Yu-kun sedang dalam perjalanan ke kelas. Dia terserempak dengan Akira yang sedang sibuk berbincang dengan Tsumiki-senpai.
"Akira-chan."
Sebaik sahaja mendengar sapaan dari Yu-kun, dia terus pergi dari situ.
"Kenapa dengan dia tu?"
"Entahlah, tanyalah dia." kata Tsumiki.
Tanpa berlengah dia terus pergi mencari Akira sehinggalah masuk masa belajar.
"Gome sensei, saya lambat."
"Oh, Yu-kun..pergi ambil tempat duduk kamu."
Dia mengambil tempat duduk.
"Dia tak masuk kelas?" bisik hati Yu.
Waktu rehat telah tiba, dia pergi ke arah Minori yang sedang asyik berbual dengan Rin.
"Minori-chan, awak tahu kat mana Akira?"
"Eh? Akira.. tak tahu pula. Kenapa?"
"Oh ya, nah dia tinggalkan ni untuk awak." kata Rin sambil menghulurkan sepucuk surat.
"Surat?"
Yu-kun membuka surat tersebut.
"Jumpa saya di bumbung."
Yu-kun bergegas ke sana.
"Kenapa ni Akira?"
"Awak tanya kenapa? Awak ingat saya buta ke? Saya nampak awak bawa perempuan hari tu ke apartment awak.. awak.. kenapa? Saya tak cukup ke bagi awak?"
"Eh, awak dah salah faham ni.. saya boleh jelaskan."
"Tak, semua tu dah cukup sebagai penjelasan." Akira menitiskan airmata.
"Akira, dengar dulu.."
Akira menampar muka Yu-kun dan pergi dari situ.
"Akira!"
Yu-kun pergi ke kelas. Dia mengandaikan Akira berada di sana.
"Rin, awak ada nampak Akira?" dia nampak tergesa-gesa. Dia risau yang Akira akan mengambil tindakan yang melulu.
"Dia kata dia nak balik awal.. dia tak beritahu pula sebabnya." jawab Rin dengan tenang.
Tanpa berlengah Yu mengambil begnya dan terus keluar mencari Akira.
Akira sedang dalam perjalanan ke rumahnya. Dia masih sedih. Mesti Yu-kun akan cari saya.. tak.. tak mungkin .. saya kan dah tak penting bagi dia.. tak mungkin dia akan cari saya lagi..
Dia mengambil jalan jauh untuk ke rumahnya. Semasa dalam perjalanan ke rumahnya dia ternampak khemah tukang tilik nasib. Dalam khemah tersebut ada seorang nenek yang berpakaian seperti ahli magik. Cosplay ke apa ni? Apa-apalah..
"Wahai cik adik, saya tahu kamu sedang sedih.. kamu baru je break kan?"
"Eh? Macam mana nek tahu?"
"Hehe, mari sini nenek tilik nasib kamu." dia kemudian mengamati bola kristalnya seolah-olah sedang memerhati masa depan Akira. Setelah berberapa ketika barulah nenek tersebut bersuara. "Nenek nampak.. nenek nampak"
"Nampak apa nek?"
"Nenek nampak.. dia takkan kembali untuk kamu sebab.... kamu akan berada di tempat lain.."
"Tempat lain? Apa maksud nenek?"
"Ni maksud nenek!" kata nenek tersebut menunjukkan identiti sebenarnya. Di sebalik topeng tersebut ialah seorang lelaki.
Akira cuba melarikan diri tetapi dia sudah terlambat. Dia telah dikepung.
"Hehe cik adik. Marilah ikut kami."
"Kawaii juga awak ni eh.. hehe .. marilah."
"Tidak,.. Yu-kun... Tolong!!"
Tiba-tiba salah seorang penculik tersebut rebah.
"Siapa awak ni hah! Berani awak kacau kami sedang berseronok."
"Jangan sentuh dia." kata Yu-kun.
"Wah, seriously? Awak nak belasah kami? Cubalah! Haha."
Penculik-penculik tersebut masing-masing mempunyai batang besi sebagai senjata. Yu-kun menjeling kearah Akira mengarahkan Akira untuk bersembunyi. Dia terus pergi bersembunyi. Dia mahu membantu Yu-kun tapi apakan daya dia seorang perempuan, manakan mampu untuk melawan 6 orang lelaki sekaligus. Dia cuba menelefon bantuan tapi bateri telefonnya telah habis.
Yu-kun terpaksa berhadapan dengan 6 orang penculik bersenjata sekaligus. Dia tidak gentar. Semangatnya untuk melindungi Akira berkobar-kobar. Penculik-penculik tersebut memulakan gerak. Serangan demi serangan berjaya dielak oleh Yu-kun. Tetapi dia tidaklah setangkas Rin. Salah satu dari penculik tersebut berjaya untuk memukul Yu-kun. Dia mengerang kesakitan. Tangan kanan Yu-kun berdarah.
"Oops.. haha rasanya tangan kanan awak telah patah."
"Cis, ni sedikit je. Saya pernah rasa lagi teruklah.��
"Oo.. tak sakit ye ambil ni."
Hayunan tersebut dihalang oleh Akira.
"Sudahlah tu.. lepaskan dia." kata Akira.
Yu-kun mengambil peluang tersebut untuk membelasah penculik itu. Satu demi satu penculik tersebut dijatuhkan oleh Yu-kun. Dia terpaksa bergelut dengan tangan kanannya yang cedera semasa membelasah penculik-penculik tersebut.
"G..ggomenasai.. kami akan pergi dari sini!" kata penculik-penculik tersebut sebelum melarikan diri.
"Cis, penakut betul.. aduh!" dia terduduk.
"Yu-kun, gome..gome..gome." kata Akira. Dia menangis di bahu Yu-kun. "Semua ni salah saya...gome."
"Tak, saya yang salah.. sepatutnya saya beritahu awak lebih awal.. sebenarnya perempuan tu ialah adik saya yang datang melawat saya."
Tidak lama kemudian, adik Yu-kun kebetulan lalu di sana ternampak mereka.
"Abang! Siapa yang buat semua ni? Awak ke!"
"Kejap ca.. jangan main tuduh-tuduh je.. dia nilah Akira yang abang selalu cerita pada ca tu. Dia kena serang tadi.. nasib baiklah abang sempat selamatkan dia."
"Oh macam tu.. eh tangan kanan abang berdarah... abang perlu ke hospital ni!"
Akira membantu memapah Yu ke kereta yang ditahan oleh Aisyah.
Keesokannya, waktu pulang, Rin, Akira , Kazuo, Minori dan Tsumiki berada di bilik kelab hobi. Akira memberitahu perkara sebenar tentang apa yang berlaku pada hari sebelum itu.
"Apa! Yu-kun masuk hospital?" Rin agak terkejut.
Kazuo melihat jam tangannya. "Hmm sempat lagi ni kalau nak melawat dia. Kamu semua nak.." dia menyedari yang hanya dia seorang sahaja yang tertinggal. "Wei, tunggulah!"
Kedengaran pintu wad D102 diketuk.
"Masuklah." jemput Aisyah.
"Wah, kamu semua datang melawat.. terharunya.."
"Eh, mestilah..awak kan geng kami." Kata Kazuo.
"Jadi macam mana dengan tangan awak tu?" tanya Rin.
"Doktor kata, ada keretakan sikit pada tulang.. seminggu dua ni dah oklah.. hehe."
"Esok lusa dia dah boleh balik rumah." jelas adiknya Aisyah.
"Eh, ni ke adik awak tu.. wah.. kawaii." kata Minori. "Tak heranlah Akira boleh salah faham tentang kamu berdua."
"Ish, awak ni.. gome.." kata Akira.
"Eh, tak perlu minta maaf.. hehe saya dah maafkan awak hari tu."
"Oh ya, nah ambil ni." kata Rin.
"Eh? Awak bagi saya ke smartphone ni.. hehe trimas." kata Yu-kun bergurau.
"Taklah.. Fia kata dia nak jumpa dengan awak.. katanya dia dah lama tak nampak awak."
"Oh begitu."
Skrin smartphone tersebut berubah.
"Haiii.. Usuf... hehe lama tak jumpa."
"Hai."
"Eh ni ke Fia yang awak cakapkan tu Rin?" tanya Tsumiki.
"Ye nilah dia."
Tsumiki menarik nafas lega dan trus memeluk tangan Rin.
"Eh, kenapa dengan awak ni senpai?"
"Takde apa-apa, hehe."
Sejam telah berlalu, hari semakin lewat.
"Alamak dah lewat ni.. Kami minta diri dulu ye Yu-kun." kata Kazuo.
Mereka semua pulang ke rumah masing-masing kecuali Akira. Dia hanya pulang untuk menukar pakaiannya sebelum kembali semula ke hospital.
"Eh, Akira? Kenapa awak.."
"Saya kesian tengok adik awak tu jaga awak sorang-sorang. Lagipun semua ni kan salah saya." katanya sambil mengeluarkan jaket dari begnya. "Nah, mesti awak kesejukan. Pakailah." kata Akira sambil menghulurkan jaket berwarna coklat tersebut kepada Aisyah.
"Arigato, Aki-nee."
"Eh? Awak panggil saya akak kan tadi." muka Akira bertukar merah.
"Kenapa tak boleh ke? Hehe."
"Tak, saya ni anak tunggal jadi.. saya tak pernah rasa ada adik. Arigato."
"Anggap je adik saya tu macam adik awak sendiri." kata Yu-kun.
"Ish abang ni haha."
Akira menghabiskan masa malam itu di sana menjaga Yu-kun.