Chapter 23 - Bab 23

"HELLO cik kak oii. Dah sampai mana? England? Brazil? Sepanyol? Antartika?" sindirku pada Wana dalam talian.

Tergelak besar Wana di sana. "Aku masih lagi dalam Malaysia la. Don't worry. Kejap lagi aku sampai. Tapi boleh tak kau tolong ambil aku? Aku tak tahu kawasan rumah opah kau la. Nanti sesat sampai Thailand."

Aku menjulingkan mata ke atas. "Kau ni dulu tak belajar Geografi ke? Kampung aku dekat selatan la!"

Wana ketawa mengekek-kekek di talian.

"Oh ye ke? Tak tahu la. Dulu belajar selalu failed." Selamba dia berkata. Aku menggeleng. Haih... susah...susah!

"Parah kau, Wana!" sekali lagi Wana gelak. Aku tak boleh buat apa dah.

"Boleh tak ni ambil aku?" soalnya kembali ke topik utama.

"Boleh je. Kalau dah nampak nama papan tanda Kampung Meranti, call aku tau! Make sure ikut peta yang aku dah bagi hari tu." pesanku.

"Okey, babe. Nanti aku call. Eh, yang lain dah sampai ke?" saja Wana bertanya.

"Belum. Aku call Syah dia kata on the way. D dengan Iman tak dapat la. Dia orang off phone. Kau tahu dia orang kat mana?" soalku gelisah.

"Entah. Dia orang pun tak contact aku." Balas Wana bersahaja.

"Hmm...take care tau."

"Okey, babe. Nanti dah sampai aku call kau. Okey, bye. Assalamualaikum." Wana memutuskan talian selepas aku menjawab salamnya. Dia tersenyum nakal.

"Clear!" katanya di dalam kereta. Mereka bersorak gembira.

"Tapi tak rasa jahat ke tipu dia?" soal Iman khuatir. Kesian Mai asyik kena tipu je dengan mereka berempat. Nak je dia on handphone semula. Rasa bersalah melilit tangkai hati.

"Alaaa... kali ni kita suprise la untuk dia." Jawab D. Aisyah diam tidak terkata. Hanya mendengar perbualan mereka.

"Syah, awat hang diam ja?"

Aisyah menggeleng. "Tak ada apa-apa." Kemudian dia melemparkan senyuman.

"Don't worry, girls. Kan dia ambik kita nanti bila dah sampai. Masa tu la korang munculkan diri. Faham?" kata Wana lagi.

"Faham, cif!" bersemangat D dan Iman menjawab sambil membuat tabik hormat. Aisyah tergelak kecil. Tak ubah macam askar!

Suprise for you, Nur Saffiya Humairah!

***

"ASSALAMUALAIKUM," sayup-sayup suara seseorang memberi salam membuatkan Fareez yang berada paling dekat dengan pintu segera bangun. Farhan juga menjenguk dari celahan tingkap tetapi sekejap saja. Kelihatan seorang budak perempuan manis bertudung litup tersenyum pada Fareez.

"Waalaikumussalam. Ya cari siapa?"

"Err.. boleh saya tahu Saffiya Humairah ada?" tanya si gadis.

Fareez mengangguk sebelum meminta diri memanggil Humairah di dapur. Farhan yang leka dengan Ipad tidak dihiraukan. Sesampai saja di dapur, tubuh gadis itu dicarinya.

"Err.. Kak Mai, ada orang datang nak jumpa." Katanya teragak-agak.

Semua yang berada di dapur memandang tepat ke arah anak mata Fareez membuatkan dia diburu perasaan debar. Apa kes semua pandang ni? Aku ada buat salah ke? Tengkuk digosok.

"Siapa?" soalku.

"Entah. Tapi perempuan. Pakai tudung." Jelas Fareez lagi.

Aku mengerutkan dahi sebelum mencuci tangan. Tangan yang basah dilap pada kain bersih. Kemudian aku bergerak ke depan diikuti Fareez. Yana dan achik berpandangan sesama sendiri.

"Err.. cari siapa ya?" tegurku bila tiba saja di luar rumah. Gadis itu masih membelakanginya dengan baju kurung moden putih. Gadis itu memusingkan badan sebelum tersenyum lebar. Aku menekup mulut.

"Qiela!!" pantas aku berlari ke bawah lalu kudakap tubuhnya. Qiela membalas pelukanku erat.

Fareez yang terdengar melihat dari atas. Dia memandang dengan perasaan pelik. Abangnya dipanggil tapi tak dilayan. Sibuk sangat dengan Ipad! Bukan dia tak perasan tadi masa Kak Maira lalu, dia toleh. Dalam diam tau angah ni!

"Lamanya tak jumpa kau! Rindu sangat." Ujarku setelah meleraikan pelukan.

"Aku pun sama. Kau ni apa cerita? Tup tup je nak bertunang ni? Angin tak ada ribut tak ada ni? Amboi, lepas tukar sekolah terus ada orang datang merisik ya?" usik Qiela.

Aku tersengih sambil menggaru kepala.

"Err.. kita cerita kat dalam la ya? Jom masuk jumpa mama aku." Aku terus menarik tangannya masuk dalam rumah. Qiela menundukkan kepala dan pandangan mata bila terlihat akan dua teruna di ruang depan itu.

Farhan pelik bila melihat manusia yang baru saja masuk dalam rumah itu. Nak kata kawan Humairah bukan. Sebab rakannya semua Farhan kenal. Satu sekolah! Memang ler kenal. Tapi yang ni tak pernah tengok la pulak! Anak siapa ni? Wajah Fareez dicari sambil menjongketkan kening. Fareez mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Mama, cuba teka siapa yang datang?" aku melindungi Qiela agar tidak dilihat mama semasa berada di tangga dapur. Qiela di belakang sudah tersenyum. Pandai sahabat baiknya itu mengenakan Puan Husna.

Puan Husna mendongak memandang anaknya dan seorang lagi budak perempuan di belakang anaknya tapi tak nampak pula mukanya sebab dilindung Mai.

"Siapa tu?" opah bertanya. Aunty Hanani juga ternanti-nanti. Yana dan achik menunggu. Aina seorang saja yang sibuk buat hal sendiri.

Aku tersenyum nakal. "Taraaa!!!" aku bergerak ke kiri agar wajah Qiela ditunjukkan. Macam buat magik pulak!

Terjerit kecil mama, Yana dan achik bila melihat Qiela di situ. Segera dipeluk erat tubuh kurus itu. Pipinya dicium lama oleh mama. Qiela malu.

"Apa khabar Qiela? Lama aunty tak jumpa kamu. Sihat?" tanya mama riang. Wajah Qiela yang manis bertudung dipandang.

Qiela mengangguk. "Alhamdulillah. Sihat aje aunty." Jawabnya sopan.

"Kak Qiela datang ni sebab akak bagitahu eh?" tanya achik terus. Aku menjegilkan mata. Mulut tak pandai nak cover! Main belasah je. Achik buat tak tahu.

Qiela mengangguk lagi. Kami tersenyum lega.

"Memandangkan Qiela dah tahu, alhamdulillah. Baguslah. Tak adalah risau sangat. Meh sini aunty kenalkan. Ini Aunty Hanani, bakal mertua Humairah." Sengaja ditekan perkataan mertua.

Aku menceber. Sengaja tau mama ni! Tengok tu! Mama siap kenyit mata lagi. Qiela bersalaman dengan wanita tersebut sebelum didakap. Aunty Hanani memang disenangi semua orang.

"Yang ini pula opah Humairah." Opah pula memeluk tubuh kurus kering Qiela. Naik lemas pun ada! Opah memandang atas bawah.

"Awat tubuh kecik sangat ni? Qiela tak makan ke?" opah terus menyoal. Berderai tawa kami di dapur.

"Opah, Qiela ni tak boleh makan banyak sebab takut boyfriend lari." Usikku. Qiela menjegilkan mata.

"Mana ada la. Tak baik tau tuduh aku." muncung Qiela. Aku menjelirkan lidah sebelum ketawa.

"Haaa yang ini aunty kenalkan, ini bakal adik ipar Humairah. Aina namanya." Aina yang sedang makan kek coklat tunduk menyalami Qiela. Comot mulutnya! Sempat pipi comel itu dicubit Qiela.

"Comelnya," puji Qiela. Aina tersengih mempamerkan giginya yang diselaputi coklat.

"Aina, masyaAllah. Apa tunjuk gigi macam tu?" marah Aunty Hanani. Meledak lagi tawa kami semua. Aina masih tersengih. Tak terkesan langsung dengan kemarahan mamanya. Wajahku dicari lalu tersenyum comel. Aku membalasnya. Manja!

"Eh, duduklah." Pelawa mama. Qiela tersenyum lalu mengangguk. Kerusi yang berdekatan di tarik lalu diduduk.

"Qiela ni kawan sekolah Maira ke?" soal Aunty Hanani mesra. Sambil itu tangan mengupas bawang. Aku yang sedang mencapai gelas di kabinet dapur untuk minuman Qiela tersengih. Masak kau Qiela kena jawab dengan bakal mertua aku.

'Aik? Mai dah mengaku la...' hatiku mengusik.

Qiela tersenyum-senyum. "Saya kawan sekelas Mai masa di Johor sebelum dia tukar di KL." Jawabnya. Aunty Hanani terangguk-angguk. Fahamlah dia yang gadis mudah tersenyum ini kawan baik Humairah. Jikalau tidak masakan dia dijemput untuk majlis ini kan.

Selepas saja berbual, Qiela dengan baik hati menawarkan diri membantu menyiapkan hidangan tengah hari memandangkan waktu sudah menginjak ke angka 12. Segera kami menghidangkan makanan di ruang depan kerana tahu-tahu aje la kan? Meja makan tu kecik! Bukan besar pun. So kira adil dan saksama, makan beramai-ramai di bawah.

Kebetulan waktu itu abah dan Uncle Umar baru balik dari kebun. Abah terkejut melihat ada seorang lagi anak dara dalam rumah opah. Sempat lagi dia mengira anak sendiri menggunakan jari. Eh eh! Terlebih seorang!

"Bila sampai Qiela?" tanya abah ramah. Sememangnya abah mengenali Qiela kerana dia acapkali datang ke rumahku buat studygroup dulu.

"Baru tadi, uncle." Qiela menjawab. Abah tersenyum seraya meminta diri ke bilik. Dalam hati dia tahu anaknya sudah memberitahu Qiela, sahabat baik Humairah. Dia tersenyum lega.

Makan tengah hari itu meriah dengan gurauan abah dan Uncle Umar. Mama, Aunty Hanani dan opah sesekali menyampuk meriuhkan suasana.

"Siapa nak ikut abah pergi surau solat zohor?" tanya abah pada kami tiga beradik.

Serentak kami menggelengkan kepala. Abah membuntangkan mata. Pandai nak mengelat!

"Papa, Han ikut papa pergi surau boleh?" tanya Farhan pada ayahnya ketika berada di kamar yang dihuni Aunty Hanani dan Uncle Umar. Dia malu nak keluar bila ada orang lain dalam rumah tu. Selalunya adik beradik Humairah saja. Tapi mereka tak pernah ke ruang depan kerana adanya dua teruna ini. Tapi bila ada tetamu lain membuatkan dia segan. Nak lepak depan tv macam biasa pun rasa tak sedap. Baik dia duduk dalam bilik papa dan mama. Itupun sebab biliknya berada dekat dengan dapur. Dia segan mahu memasuki bilik yang dihuninya memandangkan ramai kaum Hawa di dapur. Maka, bilik papa dan mama adalah yang paling best untuk melepak.

"Boleh, Han. Lagi bagus kita yang lelaki ni penuhkan surau. Ada barakahnya." Uncle Umar tersenyum senang. Anaknya itu mudah terbuka hati menerima sesuatu kebaikan. Syukur alhamdulillah.

Farhan mengangguk. Dia menoleh sebelah kiri. Fareez dengan enaknya tidur di katil mama dan papa. Dah makan tidur pulak! Macam ular sawa kekenyangan! Pantang jumpa bantal! Segera pinggul adiknya ditepuk kuat.

"Janganlah tepuk! Sakit tau..." rungut Fareez seraya menggosok pinggulnya. Farhan dan Uncle Umar menggeleng.

"Bangunlah. Siap nak pergi surau."

"Tak nak pergi. Reez period." Selamba dia menjawab dalam mamai.

Farhan dan Uncle Umar mengekek-kekek ketawa. Lelaki period? Tak boleh pakai betul! Sejak bila tukar jantina? Teruk betul Tengku Amirul Fareez ni kan?

"Jangan nak mengada-ngada. Bangun sekarang!" Farhan sudah mengeluarkan suara tegasnya. Fareez lambat-lambat bangun. Dia meraup muka sebelum menolak bahu Farhan. Bilik air ditujunya. Uncle Umar sudah biasa dengan cara anak keduanya. Baginya biarlah Farhan yang kejutkan Fareez. Cara Farhan lebih berkesan berbanding cara mereka sebagai ibu bapa. Farhan lebih memahami Fareez.

Farhan menggeleng aje. Apa punya perangai adik dia ni. Tengok tu! Jalan pun tak betul. Macam orang mabuk je. Bebelnya dalam hati. Farhan berlalu ke biliknya setelah meminta diri dari papa. Dia mahu bersiap. Ahh! Redah aje la. Jangan pandang muka dia orang tu!

***

AKU berborak lama dengan Qiela pada petang itu. Aina dari tadi lagi mengekoriku. Ke mana saja aku pergi, pasti dia akan ikut. Bila aku hilang aje depan mata, dia akan bertanya, 'Mana Kak Maira? Mana Kak Maira? Nak Kak Maira.' Muka sudah cemberut. Kalau dibiarkan lambat laun menangis juga budak tu. Hai.. tu yang aku tak sampai hati. Qiela pula dari tadi mengusik.

"Habislah kau. Kena ikat dengan bakal adik ipar." Mengekek-kekek Qiela ketawa.

Aku menepuk pahanya. Mengaduh dia kesakitan. Aina melihat saja. Sesekali dia gelak. Entah apa yang mencuit hatinya. Tapi yang pasti dia mahu sentiasa bersama dengan Kakak Mairanya itu.

"Kau tak kisah ke Mai?" soal Qiela berbalik pada topik asal.

Aku mengeluh. "Nak buat macam mana Qiela? Aku tak ada pilihan. Lagipun dah banyak keluarga dia orang tolong keluarga aku. Aku jadi tak sampai hati nak batalkan. Bila tengok air muka mama dan abah buat aku rasa aku perlu berkorban untuk dia orang memandangkan mereka sudah banyak berjasa kepada aku." ujarku sambil memandang langit.

Qiela diam. Humairah telah menceritakan kesemuanya pada dia. Dari A sampailah Z. Tidak ada satu pun missed! Dia tumpang simpati dengan nasib rakan baiknya. Sudahlah ditukar sekolah, duduk asrama, lepas tu kena bertunang pula. Kalau dialah, dah lama terjun bangunan. Tertekan sangat!

"Mai, aku nak tanya sikit boleh?"

Aku menoleh memandang seraut wajah yang tenang.

"Apa?"

"Kalau kau kata ini semua perjanjian, pertukaran sekolah kau tu pun dikira sudah diatur ke?" tanya Qiela serius.

Aku terdiam. Aku pun fikir benda yang sama. Nak tanya mama dan abah, mereka sibuk menyiapkan segala-galanya. Nak tanya opah, aku rasa opah tak tahu. Tapi soalan itu masih membelenggu dalam fikiran.

"Entahlah, Qiela. Aku pun tak tahu." Keluhku. Qiela cuba menenangkanku dengan menggosok bahuku. Dia sempat memberi nasihat supaya aku berzikir. Ingatkan Tuhan. InsyaAllah semuanya akan selamat. Hati pun tenteram. Ya dak?

"Kak Mai, ada panggilan telefon." Terjengul wajah Fareez di jendela dengan suara agak kuat membantutkan perbualan kami berdua. Aku mengerutkan dahi. Siapa pulak yang call? Apesal Fareez pula yang angkat? Yana dengan achik mana?

"Qiela, kau tunggu sini kejap eh? Tolong jagakan puteri comel aku ni," Aina kuletak pada riba Qiela. Kemudian aku segera berlari masuk dalam rumah. Aduhai... busy nampaknya aku hari ini!

"Thanks!" ucapku terus pada Fareez apabila melihat air mukanya. Dia menganggukkan kepala sebelum berlalu ke permaidani dan duduk bersila bertentangan Farhan. Knight digerak dua langkah ke depan memakan askar Farhan. Dua teruna ini memang tak pernah kenal erti jemu bermain catur.

"Sejak bila kau jadi seorang yang rajin?" tanya Farhan sambil menggerakkan queen lima langkah ke depan memakan buah catur Fareez.

Fareez mengerut dahi. "Hah? Tak faham."

"Selalunya kat rumah kau adalah manusia paling malas nak angkat phone." Perlinya.

Fareez tersengih sebelum garu kepala. "Entahlah. Mungkin kerana excited untuk esok kut." Usik Fareez.

Farhan menjegilkan mata. Serentak itu queen Fareez ditelan dengan rakus oleh queen Farhan.

Fareez tercengang. "Apakah ini semua harus berlaku?????"

Farhan tersenyum sinis. "Memang harus berlaku!"

Fareez memegang kepala. Susah betul nak menang kalau lawan dengan abangnya itu. Juara bertahan tiap-tiap kali permainan diadakan! Frust!

"Okey kau tunggu situ. Nanti aku datang." Terus saja aku meletakkan telefon rumah milik opah ke gagangnya semula. Aku terus ke bilik mencari mama. Kelihatan mama baru lepas membaca al-quran. Seperti di Kluang, mama akan mengaji selepas saja solat zohor. Baginya jikalau ada masa terluang, dia mahu menghabiskan bacaan sehingga khatam. Dan mengulanginya semula. Setahu aku mama sudah sampai ke juzuk 25. InsyaAllah akan khatam jikalau kerap membaca serta memahaminya.

"Ma, Mai nak keluar kejap. Wana dah sampai tapi dia tak tahu jalan nak pergi rumah opah." Aku berterus terang.

Mama kerut dahi. "Dah sampai ke? Emm... tapi Mai nak pergi naik apa?" mama menanggalkan telekung lalu disidai pada ampaian.

Aku terdiam. Haah ek? Nak naik apa? Motor arwah tokwan EX5 ada di bawah rumah. Tapi aku mana reti bawa motor. Nanti baru press terus masuk reban ayam! Kereta pun tak lepas lagi. Kang ada kereta abah masuk parit nanti. Tapi abah pula pakai kereta pergi kebun.

"Minta tolong Farhan. Tadi masa kat dapur, Aunty Hanani ada bagitahu mama, Farhan boleh bawa kereta. Dia ada lesen tau." Mama tersenyum nakal.

Aku menjulingkan mata ke atas. Please la! Minta tolong mamat tu? Aku lebih rela jalan kaki.

"Tak mahu! Mai boleh jalan kaki." Tegahku. Mama menggeleng laju.

"Tak boleh. Mai kalau dah jalan kaki lambat nak balik. Nanti kena marah dengan abah lagi. Rumah opah dah la jauh." Larang mama.

Aku mendengus. "Kalau macam tu Mai minta tolong abah la." Aku mengeluarkan handphone dari poket seluar.

"Abah kan ada kat kebun. Kesian abah kena ulang-alik ambil Mai. Lepas tu kena pergi kebun balik. Tak kesian ke?" Leter mama lagi.

Aku menggaru kepala. Betul juga. Abah dengan Uncle Umar sekarang ni ada di kebun pisang opah. Kebun tu jauh juga la dari sini. Abah dengan Uncle Umar sibuk tengok kebun memandangkan musim buah berkunjung tiba. Kesian abah kena ambil aku nanti. Aku terduduk di katil.

"Habis tu macam mana? Kawan-kawan Mai dah tunggu tu." rungutku.

Mama meletakkan al-quran di rak paling tinggi kemudian melabuhkan punggung di katil lalu memeluk bahuku.

"Minta tolong Farhan. Itu saja alternatif yang ada." Saran mama tersenyum-senyum.

Aku mencebik. "No way!" gila nak minta tolong mamat tu? Oh nooooo....!!! kes subuh tadi dah buat aku malu. Sekarang nak minta tolong dia? Huwaaaaa....! Mai tak nak double triple malu dengan dia lagi!

"Kalau Mai tak nak cakap, biar mama yang cakap." Puan Husna terus bangkit dari duduk. Dia berjalan ke pintu membuatkan aku tercengang.

"Mama, tak nak lah!" tegahku cuba menarik tangan mama tapi sudah terlambat. Mama sudah berlalu ke depan. Aku menggigit bibir. Huwaaaaa! Mama, Mai tak mau! Mai malu! Mai segan! Aku menyorokkan diri di tepi almari baju kemudian menekup muka dengan telapak tangan. Oh Tuhan, selamatkanlah aku!

Puan Husna berjalan ke arah di mana dua anak muda tak habis-habis dengan permainan menggunakan minda itu. Fareez yang perasan kehadiran wanita itu tersenyum. Farhan juga tersenyum padanya. Sejuk hati Puan Husna melihat wajah kacak dua teruna itu.

"Aik, tak habis-habis dengan catur? Hebat kamu berdua ni." Puji Puan Husna. Puji ada makna tuu!

Farhan dan Fareez tersenyum. Tapi Fareez senyum lebar sampai ke telinga. Farhan tidak.

"Emm... Amirul ada nak buat apa-apa tak lepas main catur ni? Pergi jalan-jalan ke?" Puan Husna mula bertanya.

Farhan menggeleng. "Tak. Kenapa aunty?"

"Emm kalau macam tu aunty nak minta tolong boleh?" Puan Husna mula menjalankan misi.

Farhan mengerut dahi sebelum mengangguk perlahan. Fareez sekadar melihat walhal terbit rasa pelik dalam hatinya. Permainan catur tidak dihiraukan lagi.

"Begini. Kawan-kawan Maira dah sampai kat sini tapi tak tahu nak pergi rumah opah. Mai pula tak tahu bawa motor dengan kereta. Err.. kalau aunty minta tolong Amirul bawakan Maira pergi ambil kawan dia boleh? Amirul ada lesen kereta kan?" pertanyaan Puan Husna membuatkan Amirul telan liur.

Dia terdiam + tergamam. Nak jawab apa? Hantar minah tu? Memanglah dia tahu bawa kereta tapi dia macam teragak-agak nak balas 'ya'. Macam mana ni? Dadanya terasa sesak. Sukar mahu bernafas.

Fareez tercengang. Telinganya di korek beberapa kali. Aku tak salah dengar kan? Senyuman nakal tersungging di bibir.

"Boleh tak?" tanya Puan Husna lembut. Dia tahu hati anak muda itu gundah gulana. Dia pun boleh pandu kereta malangnya dia tiada kereta. Hanya jejaka di hadapannya saja yang mempunyai kereta. Kereta Uncle Umar tak boleh diusik. Bahaya!

"Aunty nak minta tolong sebab Uncle Syakir dengan papa Farhan ada di kebun. Kesian pula dengan dia orang nanti sebab terpaksa ulang-alik hantar Maira, lepas tu ke kebun semula. Jadi aunty nak minta tolong Amirul. Kalau tak boleh tak apalah. Aunty cuba cari alternatif lain." Puan Husna seperti berjauh hati. Sengaja menduga hati teruna tersebut.

Farhan menelan liur sebelum bersetuju akhirnya. Tak sampai hati juga nak hampakan hati mama Humairah. Apalah salahnya jikalau sesekali membantu dia. Tapi yang nak dibantu itu anak dia, Humairah! Huwaaaaaaa!!!

"Boleh, aunty." akhirnya Farhan bersetuju. Tiada siapa tahu hatinya berdebar kencang macam lepas masuk marathon!

Puan Husna tersenyum lega. Dia terus meminta diri ke dalam bilik untuk panggil anaknya. Fareez sudah tersenyum-senyum sambil mengusap dagu. Farhan menjeling tajam.

"Kau jangan nak banyak bunyi." Gertaknya.

Fareez tersengih lagi. "Ehem.. ehem.." dia berdeham banyak kali. Sengaja mengusik abang ngahnya!

Farhan membaling buah catur ke kepala adiknya sebelum bangun berlalu ke bilik untuk mengambil kunci kereta Myvi miliknya. Farhan sudah ada lesen kereta. Dia disuruh bawa kereta Myvi oleh mama kerana barang-barang hantaran perlu diletakkan dalam kereta papa memandangkan Uncle Umar bercadang mahu membawa kereta kecil saja dan bukan Estima. Ditambah lagi dengan beg pakaian serta beberapa barang lain membuatkan kereta Uncle Umar menjadi penuh. Jadi dengan dua buah kereta, mereka akan berasa selesa. Fareez menemani Farhan di kereta Myvi disertai Aina dan kesemua beg pakaian mereka manakala di kereta Honda City milik Uncle Umar hanya disumbat dengan dulang hantaran.

Aku membetulkan tudung sebelum berlalu keluar dari bilik. Sempat aku mencebik melihat mama yang sedang tersenyum nakal sambil melambaikan tangan tak ubah seperti Ratu Elizabeth di pintu biliknya. Tak suka la mama! Kenapa buat Mai macam ni?!!!

Ketika berada di luar, Farhan berada di kereta Myvi. Dia sedang menghidupkan enjin kereta. Aku pandang Qiela dan Aina yang berada di pangkin. Mereka kelihatan rancak berbual. Sesekali Aina ketawa bila digeletek Qiela. Aku bersama keluhan terus bergerak ke pangkin.

"Lambatnya. Buat apa kat dalam?" soal Qiela hairan.

Aku tersengih. "Ada hal sikit. Err.. Qiela, aku nak keluar sekejap."

Qiela kerut dahi. "Pergi mana? Nak ikut?" Qiela bangun hendak menyarung selipar.

Aku menggaru kepala. Alamak! Macam mana nak cakap ek?

"Eh! Macam ni. Err.. err... aku nak pergi ambil kawan aku yang aku cakap tadi tu. Dia orang dah sampai. Dan... aku... kena pergi... dengan... mamat tu," unjukku pada Farhan yang sudah berada dalam kereta Myvi.

Qiela ternganga lima saat sebelum tersengih nakal. Dia duduk semula di pangkin.

"Ohhh... nak dating dengan pakwe ye?" sakatnya sambil ketawa. Jari telunjuk digoyang-goyangkan.

Aku menjegilkan mata. Pakwe? Huh! Indah khabar dari rupa. Cantik lagi suratkhabar! Eh, apa aku merepek ni? Mai melalut.

"Mana ada! Ni kes darurat. Aku terpaksa pergi dengan dia la," bentakku memeluk tubuh.

Qiela ketawa mengekek. "Darurat? Emm...yelah. Pergilah. Aku duduk sini je. Yana kejap lagi datang sini. Dia pergi belakang sekejap." Ujar Qiela memahami.

"Kakak, Aina nak ikut kakak." Pinta Aina. Qiela menurunkannya. Huh! Nasib baik budak kecik ni ikut sekali. Kalau tak, mungkin aku kejung dalam kereta tu sebentar lagi.

Aku meminta diri lalu bergerak ke kereta milik Farhan yang sudah bersedia untuk menghantar. Terdiamku di tepi kereta tersebut. Nak buka ke tak nak? Nak ke tak nak? Segan la. Tapi nanti nak pergi macam mana? Ni semua mama punya pasal! Pandai-pandai je minta tolong dengan mamat ni. Tapi kalau tak ada dia, macam mana nak jemput kawan-kawan aku? Fikirku. Sekilas aku mengerling Qiela di situ. Dia tersenyum nakal siap buat thumbs up lagi sebelum masuk ke dalam rumah mencari Yana dan achik. Nakal!

"Kakak, masuklah." Ajak Aina.

Aku teragak-agak membuka pintu kereta. Kelihatan Farhan sedang adjust penghawa dingin kereta. Terasa sejuk bila aircond terkena wajah. Best! Aku mulai duduk di sebelah pemandu. Aina duduk di atas ribaku. Pintu kereta di tutup.

Farhan mengunci pintu sebelum mengundurkan kereta meninggalkan perkarangan rumah opah.

Suasana sepi di dalam kereta. Hanya juruhebah saja yang berceloteh. Aku lebih senang melihat panorama kampung. Aina sibuk gigit jari sambil landing di dadaku.

Farhan fokus pada pemanduan.

"Kat mana kawan kau?" Farhan bersuara memecahkan kesunyian.

Aku terpinga-pinga. Tulah. Leka sangat tengok luar! Kan dah malu sendiri.

"Huh?" soalku.

Farhan mengeluh. Minah senget ni berkhayal je tahu! "Kat mana kawan-kawan kau?" ulangnya sekali lagi. Kali ni agak kuat sedikit.

Oh! Lain kali cakaplah kuat sikit. "Dia orang kata kat tepi jalan. Dia orang parking situ." Jawabku lurus.

"Berapa orang yang kau jemput?" tanya dia lagi.

"Err... empat orang je. Termasuk Qiela jadi lima orang." Aku teragak-agak menjawab. Apesal dia tiba-tiba nak tahu? Musykil ni!

Farhan terus diam tidak bersuara. Aku pula buat hal sendiri. Malas nak layan! Farhan memperlahankan kenderaan apabila ada seorang makcik mahu sedang melintas jalan. Jalan kampung ini agak sempit sikit. Jadi kena pandai kawal kereta bila bertemu dengan kereta lain. Kang kalau tak kawal nanti kereta 'bercium' pulak!

Sesekali aku mengerling orang sebelah. Tampak mahir membawa kereta. Dah dia ada lesen, mestilah pandai bawa Mai! Kutuk hatiku.

Melihat cara pemanduannya buatkan aku terleka. Farhan nampak fokus pada pemanduan. Tampak macho, stail dan bergaya! Eh, apa kau merepek ni Mai?

Tiba-tiba Farhan memberhentikan kereta di bawah pokok sederhana rendang. Sejuk sikit. Farhan memusingkan kepala ke kiri merenungku. Aku merenungnya juga. Lama sebelum dia memetik jari. Aku tersentak.

"Dah sampai mana?" sindir Farhan.

Aku menggigit bibir. Pantas wajah dikalih ke kiri. Alamak! Kantoi pula tenung dia lama-lama. Makkkkk! Malunya.....!!!

Farhan tersenyum melihat perubahan pada wajah gadis itu. Bukan dia tidak nampak sejak tadi lagi, Humairah merenungnya. Tiada siapa tahu jantungnya berdegup lebih masa melainkan Tuhan Yang Maha Esa. Dia berdeham sedikit seraya membetulkan duduk. "Kat depan tu aku tak boleh u-turn. Kalau u-turn pun kena ikut jalan ke bandar. Jauh. So aku parking sini je." Jelas Farhan lagi.

Aku mengangguk. Handphone dikeluarkan. Nombor Wana pantas didail.

"Babe, kau still kat tempat tadi ke?"

"Haah. Kau kat mana ni?"

"Jangan pergi mana-mana. Tunggu situ. Aku datang jalan kaki. Baju aku warna biru tudung putih." Talian terus dimatikan.

Aku menarik nafas sebelum berkata, "Err... boleh buka pintu?" pintaku sedikit malu.

"Bukalah." Balas Farhan selamba. Dia bersandar sambil jemari mengetuk stereng kereta mengikut rentak lagu yang berkumandang dari corong radio.

Aku mendengus kasar. Mamat ni nak main-main la pulak!

"Berkunci." Aku menahan sabar. Nasib baik kereta orang. Kalau tak aku pecahkan je!

"Gunalah kunci untuk buka." Farhan sengaja menambah api kemarahannya.

Aku mengepal penumbuk. Eeeeeeeeee!!! Ada yang lebam mata sebelah ni kang.

Farhan tersenyum kecil sebelum menekan butang unlock pada kunci kereta. Aku terus keluar selepas meletakkan Aina di kerusi.

"Abang, nak ikut kakak." Aina sudah menunjukkan riak sedih.

Farhan segera memujuk. "Akak nak jumpa kawan sekejap. Aina tunggu sini dengan abang. Akak tak pergi mana pun. Nanti akak datang sini balik. Jangan menangis." Farhan mengesat air mata yang mengalir di pipi Aina. Aik? Siap nangis lagi? Pelik betul adik dia sekarang ini. Sensitif sangat bila kena tinggal dengan Humairah. Kalau dulu dengan dia je. Sekarang dengan Maira pulak dah? Aina diam. Dia menangis lagi. Farhan terus mengangkat tubuh kecil itu lalu didakap. Kepala adiknya diusap penuh kasih.

Sementara aku pula sedang berjalan laju menuju ke simpang. Kelihatan sebuah kereta Kancil berwarna hijau tersadai di tepi jalan. Aku tersenyum. Langkah dilajukan ke kereta tersebut. Melihatkan sahabatnya kian dekat, Wana segera menurunkan tingkap kereta.

"Suprise!!" serentak mereka berkata sedemikian. Aku terjerit kecil.

"Weh! Jahatnya korang! Korang tipu aku!"

"Hahahaha!!" mereka gelak.

Aku memeluk tubuh. "Ni sejak bila Syah pandai bersubahat ni?" sindirku. Wajah putih bersih itu ditenung tajam.

Aisyah tersenyum comel. "Dia orang yang suruh. Sorry." Ujarnya memohon maaf.

Aku yang nak marah tak jadi. Tengok muka dia aje terus surut marah aku. Macam salji turun di hati! Wahhh! Hiperbola melampau.

"Eh, kau jalan kaki Mai?" tanya Iman. Aku tersengih. Inilah masanya!

"Haah. Penat tahu tak? Kampung aku dah la jauh dari pekan. Kena pula jalan kaki semata-mata nak jemput korang." Muncungku. Wajah sedih dipertonjolkan.

Empat sekawan terlopong.

"Kesiannya. Sorry weh. Kita orang tak tahu rumah opah kau jauh." Ujar D rasa bersalah.

"Haah. Sorry tau." Kata Wana pula.

Aku memuncung. Dalam hati ketawa bagai nak rak. Padan muka! Kenakan aku lagi! Wajah sedih dipertontonkan lagi.

"Eh kalau macam tu kau naik aje la dengan kami tapi sempit sikit la. Banyak barang. Kena duduk berhimpit." Aisyah mempelawa. Aku ketawa.

"Tak apalah. Dah jom ikut aku." Ajakku.

"Ikut kau?" D menyoal. Dahinya dikerutkan.

"Jalan kaki?" Iman pula.

"Bawa semua barang?" giliran Wana.

"Kereta tinggal sini?" Aisyah last sekali.

"Pergi ke rumah opah kau?" serentak mereka bersuara.

Aku mengerut dahi sebelum ketawa terbahak-bahak. Beberapa orang yang melalui jalan itu memandangku dengan pandangan pelik. Pasti dia orang akan cakap minah gila!

"Weh! Weh! Kau ni dah kenapa?" cemas Wana. Gerun dia bila Humairah gelak macam orang gila. Tak siuman ke apa? Ke terlebih makan ubat?

Aku masih lagi ketawa. Adeh... senak perut aku! Lawaklah dia orang ni.

"Mai!!!"

Aku berdeham sedikit untuk meredakan perasaan gelihati. "Siapa kata kena jalan kaki? Aku naik kereta la." Terangku sambil sengih.

"Ohhhhh...." serentak mereka menyebut.

"Ikut aku tau." Aku terus berlari meninggalkan mereka.

Wana mulai start enjin kereta. Tingkap dinaikkan kembali. Kemudian dia memberi isyarat signal ke kiri. Langkahku dikejar dari belakang. Kemudian Wana memberhentikan kenderaan di tepi jalan sempit itu bersebelahan dengan pokok buluh memandangkan Humairah terus berjalan ke kereta Myvi putih yang terparkir elok di bawah sepohon pokok yang rendang. Mereka menunggu untuk bergerak saing ke rumah opah Humairah.

"Dia naik kereta siapa tu?" soal Iman busybody.

"Entah." Wana menjongket bahu.

"Saudara dia kut," Aisyah meredakan perasaan syak wasangka mereka. D terintai-intai dari tempat duduk belakang.

Aku terus memasuki kereta Farhan. Terkejut beruk aku melihat Aina merembeskan air mata dalam pelukan Farhan. Apa kes ni? Main drama pulak? Luar cuaca cerah je. Masuk dalam terus hujan!

"Apesal ni?"

"Ni semua gara-gara kau." ucap Farhan serius.

Aku ternganga. Weh, mamat ni dah lebih! Ada yang nak makan penumbuk aku ni kang! Aku tak salah tiba-tiba kena tuduh! Ni yang angin ni.

"Apesal pulak aku?!" marahku membuak-buak.

"Kau pergi lama sangat siapa suruh? Kau tengok sekarang apa dah jadi." Farhan memujuk Aina di dadanya. Tangisan terhenti. Terkebil-kebil mata bundar itu merenungku. Hingus disedut.

Aku tercengang. Dahi diurut perlahan. What?! Pening! Pening! Pening! Apalah masalah dia orang ni? Aku pergi lambat pun kena marah ke?! Yang si Aina ni pula nak menangis bagai siapa suruh?! Huwaaarggghhhh!! Kasi aku pening la. Dah la panas! Masuk kereta kena pula dengan mamat ni. Huwaargghhh! Tension tau!

"Kakak," Aina mendepakan tangannya kepadaku.

Aku mengeluh sebelum mengangkat tubuhnya lalu diribakan. Tali pinggang keselamatan ditarik. Aina sekali lagi landing di dadaku. Lenganku dipeluk kejap. Aku memujuknya. Manjanya budak ni! Rasa nak gigit je.

Farhan membetulkan duduk dan bajunya yang sedikit basah disebabkan 'drama perpisahan' tadi. Dia membetulkan cermin pandang belakang. Butang lock segera ditekan. Tali pinggang di pakai. Farhan menukar gear dan memberi signal ke kiri lalu kereta bergerak perlahan-lahan menghala ke jalan sempit itu semula.

Wana, Aisyah, Iman, dan D sudah tercengang dalam keretanya. Terbeliak mata mereka sekarang. Mata digosok beberapa kali. Betulkah apa yang mereka lihat?!?! Mai dengan....... Farhan????? Farhan bawa kereta?????

***

BILIK tidurku kini kecoh bagaikan pasar malam. Orang dekat pasar malam tu pun tahu penat. Tapi kengkawan aku ni memang tak pernah kenal erti penat! Dari tadi aku asyik diserang dengan soalan cepugangsa adik beradik cepumas. Mulut laser ya amat!

"Jangan nak tipu kami Mai!" ugut Iman.

Aku mendengus kasar. "Kan aku dah cakap tadi! Kau ni faham bahasa ke tak?" bentakku. Kusut! Serabut! Itu yang aku alami sekarang. Dari tadi tak habis-habis menyoal pasal aku dan Farhan. Tembak juga minah ni kang!

Iman mencebik. "Mana tahu kalau kau tipu."

Aku membaling bantal tepat ke mukanya.

"Mai!!!"

Meledak tawa dalam bilik ini. Qiela yang melihat sedari tadi tak kering gusi. Ada saja lawak rakan-rakan Humairah mencuit hatinya. Dalam hatinya berasa lega kerana Humairah mempunyai sahabat setelah ditukar sekolah. Setahunya Humairah tidak pandai bergaul. Dirinya hanya bersahabat dengan laptop, PlayStation dan buku cerita. Lain out!

"Qiela dah lama kawan dengan Mai ke?" tanya Aisyah lembut. Sedari tadi dia terperasan akan keakraban Humairah dan gadis yang digelar Qiela itu. Tampak sudah lama kenal.

Qiela mengangguk. "Sejak darjah 1 sampai tingkatan 4." Jawab Qiela sopan.

"Jadi dah faham sangatlah dengan Mai ni ya? Nakal budak ni. Degil pun sama." Selamba Wana mengutuk.

Aku membaling bantal ke mukanya pula namun sempat dielak. Wana ketawa sambil menjelirkan lidah.

Qiela tergelak. "Hmm... dah arif sangat. Selalu juga kena buli dengan dia." Qiela juga turut sama join sekepala dengan dia orang.

"Nurin Aqiela Suhaimi!!!!" tone suara menginjak ke angka 3. Qiela tertawa kecil. Yang lain sudah mengekek ketawa.

"Gurau je. Tapi dengan buli kau tulah yang merapatkan hubungan kita sebagai sahabat." Jelasnya lagi.

Aku tersenyum. Memang betul aku selalu buli Qiela tapi berpada-pada. Tak adalah teruk macam budak juvana. Setakat usik sikit-sikit je. Tak adalah sampai tahap dera mendera.

"Aku tengokkan Qiela dengan Aisyah ni ada persamaan tau." D bersuara membuatkan kami kalih pandang padanya.

"Maksud kau?" tanya Aisyah. Qiela turut sama menanti.

"Tak adalah. Gaya kau dengan Qiela sama. Cakap penuh kelembutan, sopan santun, kesopanan dan kesusilaan."

"Kau... kalau nak baca ikrar tunggu kat sekolah ya?" perli Wana. D menarik telinganya membuatkan Wana terjerit kecil.

Meledak lagi tawa dalam bilik ini. hailah... cerianya hari ni. Tak macam selalu.

"Eh petang ni ada buat apa-apa ke?" soal Wana setelah selesai bertekak dengan D berkenaan telinga.

Aku mengangguk. "Ada. Kemas rumah, tolong buat kuih, dan banyak lagilah kut. Alang-alang korang dah sampai ni bolehlah tolong kemas rumah. Aku sekadar melihat memerhati memandangkan ini rumah opah aku." kataku sinis seraya memeluk tubuh. Kening diangkat.

Tampak aksi mereka bagaikan mahu menerkam anak beruang. Tak lama kemudian bergegar bilik berdekatan dapur ini dengan pukulan 'manja' dan suara yang tenggelam timbul.

***

"Kir, aku rasa tak sabar nak tunggu hari esok."

Abah ketawa. "Hai macam kau pula yang nak bertunang." Usik abah.

Uncle Umar tersenyum. "Aku dah lama tunggu saat ini. dan aku rasa tidak bersalah langsung untuk menyatukan mereka. Akhirnya hajat aku hampir tertunai. Dan esoklah hari yang dinantikan setelah 11 tahun menanti dengan sabar."

Abah mengangguk. Bersetuju dengan apa yang diucap oleh sahabatnya itu.

"Aku pun rasa macam tu, Mar. Masa mula-mula aku utarakan perkara ni pada Humairah, dia terkejut sangat. Lepas tu dia putuskan untuk tak menerimanya."

Uncle Umar terkejut. Wajah sahabatnya dipandang dengan tanda tanya. Permulaan cerita dari rakan karib menarik perhatiannya.

"Humairah tak terima? Habis semua ni.....?" kata-katanya cepat dipotong abah.

"Salah aku juga kerana tidak mengkhabarkan berita ni dulu padanya. Tapi aku rasai apa yang dia rasa. Mana mungkin budak berusia 17 tahun mahu ditunangkan sedangkan belum lepas SPM lagi." Abah ketawa sendiri. Uncle Umar menanti ayat seterusnya.

"Tapi aku paksa dia. Aku desak dia. Masa tu aku tertekan, Umar. Aku dan Husna tak tahu nak buat apa. Aku jadi takut nak beritahu dia perkara sebenar kerana aku kenal anak aku. Sangat kenal. Dia akan memberontak. Mogok. Satu hari aku cipta helah, aku katakan kepadanya kalau dia tak terima semua ni, tak apalah. Aku dan Husna takkan larang apa yang dia nak buat dan akan batalkannya. Aku dapat lihat perubahan wajahnya. Dalam waktu itu aku rasa sangat bersalah. Bersalah kerana menipu dia. Bersalah kerana menggunakan helah supaya dia pertimbangkan kembali. Selepas insiden hari itu, dia buat keputusan terima pinangan kau. Itu paling aku tak sangka. Aku terkejut besar waktu itu, Umar. Tak sangka dia akan menerima."

"Dia masih tak tahu tentang perjanjian kita itu?" soal Uncle Umar tak sabar.

Abah tersenyum. "Dia sudah tahu. Baru saja tahu beberapa hari sebelum kau datang sini." Abah memandang Uncle Umar.

Uncle Umar tergamam. Baru beberapa hari? Maksudnya....?!

"Dia baru tahu sebab pertanyaan opahnya. Mak Mah ada bertanya pada dia tentang perkara itu. Humairah kebingungan. Waktu itu aku rasa tak perlu nak selindung apa-apa lagi. Aku harus luahkannya. Tapi seperti yang dijangka, kami mendapat tentangan hebat sehinggakan Husna mengalirkan air mata. Husna tak dapat tidur kerana memikirkan hal itu. Aku pun sama. Humairah sembunyikan diri dalam bilik. Tak keluar-keluar walau di panggil, dipujuk dengan pelbagai cara. Tak jalan juga. Agaknya dia sedih sangat. Siapa tak sedih kalau dia mengetahui kisah sebenar tentang perjanjian itu? Jadi aku ambil keputusan dengan mengambil wudhu' dan tunaikan solat waktu tengah malam. Aku dan Husna bersama-sama bersujud pada Ilahi. Aku mohon pada Tuhan agar anak kami tidak apa-apa. Aku berdoa semoga pintu hatinya terbuka. Kau tahu, aku sedih dengan satu perkataan yang terpacul keluar dari mulut dia. Perkataan jual anak."

Uncle Umar tersentak. Hatinya dililit dengan rasa bersalah. "Maksud kau, Humairah tuduh kau jual anak?" Allahuakbar! Maafkan aku ya Allah!

Abah mengangguk lalu menundukkan wajah. Uncle Umar merapati lalu memeluk tubuh sahabat karibnya. Air mata bergenang di tubir mata.

"Semua salah aku, Kir. Salah aku!"

Abah mengangkat muka memandang seraut wajah yang sudah berubah. Wajah kesal ditenung. Pelukan dirungkai.

"Kalau aku tak paksa kau dulu, mungkin takkan jadi macam ni. Memang tak akan jadi macam ni!" Uncle Umar menitiskan air mata.

"Jangan cakap macam tu, Mar." Pujuk abah.

"Memang salah aku! Semuanya kerana aku! Kalau aku tak paksa kau untuk satukan anak kita waktu umur 6 tahun dulu, semuanya takkan jadi begini. Humairah takkan tuduh kau jual anak. Takkan dia bermasam muka dengan kau. Aku yang salah. Aku punca semua ni terjadi. Kalau tak kedegilan aku dulu kerana tak mahu menerima balasan budi dari kau, semua ni takkan terjadi!" Uncle Umar terduduk di tanah. Dia kesal. Rembesan air mata yang mengalir jatuh ke tanah. Abah menggosok bahu sahabatnya. Ingin meredakan perasaan sedih yang bertandang dalam hati Umar. Dia juga sayu dan hiba melihat sahabat seperti menyesali apa yang berlaku.

"Sudahlah. Yang lepas biarlah berlalu. Yang penting sekarang semuanya sudah kembali seperti biasa. Janganlah kau susah hati lagi. Humairah pun sudah terima dengan hati terbuka." Jelas abah lagi memujuk.

Uncle Umar masih menangis. Abah segera memeluk tubuh itu.

"Sudah, Umar. Tak ada apa yang nak ditangis lagi. Kita sepatutnya bersyukur kerana dengan perjanjian itu kau dan aku tidak putus sahabat. Malah bakal menjadi besan. Tak usah kau fikirkan lagi. Yang penting doakan majlis esok bergerak dengan lancar." Kata abah menguatkan semangat Umar yang hilang akibat cerita tadi. Uncle Umar tidak menjawab sebaliknya terus menangis.

***

MALAM itu semua sedang sibuk membuat itu dan ini. Majlis yang akan berlangsung selepas solat zohor dihadiri Imam Khalid dan isteri, Mak Jah untuk bacaan doa. Hanya dua orang itu saja yang dijemput opah dalam kampung ini kerana opah tidak mahu hal ini tersebar luas melainkan untuk akad nikah nanti. Tetapi opah memang sudah memberitahu Imam Khalid mengenai hal ini sebelum semua tiba di kampung ini. Imam Khalid berkata bahawa dia akan datang jikalau tiada aral melintang. Untuk mengikut adat, opah menyarankan agar pihak lelaki berkumpul di rumah Imam Khalid dahulu sebelum bergerak ke rumah opah. Tidak manis juga rasanya kalau duduk serumah terus melangsungkan pertunangan. Tidak mengikut adat dan tradisi orang zaman dulu, kata opah lagi. Dan mereka tidak membantah.

Kami mula membantu di dapur. Opah sedang menguli tepung untuk membuat kuih karipap pusing. Mama mengupas bawang untuk hari esok. Katanya lagi nanti bila bahan dah sedia, senang nak memasak. Jimat masa. Nak hidang makanan pun ada masa.

Yana, achik, Qiela, Aisyah dan Iman mengagihkan kerja menyusun pinggan mangkuk, gelas kaca, membasuh periuk dan beberapa utensil-utensil lain. Semuanya untuk hari esok!

Aunty Hanani membantu opah mengkelim karipap pusing memandangkan dia terror bab itu. Aina tidak berganjak dari tempat duduknya di sebelahku. Mana saja aku pergi pasti dia ikut. Naik lemas pun ada! Dah tu asyik kena usik dengan kawan-kawan. Urrgghh!

Mama dan opah memutuskan mahu membuat nasi hujan panas kerana dah lama tak buat. Jadi segala bahan amat diperlukan.

"Nasi hujan panas? Tak pernah dengar pun." Kata D pelik.

"Nasi hujan panas tu dah lama tak dibuat orang. Jadi sebab tu anak muda zaman sekarang tak kenal." Terang mama. Bawnag putih dikupas.

"Tapi kenapa panggil hujan panas? Hujan sejuk tak nak? Hujan batu ke? Hah! Hujan emas pun boleh apa. Macam pepatah Melayu tu. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri."

Meledak tawa kami semua mendengar celoteh D malam ini. D memuncungkan mulut. Habitnya sudah mula dipertonjolkan.

"Itu kamu jangan tanya aunty. Kamu tanya siapa yang bagi nama tu. Tentu bersebab." Jelas mama lagi sambil tersenyum gelihati.

D mengangguk dan meneruskan kerjanya.

"Mama, nak enceng!" ujar Aina pelat. Aunty Hanani terus bangun membawa anaknya ke bilik air. Dari pengamatanku, Aunty Hanani memang baik. Sangat baik hati. Dia tidak merungut jikalau anaknya minta sesuatu bahkan akan memberi apa saja yang anaknya mahu. Aunty Hanani memang layak memegang title 'Mama Mithali'.

Selepas saja aku dan escort-escort menyiapkan segalanya, kami terus masuk ke dalam bilik. Dua orang tidur atas katil memandangkan katil itu single. Hanya kurus-kurus saja yang layak. Haha! Aku dan Wana tidur di atas katil manakala D dan Iman tidur di bawah beralaskan toto tebal. Yana dan achik tidur di bilik satu lagi bersama Aisyah dan Qiela. Aisyah tampak rapat dengan Qiela. Mana saja mereka pergi pasti berdua. Aku senang dengan perubahan itu.

Oh ya, tadi seorang kawan si mamat poyo tu datang. Siapa? Meh sini cheq habaq! Orang itu adalah Izuan! Izuan si mamat pendiam kat sekolah tu. Hah, betulkan apa yang aku pernah cakap dulu. Pasti Izuan tu dan bukan orang lain. Tapi yang aku musykil mama dan abah kemain mesra dengan dia. Bila ditanya pada aku, kenal tak Izuan? Aku jawablah aku kenal sebagai rakan sekolah tapi tak rapat. Tu aje!

"Takkan kamu tak kenal Izuan ni?" soal mama lagi. Izuan sudah tersenyum di kerusi bersebelahan Farhan, si mamat poyo. Err... lupa nak cakap thanks kat dia hal tadi! Esok je la ek.

Aku memandang mama. "Betul Mai kenal dia sebagai budak satu sekolah je. Kenapa mama tanya macam tu pulak?" bingungku. Mama ni dah kenapa?

"Kamu tak ingat Izuan? Izuan nilah budak yang selalu main dengan kamu dulu. Izuan dan Amirul ni rakan sepermainan kamu kat kampung ni sebelum kita pindah Kluang." Keterangan abah boleh membuatkan aku hampir tertelan gula-gula Choclairs di dalam mulut.

Aku betul-betul terkejut. Fakta yang aku harus terima pada hari ini! Satu-satu perkara terbongkar! Izuan - rakan sepermainan. Rakan sepermainan aku dulu ialah Izuan! Ya Allah, keciknya dunia! Selama ni aku telah ketemu kembali dengan rakan-rakan sepermainan sewaktu kecil di sekolah. Farhan dan Izuan! Mamat poyo dan pendiam itu lebih senang digelar 'jejaka idaman' sekolah. Macam mana aku boleh tak ingat dulu? Ingatan kini telah berfungsi dengan baik. Aku teringat semua kenangan ketika berusia 6 tahun. Serta merta bibir tersenyum mengenangkan gelagat kami dulu. Macam-macam yang kami tempuh bersama. Main tepi parit, tangkap ikan dengan arwah tokwan, mandi sungai, mandi lumpur, main hujan sama-sama, main galah panjang, polis dan pencuri dan macam-macam lagilah. Memori terindah dalam hidupku.

"Mai..." terasa bahu kiri digoncang menyedarkan aku dari lamunan.

"Tak tidur lagi?" bisikku.

Wana menggeleng. "Tak dapat tidur." Balasnya perlahan.

Aku kerut dahi. "Aik, sepatutnya driver penat memandu dan terus lena bila nampak bantal macam abah aku. Kau lain pula." Wana ketawa mendengar bebelanku. Aku menutup mulutnya dengan tangan.

"Orang nak tidur la." Marahku tapi secara berbisik.

"Kenapa kau tak boleh tidur?" sambungku lagi.

"Kau kenapa tak tidur?" Wana menyoalku balik.

Aku mendengus kasar. Minah ni memang suka naikkan darah manis aku!

"Answer me first." Balasku.

Wana ketawa lagi. "Sejak bila kau pandai berbahasa omputih ni? Serius aku bangga." Usiknya.

Aku menumbuk bahunya. Manja-manja je! Wana ketawa lagi.

"Oi, tidurlah. Esokkan ada majlis." Rungut Iman di bawah. Serentak kami berdua menutup mulut seraya ketawa kecil.

"Kau tak jawab soalan aku lagi, Wana."

Wana terdiam sebelum berkata, "Tadi aku terjumpa seseorang." Ceritanya menarik perhatianku.

"Siapa? Datuk Siti?"

"Bukanlah."

"David Arumugam?"

"Lagilah bukan!"

"Pemain bola sepak, Fadhli Shas yang kau minat gila-gila tu?"

Wana menjegilkan mata. "Think before say it!" ugutnya.

Aku mencebik. Berbahasa omputih pula malam-malam cenggini! "Habis tu siapa? Kasi clue la. Senang nak teka."

Wana menarik nafas. "Okey dia ada kena mengena dengan aku dulu." Ujarnya.

Aku kerut dahi. "Apek ke?"

Serentak bantal melayang ke muka cantik ini. Aku mendengus kasar. Bikin aku panas la!

"Kau kalau nak baling tu bagitahulah dulu!" marahku namun pantas aku menutup mulut dengan tangan. Opss! Lupa pulak ada orang lain dalam bilik ni. Rambut yang menutupi muka diselak ke belakang telinga.

Wana menjelir lidah. Aku memukul bahunya geram. Wana menepis sambil ketawa mengekek.

"Cepatlah kasi tahu! Kalau tak kau tidur luar!" gertakku.

Wana mencemik. Ek eleh! Ingat aku ni laki kau ke nak kena tidur luar bagai? Uhh!

"Budak tu... Raimi Azlan." Ujar dia perlahan. Malah semakin perlahan dari tadi.

Aku mengangguk. "Oh Raimi Azlan." Jawabku acuh tak acuh. Tangan memintal rambut.

Eh kejap! Raimi Azlan? Rasa macam pernah dengar nama tu. Kat mana ek? Aku cuba mengingatinya. Wana mendiamkan diri. Aku masih mencuba ingatinya. Raimi Azlan dan Wana??? Budak lelaki tu??? Serius??? Aku pantas menoleh Wana yang termenung jauh.

"Raimi Azlan??!!!!"