Chereads / Di mana aku sekarang? / Chapter 17 - Ritchell dan Rachell

Chapter 17 - Ritchell dan Rachell

Pagi itu, Minori dan Akira berjalan bersama-sama ke sekolah.

"Minori-chan, awak nampak tak kelmarin?" tanya Akira.

"Nampak apa?" tanya Minori.

"Rin balik awal dan dia tak datang kelas petang." Kata Akira.

"Mungkin dia masih sakit." Kata Minori membuat andaian.

"Tak mungkinlah, dia Orihara-kun, Takanashi dan Okumura-san, diorang semua balik awal kelmarin. Takkanlah mereka semua sakit?" Kata Akira.

Dia menambah lagi rasa ingin tahu Minori.

"Ala kita tanya je Rin nanti." Kata Minori.

Mereka sampai ke kelas.

"Ohayo, Minori-chan, Akira-san." Kata Kazuo yang sedang duduk di mejanya.

"Ohayo, Kazuo-kun. Awak ada nampak Rin tak?" soal Akira-san.

"Eh, awak cari Rin? Oh, awak cuba nak rampas kekasih Minori-chan eh." Kata Kazuo dengan riak muka melucukan.

Akira-san memukul kepala Kazuo.

"Saya tanya betul-betul ni."

"Ehehe, takde pula. Kenapa?"

"Awak perasan tak yang dia balik awal kelmarin?" kata Minori-chan.

"Ye dengan Orihara-kun dan yang lain." Kata Kazuo. "Peliknya, dia tak pernah balik awal." sambungnya.

Kazuo juga tidak mengetahui sebab Rin pulang awal.

Kagamine-sensei masuk ke kelas. Ada setengah jam lagi sebelum kelas bermula. Pelajar di dalam kelas tersebut hairan dengan kedatangan Kagamine-sensei secara tiba-tiba itu.

"Minori-san, Akira-san dan Suzuki-kun. Saya nak jumpa kamu di bilik Kelab Hobi masa rehat tengah hari. Saya ada perkara penting nak beritahu." Kata Kagamine-sensei sebelum berlalu pergi dari situ.

Waktu rehat tengah hari tiba dan mereka pergi ke bilik kelab hobi seperti yang diarahkan. Kelihatan Kagamine-sensei dan Itsuka-san sedang menunggu mereka.

"Ada apa sensei?" kata Minori.

"Sebenarnya.." kata Kagamine-sensei sebelum dihentikan oleh Itsuka-san.

"Takpe sansei, biar saya jelaskan." Kata Itsuka-san sebelum menjelaskan segalanya kepada mereka dari A hingga Z.

Kini mereka mengetahui segalanya tentang Rin dan tester-tester lain dalam sekolah tersebut.Mereka seperti tidak boleh menerima kebenaran.

"Eh? Sensei.. Rin,.. " kata Minori kebingungan. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang telah dijelaskan oleh Itsuka tadi.

"Patutlah Rin nampak tertekan kebelakangan ni." Kata Akira.

"Sensei! Di mana Rin sekarang?" Kata Kazuo. Kali ini dia nampak agak serius.

"Kazuo tak pernah serius sebelum ni." Bisik hati Minori.

"Dia bersama tester lain sedang berada di Putrajaya, Malaysia. Saya dapat laporan yang mereka akan memasuki Portal hari ini. Tapi saya nasihatkan kamu untuk melupakan dia dan bersedia untuk situasi yang terburuk." Kata Kagamine-sensei.

Tiba-tiba pintu terbuka dengan kuat.

"Lupakan dia! Saya tak mahu kehilangan dia lagi! Sensei tolong bawa kami ke sana. Sekurang-kurangnya saya tak mahu dia pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal." Kata Tsumiki. Dia kemudian menangis kerana dia betul-betul tidak mahu berpisah dengan Rin.

"Ya! Sensei tolong. Dia kawan baik kami. Dia banyak tolong kami. Mungkin inilah masa yang terbaik untuk membalas budi baik dia." Kata Kazuo.

Dia teringat semula semasa Rin menyelamatkannya dari pembuli dahulu. Akira diam sahaja kerana dia berasa hatinya kosong. Dia baru sahaja menemui cinta pertamanya dan ia sudah bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal. Dia belum bersedia untuk semua ini.

"Baiklah, memandangkan kamu sudah tahu tentang semua ini saya akan cuba buat sesuatu." Kata Kagamine-sensei.

"Arigato sensei!" kata mereka semua sambil tunduk.

Sementara itu, di pengkalan bawah tanah rahsia kumpulan Mike seorang tester berkulit putih yang berpakaian serba hitam lengkap bersenjatakan mini portal sedang bersembunyi di sebuah bilik kecil. Kedengaran siren sedang dibunyikan. Walkie-talkie yang dipegangnya berbunyi.

"Ye, over."

"Ritchell, semua clear. Saya dah arahkan pengawal untuk mencari di kawasan penyimpanan senjata. Kamu selamat sekarang." Kata lelaki itu.

"Terima, saya akan menuju ke bilik kawalan sekarang."

Ritchell keluar dari bilik tersebut dan memulakan gerak untuk menyerbu bilik kawalan. Belum sempat sampai dia terlihat dalam 6 ke 7 orang pengawal sedang berkawal di sana.

Pantas dia mencari tempat persembunyian sebelum menghubungi rakannya.

"Rachel, ada pengawal kat sini. Saya tak boleh masuk." Komunikasi mereka dipintas. Rachell dalam masalah.

"Hahah, kamu ingat saya ni bodoh ke? But, terima kasih kepada ESCOM kerana memberikan kita mini portal ni. Pengawal! Tangkap dia! Saya perlukan dia hidup-hidup." Kata Mike sambil menunjuk ke arah butlernya Rachell.

"Cis, kamu dah tahu dari awal lagi! Kenapa tak tangkap je kami dari awal?" kata Rachell sambil cuba untuk mencapai sarung tangan mini portal yang berada di atas meja di belakangnya.

"Hahah, perlukah saya beritahu awak? Tak!"

Kesemua pintu ditutup rapat. Rachell dikelilingi oleh musuh yang bersenjatakan mini portal. Lebih kurang 10 orang musuh ada di kelilingnya. Mike hanya duduk dan melihat sahaja peetarungan tersebut.

"Mari lihat kemampuan awak, bekas orang kanan saya! Hahah." Kata Mike.

Sementara itu, di suatu tempat berdekatan dengan bilik kawalan, Ritchell masih cuba menghubungi kembarnya Rachell tapi gagal. Rancangan mereka mulanya ialah memasuki Bilik Komputer tanpa pertumpahan darah.

"Cis, plan A gagal. Masa untuk plan B." bisik hati Rachel.

Ritchell terus menyerbu kearah pengawal-pengawal itu dengan bersenjatakan pedang dan perisai. Pengawal yang belum bersedia dengan serangan tersebut dan dengan mudah dikalahkan oleh Ritchell. Belum sempat dia membuka pintu besi itu dia telah diserang dari belakang. Satu das tembakan hampir sahaja mengenai kepalanya. Dia berpaling untuk menghadapi musuh.

"Kamu ingat saya akan biar kamu senang-senang je nak masuk? Jangan harap!"

"Cis, Ryev. Bukankah kamu di England?"

"Tugas saya di sana dah berakhir. Sekarang masa untuk tamatkan riwayat hidup awak!" kata Ryev sambil mengacukan pistolnya kearah Ritchell.

"Kita tengok siapa yang lebih baik!" Jerit Ritchell dan meluru kearah Ryev sambil menahan tembakan tersebut dengan perisainya. Sebaik sahaja dia berada betul-betul di hadapan Ryev dia terus menghayunkan pedangnya untuk menyerang. Ryev menghalang libasan tersebut dangan menggunakan pisau rambo. Ryev menendang Ritchell dengan kuat di bahagian abdomennya yang terdedah. Ritchell terhumban ke dinding akibat dari tendangan Ryev. Dia menahan kesakitan.

Dia meluru lagi untuk kali kedua dan kali ini dia menggunakan perisainya untuk membuat bukaan. Hayunan perisainya dan menyebabkan Pistol terlepas dari genggaman Ryev. Ryev berundur sedikit.

"Rapier!" sebilah pedang muncul dan Ryev membuang pisau rambonya.

"Akhirnya, kita setaraf sekarang." Kata Ritchell.

"Hmph, setaraf? Awak jauh ketinggalan dari saya!" Katanya dan meneruskan serangan.

Lain pula ceritanya di tempat Rachell. Setakat ni dia berjaya menewaskan 5 orang pengawal Mike.

"Hahah, seperti yang dijangka dari bekas orang kanan saya. Bagus! Ni semakin menyeronokkan!"

Rachell dengan bersenjatakan tongkat sakti berdiri di tengah-tengah 5 orang pengawal yang bersenjatakan two-handed sword dan claws. Musuh menyerbu kearah Rachell.

"Summon: Dark Angel!" Dua Dark Angel telah keluar untuk mempertahankan tuannya. Salah seorang pengawal yang bersenjatakan claw cuba untuk menyerang Rachell tetapi serangannya dengan mudah dipatahkan oleh Dark Angels.

Kemudian Dark Angels mengeluarkan holy spear dan menyasarkan serangan kearah pengawal-pengawal tersebut. Mereka tidak berpeluang langsung dalam pertarungan ini.

"Cis, cukuplah berseronok dengan pengawal saya. Mari berseronok dengan saya pula!"

Mike melompat dari tempat duduknya dan dengan pantas mendekati Rachell. Libasan pedangnya hampir sahaja mengenai badan Rachell. Rachell hanya mampu mengelak libasan-libasan pedang Mike dan dia tidak sempat mengeluarkan spell kerana libasan itu terlalu pantas.

Akhirnya, libasan Mike yang berjaya dihalang oleh Rachell dengan menggunakan tongkat yang dipegangnya.

"Frost Bind!"Serangan terburu-buru Mike membawa padah apabila dia terikat dengan Frost Bind dan tidak dapat berbuat apa-apa.

"Mana penggodam tu?" Mike hanya diam. Dia kelihatan takut untuk memberitahunya.

"Jawab atau saya.." Kata Rachell.

"K..kk..kami tak tahu! Kami hanya menurut arahan!" kata Mike. "Tt...to..tolong jangan bunuh saya!"

Rachell hanya diam. Mike kemudian menekan sesuatu yang dipegangnya dari tadi.

"Sekurang-kurangnya kita mati sama-sama!" kata Mike dan ketawa seperti orang gila.

Rachell berjaya memecahkan salah sebuah pintu besi dengan Spell Burstnya dan keluar dari situ. Tempat tadi meletup dan musnah sepenuhnya.

"Dia rela mati dari membuka mulut." Bisik hati Rachell.

Dia kemudian cuba menghubungi Ritchell tetapi walkie-talkienya musnah semasa pertempuran tadi. Dia bergerak pantas mencari kembarnya itu. Tidak lama kemudian dia tiba di tempat pertempuran yang terletak tidak jauh dari kawalan. Pertarungan sengit sedang berlaku antara Ritchell dan Ryev. Ritchell sedang dalam masalah, dia tidak dapat bergerak dan hanya mampu bertahan dari serangan bertubi-tubi oleh Ryev.

Ryev mempunyai senjata Rapier yang ringan dan dapat membuat serangan yang sangat pantas. Manakala, perisai dan senjata Ritchell direka untuk pertahanan. Rachel datang membantu.

"Frost Bind!" Ia hampir mengena Ryev tetapi dengan refleks pantasnya dia berjaya mengelak serangan tersebut.

Kemudian Ryev menukar pedangnya menjadi panah.

"Cis, dia tukar pergi senjata ranged pula." kata Ritchell.

"Mainan sampah. Saya lebih suka bermain dengan pistol dan pisau Rambo. Tapi saya mengaku ia menyeronokkan."

Dia berlari dan melompat setinggi yang boleh untuk mendapatkan sudut yang sesuai sebelum melepaskan panahannya. Malangnya kesemua panahannya berjaya dihalang oleh Divine Shield Ritchell.

"Saya selalu nak guna tu dulu." Kata Ritchell sebelum terbatuk dan memuntahkan darah. Kecederaannya agak parah setelah menahan serangan bertubi-tubi Ryev.

"Awak ada 10 saat untuk kalahkan dia. Dia tu lincah, hati-hati."

Rachell merancang strategi. Masa seolah-olah terhenti seketika.

"Aku Enchanter dan dia seakan class Rogue. Kelincahan Rogue menjadi kelebihan di medan tempur menyebabkan dia class yang agak popular di kalangan pemain baru. Tapi..." Rachell tersenyum dan memulakan geraknya.

"Hahah, berlindunglah seperti kura-kura kawan!" kata Ryev dan terus memanah bertubi-tubi.

"Spell Burst!"

Dengan pantas Ryev mengelak serangan tersebut.

"Multicast!" Multicast membolehkan skill yang telah digunakan oleh Enchanter diulang sebanyak 5 kali. Serangan tadi sangat pantas sehinggakan kelincahan Rogue pun tidak mampu mengelaknya.

Ryev rebah ke tanah. Rachell kemudian menggunakan Frost Bind untuk mengunci pergerakan Ryev.

"Cis, tak guna!"

"Beritahu kami di mana penggodam tu atau.."

Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Ryev menyebut sesuatu tetapi tidak berapa jelas dan tidak lama kemudian dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Mereka agak kecewa kerana tidak mendapat apa-apa maklumat dari Ryev. Mereka pergi ke bilik kawalan dan mendapati tiada sesiapa di sana. Perasaan pelik mula membelenggu diri mereka berdua kerana tiada langsung pengawal yang berkawal atau memberi tentangan. Sangat mencurigakan!

Tanpa melengahkan masa mereka terus berlari ke pintu keluar. Jangkaan mereka tepat. Bom yang telah dipasang di seluruh kawasan tersebut meletup dan meranapkan sepenuhnya.

"Fuhh, nasib baik." Kata Ritchell.

"Saya rasa saya tahu apa yang dia kata tadi." Kata Rachell.

"Eh? Betul ke ni?" Rachell mengangguk dan memapah kembarnya yang cedera itu ke helicopter yang telah ditinggalkan oleh musuh dan pergi dari situ.