Chapter 16 - Bab 16

Kringg!! Kringg!!

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Aku seperti biasa mengemas peralatan yang menyemakkan mata atas meja. Wana dan D juga melakukan perkara yang sama. Ikut aku ler tu! Setelah selesai, kami bergerak ke kantin. Aku hanya mendiamkan diri dan hanya sesekali sahaja bersuara. Mereka juga tampak pelik dengan perangaiku. Tapi aku buat-buat tak perasan. Wana mahu bertanya namun di diamkan saja. Namun terdetik di hati Wana akan perubahanku ini. Pasti pasal hari tu! Tekanya.

Hampir 5 minit kami berjalan dari kelas akhirnya tiba juga di kantin. Macam jauh pulak rasa. Wana pun apa lagi. Mintak order, sayang-sayangku!

"Mai, macam biasa. Mee goreng + telur goreng + air cincau(ais) = RM3.00." cekap Wana memainkan peranan.

Aku pun menghulurkan duit. Sememangnya Wana tahu apa yang aku suka dengan apa yang aku tak suka. Bagus betul! Senang hidup aku kalau si Wana ni jadi maid aku. Ha ha ha!

"Syah?" Wana memandang Aisyah.

"Tak apa. Aku bawa bekal." Balas Aisyah menunjukkan bungkusan roti coklat miliknya.

Wana mengangguk.

"Okey. Korang cari tempat. Iman and D, lets go! Kita kasi gegar kantin hari ni. Ayuh kawan-kawan! Kiri kanan! Kiri kanan!" gaya Wana dah macam komander badan beruniform! Aku dan Aisyah tergelak tengok gelagat dia orang. Memang gila-gila! Aku dan Aisyah mencari tempat duduk kosong untuk duduk. Biasanya satu meja tu kami conquer! Suasana sepi seketika.

"Mai, kenapa sejak dua menjak..."

"Tiga menjak empat menjak lima menjak enam menjak dan bermenjak-menjak.." sampuk aku membuatkan Aisyah menggutis lenganku.

Aku hanya ketawa bila melihat dia memuncungkan mulut. Nampak comel.

"Tak payah la kau buat muka takde vitamin tu, Syah. Ni apehal siap semenjak dua menjak dan bermenjak-menjak ni? Kau nak tanya apa?" selamba aku berkata membuatkan Aisyah tersenyum.

"Nak tanya ni. Apesal diam je? Selalunya suara kau berbual tak pun suka bergosip. Sejak balik dari cuti seminggu ni, perangai kau dah berubah." luah Aisyah.

Aku tersenyum.

"Apa yang berubah? Aku still sama okey. Masih lagi Saffiya Humairah yang dulu. Yang otaknya gila-gila sama korang. Macam mana kau kata aku berubah pulak? Hish tak faham la aku." jawabku sambil menggelengkan kepala. Mata kualihkan ke arah pokok bunga yang diletakkan di tepi longkang.

'Cantik pulak aku tengok pokok bunga ni. Warna warni. Lip lap lip lap gitu!' getus hatiku.

"Hmm.. sabar aje la dengan kau Mai." keluh Aisyah sambil buat muka simpati.

Aku berpaling sambil tersenyum nakal. 'Aik? Give up ke?' ketawa kecil tercetus dalam hati.

Aku tahu apa soalan yang ingin ditanya Aisyah. Pasti mengenai perjumpaan aku dengan bakal 'mertua' yang entah jadi ke tidak tu. Memang mereka semua sudah tahu mengenai perkara itu. Perjumpaa dengan pihak lelaki. Namun terkesan aku dengan sikap Aisyah yang tak suka memaksa. Baginya jikalau tuan empunya badan tak suka, dia tak akan bertanya lagi tapi dia akan membuat memek muka. Janganlah diungkitkan hal lepas. Sungguh seksa hatiku ini!

Teringat akan wajah Farhan bersilih ganti dengan Amirul sewaktu di kampung membuatkan aku sakit hati, menyampah, benci! Tak tahu kenapa. Masa nak bergerak masuk ke dewan tadi pun aku terserempak dengan Farhan di pintu utama. Namun aku buat tak tahu dan memandang ke tempat lain. Entah rasa sakit hati sangat bila pandang muka dia selepas seminggu sesi perjumpaan antara kami bersama keluarga. Buat masa sekarang ni hanya Wana saja yang tahu mengenai perkara ini dan aku mengharapkan dia merahsiakan perkara ini. Aku tidak akan sesekali memberitahu kepada yang lain andai belum tiba waktunya.

Tak lama kemudian, Wana, D dan Iman datang membawa makanan aku dan Aisyah.

"Nah makanan wajib kau. Kau tau tak Mai, makcik kantin tu bila nampak muka aku je, terus dia kata.. mee goreng dengan telur kan?" Wana membuat gaya Makcik Bedah.

Aku dan Aisyah ketawa melihat gelagat Wana. Mee goreng kali ni nampak menyelerakan dengan warna merah. Pedas!

Nyum! Nyum!

Aku menadah tangan lalu membaca doa makan. Bukan doa masuk jamban! Doa masuk jamban tu Iman yang baca. Boleh pulak tersasul.

Sedang aku bersemangat makan mee goreng made from makcik kantin a.k.a Makcik Bedah, seorang budak lelaki agak rendah dan aku amat pasti dia junior kami memandangkan tali kad matrik berwarna kuning. Dia menghampiri meja kami lalu menghulurkan sepucuk surat terus kepadaku yang baru nak menyuap mee ke mulut.

Aku memandang dengan perasaan pelik.

"Dik, hantar surat bukan kat sini. Sini kantin untuk makan. Bukan hantar surat. Nak hantar surat, pergi kat pejabat pos ye. Nak hantar surat dengan hantar adik sekali pun boleh." selorohku disambut ketawa besar oleh kawan-kawanku.

Budak lelaki itu turut sama tergelak.

"Bukan, kak. Saya nak hantar surat ni pada akak. Ada orang suruh saya sampaikan." ujar budak lelaki yang bernama Qayyum itu. Dia tersenyum hingga menampakkan lesung pipit di sebelah kiri.

"Siapa suruh?"

"Entah." Qayyum mengangkat bahu.

Aku mengerutkan dahi. Takkan tak kenal kut?

"Kalau tak kenal macam mana adik boleh terima aje surat ni daripada orang tu? Kut-kut dia penjahat ke? Tak takut?" aku menyuarakan rasa tak puas hati.

Qayyum terkulat-kulat di situ. Uiks, garangnya kakak ni! Habislah aku kejap lagi. Terdetik hatinya.

"Tak apa, dik. Jangan layan kakak ni. Dia memang macam ni. Penyakit angin kus-kus dia dah sampai." Pantas Wana mencelah.

Aku ternganga. Angin kus-kus? Kurang asam kau Wana!

Qayyum tersengih. Takut dia nak bersuara. Kakak ni memang garang! Macam manalah abang tu boleh suka kat kakak ni? Pelik Qayyum. Tapi memang betul kata abang itu. Kakak ni memang cantik!

"Qayyum boleh balik sekarang." Ujarku setelah berdiam diri terlalu lama.

Qayyum berjalan menjauh dari meja kami dan hilang di blok tingkatan 3.

Aku memandang surat itu dengan perasaan berbalam.

'Sape yang nak bagi surat kat aku? Secret admirer ke?' hatiku berkata-kata.

"Mai, bukalah cepat! Manalah tahu secret admirer bagi." jerit D kegembiraan.

Hati yang panas mula sejuk. Secret admirer? Betul ke? Aku ada secret admirer? Wah!! Hati mula bersorak keriangan.

"Mai! Bacalah cepat!" gesa rakan-rakanku. Makanan yang terhidang depan mata tak dihiraukan lagi. Masing-masing tertumpu pada surat ditanganku.

Perlahan-lahan aku buka sampul berwarna hijau itu. Macam tau-tau je aku suka warna hijau!

"Mai, cepatlah! Tengok sape yang bagi." gesa Iman dengan muka teruja.

Aku menjelirkan lidah.

"Sibuk je!"

Iman memuncung.

"Haah la Mai. Bukalah cepat! Kita orang pun tak sabar nak tau. Mana tahu kalau-kalau special yang bagi ke kan?" kata Wana tersenyum meleret. Ada makna pandangan dan senyuman dia tu!

Aku hanya menjeling. Perkataan special tu macam semacam je bunyinya!

"Siapa special? Apesal kami tak tahu?" D menyampuk. Pandangan bersilih ganti antara aku dan Wana. Aisyah dan Iman berminat nak tahu.

Wana mengangkat bahu. Senyuman nakal tersungging di bibir.

"Mai?"

"Percayalah cakap Wana tu. Mana ada la!" bantahku. Wana ni memang nak kena! Aku menjelingnya tajam.

Sampul berwarna hijau itu aku buka perlahan-lahan. Macam nak bagitahu wasiat je! Ada sepucuk surat berwarna putih lagi di dalamnya. Membazir betul! Ternganga aku membaca bait-bait ayat dalam kertas itu.

SAYA SUKAKAN AWAK. SUDIKAH AWAK MENJADI KEKASIH HATI SAYA?

(TH)

Erk? Siapa pulak TH ni? Apesal la tak bagi nombor? Kan senang aku nak bercakap. Ni just bagi nama samaran. TH pulak tu! Tabung Haji ke apa? Tun Hussein? Lain!

"Beb, siapa?" soal Wana tersengih nakal. Dia masih menunggu. Air soya dalam gelas diteguk sedikit.

"Nah! Baca sendiri!" aku terus menyerahkan surat itu kepada Wana. Kawan-kawanku yang lain terus berkerumun ke tempat duduk Wana. Tersenyum lebar mereka apabila membaca surat itu.

Aku menyambung kembali suapan ke mulut.

Seketika kemudian....

"Wow! TH!" mereka ketawa terbahak-bahak.

Aku malas ambil pusing. Lantak kau orang la. Korang cari la TH dalam sekolah ni. Kalau dapatlah!

"Ehem! Ehem!" Iman sudah berdeham sambil tersenyum-senyum. Dia kembali ke tempat duduknya disebelahku.

"Surat cinta..." meleret-leret D berkata.

"Dalam diam pulak tu." ucap Aisyah sambil mengangkat keningnya beberapa kali. Bibir merah jambunya menguntum senyuman.

"Daripada TH. Siap melamar lagi tu! Sudikah awak menjadi girlfriend saya? Wah! Sweetnya!" sakat D.

Meledak tawa mereka berempat. Aku buat tak dengar aje. Mee disuap ke dalam mulut.

"Diam-diam.. sudah pandai... memberi surat cinta... berani-berani.. lamar Maira bersaksi kita semua..." Wana mula mengalunkan lagu Diam Diam Jatuh Cinta dendangan Ramlah Ram tapi versi sendiri. Perosak lagu betul!

Aku menutup telinga apabila semua rakanku menyanyikan lagu tersebut. Pelajar-pelajar yang berdekatan dengan meja kami hanya melihat dengan pandangan tak mengerti. Ada juga yang menjeling tajam. Ada yang buat tak endah. Dan ada yang tersenyum. Barangkali gelihati kut.

"Dah lah weh! Orang tengok la." marahku sengaja. Senyuman aku sembunyikan. Mana boleh tunjuk kan? Entah hati tiba-tiba berbunga riang. Siapa TH agaknya? Kalau dia prince charming sekolah ni kan bagus except mamat berlagak tu! Ah sudah! Mai nak jadi macam D pulak dah.

"Ececececehh... malu ler tu!" usik Wana.

Aku buat tak tahu. Mee goreng aku suap ke mulut lagi. Tak baik biarkan makanan terdedah. Nanti syaitan makan.

"Hai.. untung badan. Baru beberapa bulan jadi student kat sekolah ni dah dapat surat chenta. Dari secret admirer pulak tu!" sakat Iman. D pantas mengiakan.

"Betul tu. Dalam diam Mai diperhatikan oleh jejaka bernama TH. Aku rasa dia memang dah lama tangkap cintan la dekat kau, Mai. Perhatikan kau siang dan malam. Oh sweetnya!" D mengambil peluang mengusik.

Aisyah dan Wana ketawa melihat wajahku yang mula memerah.

"Beb, tengok! First time in my life. Mai blushing..." Wana terus menyakat.

"Wooooo!"

Aku terus menutup muka dengan tapak tangan membuatkan mereka ketawa besar.

"Wo! Wo! Whats up girls?" muncul Khairul bersama rakan-rakannya di meja kami membuatkan semua terkejut.

Aku tidak menjawab. Hanya melahap makanan di depan mata. Minta-minta la dia orang tak cakap. Mati aku!

"Ehem! Ehem!" Iman berdeham kecil.

"Tadikan..." D memulakan bicara. Senyuman nakal menghiasi bibir merahnya.

Aku pantas menjegilkan mata membuatkan D menelan liur. Sengihannya terus mati.

"Err.. sorry. Aku tak boleh cakap." Ucap D gugup. Panahan mata Humairah boleh buat dia pengsan!

Khairul mengangkat kening. Rakan-rakan yang lain turut sama berbuat demikian.

"Why? Tadi bukan main kecoh korang." Sampuk Putera di sebelah Hakim. Bahu Hakim dijadikan tempat landing tangan. Mereka yang sedang enak membeli makanan daripada makcik kantin terdengar suara orang ketawa dan mengusik. Dan salah satu suara itu membuatkan mereka berpaling untuk melihat. Siapa lagi kalau bukan suara Iman, si cilik anak kelahiran Kedah.

Wana dan Aisyah menyenggol lengan masing-masing membuatkan kaum lelaki pelik. Tetiba senyum apa kes?

"Baik korang cakap. Ni apehal sengih-sengih macam kerang busuk ni?" Syafiq bersuara. Lebih kepada amaran!

Wana berdeham sebelum memulakan bicara. "Tadi ada budak under kita datang. Nama dia Qayyum. Dia berikan satu surat untuk Mai." Satu per satu kisah dibongkar.

Aku sudah menunduk malu. Terasa malu nak angkat muka bila pelajar lelaki tercengang sambil melihat diriku.

"Really?!" terlopong mulut pelajar lelaki.

"Kau dapat surat cinta Mai? Daripada siapa?" bertubi-tubi soalan dari Syafiq.

Aku hanya menjongket bahu. Tak nak cakap! Sambil itu mataku tak lepas memandang ke arah kawan-kawanku yang dari tadi tersengih-sengih. Aku rasa macam nak makan aje dia orang tu! Kejam tak?

"Untung ler..." Hakim menyakat. Putera di sebelah tersenyum nakal. Siap bersiul lagi tu!

Aku mencebik. "Tak ada maknanya!"

"Banyak maknanya..." usik Hakim lagi dengan senyuman. Aku menjelirkan lidah. Hakim ketawa mengekek.

Putera bersiul nakal. Keningnya diangkat beberapa kali.

"Pergh! Baru sekolah sini tak sampai lima bulan dah dapat surat. Aku yang sekolah sini daripada form 1 tak pernah pun dapat surat. Sedih.. sedih..." Syafiq membuat muka sedih.

"Sabarlah, bro.." Hakim menenangkan Syafiq yang konon-kononnya sedih. Pigidah!! Menangis konon!

Putera dan Khairul ketawa.

"Kau rasa-rasa siapa Mai?" pertanyaan Khairul aku balas dengan gelengan. Manalah aku tau! Kalau tau, buat apa cakap secret admirer? Aduhaii... bengap jugak dia orang ni kadang-kadang!

"Manalah aku tau!" bidasku tanpa memandangnya.

"Aku rasakan, aku tahu siapa yang bagi." Ucapan dari minah Kedah membuatkan semua mata kalih pandang ke arahnya. Tersenyum-senyum minah Kedah ni!

"Siapa?" soal Khairul tak sabar.

"Sibuklah kau ni!" marahku.

Khairul tersengih. "Excited la."

Aku menjuihkan bibir. Pasal aku semua excited! Entah pape entah.

"Aku rasa budak tu mesti ada kena mengena dengan kita dan rapat dengan kita. And dia selalu ushar Mai tanpa kita sedari," kata-kata Iman membuatkan semua ketawa.

Iman memuncung.

"Apesal korang gelak?" dia mengetap gigi. Dia orang ni memang tau! Asal aku cakap je mesti gelak!

"Ayat kau amat lawak." Kata Syafiq selamba. Kuku di jemari kiri dibelek.

"Fiq!" jerit Iman.

"Like budak tadika. Budak tadika punya ayat pun lagi cantik daripada kau. Sedap je dengar. Ayat kau bikin telinga aku sakit tau tak?" Pedas Hakim menyindir. Dia sengaja mengorek telinga beberapa kali. Niat di hati mahu mengenakan Iman.

Iman ternganga.

Sekali lagi kami semua ketawa. Aku juga tak lepas peluang. Lawak betullah budak-budak ni. Ada je part usik-mengusik. Khairul memeluk tubuh sambil tersenyum geli hati.

"Jahat tau korang ni!" Iman nak menangis.

"Habis kau tu tak jahat?" tempelak Syafiq. Panahan tajam dituju pada Iman.

Iman tercengang. Jari telunjuk dituding pada dada. "Apesal aku pulak?"

"Cara kau cakap macam nak kata 'kami'." Hakim bersuara.

Iman mengangkat kening. "Terasa ke? Korang kan yang bagi surat ni? Baik cakap!" Iman serkap jarang.

"Hah?!" Empat anak tekak terjojol keluar.

"Cik Iman, kau nak cakap budak yang bagi surat tu from us la ye?" soal Putera terasa. Suka-suka hati main tuduh orang! Tembak kang hilang kepala!

"Maybe. Mana tahu korang minat si Mai ni secara diam-diam kan? Who knows..." jawab Iman selamba.

Wana dan Aisyah tersenyum. Layan aje la! Bebudak ni memang suka memekak. But funny!

"Kalau aku suka kat Mai ni, aku tak payah bagi surat la. Baik aku jumpa dia aje. Lagi senang. Duduk sekelas pulak tu. Tempat duduk tak jauh. Berapa saat je pun dah sampai. Apa barang bagi surat!" cebik Putera.

Kaum Adam mengangguk menyetujui.

"Eleh... cakap lebur la korang ni. Dalam hati sebenarnya tak pun. Penakut! Sebab tu gatal-gatal jadi secret admirer." Kutuk D pula.

Kaum Adam membulatkan mata. "Hello! Excuse us!" serentak mereka bersuara.

"Jangan tuduh melulu ya, Cik Iman Nasuha." Tegas Khairul.

"Whatever!" Iman meletakkan tangan di dada, mata ke atas!

Aku, Wana dan Aisyah ketawa melihat gaya Iman. Tak percaya, cuba korang buat tangan di dada mata ke atas. Memang buruk gila!

"Korang, dah la tu. Buat apa nak gaduh. Baik kau fikir siapa yang bagi surat ni. And siapa TH. Bukan gaduh." Tegur Aisyah lembut sambil menggeleng.

"Betul jugak cakap Aisyah." Angguk Khairul.

"Siapa ek?" Syafiq memegang dagu.

Khairul mengerutkan dahi berfikir. Putera sempat makan. Hakim bersandar di tiang kantin. Tangan diseluk dalam poket.

Dua minit berlalu...

"Hah! Aku dah dapat!" jerit Syafiq membuatkan semua pelajar yang berada di kantin menoleh ke arah mereka. Masing-masing menepuk dahi. Syafiq memang bikin kecoh!

"Apek, kalau ya pun nak menjerit pandang kiri kanan dulu la. Ini tempat bukan kau punya sorang." Kutuk Wana selamba. Air soya diteguk perlahan.

"Apek?!"

"Hahahaha!!" pecah tawa lapan sahabat.

"Shut up!" bengang Syafiq. Pandangan dicerunkan pada Wana. Wana hanya menjelirkan lidah. Geram betul dia dengan gadis kelahiran Melaka ni. Nak je aku cekik dia! Tadi Iman sekarang Wana. Memang cari penyakit dua ekoq ni!

Khairul pantas menepuk bahu Syafiq. "Cool, brother. Wana gurau aje tu." Dah sorang lagi nak bertekak.

Syafiq mencebik. Gurau pun agak-agak la! Geram ni!

Wana menentang pandangan mata Syafiq. 'Ingat aku takut?!' getis hatinya.

"Okey, stop! Korang kalau berjumpa mesti bergaduh. Control sikit, please," ujarku sebagai orang tengah. Rakan yang lain mengangguk mengiakan. Dia orang berdua ni memang tau! Pantang bersua muka. Kahwinkan je baru tau!

"Sorry. We can't!" serentak Syafiq dan Wana bersuara.

Erk? Masing-masing menepuk dahi.

"Aku rasa better korang bawa Wana balik kelas. Pasal Fiq ni tahu la aku nak buat apa." Cadang Hakim.

Aku dan kawanku mengangguk. Kami sama-sama bangun lalu berjalan pulang ke kelas. Hilang sudah topik yang sepatutnya dibincangkan disebabkan mereka berdua ni. Sepatutnya misi mencari siapakah gerangan secret admirer aku, tapi suasana jadi tegang pulak! Wana kalau tak cari pasal dengan Syafiq memang bukan Wana namanya.

Sempat lagi Wana menyindir Syafiq.

"Tempat apek bukan kat sekolah tapi kat pasar!" sindiran yang cukup pedas membangkitkan rasa marah Syafiq namun pantas ditenangkan oleh Khairul, Putera dan Hakim.

"Cuba istighfar. Kau ni pun satu. Buat apa nak angin dengan Wana? Kan dia gurau je." Hakim bersuara ala-ala ustaz.

"Aku memang tak boleh blah dengan dia. Ada aje sindiran yang buat aku sakit hati." Luah Syafiq.

Masing-masing kulum senyum. Syafiq yang perasan pantas mengangkat muka.

"Ni apehal pulak senyum-senyum? Aku tengah serabut ni tak payah senyum-senyum!" Bidas Syafiq kasar.

"Aku rasa aku tahu apa masalah kau." Tenang Khairul bercakap.

Syafiq mengerutkan dahi. "Apa?"

"Kau dah jatuh suka pada Wana."

Syafiq membuntangkan mata. "What? Aku? Jatuh suka? Pada minah tu? Oh tolonglah!" dia buat muka meluat.

"Hahahaha!" pecah tawa tiga sahabat.

Syafiq pelik.

"Jangan sembarangan cakap. Kelak dia patah balik pada kau nanti. Orang kata apa ek? Makan tuan!" usik Putera.

Syafiq tergamam.