MAJLIS pertunangan berlangsung dengan lancar tetapi ditukar masanya kepada waktu pagi kerana selepas zohor Imam Khalid akan menghadiri satu mesyuarat di kampung seberang. 5 dulang hantaran diberi oleh pihak lelaki dan 7 dulang hantaran dibalas oleh pihak perempuan. Selama aku duduk di kampung, aku tidak pernah tahu menahu langsung tentang kewujudan dulang hantaran kerana di Kluang, mama dan abah tidak pernah tunjuk benda alah tu padaku. Rupa-rupanya ia telah disembunyikan dalam bilik opah. Patutlah bonet kereta penuh dengan barang sewaktu mengambilku di asrama! Itu semua barang hantaran tapi belum digubah cantik oleh mama dan opah serta dua adik perempuanku.
Cincin di jari manis yang tersarung elok ditenung dengan perasaan berbalam. Teringat saat yang ditunggu-tunggu oleh semua, Aunty Hanani menyarungkan cincin emas putih bertatahkan sebutir berlian di jari manisku tadi beserta senyuman mekar di bibir. Flash kamera sentiasa menyala dan memancar ke wajahku yang tertunduk. Apakah perasaanku? Terpegun? Tergamam? Terpaku? Terpanar? Aku tidak tahu. Tetapi terasa hati bagai disirami salji. Sejuk. Bagai penuh dengan taman bunga. Rasa bahagia bertandang secara tiba-tiba. Kini secara rasmi aku telah sah menjadi tunang Tengku Amirul Farhan Tengku Umar a.k.a Mister Headprefect sekolah. Rasa tak percaya! Macam mimpi pulak. Pipi dicubit.
"Auww!" memang sakit. Maknanya bukan fantasi la kan? Tapi...
"Mai!!" suara ramai kedengaran. Aku mengangkat muka. Kulihat rakan-rakan tersenyum lebar di muka pintu. Semuanya ayu mengenakan baju kurung. Riak wajah mereka ceria dengan majlis ini.
"Tahniah!" Wana terus berlari mendakap tubuhku. Aku membalasnya.
"Thanks." Senyumku.
"Mai, congratulations babe!" giliran Iman pula memeluk tubuhku. Aku tersenyum lalu mengucapkan terima kasih padanya. Seterusnya giliran D dan Qiela. Mereka memeluk tubuhku ketat-ketat sehingga lemas. Nasib baik Wana dan Iman ada. D dan Qiela tergelak.
Aisyah yang masih berdiri tersenyum manis sambil menghulurkan sesuatu kepadaku. Aku kerut dahi.
"Apa ni?" soalku lurus.
"Itukan hadiah." Sampuk D tersengih. Aku mendengus kasar.
"Takkan tak kenal kut? Hai... lepas sah jadi tunangan orang ni, hadiah pun boleh tak kenal ya?" Iman pula mengusik. Yang lain berderai tawa.
Aku memejam mata. Hai... sabar aje la dengan mereka ni!
"Memanglah hadiah... but what for?" ujarku masih tidak puas hati. Mata Aisyah ditenung tajam.
Aisyah tersenyum lagi lalu mengambil tempat di sebelahku. Iman memberi ruang kepada Aisyah. Dia, D dan Qiela duduk di atas permaidani sambil memerhatikan kami. Wana masih setia di sisi kananku.
"Hadiah sempena majlis pertunangan kau la." Lembut Aisyah berkata.
Aku terdiam. Mak aih, sampai belikan hadiah tu!
"Syah, baru tunang okey. Belum nikah or sanding!" keras nada suaraku. Aisyah memeluk tubuhku. Hadiah diletak atas riba Humairah.
"Mai, apa salahnya kalau aku belikan kau hadiah? Memanglah tak wajib tapi aku belikan sekadar suka-suka. Lagipun sepanjang kita berkenalan di sekolah dan di asrama, aku tak pernah beri kau apa-apa. Kau selalu belanja aku choki-choki, belanja aiskrim, makan. Tapi aku tak pernah berpeluang untuk beri sesuatu yang berharga dan istimewa untuk kenangan. Dulu masa aku mula berkawan dengan Wana, Iman dan D, aku bagi hadiah pada mereka. Seutas gelang yang aku buat sendiri khas untuk kenalan rapat yang aku sayangi. Termasuk juga kau. Jadi hari ni aku nak beri kau sesuatu sebagai tanda persahabatan kita. Aku dah lama nak beri tapi kau asyik kata jangan. Jadi aku dah plan untuk beri kau hadiah tanda perkenalan kita sekaligus meraikan kau sebagai tunangan kepada Amirul Farhan, ketua pengawas SMTAA kita." Panjang lebar Aisyah berkata. Wajahnya juga berseri-seri. Rakan yang lain tersenyum-senyum.
Aku masih mendiamkan diri. Hadiah ditenung dengan pelbagai perasaan. Tapi kenapa...
"Kenapa Mai? Tak sudi ke terima hadiah tak seberapa aku ni?" suara Aisyah mendayu-dayu di telinga. Seakan berjauh hati.
Aku terdiam. Tulusnya hatimu duhai Aisyah. Aku mengangkat muka merenung seraut wajah penyejuk mata yang sentiasa tenang. Tanpa kata, aku terus memeluk tubuhnya. Aisyah membalas sambil tersenyum sebelum meleraikan pelukan.
"Thanks. Aku tak pernah rasa bahagia macam ni. Thanks gang!" aku tersenyum lalu mendepakan tangan. Kesemua rakanku memeluk antara satu sama lain. Aku bahagia! Terima kasih ya Allah kerana menemukan aku dengan sahabat-sahabat yang tulus hatinya. Tanpa disangka, air mata menitis. Air mata kegembiraan!
***
RUMAH opah kini riuh dengan suara orang ramai. Confirm pasar malam surrender lepas ni! Apa taknya? Suara rakanku serta Aina sedang mengejar itik dan ayam opah. Ke sana ke mari mereka berlari. Aku yang duduk di pangkin ini tidak dipedulikan. Tak ada kerja lain ke dia orang ni?
"Apesal tak join dia orang?" tanya Wana setelah mengambil tempat disebelahku.
"Malaslah. Macam tak ada kerja lain je. Kejar ayam itik lepas tu sendiri penat." Bebelku.
Wana ketawa. "Setidak-tidaknya peluh keluar daripada duduk kat pangkin je dan tak buat apa-apa." Perli Wana.
Aku mencebik. "Malaslah weh. Aku penat." Wana mengangkat kening seraya tersenyum nakal.
"Kau penat buat apa je? Hey, ni baru tunang belum jadi isteri yang sah." Mendalam sungguh maksudnya. Dia ketawa lagi membuatkan aku pantas memukul bahunya berkali-kali. Otak kuning sungguh kawan aku ni la! Akhirnya Wana mengangkat tangan mengalah.
"Cubalah jangan fikir yang bukan-bukan." Gerutuku.
"Fikir bukan-bukan yang macam mana tu?" Wana menyoal balik dengan senyuman. Aku menunjukkan siku dan penumbuk kepadanya.
"Nak yang mana? F.O.C aku bagi."
Wana ketawa seraya menggeleng. "Tak mau la. Kau ni sejak dah bertunang asyik nak moody je? Apesal? Chill la."
Aku menarik nafas sebelum menghadap tubuh Wana. "Wana, aku nak tanya satu soalan kat kau boleh?" soalku perlahan.
Wana yang sedang melibas seluar putihnya kerana terkena pasir pantas mengangkat wajah memandang tepat anak mataku. Dahinya berkerut.
"Formal ke tak formal?"
Aku menjulingkan mata ke atas. Budak ni tak ada soalan lain ke nak tanya?!
"Peribadi. Raimi Azlan." Tekanku.
Wana tergamam sebelum mengalihkan pandangan ke depan. Dadanya berdegup kencang.
"Kenapa dengan dia?"
"Kau kata semalam kau jumpa dia kan? Dia macam mana? Emm... maksud aku, hati kau... dengan dia... err... macam mana sekarang?" teragak-agak aku bertanya.
Wana terdiam. Lama. Nafas ditarik sebelum menceritakan perkara yang terjadi sewaktu terjumpa lelaki itu di Seven Eleven.
"Aliyah kan?" soal Raimi meminta kepastian.
Dia tidak menjawab sebaliknya terus berlalu keluar dari premis itu dengan langkah laju. Sedikit pun tidak menoleh. Raimi mengejar. Lengan gadis yang berlapik kardigan hitam ditarik kuat.
"Apa ni?! Lepaslah!" marah Wana. Dia sedaya upaya melepaskan diri dari mendekati pemuda itu. Mahu menjerit meminta tolong tapi tiada siapa yang melalui kawasan itu. Dia buntu. Wajah Raimi tidak dipandang.
"Aliyah, listen to me first." Pinta Raimi.
Wana tidak mendengar sebaliknya berusaha meleraikan pautan pada lengannya. Tidak berjaya! Dia meronta minta dilepaskan.
"Kau ni siapa?! Lepaskan tangan aku sebelum aku jerit! Biar orang tangkap kau!" ugut Wana lagi.
Raimi tercengang. Dia kelu lidah. Aliyah... bukan Aliyah. Aliyah tak akan bercakap kasar dengannya. Aliyah akan sentiasa berlembut dengannya. Aliyah sekarang jauh berubah dari dulu.
"Aliyah, dengar cakap abang dulu." Lembut Raimi memujuk namun Wana mengeraskan hati. Dia tidak akan sesekali memberi harapan kepada manusia bernama lelaki. Semua penipu! Syaitan bertopengkan manusia. Kaum yang pandai bermanis kata tetapi tidak kemudiannya.
"Kau siapa?! Aku tak kenal kau lah. Baik kau lepaskan aku. Lepaskan!" jerit Wana lagi. Raimi mengemas pautan. Bahu Wana ditarik rapat dengannya agar gadis itu memandang tepat anak matanya. Wana meronta-ronta minta dilepaskan. Raimi mengawal kakinya bila Wana hendak menendang. Tubuh gadis kurus itu ditarik rapat kepadanya. Wana menelan liur. Anak mata Raimi merenung mata coklatnya. Wana segera mengalih pandang tempat lain. Tubuhnya yang meronta menjadi kaku. Freeze! Perasaan hadir tanpa dipinta.... perasaan itu.... sudah lama tidak dirasa....
"Kenapa ni?" dua orang lelaki muncul dari dalam premis Seven Eleven. Raimi dan Wana terkejut.
"Tak ada apa-apa. Isteri saya nak terjatuh tadi." Raimi menjawab. 'Isterinya' dikerling dengan senyuman semanis gula. Wana kaku. Dia blur. Raimi dan dua pemuda itu dipandang silih ganti.
"Oh... hati-hati. Jalan sini memang licin. Baru lepas hujan." Pemuda-pemuda itu terus mengorak langkah meninggalkan mereka berdua selepas berjabat tangan dengan Raimi. Kesempatan ini Wana ambil untuk melarikan diri namun pantas Raimi berpusing dan menahan dengan tubuhnya. Dekat dan dekat!
"Apa ni?!" jerit Wana lagi. Raimi semakin mendekat. Hanya satu pergerakan akan membuatkan dirinya berada dalam pelukan Raimi.
"Kalau Aliyah jerit, abang tak akan teragak-agak cempung Aliyah bawa masuk dalam kereta abang. Serious! No kidding!" ugut Raimi pula. Wana menelan liur. Gerakan tangan terhenti. Sepi antara mereka. Renungan mata yang menikam membuatkan Wana mengalih pandang ke tempat lain. Tidak sanggup. Mata itu... mata yang buatkan dia jatuh... mata yang telah melukakan hatinya... mata itu telah membuatkan dia benci dengan lelaki. Mata itu yang buatkan dia menukar nama menjadi Safwana....
"Kenapa Aliyah? Kenapa jadi macam ni?" sebak Wana mendengar suara pemuda itu tetapi dia tetap tak menoleh. Kuatkan semangat kau, Wana! Jangan mudah terpedaya dengan kata-katanya lagi. Dia dah buat kau merana!
Raimi merenung Aliyah. Subhanallah! Kecilnya dunia. Wajah yang dirindui setelah lima tahun tidak berjumpa akhirnya ketemu kembali. Wajah yang muncul dalam mimpinya setiap malam. Wajah yang dipuja sehingga kini. Wajah yang buatkan dia sakit.... Sungguh dia merindui gadis itu namun apa yang dia dapat pada hari ini sebaliknya. Aliyah bukan lagi Aliyah yang dulu. Aliyah sekarang adalah Aliyah yang keras, ganas, kasar dan.... matang.
"Kenapa buat abang macam ni?"
Wana ketawa jengkel. Sinis. Dia memandang tepat mata Raimi. "Buat apa? Aku buat apa kat kau?! Aku tak kenal kau siapa, tiba-tiba kata aku buat kau pula? Lagi satu sejak bila kau jadi abang aku hah?"
Raimi menggeleng. "Mustahil Aliyah tak kenal abang. Abang boleh nampak dari sinar mata Aliyah. Aliyah tak pandai berbohong dengan abang."
Wana terkedu. Ayat yang sama sewaktu dulu... tersedar dirinya mengelamun, Wana cuba melepaskan pegangan tangan Raimi. Raimi berkeras menahan.
"Aliyah... dengar dulu penjelasan abang. Abang dah lama cari Aliyah. Lama sangat."
"Tak ingin! Aku tak nak dengar apa pun penjelasan engkau. Pergilah engkau dengan perempuan nama Dayana tu. Aku kan perempuan sundal! Aku kan budak perempuan tak malu! Kau hina aku! Kau kutuk aku depan student lain! Kau ingat aku tak ada rasa malu?! Dah tu kau tuduh aku tulis surat tu tanpa usul periksa. Semua orang pandang aku dengan pandangan sinis. Gelak jahat. Budak nama Aliyah Safwana sudah pandai main kotor untuk dapatkan lelaki paling hot kat sekolah padahal umur baru setahun jagung! Baru tingkatan 1! Budak kecil yang tak tahu erti cinta! Budak nama Aliyah Safwana telah buat Dayana menangis. Aliyah Safwana tolak Dayana sehingga jatuh! Masa tu semua bertepuk tangan. Kau pun buat tak hairan je. Sebab apa? Sebab aku bukan sesiapa untuk kau. Aku hanya perempuan tak tahu malu!! Kan?! Kau memang suka kan budak-budak ni panggil aku dengan panggilan yang menjatuhkan imej aku sebagai pelajar sekolah? Kenapa kau tak pergi je berkepit dengan si Dayana tu yang konon-kononnya perempuan suci? Apesal tegur aku balik? Apesal cari aku balik?! Hah?! Apesal?!" Kemudian dia tertawa. Jengkel.
Raimi menunduk sedih. Hibanya dia. Pilu hati mendengar luahan dan rintihan gadis itu. Dia kesal. Sangat kesal!
"Aliyah... maafkan abang," pohon Raimi lagi. Hampir tidak terkeluar suaranya. Mata sudah basah dengan linangan. Menunggu masa untuk membanjiri bumi.
Wana ketawa lagi. "Maaf?? Maaf untuk apa? Kau ada buat salah pada aku ke?! Hey, untuk pengetahuan kau, aku dah lama lupakan kau. Lama!! Sangat lama!! Dan aku harap sangat yang aku akan terus melupakan kau dari kotak fikiran aku!" ucap Wana lagi dengan yakin. Dia menentang mata Raimi. Tiada siapa tahu hatinya berperang hebat.
Raimi mengemam bibir. Allahuakbar! Sampainya hatimu sayang kerana berkata begitu. Pedih sehingga ke ulu hati. Harapannya berkecai. Impiannya musnah. Barulah dia tahu bagaimana perasaan gadis itu sewaktu dia menabur kata-kata keji dan amarahnya tanpa memeriksa terlebih dahulu. Kerana Dayana.
"Kejamnya Aliyah kerana melupakan abang." Mutiara jernih menitis dari tubir mata mengalir ke pipi. Sungguh dia terasa dengan ungkapan Aliyah.
Wana terpanar. Raimi Azlan, jejaka kacak di sekolah yang sasa dan maskulin serta digilai ramai gadis menangis di hadapannya?! Lelaki bernama Raimi Azlan menangis meratapi kesalahan yang telah dilakukan? Adakah ini benar ataupun palsu? Magik? Program Bang Bang Boom? Raimi masih lagi menunduk. Air mata semakin banyak keluar dan mengalir di pipi dan menurun laju ke bawah dagu. Wana jadi sebak. Namun hatinya tetap dikeraskan. Mahu saja dia mengesat air mata lelaki itu. Tapi dia tak mampu.
"Abang sentiasa buat solat sunat istikharah supaya abang dapat jumpa Aliyah semula. Abang nak minta ampun dengan Aliyah atas peristiwa lampau dulu. Abang berdosa sebab berkasar, mengutuk, menghina dan menuduh Aliyah walhal Aliyah cuma mangsa keadaan. Dayana bersalah, bukan Aliyah. Abang sentiasa berharap agar abang dapat bersemuka dengan Aliyah, tapi... tapi... abang tak sangka... ini yang abang dapat... Aliyah... abang..." Raimi tidak dapat meneruskan kata-katanya kerana sendu tangisnya yang tak berhenti. Tubuhnya melorot jatuh di depan Aliyah. Dia menangis kesal. Sangat sesal apabila teringat perbuatannya dulu.
Kejamkah dirinya kerana mengutuk pelajar yang hanya berusia 13 tahun sedangkan waktu itu dia sudah boleh berfikir memandangkan umurnya lebih tua daripada Aliyah. 17 tahun. Umur yang mula mencipta kenangan pahit dan sesal yang menggunung sehingga ke hari ini. Di depan gadis disayangi, Nur Aliyah Safwana.
Wana tersentak bila terasa bahunya dipegang. Dia lambat-lambat memusing kepala memandang aku disebelah.
Alangkah terkejutnya aku kerana wajahnya sekarang sudah penuh dengan air mata. Hidung menjadi merah. Matanya bengkak.
"Wana... kau.... err... sebenarnya apa perasaan kau pada dia?" teragak-agak aku hendak menanyakan soalan kerana khuatir akan di menyinggung perasaannya. Namun bila melihat dirinya sekarang buat aku mahu bertanya tentang perkara 'itu'.
Wana mengesat air mata yang mengalir di pipi sebelum merenungku dengan satu perasaan aneh. Aku menanti dengan sabar.
"Aku..... aku.....sebenarnya aku masih tak dapat lupakan dia, Mai.... aku bohong dengan semua orang..... hati aku masih tak dapat lupakan..." Wana terus memaut tubuhku lalu menangis semahunya.
Aku kaku. Shock! Ungkapan terakhirnya buat aku terkejut besar. Wana masih tak dapat lupakan Raimi??? Benarkah??? Melihat keadaan Wana yang sebegini amat menyedihkan. Rupa-rupanya dia masih menyintai lelaki itu. Lumrah percintaan. Biarpun bibir seribu kali mengucap benci namun hati masih menyayangi. Badan belakang Wana kuusap penuh kasih. Aku meminta dia bertenang. Wana terus memeluk tubuhku erat. Mukanya disembam ke bahuku. Air mata bercucuran bak hujan.
"Wana...." suara orang ramai kedengaran menyebabkan dia mengangkat wajah. Pelukan terlerai.
"Kami dah dengar semuanya..." ucap Iman sedih. Air mata dikesat perlahan.
"Betul tu," D mengiyakan. Dia juga turut sama menangis.
Aisyah tidak mengucap apa-apa sebaliknya terus memeluk tubuh kami berdua. Iman dan D yang melihat kelakuan Aisyah turut sama berbuat demikian. Kami bertiga berpelukan! Inilah yang dinamakan cubit peha kiri, peha kanan turut merasainya. Nyawa kami bagai bersatu. Darah yang mengalir membuatkan kami berasa seperti sebuah keluarga dan bukan orang asing. Hati kami bersatu. Jiwa kami bercantum. Sama-sama susah senang. Itulah namanya kawan baik....
ESOK semua akan pulang. Aku mengemas beberapa pakaian yang telah dibasuh dan dilipat sebelum memasukkannya ke dalam beg. Prepare awal-awal! Nanti dah kelam kabut semua tinggal. Bawa badan je! Cincin yang berada di jari manis aku tanggalkan lalu letak di atas meja lampu tidur. Rimas rasanya!
Peluh yang merenek di dahi dikesat dengan tangan kiri. Huh! Banyaknya barang aku. Tambah barang hantaran lagi. Muat ke tak kereta abah ni? Nak tumpang kereta Wana memang tak boleh la. Kancil tu! Kalau Alphard boleh juga tumpang! Aku menggaru kepala. Sedaya upaya baju disumbat dalam beg. Baju digulung menjadi kecil beserta pakaian lain. Makin lama makin kembang beg tu! Aku cuba melipat seperti biasa. Baju yang dilipat aku tekan kasi leper seleper-lepernya. Tetap sama! Kembung! Makin gemuk. Aku kebingungan. Apa nak buat ni?!!!
"Yana!!" jeritku sekuat hati dari dalam bilik. Hanya nama itu saja yang terlintas di fikiran. Redah aje la!
Yana yang baru saja menuruni tangga dapur terkejut lantas memegang susur tangga. Hampir-hampir dia tergelincir jatuh. Pheww! Nasib baik tak ada sakit jantung. Akak aku ni gila ke apa terjerit macam tu? Sawan? Gumam Yana.
Langkah laju ke bilik beradu kakaknya. "Ada apa akak terjerit-jerit ni? Malulah orang dengar. Nasib baik tak ada sesiapa lalu kat dapur."
Aku mencekak pinggang. Ah! Apa aku peduli malu tak malu. Kawan-kawan aku kat luar rumah. Yang penting sekarang beg! Aku memberi isyarat mata pada Yana kemudian menoleh ke arah beg baju.
"Ya Allah! Apesal kembung semacam beg akak ni? Akak isi apa?" terkejut Yana melihat beg pakaian Nike kakaknya sudah gemuk seperti belon. Entah batu-bata mana yang dia isi.
"Isi batu-bata buat rumah untuk kahwin nanti ea?" usiknya. Aku buat muka. Main-main! Buat rumah?? Tak ada kerja langsung! Baik aku bawa emas. Ada faedahnya! Omelku.
"Uhh! Macam tak ada kerja lain nak angkut batu-bata dari kampung. Agak-agak la!" marahku.
Yana ketawa. Akaknya sudah serupa beruk. Tergaru sana. Tergaru sini. Kejap-kejap gigit jari. Dah macam Aina pun ada! Lepas tu mundar mandir sehingga kepala Yana berpusing. Mata berpinar. Nak pitam pun ada.
"Kenapa ni kak?"
"Tengok ni." aduku sambil memuncungkan mulut.
"Akak isi apa sampai jadi macam ni?"
"Itulah pasal. Isi baju je. Macam mana boleh kembung pun akak tak tahu. Seingat akak, masa datang rumah opah hari tu tak adalah kembung gedabak macam ni. Okey je. Ada ruang untuk letak apa-apa. Sekarang ni lain pulak. Opah ada beri baju lagi ke?" aku menggaru kepala. Musykil ya amat ni! Masa datang beg kempis, balik beg kembung!
Yana ketawa kecil seraya menepuk dahi. "Haah la kak. Yana lupa nak cakap. Opah ada kasi Yana baju hari tu. Baju-baju yang dah lama tapi still vogue. Semua baju arwah mak usu. Baju kebaya pun ada. Tapi achik ambil. Dia minat baju tu. Akak punya banyak t-shirt dan disebabkan akak tak berapa berkenan dengan baju kurung so Yana take over." Jelas Yana lagi.
Aku terlopong. Mata terkebil-kebil merenungnya. Beg dipandang bergilir-gilir dengan air muka sang adik yang tenang.
"Biar betul?! Takkan banyak sangat?!!!"
"Opah kata ada baju yang arwah tokwan yang lama tapi abah ambil. Ada baju kurung milik opah, Yana, mama dan achik ambil. Dan ada beberapa baju t-shirt milik arwah mak usu yang tak pakai. Opah tak nak buang. Dia sayangkan baju tu. Dia kata itu kenangan dengan arwah mak usu masa sebaya kakak dulu. Sebab tu opah bagi kakak banyak. Badan akak dengan arwah mak usu sama. Wajah pun seakan-akan seiras. Cuma mak usu baik dan lemah lembut. Akak ganas dan keras." Selamba dia berkata.
Aku buat muka sambil mencekak pinggang. Yang depan-depan tu buat aku feeling habis tapi yang last tu ada sikit sakit hati. Berani dia cakap aku ganas dan keras? Kang aku ketuk dengan penukul baru tau.
Yana ketawa bila kakaknya menjeling tajam.
"Habis tu macam mana ni? Takkan nak bawa beg banyak? Hantaran nak sumbat mana?" rungutku kasar. Hailah... masalah! Masalah! Rambut di ramas kasar sebelum menghenyakkan tubuh di katil.
Yana mengurut bahuku perlahan meredakan perasaan. "Macam ni. Akak tinggalkan baju yang akak rasa tak selalu pakai kat rumah opah. Senang nanti kalau akak nak balik rumah opah. Dah ada baju siap. Baju yang lain akak bawa balik. Tak berat." Cadang Yana. Dia juga mahu berbuat demikian untuk dirinya nanti. Banyak baju tak terlarat nak bawa. Kalau ada orang gaji kan best?
Aku mengangguk. Pintar adikku ini! Aku sebagai kakak pun malu. Macam mana boleh tak terfikir idea tu? Biol la kau ni Mai lepas tunang. Hailahh...
"Eh.. kak! Kenapa tak pakai cincin?" jerit Yana membuatkan aku terperanjat. Habis baju yang sudah dilipat berterabur. Aku mengetap bibir. Asalehe la adik aku ni... buat terkezzzut orang je! Memang nak kena dengan penukul!
"Kak, Yana tanya ni. Kenapa akak tanggalkan cincin ni?" renungan tajam Yana sedikit pun tidak membantutkan pergerakanku. Tangan ligat melipat baju.
"Malas." Sepatah saja di jawab.
Yana terlopong. Malas??!!! Bertuah punya kakak!!
"Yana tak kira. Akak kena pakai juga!" arah Yana bernada keras.
Aku mengangkat wajah memandangnya sebelum menjelir lidah. Yana mendengus kasar. Jemariku ditarik kasar buat aku tergamam kemudian dia terus menyarungkannya di jari manis.
"Jangan sesekali tanggalkan lagi. Ini Yana yang nampak. Kalau Aunty Hanani nampak macam mana? Tak ke kecil hati dia nanti?" nasihat Yana.
Aku mengeluh sebelum duduk kembali di katil. "Yana, akak rasa macam tak percaya yang akak dah bertunang. Its like a dream!" ucapku lemah.
Yana tersenyum. Dia bangkit merapatkan dirinya dengan diriku. Tangan kananku digenggam erat.
"Oh.... itu yang serabut sangat ni ya? Sampai tak boleh fikir? Rupa-rupanya sebab ni." aku menyenggol pinggangnya membuatkan Yana terjerit kecil. Bahuku ditepuk manja.
"Akak tak main-main okey." Aku betul-betul serius. Yana tersenyum lagi. Senyum! Senyum! Ingat lawa? Aku seorang je yang lawa! Opsss riak lagi.
"Kenapa pulak akak tak percaya? Its fact! Realiti bukan fantasi. Baru beberapa jam lepas akak disatukan dengan Abang Farhan. Disatukan dengan mengikat tali pertunangan. Kedua-dua belah pihak dah setuju. So sekarang secara rasmi akak dan abang dah jadi tunangan orang. Makanya apa yang akak tak percaya?" soal Yana lagak orang dewasa.
Aku mengeluh. Rambut diramas kasar. "Akak tak sangka. Sekejap je masa berlalu dan yang paling akak takut sekarang ni macam mana akak nak berhadapan dengan dia. Satu sekolah. Sukan tak lama lagi. Dah la dia ketua pasukan." Keluhku.
Yana segera mengusap belakang badanku agar tenang. Rambutku dilurus kembali dengan jarinya. "Istighfar, kak. Ingat Allah. Dalam susah ada senangnya. Ada hikmah disebalik semua ni. Akak banyakkan bersabar. Allah sedang menguji hambaNYA. Jangan mudah putus asa. Yana yakin akak boleh. Malaysia boleh!!!!" Yana berdiri lalu menjerit sekuat hati.
Aku ketawa besar. Melihatkan semangat Yana buatkan aku turut berdiri sama. Dan serentak itu kami sama-sama melaungkan MALAYSIA BOLEH!!! AKU BOLEH!!! KAKAK BOLEH KAHWIN DENGAN ABANG FARHAN!!!!
Aku terdiam kaku sebentar. Eh... aku sebut tu ke tadi?! Pantas aku menoleh, merenung Yana yang ketawa mengekek-kekek di atas katil. Angin kus-kus segera muncul. Berasap-asap hidung, mulut dan telinga sekarang! Macam seladang! Gigi berlaga sama sendiri. Bantal kepala dicapai lalu dibaling tepat ke mukanya. Tak puas hati lagi bila dia tak henti gelak. Bantal lain diambil lalu kubalun dengan geram. Terkekeh-kekeh dia ketawa sambil menjerit. Sempat lagi usik aku tu! Argghhhh!!!! Kenapalah aku pergi sebut juga perkataan tu?? Yana memang nak kena!!!! Bila masa pulak aku nak kahwin dengan mamat tu?!!! Huwaaaa!!!! Ambik kau! Power Rangers benam Catwoman!!!! Kasi fireeeeee!!!!