Minggu ini, kami student aspura dan aspuri dibenarkan pulang setelah dua minggu huni asrama. Telefon bimbit yang mendendangkan lagu Bad Romance dipopularkan oleh Lady Gaga berdering di atas katil. Aku mencapainya dengan malas.
"Assalamualaikum akak.. kami dah sampai ni." ujar Yana membuatkan aku bangun dan terus menyelak langsir di tepi katil. Kelihatan kereta Saga hitam kepunyaan abah sedang terparkir elok di tempat letak kereta.
'Dah sampai'. keluhku perlahan. Kalau dulu, aku memang sentiasa menunggu kedatangan mereka tapi sekarang feel nak tunggu tu macam dah hilang.
"Mai, tadi aku nampak kereta family kau ada kat bawah. Dia orang dah sampai." semput-semput si Iman ni bercakap. Mana taknya. Dia berlari-lari dari Astaka Seri Dewi ke Dorm Angsana 1 semata-mata nak bagi tahu keluarga aku dah datang.
Aku tersenyum hambar.
"Tau. Yana dah call aku." Aku mencapai tudung berwarna hitam yang tersedia di birai katil. Malah sudah digosok kemas sebelum parents tiba. Aku kelihatan tak bermaya sekali. Lambat-lambat aku memasangkan pin pada tudung. Setelah siap, aku pun mengambil beg pakaian untuk dibawa balik ke rumah hari ini.
"Mai, kenapa kau muram ni? Selalunya time balik kau happy je. What's wrong dear?" Aisyah bertanya lembut. D dan Iman turut sama menanti jawapan. Hanya Wana mendiamkan diri. Dia saja yang tahu hal itu.
"Tak ada apa-apa. Aku okey." Balasku.
"Baik-baik tau. Apa-apa hal roger okey?" D memeluk erat tubuhku kemudian Iman dan Aisyah. Seterusnya Wana.
"Okey... aku pergi dulu. Korang pun kalau dah sampai rumah tu calling-calling tau. Lebih-lebih lagi si kerempeng ni." ujarku bernada gurauan sambil mengangkat beg pakaian.
"Hey! Janganlah panggil kerempeng! Tak vogue tau." Cebik D.
Meledak tawa kami berempat. D memuncungkan mulut.
Beberapa pelajar lain yang sedang berkemas-kemas hanya terpinga-pinga melihat kami. Aku hanya memberi senyuman kepada mereka. Kebanyakannya dari kelas sains tulen dan pelajar junior. Dalam dorm angsana 1 ini, penghuninya tak lebih dari 10 orang. Bukan dorm angsana 1 saja, malah setiap dorm mesti tak lebih dari 10 orang saja penghuninya. Namun begitu, kami tetap berkawan seperti biasa.
Selepas bersalaman dengan mereka, aku terus menuju ke arah kereta Saga yang dipandu abah.
"Assalamualaikum.." salam aku beri kepada mama, abah dan adikku. Lalu mereka menjawab dengan senyum melebar. Abah memulakan pemanduan ke Kluang. Semasa dalam kereta, soalan Yana kerap membuatkan mukaku berbahang.
"Ma, tengok Kak Mai sekarang. Makin ayu la. Berseri-seri dengan baju kurung biru dia tu..." kata Yana sambil tersenyum nakal.
Aku buat muka. Baju kurung biru yang tersarung di badan aku tilik.
"Kalau dulu, nak tengok dia pakai baju kurung punyalah susah. Selalu dengan t-shirt dan jeans. Sekarang bolehlah tengok selalu." sambung Yana lagi. Semua ketawa.
Aku meluku kepala Yana. Suka sangat sakat aku!
"Emm.. betul tu. Makin lama makin ayu anak mama yang sulung ni. Makin anggun. Hai.. untung siapa yang dapat anak mama." usik mama pula membuatkan aku rasa nak masuk kepala dalam baju. Kenapa tiba-tiba nak puji-memuji ni? Ni mesti ada pape ni! omelku.
"Hai... mestilah mamanya. Kan anak kita tu bakal dimiliki orang. Aura tu dah melekat la kat anak perempuan sulung kita. Untung Uncle Umar tengok kamu Mai. Abah rasa cepat kut dia langsungkan nanti." sakat abah pula berpakat dengan mama dan Yana. Pipi dah mula membahang merah. Asalehe betullah!
"Tengok, ma! Dah blushing.." serentak ketawa mereka pecah di dalam kereta membuatkan aku menarik kain tudung yang dipakai lalu menutup muka. Muka tak payah cakap la. Merah! Malu gila!
***
Aku sedang berlingkar-lingkar macam ular sawa di atas katil. Baru sahaja selesai mengemas rumah. He he he! Bukan aku yang kemas sebenarnya. Yana yang kemas. Aku hanya kemas separuh sahaja, yang lain aku serahkan kepadanya. Muncung mulut Yana apabila aku suruh dia buat semua.
"Mana aci kak! Akak la yang patut buat. Akak yang nak bertunang." rungut Yana. Muncungnya bagaikan muncung itik.
Aku bercekak pinggang kononnya marah dengan jawapan yang diberikan.
"Haip! Apa aci-aci? Sekarang siapa akak siapa adik? Yang muda mesti ikut cakap yang tua. Ada faham?" ujarku sambil membuat gaya ala-ala diktator. Mata yang kecil diperbesarkan.
Yana hanya mencebik.
Khayalanku terbantut apabila telefon bimbit menjerit-jerit mendendangkan lagu Bad Romance.
Aku terus bangun lalu mengambil handphone di atas meja solek. 'Safwana' nama pemanggil yang aku letakkan di dalam phonebook tertera di skrin.
"Hai beb. Dah sampai ke?" soal Wana setelah aku menjawab salamnya.
"Dah. Sejam yang lepas." jawabku sambil melentang di katil.
"Sejam? Weh, kita orang punyalah tunggu kau telefon. Alih-alih dah sejam sampai pun masih tak call?" rungut Wana di talian.
Aku tersengih sambil menggaru kepala. Lupa la pulak!
"Sorrylah, kak exco. Saya tadi makan dulu lepas tu solat then baru nak baring-baring merehatkan diri di atas katil kesayangan. Memang saya lupa. Tadi pun saya kena mengemas rumah memandangkan akan ada tetamu yang datang." terangku panjang lebar.
"Kalau ya pun, mesejlah. Ini satu apa pun tak ada." Wana masih lagi menyatakan ketidakpuashatian.
"Sorry sayang..."
"Hmm... macam mana persiapan? Okey?" pertanyaan Wana sudah beralih arah.
"Hmm." balasku pendek. Ahh! Minah ni tak lain tak bukan mesti sibuk dengan perjumpaan 'bakal mertua' aku tu. Aku menguap malas.
"Aik? Bunyi macam tak happy je? Apesal?" soal Wana.
"Aku penatlah Wana. Dah lah balik tak dapat berehat lagi. Lepas tu kau serang aku dengan soalan yang paling aku fed-up. Penat tau tak?" omelku sambil mengurut tengkuk yang lenguh.
Wana ketawa. "Lah.. takkan aku tanya pun kau penat? Ke kau nervous nak jawab?" usiknya.
"Eee! Tak kuasa aku nak nervous segala ni!" bohongku. Padahal dalam hati bagai nak rak risau tentang hari esok.
"Iya la tu. Kau jangan nak tipu aku la. Aku kenal kau macam mana. Walaupun kita baru kenal tahun ni tapi aku dah tahu kau macam mana." selamba Wana berkata.
Aku mencebik. Pandailah kau! Nak menilik orang, serah aje pada minah Melaka ni!
"Dah lah aku nak berehat. Esok ada misi penting!" aku menukar posisi baring dari terlentang ke mengiring.
"Oh... kau nak jumpa tunangkan esok? Harap berbahagia ya?" terdengar tawa Wana di talian. Amboi! Sukanya dia.
"Oi agak-agak sikit ek! Jumpa pun belum nak kata dah tunang. Never!" marahku.
"Alah kalau dah suka tu belum jumpa pun dah terima punya kan?" usik Wana.
"Dah la. Aku malas nak fikir. Tidur lagi baik!" putusku.
"Hmm yela.. nak mimpikan cik abang la tu. Jangan lupa kirim salam sekali kat dia eh." kata Wana sambil ketawa kecil sebelum mematikan telefon.
Aku meletakkan telefon bimbit di sebelah bantal. Fikiranku mula melayang mengenangkan hari esok.
Macam mana rupa dia agaknya. Ada gigi ke? Ada janggut ke? Ada misai ke? Kaki kena potong ke? Lubang hidung sebelah kiri takde ke? Atau buta sebelah macam lanun ke? Hatiku tertanya-tanya. Dan siapakah Uncle Umar? Sewaktu dalam kereta tadi abah sering kali menyebut mengenai lelaki itu. Bukan dalam kereta, malah sebelum ini pun dia asyik bercakap mengenai lelaki itu. Katanya dulu aku selalu bermain dengan anak lelakinya, Amirul. Amirul? Siapa ya? Aku hanya kenal dengan seorang budak lelaki bernama Amirul waktu kecil dulu. Amirul tu bukan ke budak yang suka buli aku? Diakah yang bakal disatukan denganku? Oh tiidddaaakkkk!!! Jumpa balik. Tapikan macam mana rupa dia sekarang? Adakah makin hensem? Atau makin comot? Atau makin nakal? Ahh! Malas nak fikir. Tidur lagi baik!
***
"Angah dah sedia?" seorang lelaki sekitar lima puluhan bertanya kepada anaknya sambil mengambil tempat duduk di sebelah anak lelakinya itu. Kini mereka berada di balkoni bilik anaknya.
Farhan kelihatan terkejut apabila disapa begitu. Hilang sudah khayalannya. Pandangan yang menghala ke langit kini dialihkan ke arah papanya.
"Sedia apanya, pa? Bukan pergi berperang pun." Farhan berkata sambil tersenyum. Namun dalam hati dia kegusaran kerana belum pernah perkara sebegini terjadi dalam hidupnya. Inilah kali pertama.
Papa Farhan mengeluh. Tahu anaknya serba salah mahu memilih.
"Han, papa dan mama buat semua ni untuk kebaikan Han juga. Kami tak nak Han pilih orang yang tak sepatutnya. Kami mahukan yang terbaik. Dan papa tak mahu Han jadi seperti along." sambung papanya lagi.
"Pa, Han tak kisah. Apa yang terbaik untuk papa dan mama, baiklah juga untuk Han. Han terima andai ni jodoh Han." ujar Farhan setelah berdiam diri dan akhirnya memberi kata putus. Dia memandang ke arah langit yang ditaburi bintang-bintang. Tampak cantik sekali. Hatinya menjadi lapang melihat ciptaan Allah SWT.
"Alhamdulillah. Bagus anak papa ni. Papa pasti pilihan papa dan mama ni adalah pilihan terbaik untuk Han." kata papa Farhan sambil tersenyum lebar. Bahu Farhan ditepuk perlahan.
Sejak bertemu empat mata dengan sahabat lamanya di masjid kota Johor Bahru itu secara tak sengaja, dia menyatakan hasrat yang telah lama dipendam. Mengenai perjanjian untuk menyatukan anak-anak mereka sewaktu di kampung dahulu dan kini genaplah usia teruna dan dara itu mengikut syarat dan terma perjanjian. Tak sangka yang dia akan berjumpa kembali dengan sahabat lamanya. Dia juga mencari sahabat karib bernama Emran Syakir di serata tempat. Tidak sia-sia berpindah ke bumi selatan Malaysia itu selepas 5 tahun duduk di Pulau Pinang kerana pekerjaan. Dapat ketemu dengan kawan karibnya amat menggembirakan hati tuanya. Harapannya adalah ingin mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada dengan terikatnya perjanjian seperti ini.
'Ya Allah, semoga hubungan persahabatan kami berkekalan hingga ke akhir hayat. Moga-moga kita berbesan, Syakir..' doa papa Farhan dalam hati.