Selepas perjumpaan kelab, Kesemua ahli kelab hobi telah pulang kecuali Rin dan Kazuo. Mereka ditugaskan untuk mengemaskan bilik Kelab Hobi pada masa itu.
"Fuhh, penat.." kata Kazuo mengeluh.
"Ala tugas tetap tugas.." kata Rin
Kazuo sedang membuka loker kasutnya. Sepucuk surat terjatuh.
Ish, mesti surat tagih hutang lagi ni.. macamlah hutang aku banyak sangat.
Dia membuka surat tersebut.
Rin yang sedang meletakkan kasutnya ke dalam lokernya terkejut apabila mendengar bunyi seseorang rebah. Kazuo telah pengsan.
"Oi, Kazuo.."
Kazuo tersedar.
"Kau sakit ke?"
"Betul apa aku nampak ni?"
"Apa yang kau nampak?"
"Ssh..surat cinta."
"Apa! Bagi aku tengok." Rin mengamati surat tersebut.
Kepada Suzuki Kazuo, saya telah jatuh cinta sejak kali pertama melihat awak. Saya harap kita boleh berjumpa di bumbung esok.
"Yelah, memang surat cinta!" kata Rin seperti tidak percaya yang sahabatnya itu mempunyai peminat misteri.
"Macam mana ni?"
"Nanti aku fikirkan macam mana."
Keesokannya.
"Eh, Akira-chan." kata Minori.
"Ada apa Minori?"
"Tengok Kazuo tu, gembira semacam je. Ada apa-apa yang berlaku ke?"
"Entahlah, jom tanya Rin." ajak Akira.
Mereka berdua pergi ke arah Rin yang sedang mengulang kaji pelajarannya.
"Rin-kun." sapa Minori.
"Ye? Ada apa kamu berdua?"
"Takde, cuma nak tanya ada apa-apa ke yang berlaku kat Kazuo tu.. Dia nampak gembira semacam je." kata Minori.
"Sebenarnya...." Rin menjelaskan segalanya kepada mereka berdua.
"Eh! Betul ke ni?" Akira seperti tidak percaya apa yang dia dengar.
"Shh, nanti dia dengar.. Ye betul.. semalam dia dapat surat cinta."
"Dari siapa?" tanya Minori.
"Tak tahu pula. Dia tak tulis nama."
"Hmm, saya ada satu idea." Akira menerangkan ideanya kepada mereka berdua.
Loceng rehat tengah hari berbunyi. Mereka bertiga mengekori Kazuo sehinggalah ke pintu bumbung. Mereka bertiga terhenti di situ kerana tiada lagi tempat bersembunyi lain di bumbung kecuali di belakang pintu masuk.
Kazuo sudah berada di bumbung. Dia melihat sekeliling. Selain dia, hanya seorang pelajar lelaki kelihatan.
"Aniki, ada orang lain ke kat sini sebelum ni?"
Pelajar tersebut berpaling ke arah Kazuo. Mukanya agak comel. Dan tidak dapat dipastikan sama ada dia ialah lelaki atau perempuan. Tetapi berdasarkan pemakaiannya dia ialah lelaki.
"Suzuki-kun?"
"Eh? Sejak bila pula.." Dia ni perempuan ke? Suara dia macam perempuan..
"Suzuki-kun.. Suki desu."
"Eh!!!!!"
Rin terus membuka pintu. Perhatian tertumpu pada Rin.
"Saya ialah boyfriend dia."
"Hah!!!"
Minori pengsan mendengar kata-kata Rin tadi.
"Rin, apa yang..." Kazuo tidak sempat menghabiskan ayat.
Rin memberi isyarat kepada Kazuo untuk mengikut sahaja apa yang cuba dilakukan olehnya.
"Er maksud saya.. ye dia ialah boyfriend saya." kata Kazuo terpaksa mengiyakan kata-kata Rin tadi.
"Jadi.. betullah yang awak ni... Tak.. saya tak akan mengalah.." katanya sebelum pergi dari situ.
Rin pergi ke arah Kazuo.
"Kau tak apa-apa?"
"Tak, cuma terkejut, dia tu.. lelaki ke?" Kazuo kebingungan.
"Tak tahulah. Jadi macam mana?"
"Macam mana kau tanya! Mestilah aku tak berminat dengan mana-mana lelaki! Aku bukan yaoi lah."kata Kazuo. "Kau pun satu.. kenapa tiba-tiba pula mengaku bf aku huh!"
"Hehe, gome-gome saya cuma tak tahu apa nak buat tadi."
"Huhu, habislah aku,." keluh Kazuo.
"Jangan risaulah.. dia pasti akan berputus asa punya.."
"Harap begitulah."
Minori terjaga.
"Eh saya di mana ni?"
"Bilik rawatan."
"Akira.. betul ke Rin tu..."
"Taklah! Dia cuma nak selamatkan Kazuo je tadi."
"Fuhh, risau saya tadi tau. Jadi macam manalah mereka nak selesaikan salah faham tu?"
"Entahlah, saya pasti mereka berdua akan fikirkan sesuatu."
Keesokannya.
"Baiklah Rin, saya nak ke Kafeteria dulu." kata Kazuo.
"Okey."
Belum sempat Kazuo keluar dari kelas, dia terhenti.
"Kenapa Kazuo tu?" tanya Minori.
"Eh, kenapa?" kata Akira.
"Oh, patutlah.. budak tempoh hari tu ada kat luar."
"Er, Suzuki-kun. Jom."
"Siapa awak ni?" Kazuo cuba bersikap agresif untuk menakut-nakutkan pelajar tadi.
Rin bergegas menyelamatkan rakannya itu. Dia melarikan Kazuo dari pelajar tadi.
"Oioi, kau nak bawa aku ke mana ni?"
"Apa lagi, larilah.."
"Suzuki-kun!!!"
Mereka berdua dikejar oleh pelajar tersebut.
"Eh, bukankah tu.. Rin-kun dan kawan baiknya Kazuo?" kata seorang pelajar yang merupakan ahli kelab peminat Rin.
"Eh yelah!"
"Rin-kun kawaii!!!"
"Eh, lain macam je aku nampak."
Mereka menyedari yang Rin dan sahabatnya sedang dikejar oleh seseorang dan bertindak untuk membantu mereka.
"Rin-kun, sini." kata seorang ahli kelab peminat Rin.
Mereka berdua memasuki bilik kelab sains. Kazuo sempat bersembunyi di dalam almari. Rin pula tidak sempat bersembunyi. Pintu terbuka dengan kuat.
"Rin.."
"Macam mana awak tahu nama saya?" Dia terlalu comel untuk seorang lelaki.. apa yang saya fikir ni!!!
"Itu tak penting.. mana Suzuki-kun?"
"Baik awak berputus asa je .. dia tak suka awak." kata Rin.
Budak tadi terasa dengan kata-kata Rin.
"Setelah bersusah payah... awak.. awaklah yang merancang semua ni kan!"
"Apa yang awak cakapkan ni?"
Budak tersebut menyedari yang Kazuo sedang keluar dari bilik tersebut melalui tingkap.
"Suzuki-kun?"
"Oi, Kazuo.. apa kau buat tu?"
Dia terus sahaja terjun. Dia bernasib baik kerana bilik tersebut terletak pada tingkat 1 sekolah tersebut. Dia bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan. Dia terus sahaja balik ke rumah.
"Tengok, apa awak dah buat dengan dia." marah Rin.
"Gome, .. beritahu dia yang saya minta maaf. Saya tahu cinta tak boleh dipaksa.." katanya sebelum pergi dari situ. Sesuatu telah terjatuh dari poketnya.
"Eh ini..?"