bisik D perlahan. Aku pantas melantunkan pen ke dahinya.
"Aduh! Ganasnya kau ni," omel D kesakitan. Dahi yang pedih diusap.
"Habis kau, Mai. Dia datang nak jumpa kau kut. Intai buah hati terchinta!" Usik Iman. Giliran dahi Iman pula kena dengan pen biruku. Mengaduh dia.
"Tak pun dia nak cakap, Saya dan Humairah sudah bertunang. And we are happy together." Wana ketawa mengekek-kekek disertai rakanku.
Aku memejam mata. Ya Allah! Harus aku sumbat dia orang dalam perigi buta!!! Tunggulah kat asrama nanti. Jangan kata pen, dengan katil-katil terbang. Tak merasa nak tidur atas tilam lagi dah.
"Shut up!!!" bengangku. Mereka meledakkan tawa lagi.
"Haaa... baru je sebut nama ketua pengawas, dah datang orangnya. Silalah masuk. Jangan segan-segan. Buat macam rumah kami. Semua Melayu. Bagi salam dulu." Selamba Syafiq berkata. Sempat buat pantun dua kerat tu!
Khairul pantas mengetuk kepala Syafiq dengan pemadam papan hitam. Semua ketawa.
"Sakitlah weh!" bentak Syafiq. Khairul menjeling tajam. Memberi isyarat.
Farhan masuk dengan gayanya tersendiri. Penuh segak, macho dan versatil! Tangan sentiasa di dalam poket seluar. Semua terpaku kecuali aku! Dia bercakap-cakap dengan Khairul dan Khairul menganggukkan kepala. Semua mengerut dahi. Apalah hero-hero tu bualkan? Khairul, Syafiq, Hakim dan yang lain mula duduk di tempat masing-masing. Kecuali kami di belakang!
Farhan kelihatan sangat kacak dengan kemeja hitam ungu yang dipakai pada tubuhnya. Minggu pertama setiap bulan, Farhan harus memakai baju tersebut. Minggu seterusnya, baru dia memakai kemeja ungu biasa. Terserlah ketampanannya ditambah lagi bila dia memasukkan tangan ke dalam poket! Hatiku mulai cair.
"Assalamualaikum. Maaf mengganggu. Aku ditugaskan untuk menjaga kelas korang memandangkan semua cikgu sedang bermesyuarat sekarang mengenai Hari Sukan yang akan diadakan tak lama lagi. Justeru, aku harap korang semua dapat beri kerjasama. SPM nak dekat, kurangkan berbual dan study lebih banyak. Aku dan Aizat ditugaskan untuk menjaga kelas ini. Jadi ada apa-apa soalan?" soalnya tenang.
Semua bagai dipukau. Kemerduan suaranya membuatkan semua orang menjadi bisu. Aku cepat-cepat memandang tempat lain bila terlihat akan anak mata Farhan yang merenungku. Satu perasaan bertandang di atma.
"Okey, di sini aku ada satu pengumuman. Baru saja tadi aku diberitahu oleh Cikgu Othman satu perkara penting untuk semua. Memandangkan aku dah masuk kelas korang jadi aku akan bagitahu korang dululah."
Semua teruja mahu mendengarnya lebih-lebih lagi geng Diva Babe. Iman dan D tidak terkecuali. Gedik betul kecuali Aisyah. Dia tetap maintain dengan wajah tenang dan tersenyum. Wana dengan wajah tak beriaknya. Selamba.
"Apa, Farhan?" Khairul menyoal.
"Semua pelajar yang tak terlibat dalam acara dibenarkan untuk memakai baju sukan khas pada Hari Sukan."
Seisi kelas mengucapkan 'hoorey!!'. Apa taknya? Dari awal tahun beli tapi tak dipakai. Membazir je! Bayar mahal pulak tu! Bila dah dibenarkan pakai, memang hoorey-hoorey la jawabnya! Baju tu dah la cantik. Siap ada sulaman nama kami lagi! Siapa tak nak kan?
Farhan berdeham menghentikan senyuman mereka. Oppsss lupa pak pengawas kat depan!
"Kedua, semua pelajar perempuan dibenarkan memakai tudung bebas tetapi hanya dua warna saja iaitu hitam dan putih."
Giliran pelajar perempuan menjerit suka. Aku tersenyum gembira namun cepat dimatikan bila Farhan masih merenungku. Aku buat-buat conteng kertas dengan pen. Nak gugur jantung ni! Jangan la renung macam tu.
"Ketiga, bagi siapa yang memasuki persatuan silat, petang ni ada latihan."
Aisyah di penjuru meja pantas mengangkat tangan. Farhan melarikan pandangannya pada Aisyah. Dia mencuit hidungnya sebentar. Semua memandang teruna dan dara itu.
"Pukul berapa latihan?" soal Aisyah.
"Pukul 3. Baju latihan seperti biasa." Arahnya. Aisyah mengangguk faham.
"Keempat, sesi latihan pada petang ini dijalankan seperti biasa untuk peserta terpilih saja."
Riuh kelas bersuka ria. Happy sebab tak payah pergi stadium lagi. Wajah Wana kukerling. Masam! Hahaha!
"Tetapi...." Farhan jeda seketika. Semua menunggu dengan sabar.
".....pelajar yang tak terlibat kena bersihkan sekolah dan stadium. Ini arahan pengetua."
"Alaaaa....." semua mengeluh. Mulalah sok-sek-sok-sek dalam kelas. Paling banyak aku dengar perkataan benci, tak suka dan malas. Lengan kiriku disigung membuatkan aku menoleh. Wana menaikkan kening. Senyum kemenangan terserlah. Chait! Nyampah mak!
"Kelima, boleh study sekarang."
"Alaaaaaaa....." sekali lagi semua bersuara. Farhan menyembunyikan senyuman. Aizat masih setia di sisi dengan buku latihan Add Math sambil menyandarkan badan ke papan kenyataan di hadapan.
Semangat kembali merudum. Ingat nak cakap apa tadi. Aizat kulihat berbual seketika dengan Farhan di depan dan sekejap dengan Khairul. Alah, dia orang kan budak aspura. Biaq pilah! Pelajar-pelajar mula membuka buku. Kawan-kawanku juga mulai duduk di tempat masing-masing. Aku? Tak tahu nak buat apa sebab kerja aku semua dah settle. Awal-awal lagi homework disiapkan sebelum pulang ke kampung. Aku tak suka melambatkan kerja.
Aku menyandarkan badan ke kerusi. Nak belajar rasa malas pulak. Nak buat latih tubi takde mood. Jari mengetuk meja. Apa nak buat eh? Sedang berfikir baru aku teringat. Ahaa! My Choco! Gula-gula dalam kocek baju diseluk kemudian dibuka balutannya. Setelah memastikan tiada siapa nampak, pantas aku memasukkannya ke dalam mulut lalu dikunyah perlahan. Lengan kiri disigung buat aku menoleh.
"Oit! Belajarlah. Makan je tau." Perli Wana berbisik. Aku mencebik.
"Bosan. Malas. Takde mood." Empat patah dibalas.
Wana ketawa perlahan. "Kang kena sound free oleh inche fiancee baru tau."
Aku mengherotkan mulut. "Berani sound? Aku putus tunang baru tau. Biar padan muka." Selamba aku berkata. Tak ada perasaan.
Wana ternganga. Sampai macam tu sekali? Seriously ini Humairah? Penuh keberanian? Tak percaya. Mata digosok beberapa kali. Air liur ditelan.
Tepukan sebanyak tiga kali membuat segala kerja terhenti. Masing-masing memandang ke arah Aizat yang berdiri di depan.
"Guys, maaf mengganggu. Siapa pelajar kelas ni yang masuk pertandingan catur untuk Minggu Uji Minda sila ke depan sekejap." Arah Aizat.
Wana yang mendengar terus saja berdiri lalu bergerak ke depan diikuti Syafiq dan Khairul. Mereka berkumpul di meja guru. Entah apa yang dibualkan aku pun tak tau. Gula-gula Choclairs dimasuk ke dalam mulut untuk second round.
"Okey guys, aku mengganggu sekejap. Ada tak sesiapa lagi yang teringin nak masuk pertandingan catur?" soal Aizat lagi.
Terdiam semua. Masing-masing pandang kiri kanan tengok kawan.
"Okey aku jelaskan. Sebenarnya kami dah cukup ahli tapi empat orang dari ahli kami ada hal yang tak boleh dielakkan. Seorang masuk hospital kemalangan, seorang lagi kena chicken pox dan dua orang lagi ada program yang memang tak boleh dielakkan. Jadi aku berharap sangat antara korang dalam kelas ni yang volunteer nak masuk gantikan ahli kami memandangkan pertandingan untuk Minggu Uji Minda semakin hampir. Tak empat, seorang pun jadilah." Aizat bersungguh-sungguh berucap.
Masih sama keadaannya. Diam dan sepi tanpa suara.
"Sesiapa masuk dan menang akan dapat sijil peringkat sekolah dan wang tunai." Sambung dia lagi.
"Wang? Wow!" Putera teruja. Sebut pasal duit terus mata bersinar macam iklan Colgate!
"Hanya yang menang je." Bidas Hakim. Putera menjeling. Potong stim betullah!
"Kalau kalah tak dapat apa-apa ke?" soal Anisa rakan sebelah D. Dia seakan berminat mahu menyertai.
"Kalau kalah, dapat saguhati. Sijil tetap ada." Farhan menjawab. Para pelajar perempuan terpegun mendengar suara abang pengawas kita ini. Macam suara putera raja yang menjadi igauan rakyat jelata. Anisa mengangguk mengerti.
Beberapa pelajar mula berbisik-bisik sesama sendiri. Barangkali sedang berbincang sama ada mahu menyertai atau tidak.
"Kalau menang kena bertanding lagi ke, Farhan?" Helena menyoal manja. Ingin menarik perhatian sang teruna atau lebih tepat, ketua pengawas. Waktu itu dia lupa Farhan milik Ammy. Nafsu gatal menjalar dalam tubuh.
Farhan tidak menjawab sebaliknya berjalan ke papan kenyataan di depan dan meneliti apa yang tersedia di situ. Apabila melihat satu nama untuk AJK Kebersihan dan Keceriaan Kelas, dia tersenyum sendiri.
"Semestinya untuk menaikkan nama sekolah. Main sampai berjaya dan berjaya." Aizat menjawab bagi pihak Farhan.
Helena memonyokkan muka. Tanya orang lain, orang lain pulak yang jawab. Benci!
"Zat, sini kejap." Gamit Farhan. Aizat melangkah ke arah tempat dia berdiri. Mereka berbincang agak lama sampai Syafiq dan Wana mula bertengkar di meja guru.
"Kau takkan menang. Aku yang akan menang!" yakin Wana.
Syafiq mencebik. "Jangan nak yakin sangat. Aku yang akan gondol semua hadiah tu."
"Lebih baik kau jual sayur kat pasar tani daripada masuk pertandingan ini. Tak sesuai langsung untuk A.P.E.K!"
Syafiq mengetap bibir. "Kau jangan nak lebih ea! Aku tumbuk kau nanti, lebam baru nak menyesal!" gertak Syafiq. Penumbuknya ditunjukkan ke muka Wana. Pantang dia kalau Wana menyebut perkataan apek. Hina sungguh rasanya! Aku yang kacak macam Aaron Aziz ni dikatakan apek? Statement yang sangat kejam!
Wana mencebik. "Ingat aku hairan sangat dengan kau? Huh! Please la. Kalau kau sentuh je kulit aku, sah-sah kau akan tidur dalam lokap." Bidasnya berpeluk tubuh.
"Korang ni boleh tak jangan bergaduh sekarang? Tak reti penat ke? Pok pek pok pek tak sudah-sudah!" bebel Khairul tak tahan. Bingit telinga!
Wana dan Syafiq menjeling sebelum membelakang antara satu sama lain. Khairul menepuk dahi. Adeh... susah... susah! Bilalah nak berbaik?
"Baiklah. Setelah berbincang antara kami, Farhan dah buat keputusan muktamad untuk memilih seorang pelajar dari kelas ini iaitu..... Nur Saffiya Humairah!"
Gulp!
Gula-gula Choclairs tertelan masuk perut tatkala mendengar nama sedap itu. Oh my gosh! Rahangku jatuh. D, Iman dan Aisyah memusingkan kepala memandangku yang terkejut beruk. Buruk benar rupa saat itu. Mataku terbuntang besar. Jari dituding ke dada. Aku? Masuk chess competition? Game yang membosankan itu? Really?! Oh mamaaaaaa!!!!
Wana dan Syafiq yang berada di depan terkejut. Pelukan terlerai di tubuh. Khairul, Putera dan Hakim ternganga. Mata digosok beberapa kali. Khairul bertanya lagi pada Aizat dan pengesahan Farhan. Dengan sekali anggukan saja dari ketua pengawas itu, semua sudah tahu keputusan tak boleh diubah kembali.
Lapan pasang mata memandang dengan rasa tak puas hati. Hal ini akan sampai pada ketua mereka.