Kelihatan kereta jenama Toyota Estima hitam metalic memasuki kawasan tempat parkir kediaman kami. Nasib baik abah beli rumah besar sikit. Luar pulak ada tempat untuk parking kereta. Nampak macam kami ni kaya tapi sebenarnya biasa-biasa aje. Berkat usaha gigih abah.
Encik Syakir a.k.a abah adalah manusia terawal di abad ini yang keluar rumah untuk menjemput sahabat lamanya masuk. Mana boleh tak sambut tetamu? Tetamu membawa rezeki untuk rumah ini. Tapi aku rasa macam ada yang tak kena dengan perjumpaan ini. Macam dah dirancang! Mungkin hatiku yang berkata sedemikian namun sebenarnya tidak. Entahlah. Tak baik berfikiran negatif! Keluhku sendiri.
Puan Husna a.k.a mama pula menunggu di muka pintu ditemani achik yang juga turut menyibukkan diri. Sibuk je budak kenit tu! Aku dan Yana awal-awal lagi sudah turun ke dapur membuat apa yang patut. Tak elok anak dara duduk di dalam bilik terperap aje. Lebih baik tolong kat dapur lagi bagus, bak kata mama. Sempat wanita itu tersenyum penuh makna. Aku menjulingkan mata ke atas.
Yana terintai-intai di pintu dapur untuk melihat tetamu yang datang. Aku menegahnya.
"Apa buat macam tu? Tak senonoh! Baik tolong akak lagi bagus. Dapat pahala dari intai anak teruna orang. Nanti mata bengkak sebelah baru tau." sindirku.
"Ala akak ni. Orang nak tengok je. Salah ke? Ke akak jeles Yana nak ushar 'bakal' tunang akak tu?" usik Yana tersengih nakal sambil mengangkat kening berkali-kali.
Aku menjuih bibir. Tak kuasa!
"Ah! Takde maknanya akak jeles. Lagi satu belum tentu jadi okey? Jangan nak mengada-ngada sebut perkataan tunang! Kalau kau nak, ambik la. Lagi bagus. Tak payah la akak jadi mangsa. Nanti time kahwin, laki kau kena bagi akak hadiah!" ujarku sambil mengerling Yana tengah mempamirkan muka geram. Aku tergelak jahat dalam hati. Rasakan!
"Laki kau kena bagi akak cincin, sepasang baju sutera dari Korea, rantai emas putih, lagi best kalau dapat kereta ke banglo ke..." Yana pintas memotong.
"Amboi! Takde maknanya kak!" cubitan Yana menghinggap dilenganku.
Aku mengaduh sambil ketawa mengekek-kekek melihat muka Yana yang dah macam seladang nak sodok manusia berbaju merah.
"Jemput masuk Umar! Allah sahabat lama!" kedengaran suara abah menjemput tetamu itu masuk. Aku mengisyaratkan kepada Yana agar diam. Yana terus menekup mulut. Apa pun tak boleh!
"ALLAH KIR! Lama tak jumpa kau! Sihat Kir?" terus lelaki separuh abad yang mungkin Uncle Umar memeluk abah sambil menepuk bahu abah.
"Alhamdulillah sihat. Eh masuk! Masuk! Mari masuk Hanani. Ni anaknya masuk sekali." ajak abah sambil tersenyum lebar menyambut tetamu. Mereka bersalaman.
'Macam sambut orang penting je! Dengan aku tak nak pulak jemput macam tu! Tak adil! Tapi memang penting pun kan? Mai, bawa mengucap! Astaghfirullahalazim.." istighfar aku di dalam hati.
Meja di dapur kini sudah dipenuhi dengan pelbagai lauk yang menyelerakan. Ada masakan Melayu dan pencuci mulut. Kek buah? Mama sempat buat kek buah? Dahsyat. Mama masak dari pagi khas untuk tetamu. Mama sempat membuat puding roti menjadi makanan sampingan untuk tetamu. Oh sedapnya! Aku kecur liur. Sempat mama buat semua ni? Siapa tolong? Mesti Yana. Fikirku. Aku bergerak ke sinki membasuh gelas.
"Apa khabar Husna? Lama kita tak jumpa. Sihat?" tanya pula wanita sebaya mama diikuti anak-anaknya.
"Khabar baik aje Nani. Sihat alhamdulillah. Lama betul tak jumpa. Rindu! Makin cantik Nani sekarang ni. Apa rahsia?" usik mama lalu duduk disebelahnya.
Puan Hanani ketawa melihat telatah mama.
'Sebijik macam mamarazi!' aku ketawa kecil di dapur.
Yana terpinga-pinga melihat aku. Aku hanya menjeling. Tangan ligat menyusun gelas di dalam dulang. Aku dapat mendengar perbualan mereka sebab dapur dengan ruang tamu agak berdekatan. Senang nak skodeng tapi tak dapat tengok wajah. Aku hanya dapat mendengar suara seorang perempuan yang mana mungkin sebaya mama. Lembut aje suaranya. Orangnya pun pasti cantik. Fikirku.
"Duduklah. Lama bonar tak jumpa. Ni anak-anak kau ya Mar?" tanya abah sambil melihat dua orang anak muda dan seorang kanak-kanak perempuan di pangkuan Puan Hanani.
Uncle Umar mengangguk. "Aik? Takkan tak ingat dah?" usiknya.
Abah ketawa besar. "Dulu kecik sekarang besar. Dah tua, Mar. Tak ingat sangat dah."
"Yang ini Amirul?" teka abah memandang anak muda yang segak berbaju hijau serta bertopi putih itu. Dia tersenyum penuh makna.
Budak lelaki itu mengangguk sambil tersenyum. Dia perlu menghormati orang tua. Itulah yang di ajar oleh papa dan mama.
"Dah besar dah. Sebaya Maira kan? Uncle pun ingat-ingat lupa. Maklumlah dulu jumpa masa kecik. Tak berapa nak ingat sangat. Sekarang dah tinggi, makin hensem pulak tu. Mesti ramai peminat ni." usik abah sambil tersenyum nakal. Bahu anak muda itu di tepuk perlahan.
Pemuda itu tersenyum menunduk.
"Tak adalah, uncle." Jawabnya jujur. Mukanya juga berubah warna.
"Alah Kir, takkan tak ingat yang masa kecik dulu suka panjat pokok rambutan sama dengan anak kau tu. Main kat tepi parit, tangkap ikan, main kahwin-kahwin dengan anak kau tu. Bagai pinang dibelah dua." usik Uncle Umar terhadap anak yang dipanggil Amirul tadi.
Anak muda itu tersengih cuma. Malu apabila sang ayah mengimbau kembali kenangan semasa kecil. Dia sendiri pun lupa zaman nakalnya. Maira? Anak Uncle Syakir ni? Budak perempuan yang suka menangis dan berperangai seperti lelaki tukan kalau tak silap. Budak yang sering dibuli olehnya suatu ketika dulu. Dia sendiri tidak berapa ingat. Sedaya upaya dikerah otaknya untuk mengingati kenangan sewaktu kecik dulu. Terdetik naluri hatinya ingin bertemu dua mata dengan gadis yang bakal disatukan dengannya nanti. Teringin benar mahu melihat wajahnya setelah beberapa tahun tidak berjumpa. Rasa rindu menjentik tangkai hati. Bagaimanakah rupanya? Adakah masih nakal dan berperangai lelaki seperti dulu? Atau pun semakin lembut? Masih cengengkah? Hati sang pemuda tertanya-tanya.
"Yang ini Fareez?" teka abah ingat-ingat lupa.
Seorang budak lelaki yang memakai baju berwarna coklat beserta topi hitam itu tersengih. Dia duduk di sebelah abangnya.
"Ya, uncle."
"Berapa umur Fareez sekarang?" tanya abah ramah.
"16 tahun, uncle." Jawabnya sambil tersenyum.
"Hmm.. sama dengan Yana la, bang." Sampuk mama membuatkan semua tersenyum.
"Eh! Eh! Macam ada persamaan la pulak kan? Sama umur." ruang tamu itu dipenuhi dengan gelak ketawa dan usik mengusik.
"Nani ingat yang Yana suka duduk rumah masa kecik dulu. Jarang jumpa. Selalu jumpa Maira aje." Kata Puan Hanani lembut. Teringin benar dia melihat anak-anak Husna dan sekaligus mahu melihat wajah bakal menantunya itu. Apa khabar agaknya pemudi itu? Adakah masih lincah seperti dulu? Dia tertanya-tanya. Sesekali matanya melilau ke kiri dan ke kanan mencari. Rindu menggebu di dada.
Mama tersenyum seraya menganggukkan kepala. Memang Yana agak rapat dengannya sewaktu kecil kerana selalu melekat di rumah bermain dengan anak patung Barbie. Tak seperti kakaknya yang suka bermain dengan budak lelaki dan permainannya juga lasak. Biasalah! Main galah panjang, lumba lari, terjun parit, mandi tepi sawah, terjun sungai, dan macam-macam lagilah!
"Kau baru tahu yang dua ni aje, Kir. Lagi seorang kau tak tahu. Yang perempuan kecil tu tak tanya lagi." Usik Uncle Umar membuahkan tawa orang ramai.
"Haah. Baru aku perasan. Dulu tak ada. Ni tetiba ada." seloroh abah.
Bergema lagi tawa ruang tamu itu.
"Yang kecik cenonet ni namanya Aina Mashitah. Dialah satu-satunya puteri dalam keluarga ni. Umurnya baru 6 tahun. Kamu berdua tak pernah jumpa sebab belum proses lagi. Dan prosesnya agak lambat sikit daripada abang-abang dia." lawak Uncle Umar membuatkan semua orang ketawa lebih-lebih lagi abah. Wajah Puan Hanani bertukar kemerahan.
"Abang ni pun! Malu lah.." tegur Puan Hanani.
Gamat lagi tawa di ruang tamu itu.
Aku yang mendengar di dapur turut sama ketawa diikuti adik-adikku. Yana mendekatkan diri denganku.
"Inilah dia kalau dah lama tak jumpa. Daripada kecik sampai besar semua cerita." Bisik Yana di telingaku. Aku dan dia ketawa mengekek-kekek. Achik hanya melihat dengan dahi berkerut. Budak-budak tak boleh masuk campur!
"Firhad mana? Tak datang sekali ke?" soal abah kehairanan. Dari tadi nak tanya tapi terlupa kerana sibuk dengan cerita di kampung. Dia masih tercari-cari wajah Firhad tapi tak tak ada. Dia tetiba teringat akan anak Umar yang lagi satu itu. Sudah lama benar wajah pemuda itu tidak dilihat. Sudah 11 tahun tidak ketemu. Apa khabar agaknya ya?
"Firhad belum balik lagi daripada negara jiran sana. Dia sekarang tengah belajar medik di Ireland. InsyaAllah raya ni baliklah dia." terang Uncle Umar tetapi tidak secara menyeluruh.
Abah mengangguk.
"Doktor la ni ya? Aku ingat lagi waktu kecik dulu dia ada cakap dengan aku yang dia bercita-cita nak jadi doktor. Akhirnya hajat tercapai juga. Senang ada anak doktor ni. Sakit kita dia yang tolong tengokkan." ujar Encik Syakir di sambut anggukan Uncle Umar dan semua.
"Comel yang kecik ni. Geram, aunty. Aunty panggil Aina boleh kan?" ramah mama dengan puteri cute itu.
"Boleh, aunty. Aina nak!" jawab Aina sambil tersengih menunjukkan gigi putihnya yang tak tersusun itu. Sangat comel dan pelat!
Semua orang ketawa dan tersenyum mendengar celoteh si kecik itu. Aina bangun dari pangkuan ibunya lalu bergerak ke bahagian sofa dua berangkai. Dia kemudian merangkul leher abang yang dikenali sebagai Amirul. Manjanya!
"Anak kau mana Kir? Tak nampak pun. Dia orang takde kat rumah ke?" tanya Uncle Umar dengan mata meliar mencari anak-anak abah. Bukan anak-anak sidek tau!
"Ada tu ha kat dapur. Maklumlah, malu nak jumpa." pecah ketawa mendengar usikan abah.
"Tak apa. Aku faham." Sakat Uncle Umar membuatkan semua ketawa lagi.
Aku di dapur hanya mencebikkan bibir manakala Yana sudah tersenyum-senyum. 'Kena sawan senyum apa minah ni? Gila!' gerutu hatiku. Achik pula hanya melihat sambil tangannya ligat mengambil biskut yang aku letak dalam piring untuk dihidangkan kepada mereka. Biskut pelbagai jenis sebelum makan makanan berat. Mama yang suruh!
"Achik! Ni untuk orang la. Kau kan dah puas makan. Jangan ambik lagi!" aku memberikan amaran. Tapi achik ni memang tak makan saman! Lagi dia cekut biskut tu masuk dalam mulut. Aku pantas menarik piring itu jauh darinya. Achik menjuihkan bibir.
"Kedekut!"
Aku membeliakkan biji mata. Achik buat bodoh. Yana sekadar menggeleng. Apa nak jadi entah!
Agak lama mereka berborak di ruang tamu, tiba-tiba abah bertanya kepada mama.
"Na, mana airnya? Kesian tetamu kita haus. Datang-datang tak diberikan air. Panggil budak-budak tu sekali." arah abah.
"Alah... tak payah susah-susah..." Puan Hanani menolak lembut. Kata-katanya disokong Uncle Umar. Segan rasanya.
"Betul tu, Kir. Tak usah ler."
"Sekali sekala Nani, Mar. Bukan selalu pun jumpa. Lagipun tak elok biarkan tetamu kehausan. Na, pergi panggil." pinta abah.
Mama hanya mengangguk lalu meminta diri ke dapur. Kelihatan anak-anak kesayangannya sedang lepak sambil meneguk air oren yang pasti dibuat oleh anak keduanya.
"Apa yang anak-anak mama buat ni? Dah jom pergi depan, sayang. Anak-anak mama tunjuk kelakuan yang baik tau. Jangan kasar-kasar tau, sayang. Dah angkat air dengan piring ni." ujar mama lalu menuju ke ruang tamu diikuti aku, Yana dan achik.
Berdebar-debar jantung tatkala terlihat akan kepala-kepala di ruang tamu. Seram sejuk badan. Menggigil tangan menatang dulang. Sesampai sahaja di ruang tamu semua terdiam melihat aku, Yana dan achik kecuali pemuda yang pakai baju warna hijau beserta topi putih. Tampak dia sibuk menekan sesuatu di handphonenya. Seorang budak perempuan yang comel bertocang dua kulihat sedang bersandar di dada mamat baju hijau itu. Nampak comel dan manja. Seorang lagi budak lelaki yang memakai topi hitam pula merenung kami sekilas sebelum mengalihkan pandangan ke arah lain.
Aku segera menjalankan tugas sebagai anak dara sunti. Tangan ligat menuang air manakala Yana meletakkan piring biskut itu dengan berhati-hati. Achik berdiri di sebelah mama.
"Ha Mar. Ini la anak-anak aku. Yang pakai baju kurung hijau ni, anak aku Maira. Dialah yang selalu panjat pokok rambutan dekat kampung, main dengan budak lelaki. Harap-harap kau masih ingatlah, Mar. Budak perempuan yang suka buat apa lelaki buat." kata abah kepada Uncle Umar sambil sempat membongkarkan rahsia zaman kanak-kanak anak sulungnya. Semua ketawa mendengar usikan abah itu kecuali seorang.
Aku tersenyum kelat. Cis! Abah suka jatuhkan saham aku!
'Maira? Budak perempuan dulu tu ke? Macam mana rupa dia agaknya?' soal Farhan sendirian. Kepalanya masih lagi menunduk sambil tangan menekan keypad membalas mesej Izuan. Hatinya berdebar tiba-tiba. Kepalanya seakan di set untuk tunduk. Tidak berani mengangkat muka. Menggigil jemari.
Aku bangun menghulurkan tangan kepada wanita yang digelar Puan Hanani setelah selesai menuang air. Inilah orangnya ya? Aku dah agak memang lembut orangnya! Dengar suara pun dah merdu, apatah lagi orangnya kan? Eh! Pandai kau teka, Mai. Riak bangga terserlah di wajah. Aku tersenyum kepadanya.
Puan Hanani tersenyum lebar menyambutnya. Tubuhku dipeluk lantas tangan kanannya mengusap lembut kepalaku. Entah kenapa hati menjadi tenang.
"Ni la Humairah ya? Makin cantik sekarang. Dulu nakal. Tapi comel." Usikan Puan Hanani membuatkan mukaku memerah.
Mama ketawa kecil. Yana mengangkat kening beberapa kali. Aku menjelingnya tajam. Kemudian aku menyalami lelaki yang bergelar Uncle Umar itu. Lelaki itu juga tersenyum kepadaku. Aku membalasnya.
"Yang pakai baju kurung biru cair tu nombor dua. Diyana yang sama baya dengan Fareez ni. Tapi Yana ni dulu suka duduk rumah. Sebab tu susah nak jumpa. Kerjanya minum susu. Tak macam kakak dia yang nakal tu." Sempat abah mengenakan aku.
Pecah lagi ketawa di ruang tamu sederhana ini. Giliran Yana pula menyalami tetamu itu.
"Cantik anak-anak Husna sekarang. Manis-manis aje orangnya." Puji Puan Hanani membuatkan mama tersenyum. Anak-anak? Kembang semangkuk la jawabnya!
"Tak adalah, Nani. Biasa aje..." mama merendah diri.
"Yang last kali si bongsu, Maisarah. Masa kat kampung dulu Maisarah belum ada lagi. Almaklumlah... lambat nak prosesnya." Seloroh abah membuatkan semua ketawa. Hari ni memang Hari Ketawa Sedunia.
Mama sudah berubah air muka. "Isk! Malulah bang..." kata mama dengan muka yang merah. Puan Hanani ketawa kecil. Abah dan Uncle Umar makin galak ketawa.
Aku dan adik-adik yang lain tersengih cuma.
Uncle Umar melihat anak-anak abah. Matanya singgah pada aku yang berada di karpet lembut ini. Pandangan bermakna diberikan. Aku membalas dengan senyuman.
Aku pantas mengambil tempat kosong di sofa berkembar berhadapan dengan anak-anak Uncle Umar memandangkan tiada siapa duduk di situ. Yana mengambil tempat di sebelah kananku. Achik pula mengambil tempat di bawah. Pandangan mataku masih lagi menjurus ke arah pemuda di hadapanku ini.
'Macam berjanji pulak pakai baju sama. Budak ni ke yang nak dikenenkan dengan aku? Yelah kot. Kalau nak tengok, yang sebelah tu pendek sikit daripada baju hijau ni. Yang ni lah kot. Eh tapi apa kena mengena pendek dengan nak risik? Ada beza ke?' Aku mula merapu. Kepala yang tak gatal aku garu sebentar.
Budak perempuan yang bernama Aina itu tersenyum comel kepadaku. Aku tersenyum. Cute sangat! Geram aku!
"Eh.. jemput minum semua. Umar, Nani, Fareez, Amirul, Aina yang comel ni. Jemput minum." pelawa Encik Syakir sambil mengusik si kecik itu.
Amirul? Uncle Umar? Eh! Kalau tak silap aku la, Uncle Umar ni kawan lama abah masa kat kampung. Jiran opah dengan tok wan. Aku amati wajah lelaki sebaya abah ini. Mungkin inilah Uncle Umar yang diperkatakan abah dan mama sebulan ni. Serta merta kenangan melayar diruang mata.
Amirul? Yang mana satu Amirul? Aku ternanti-nanti.
"Minum Fareez." Pelawa abah. Lelaki yang bertopi hitam itu tersengih. Okey, itu Fareez. Maknanya yang sebelah dia tulah Amirul kan? Aku nak sangat tengok mukanya tapi dilindungi kepala adik comel itu.
"Amirul, mari minum." Abah mengajak jejaka bernama Amirul itu. Aku menunggu dengan sabar. Jantung sudah berdegup kencang. Sejuk je tangan sekarang. Macam ais!
Pemuda berbaju hijau dengan topi putih itu mengangkat muka dan....
Gulpp!
Bulat bebola mata memandang satu sama lain! Besar dan besar!
'Allahuakbar!!' terkejut bukan kepalang Farhan apabila mengetahui minah senget yang selalu cari pasal dengan dia di sekolah merupakan 'BAKAL TUNANG' dia. Bukan cari pasal tapi dia yang selalu kenakan Humairah. Buat masa ni Humairah belum melakukan apa-apa pun. Bulat mata memandang manusia di hadapannya. Macam nak telan gayanya! Patutlah macam kenal nama, rupa-rupanya memang betul minah ni! Tapi budak ni ke dulu yang kuat nangis? Kenapa dia?! Kenapaaaaa?!!!!!! Menjerit Farhan dalam hati.
'Makkkk! Mamat sengal ni?! Apa dia buat kat sini?! Macam mana dia tahu rumah aku?! Dia ke yang bakal jadi tunang aku?! Tak nakkkk!' jerit aku di dalam hati.
Hampir terloncat aku di sofa ni. Jantung yang dulunya laju jadi bertambah-tambah laju macam kena kejar dengan babi hutan bila memikirkan bahawa si mamat sengal ni bakal tunang aku. Aku menelan liur. Dulu dengan sekarang perangai tetap sama! Pembuli! Oh nooo!!! Maknanya dialah Amirul! Tengku Amirul Farhan??? Dia Amirul??? Waaa.... nak pengsan!
Pandangan kami bertemu. Farhan merenungku dengan renungan yang tajam. Aku pula merenungnya dengan pandangan tak puas hati sebelum ditegur abah. Masing-masing serentak membawa mata ke arah lain. Benci! Benci! Benci!
Haaa....! Kenapalah budak Amirul tu Farhan?!!! Kenapa tak Izzat ke Nafis ke Khairul ke Syafiq ke dan sesiapa la except him? Meraung aku dalam hati.
Kenapa minah ni? Kenapa tak orang lain? Kenapa Humairah itu adalah Maira? Bukan Joyah ke Tipah ke? Aku tak nakkkkk!! Jerit Farhan dalam hati.
"Amirul, kenapa tak minum? Tak sedap ke air yang Maira buat ni?" tanya abah bila pemuda tak menyentuh gelas berisi air itu sedangkan semua orang sudah pun menjamah air itu.
Amirul? Aiyerr....! Abah, nama dia mamat berlagak bukan Amirul! Dia pembuli! Dia jahat! Jeritku dalam hati. Tangan digenggam erat. Perasaan geram masih bersisa dalam jiwa. Sakit hati bila dapat tahu dia adalah Amirul. Serta merta aku teringatkan kisah aku dibuli sewaktu dikampung dan di sekolah. Sama aje! Perangai tak pernah berubah! Makin jahat! Geramku.
"Err nak minum ni, uncle." jawab Farhan tetapi matanya masih memandangku. Aku mengetap bibir.
Uncle Umar yang melihat segera berdeham. "Dia malu sebenarnya tu nak minum. Maklumlah, yang membuatnya anak dara. Maira sekolah kat mana sekarang?" soalnya lembut kepada bakal menantu yang entah jadi atau tidak. Tapi hatinya sejuk memandang ke arah anak kawan lamanya itu.
Aku tersentak bila ditanya. Pantas pandangan dialihkan ke Uncle Umar yang setia menanti jawapan sambil merenungku dengan penuh kelembutan.
"Maira sekolah kat Sekolah Menengah Tengku Aris Adiwira, uncle." jawabku lembut dan perlahan.
Aku sempat mengerling mamat sengal tu. Farhan masih lagi memandang ke arahku. 'Apa pandang-pandang? Tak puas hati?' rungutku sendiri. Dendam belum terbalas! Sakit hati dan mata! Ya Allah... sejukkanlah hatiku ini...
"Hah? Sekolah situ jugak ke? Si Amirul ni pun sekolah situ jugak. Ketua pengawas lagi." kata-kata Uncle Umar seakan mempromot anaknya, memeranjatkan semua orang kecuali aku dan Farhan. Mungkin jugak Yana. Yelah.. insiden lempar duit tu kan Yana ada sekali. Habislah aku kejap lagi. Yana pasti akan mengenakanku nanti!
"Betul ke, Mar?" tanya abah tidak percaya. Mama memandang Puan Hanani dan Uncle Umar bersilih ganti sebelum memandang ke arah abah.
"Lah.. apa pulak tak betulnya. Amirul ni memang sekolah situ sejak tingkatan 1 lagi. Aku yang hantar dia ke situ sebab masa tu rumah aku dekat KL. Tu yang aku sekolahkan dia kat situ. Aku dapat tahu sekolah tu bagus. Jadi aku masukkan dia. Tapi semenjak syarikat aku berkembang dan aku ada buka cawangan lain kat JB, jadi aku suruh Amirul duduk asrama. Dan aku pun duduk terus dekat JB sampai sekarang." Terang Uncle Umar sejelas-jelasnya.
"Oh begitu. Tapi kenapa kita tak berjumpa pulak ya?" abah menggaru kepala.
"Mungkin belum tiba masanya lagi untuk berjumpa." Tenang Uncle Umar. Dia tersenyum.
"Lah... kawan satu sekolah rupanya kamu berdua ya? Kenapa Mai tak pernah bagitahu or cerita kat mama?" Mama merenung tepat mataku.
Aku tersengih lalu menggaru kepala. Apa nak goreng?!
"Kami tak kenal, ma." Bohongku mencipta alasan. Memang tak kenal pun! Kalau kenal sekalipun aku takkan buat yang aku kenal dia! Benci ya amat sangatttttt!
"Oh... masa tu Maira tak kenal Amirul lagilah ya?" tanya Puan Hanani lembut sambil tersenyum.
Aku mengangguk perlahan. Sambil itu mata kukerlingkan ke Farhan yang nampaknya tak puas hati dengan apa yang aku perkatakan. Lantaklah! Yang penting aku memang tak akan cakap yang aku kenal kau sebagai ketua pengawas! Ketua pengawas yang selalu beri aku nasib malang. Buat sakit hati je!
"Sekarang dah kenal baguslah." Tenang hati Uncle Umar. Terasa ikatan mereka semakin erat.
"Kalau begitu senanglah aku, Mar. Ada orang yang boleh tengok-tengokkan si Maira ni masa kat sana. Perangai dia dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Nakal dan degil. Suka sangat buat apa yang lelaki buat. Tak macam perempuan lain. Kalau Amirul ada, lega sikit hati aku, Mar. Ada juga orang yang akan jaga dia nanti." kata-kata abah membuatkan aku menyirap.
Nakal? Degil? Manade! Anak Uncle Umar tu yang nakal dan degil plus jahat!!! Jeritku dalam hati. Lama-lama boleh ada tekanan jiwa. Silap haribulan, namaku ditempah di hospital bahagia.
Mama dan Puan Hanani tersenyum medengar kata abah. Uncle Umar pula tersenyum lebar.
"Mana ada macam lelakinya? Aku tengok cantik molek aje. Penuh keayuan seperti budak perempuan. Lemah lembut lagi tu. Tak adalah nakal mana pun. Biasalah darah muda." Puji Uncle Umar ikhlas bagai memihak ke arahku. Hoorey!
Aku tersenyum malu. Kembang hati kena puji. Siapa tak suka kena puji oii! Tampak dari hujung mata Farhan tersenyum sinis kepadaku. Geramnya!
"Ini pun kena kerah, Mar. Kalau tak, tak nak punya dia pakai baju kurung. Anti sangat. Ini pun nasib baik tak beli motor. Kalau tak, merempit aje la kat luar sana tu macam mat rempit yang lain." ujar abah selamba membuatkan senyumanku mati.
Asalehe betullah abah ni! Sampai hati...
Ruang tamu kini riuh dengan ketawa sakan. Aku mencebik. Pada masa itu aku dapat menangkap senyuman seseorang. Mamat berlagak masih tersenyum sinis kepadaku. Aku menjelingnya tajam.
'Ada chance aku nak kenakan minah ni lagi.' getus hati Farhan. Senyumannya disembunyikan di balik gelas kaca itu. Dia sudah ada idea untuk mengenakan Humairah sewaktu di sekolah nanti. Pada waktu itu kenangan sewaktu kecil sudah bermain-main di matanya. Kau tunggu Humairah!
'Matilah aku!' keluh hatiku.
Serentak itu lenganku disigung membuatkan aku menoleh ke arah Yana yang tersenyum-senyum dari tadi. Aku dah agak! Senyum ada makna tu! Oh telinga! Bersiap sedia untuk mendengar 'ceramah'.
"Kira jadilah ya, Kir." Ucapan Uncle Umar membuahkan tanda tanya dalam benak fikiran. Jadi? Apa yang jadi?
+++++
Setelah sesi 'temuduga' dengan 'bakal-bakal mertua' tu selesai, mereka pun beransur pulang. Aku segera berlari ke tingkat atas lalu mengambil handphone. Pintu bilik aku kunci. Tak nak kena soal siasat dan sakat menyakat dengan Yana lagi. Taubat dah! Kelu lidah nak menjawab soalannya bagaikan machine gun. Sebelum apa-apa baik aku cabut dulu! Aku tercari-cari nama Wana di dalam phonebook. Apabila sudah berjumpa, aku terus mendail.
"Hello assalamualaikum beb.." sapa Wana dengan memberi salam.
"Waalaikumussalam. Wanaaaaa!!!!!!" jeritan aku membuatkan Wana melarikan handphonenya jauh dari telinga.
'Weh minah ni, boleh pekak + tahi telinga tersumbat aku dibuatnya!' rungut Wana.
"Kau ni kenapa, Mai? Gila ke? Sakit la telinga aku." marah Wana tapi sedikit pun tidak masuk ke dalam otak. Ada perkara lagi penting! Lantak kaulah nak marah ke apa!
"Wana aku nak bagitau something ni! Very important message!" kata-kata ku membuatkan Wana pelik.
"Apa benda yang kau merepek ni, Mai? Kau kena sampuk dengan hantu apa ni?" pertanyaan Wana membuatkan aku menyirap.
'Eee pompuan ni! Nasib baik kau kawan aku!' kutukku.
"Wana, aku dapat satu bad news!" jeritku lagi.
Wana menggeleng. Minah ni kalau tak jerit memang tak sah!
"Apa dia?"
"Kau tahukan hari ini aku jumpa kawan lama ayah aku thats mean 'bakal mertua' aku and sekaligus aku terjumpa dengan 'bakal' tunang aku dengan 'bakal adik ipar' aku sekali and..." belum sempat aku menghabiskan ayat, Wana dah potong.
"Cup! Cup! Weh, straight to the point je la! Ni siap dengan banyak bakal lagi apehal? Adoi.. pening aku dengan kau Mai. Tak payah la kona-kona." keluh Wana seraya memicit dahinya.
"Okey tapi kau jangan terkejut erk!" ujar aku dengan semangat yang berkobar-kobar nak bagitau. Sure si Wana ni terkejut beruk sampai terberak punya! Aku sendiri yang dapat tahu tadi dah macam mana inikan pulak minah ni.
"Hmm apa dia?" jawab Wana di talian.
"Its so complicated!"
"Kau just cakap point penting aje. Cepat!" kerah Wana.
"Mamat yang bakal jadi tunang aku tu adalah...." aku berjeda seketika.
"Adalah sape? Cakap lah cepat!" Wana tidak sabar.
"Adalah..."
"Siapa?"
"Adalah...." lambat-lambat aku berkata.
"Hish! Kau jangan sampai aku toreh lubang hidung dengan anak tekak kau sekali sampai kau takleh nak cakap lagi kang! Bagitau lah cepat!!" ugutan Wana membuatkan aku ketawa.
Hahaha padan muka kau! omel aku.
"Mai! Be serious okay!" suara Wana dah naik level.
"Okey! Okey! Mamat tu adalah mamat sengal + headprefect kita kat sekolah. Si Farhan kepala batu tu. Bighead!" jawab aku lancar membuatkan Wana terdiam.
"What?!!" jerit Wana sekuat hati.
Hailah Wana... kalaulah kau tahu budak yang kena tunang dengan aku tu kawan masa kecik, memang kau akan terperanjat beruk!
***
SAMPAI sahaja di rumah, Farhan terus membersihkan diri lalu menunaikan solat maghrib. Kluang dengan bandar Johor Bahru tak jauh jikalau memandu laju. Setelah siap, dia membaringkan tubuhnya di atas katil lalu menggapai telefon di meja sebelah katil.
"Macam mana agaknya reaksi dia orang kalau tahu aku kena tunang dengan minah senget tu?" katanya perlahan. Lalu dia mencari nama Izuan lalu mendail. Sekejap sahaja panggilannya terjawab.
"Apa cer, bro ? Cun tak awek + tunang kau tu?" Izuan cuba membuat lawak dengan Farhan.
"Belum tunang lagi la, bro." jawapan Farhan memberhentikan tawa Izuan.
"Kau apesal ni, Han? Kau ada masalah ke? Share with me friends.." Izuan cuba mengorek rahsia.
"Kalau aku cakap sure kau terkejut + gila then jadilah orang gila." kata selamba Farhan membuatkan Izuan bertambah hairan.
"Apesal? Budak yang kau jumpa tu adik Heliza Helmi ke? Ke sepupu Siti Nurhaliza? Anak datuk? Tan Sri? Agong?" bertubi-tubi soalan yang dikemukakan Izuan.
"Taklah. Dia anak kawan lama papa aku. Kau ingat lagi tak budak nama Maira masa kat kampung dulu?" soal Farhan kepada Izuan.
Izuan terdiam sejenak. Budak mana ek?
"Maira? Budak yang suka nangis tu ke? Yang selalu kita buli tu? Aku tak berapa nak ingat sangat la tapi kalau budak yang suka menangis tu aku ingat-ingat lupa juga. Kenapa?" soal Izuan kembali.
"Hmm.. budak tu la yang bakal ditunangkan dengan aku."
"Wow! Budak tu? Maira? Macam mana rupa dia sekarang? Cun tak? Serius aku lama gila tak jumpa dia. Rindu dengan suara cengeng dia tu," Izuan ketawa sendiri mengingatkan kenangan manis di kampung. Ah rindunya dengan suasana dulu!
"Aku rasa baik kau tak payah jumpa dia sebab nanti kau akan mengigau malam-malam." Kata-kata Fahan disambut ketawa oleh Izuan.
"Apesal pulak?"
"Kalau aku bagitahu kau jangan terkejut."
"Okey tapi tolong cepat sikit."
"Budak tu..." Farhan berjeda.
"Cepatlah!" gesa Izuan lagi.
"Budak tu ialah...." Farhan berjeda.
"Ialah siapa? Kau tak payah la nak stop-stop ikut lampu isyarat ni. Hailah sepupu...." Izuan tidak sabar menunggu.
"Budak tu minah senget + minah majlis perbandaran." selamba sahaja ayat Farhan. Pedas!
Izuan terlopong campur terkedu. Biaq betoi??!! Air liurnya ditelan kesat. Lidahnya seakan tergulung dan tergeliat. Mata membuntang besar. Anak tekak kalau boleh dikeluarkan, memang dia akan keluarkan. Hanya orang tertentu saja yang akan faham maksud di sebalik kata-kata Farhan tadi.
"Kau biar betul weh? Budak Mai tu? Serius?! Dia Maira? Budak yang dekat kampung tu?" bertubi-tubi soalan Izuan apabila mengetahui cerita antara keluarga Farhan dan keluarga Humairah. Dan yang paling mengejutkan lagi bila dia mendapat tahu semua itu sudah dirancang sejak dari kampung lagi.
"Kau tak kisah ke Han?" soal Izuan teragak-agak. Ingin menjaga hati sepupu rapatnya itu.
"Hmm. Dah jadi tanggungjawab anak membahagiakan ibu bapa." Farhan memicit dahi.
"Tapi bukankah ianya sesuatu penyiksaan? Memang betul seorang anak mesti membahagiakan keluarga terutamanya ibu bapa tapi janganlah terlalu ikut apa kata mereka sehingga menyebabkan hidup kau merana. Kau dengan dia sebenarnya dipertaruhkan dalam perjanjian? Itu sangat menyakitkan bagi aku, dude." Ujar Izuan lagi yang tampak tak puas hati dengan apa yang berlaku ke atas Farhan. Dia cukup yakin Farhan terima separuh rela. Farhan anak yang baik. Mendengar kata. Tetapi bukankah kita juga ada perancangan sendiri? Berdikari atas kaki sendiri.
Farhan terdiam. Memang benar kata sepupunya itu. Amatlah pedih untuk menerima semua ini tapi dia tidak boleh berbuat apa-apa. Apa yang pasti dia mahukan keluarganya bahagia dan sentiada ceria. Farhan tidak mahu peristiwa lama berulang kembali. Dia tak mahu dirinya menerima nasib yang sama seperti Amirul Firhad, abang sulungnya. Membawa hati yang lara ke negara jiran hanya kerana perkahwinan tanpa restu papa dan mama. Walaupun papa dan mama sudah mula menerima mereka bertahun lamanya tetapi Farhan tetap takut. Takut jikalau dia bakal mengikuti jejak langkah alongnya. Dia juga ada hati dengan perasaan bila dapat tahu semua ini telah diatur oleh papa hanya kerana tidak mahu budi dan jasanya dibalas. Farhan boleh terima semua ni biarpun terpaksa berkorban tetapi satu aje yang dia agak berat hati. Humairah! Gadis itu adalah gadis yang melempar duit ke mukanya sewaktu di taman mini berdekatan dengan bilik pentadbiran sekolah sewaktu awal tahun ini. Gadis itu juga yang didenda olehnya sewaktu di stadium dahulu. Dan gadis itu juga yang bakal ditunangkan kepadanya. It's so complicated!
"Aku tak ada pilihan." Perlahan Farhan bersuara.
"Habis? Kau memang jadilah bertunang dengan dia? Confirm?" soal Izuan lagi dah macam paparazi.
Farhan mengeluh panjang. Dahi di picit dengan tangan kiri. Kemudian dia menggaru keningnya.
"Entahlah, Wan. Aku tak ada masa nak fikir benda ni sekarang. Fikiran aku hanya pada SPM. Aku ikut aje keputusan family aku. Nampaknya dia orang dah memang suka dengan budak tu. Adik aku si Aina tu pun dah mula sukakan dia." teringat Farhan apabila adiknya yang kecik, Aina Mashitah mula berbual-bual dengan Humairah selepas makan tengahari. Adiknya cukup rapat bagaikan sudah kenal terlalu lama bahkan mahu tinggal di rumah Uncle Syakir kerana Humairah. Macam dah kenal lama je! Teringat lagi permintaan akhir adiknya.
"Papa! Mama! Adik nak tidur sini boleh?" pertanyaan si kecil yang comel itu membuatkan semua yang ada disitu tercengang.
"Kenapa, sayang? Aina nak tidur sini? Dengan Aunty Husna ke?" soal Puan Hanani menyentuh lembut kepala kanak-kanak itu.
Aina mengangguk tanda setuju. Farhan dan Fareez berasa pelik dengan gelagat adiknya itu. Segera mereka berpandangan.
"Hmm.. nak tidur dengan Kakak Maira. Bolehkan kakak?" tanya Aina kepadaku. Tangan kecilnya dicantumkan dengan jemari kananku.
Aku terkedu. Nak tidur dengan aku? Apa tebiat budak ni? Aku memandang tepat ke arah mata bundar Aina.
"Aina, kita baliklah. Kesian Kak Maira. Tak mahu ya, sayang. Kita balik?" pujuk Puan Hanani.
Namun Aina membalas dengan menggelengkan kepalanya. Tubuhku lantas dipeluk erat. Aku tersenyum tawar sambil mengusap lembut kepalanya. Habislah aku...!
Yana dan achik terhinjut-hinjut menahan tawa. Kurang asam punya budak ketawakan kakakmu ini!
"Aina, jom kita balik. Nanti kita datang lagi. Bukan tak boleh jumpa Kak Maira. Nanti, kita jumpa Kak Maira kat sekolah Abang Farhan nak?" giliran Uncle Umar pula bersuara.
Aina terkebil-kebil memandang papanya.
Farhan menghulurkan tangannya kepada Aina. Agak lama barulah Aina menyambutnya. Itupun dengan muka yang cemberut.
"Wow! Impressive! Baru jumpa dah suka erk! Agaknya Aina tu memang dah lama nakkan kakak. Bila dah tau kau nak bertunang, lagilah dia suka. Tambahan pulak dengan budak Maira tu. Memang aku dah agak yang korang sangat serasi bila digandingkan. Nampaknya, tak lama lagi aku makan nasi minyak la. Hooorey!" usik Izuan sambil ketawa. Hilang sudah keraguannya bila Farhan menceritakan kejadian di rumah Humairah tadi. Malah makin giat dia mengusik Farhan.
"Banyak la kau punya nasi minyak. Ingat! Just two of us. Kalau aku dapat tau kau bocorkan rahsia, aku potong markah demerit kau." ugutan Farhan lagi membuatkan Izuan ketawa besar.
Izuan tahu Farhan takkan sesekali berbuat demikian. Dan Farhan juga tahu yang Izuan memang seorang yang memegang amanah. Sebab itulah mereka menjadi rapat. Tidak serapat dengan sepupu mahu pun saudara yang lain.
"Bila bertunangnya, buddy?" tanya Izuan tidak jemu. Laptopnya yang terpasang kini tidak diendahkan lagi. Game online yang sedang berjalan juga tidak dihiraukan. Tumpuannya kini hanya Farhan dan kisah cinta yang sangat complicated.
"Not sure tapi mama aku cakap maybe dalam masa terdekat ni." Farhan mengeluh sendiri. Mampukah aku? Terdetik dihatinya.
"Good luck, bro. Nanti jemputlah aku tau. Aku cop jadi pengapit kau." Usik Izuan bersama tawa. Farhan mendengus marah.
"Diamlah kau!" Izuan terus ketawa mengekek-kekek. Kalaulah dia ada di sana, pasti dia dapat melihat wajah Farhan yang bertukar warna itu. Farhan... Farhan... dalam tegas dan seriusmu terselit sikap yang sukar di dapati oleh semua anak muda masa kini. Seorang yang sanggup berkorban demi keluarga.
Telefon itu dimatikan setelah mereka berbalas salam. Farhan menadah tangan.
"Ya Allah, apa betulkah jalan yang aku pilih ini ya Allah? Aku hanya mahukan ibu bapaku gembira ya Allah. Kegembiraan mereka adalah kegembiraanku jua ya Allah. Kau permudahkanlah segala urusan ya Allah.." rintihan doa Farhan. Farhan meraup mukanya perlahan. Telefon yang digunakan tadi dicampakkan atas katil. Dia merebahkan diri atas tilam empuk bersaiz king itu. Farhan meletakkan tangan kanan di atas dahi. Ingin berehat seketika. Mata dipejam.
"Abang!" teguran dari suara kecil membuatkan Farhan mencelikkan mata. Pantas dia memusingkan kepala. Kelihatan kepala adiknya terjengul di pintu sambil tersengih. Oh lupa pulak nak kunci pintu tadi!
"Can I come in?" tanya Aina bersama pelatnya. Nak jugak cakap omputih! Tapi comel! Hee...
Farhan tersenyum seraya mengangguk. Dia bangun lalu duduk bersila merenung satu-satunya adik perempuan yang dia dan keluarga ada. Terasa sejuk hati melihat satu-satunya puteri ini.
Aina terus berlari mendapatkan abang ngahnya. Dia duduk di sebelah Farhan. Farhan kan abang kesayangan dia. Mana dia pergi mesti Farhan ada bersama. Abang yang paling dia sayang. Tangan abang ngahnya digapai lalu dicantum dengan jemari comel miliknya. Kemudian di cium. Farhan sekadar melihat.
Suka benar adiknya itu mencantumkan jemarinya dengan jemari Farhan. Farhan pun tak tahu kenapa. Tapi bila ditanya dia akan berkata, 'Kenapa jari abang besar, jari Aina kecik?'
"Abang, bila kita nak pergi rumah Kakak Maira lagi?" soalan luar biasa dari Aina membuatkan mata Farhan terbeliak besar.
Alamak! Mati aku! Nak jawab apa?!