Setelah mendengar cerita dari Okumura, Takanashi dan Orihara, ingatan Rin semakin pulih.
"Sensei betul dah ingat ke?" soal Takanashi.
"Masih kabur." kata Rin.
"Takpe nanti awak ingat lah tu." kata Orihara.
"Saya rasa sesuatu yang pelik sedang berlaku." kata Okumura.
"Saya pun sama. Rasanya ESCOM cuba mengumpulkan semula Tester." kata Orihara. "Saya ada terima panggilan 2 hari lalu dari ESCOM. Diorang arahkan saya untuk pergi ke Jepun. Masa saya kat lapangan terbang saya diberi ID baru sebagai Orihara Yu." sambungnya.
"Saya rasa pelik, tiap hari ada je 3 orang lelaki berlegar-legar di luar rumah." kata Okumura.
"Tapi kenapa ESCOM buat macam ni dan kenapa di Jepun?" kata Takanashi.
Bunyi lonceng menunjukkan masa rehat telah tamat. Mereka menamatkan perbincangan mereka dan menuju ke kelas masing-masing.
"Orihara. Apa nama awak sebelum ni?" soal Rin.
"Yusuf Eizlan. Kita kawan sejak tingkatan 3 lagi."
Rin kemudian teringat berberapa pristiwa bersama dengan Yusuf Eizlan semasa di sekolah dulu. Sakit kepala Rin kembali, hampir sahaja dia pitam.
"Rin, kamu tak apa-apa ke?" soal Orihara.
"Tak, saya ok je." Kata Rin menyembunyikan rasa sakit kepalanya dan terus menuju ke kelas.
Masa persekolahan telah tamat. Rin dan Kazuo sedang berkemas.
"Fuh tight gila jadual hari ni." kata Kazuo.
"Weh, hari ni ada perjumpaan kelab. Jom pergi bilik kelab hobi." ajak Rin.
"Eh, kita dah ada bilik kelab ke Rin?" tanya Akira.
"Ye, kat sebelah Kelas Ekonomi Rumah Tangga. Kelas kosong." kata Rin.
Mereka berempat pun pergi ke sana. Kelas yang dikatakan kosong tu tidaklah kosong sangat. Meja di kelas itu tersusun rapi.
"Wah, sangat sesuai." kata Minori.
"Jadi apa aktiviti hari ni?" kata Kazuo. "Oh, saya tau .. jom...." belum sempat menghabiskan kata-katanya dia dipukul oleh Akira.
"Daripada awak cakap benda-benda tak senonoh bagus saya pukul awak dulu." kata Akira sambil mengenggam penumbuknya.
"Ehehe," kata Kazuo. "Jadi serius ni, apa kita nak buat hari ni?"
"Takde apa-apa. Penasihat kelab kita Kagamine –sensei tak dapat datang hari ni sebab ada urusan penting kat pejabat. Jadi kita takde apa-apa aktiviti hari ni." kata Rin.
"Rin, saya ada nampak awak , budak baru tu, Takanashi-senpai dan Okumura pergi ke dojo tadi. Apa korang buat di sana?" tanya Minori.
"Eh, takde apa-apa yang penting pun. Ehehe." kata Rin menyembunyikan perkara sebenar.
"Konbanwa." sapa Tsumiki.
"Senpai buat apa kat sini?" tanya Kazuo.
"Saya nak join kelab kamu." kata Tsumiki.
"Eh! Bukankah senpai dah ada kelab?" soal Akira.
"Mana ada."
"Yosh! Senpai dah join kelab kita. Esok bolehlah senpai hantar borang ahli kat Kagamine-sensei." kata Rin.
Setelah menghabiskan masa menyusun dan mengemas barangan di sana mereka semua bersiap untuk pulang.
"Eh, ingatkan ada aktiviti tadi. Baik saya balik awal tadi." keluh Kazuo.
"Ish Suzuki-kun ni. Pemalas." kata Minori.
"Saya minta diri dulu, ada benda penting nak buat lepas ni. Jumpa esok." kata Rin sebelum berlalu pergi.
Semasa dalam perjalanan ke rumah dia terserempak dengan Itsuka. Itsuka seperti cuba memberitahu dia sesuatu. Belum sempat menoleh ke belakang Rin dipukul di kepalanya menggunakan objek tumpul. Penglihatannya semakin kabur. Sebelum pengsan dia nampak yang Itsuka ditangkap oleh dua orang lelaki bertopeng namun dia tidak mampu berbuat apa-apa.
Pagi itu, Rin mendapat panggilan dari ESCOM yang mengarahkannya untuk pergi ke Jepun atas alasan pemeriksaan kesihatan. Dia telah mengemaskan barang-barangnya kerana dia diberitahu ia akan mengambil masa yang lama. Penerbangannya dijadualkan pada waktu petang. Sebaik sahaja dia tiba di lapangan terbang KLIA dia menelefon sahabat baiknya Yusuf.
"Helo, siapa ni?" tanya Yusuf.
"Suf, ni Nazrin."
"Eh, Rin ada apa?"
"Saya nak bertolak ke Jepun hari ni."
"Buat apa kat Jepun?"
"Pemeriksaan kesihatan. ESCOM recommend. Diorang kata akan ambil masa yang lama jadi tulah saya call."
"Oh, baik-baik kat sana." nasihat Yusuf. "Nanti saya inform guru kelas."
Masa penerbangan yang telah dijadualkan telah tiba. Dia menuju ke kapal terbang. Perasaan pelik menyelubungi hati Rin apabila mendapati kapal tersebut hanya dinaiki 4 penumpang.
"Hmm, mungkin ditempah khas oleh ESCOM." Bisik hati Rin cuba menenangkan hatinya yang gelisah.
Setelah berberapa jam berlalu ketika Rin hampir terlelap. 3 orang lelaki yang tidak dikenalinya berdiri dan menuju kearahnya. Mereka masing-masing mengeluarkan senjata. 2 orang bersenjatakan pistol dan seorang menggunakan pisau Rambo. Rin bingkas berdiri tanpa disedarinya dia telah memegang sebilah pedang. Kekuatan luar biasa dapat dirasai sebaik sahaja pedang tersebut berada dalam genggaman Rin. Seperti berada di dalam PORTAL Rin hanya perlu membuat posture dan badannya bergerak dengan sendiri. Dua libasan sahaja diperlukan oleh Rin untuk menewaskan 2 orang musuh bersenjatakan pistol. Hanya tinggal seorang penyerang lagi. Pedang yang dipegang Rin mula pudar dan hilang. Penyerang memanfaatkan peluang tersebut sepenuhnya. Dia berkali-kali melakukan percubaan untuk menikam Rin tetapi ketangkasan Rin menyelamatkan nyawanya. Rin cuba merampas pisau penyerang tersebut. Ia mengundang padah apabila pisau tersebut menikam perutnya. Walaupun begitu Dia berjaya merampas pisau tadi dari penyerang tersebut. Satu goncangan yang kuat mengegarkan kapal terbang tadi dan penyerang tersebut terhantuk dan terbaring kaku.
Tanpa membuang masa dia kemudian menuju ke kokpit dan dia mendapati kedua-dua pemandu kapal telah dibunuh dan kapal tersebut dalam mod Autopilot. Dengan pantas dia mengambil beg payung terjun kecemasan yang ada di belakang kokpit dan melompat keluar dari kapal. Dia melakukan pendaratan yang sukar di sungai yang berada dekat dengan sebuah bandar. Kepalanya terhantuk di tebing sungai tersebut. Dia pengsan dan dihanyutkan oleh arus.
Rin terbangun, dia menyedari yang dia sedang berada di gudang terbiar dan digari pada tiang besi dan Itsuka-san sedang diikat di kerusi di hadapannya.
"Akhirnya." kata Seorang penjahat yang berpakaian tuksedo. "Sebenarnya saya agak sedih kamu tidak terbunuh semasa nahas kapal terbang haritu dan masa yang sama saya juga gembira kamu tak terbunuh. Nak tahu kenapa?" katanya sambil memberikan riak muka yang menjengkelkan.
Rin mendiamkan diri.
"Hmph, boring. Saya tanya saya jawab. Sebab kamu salah seorang tester dan kamu juga anak kepada kedua profesor yang mencipta PORTAL. Bonus! Dapat kau je dah cukup. Hahah." Kata lelaki itu lagi. "Oh, agak tak sopan saya ni. Saya Mike Xavier. Selamat berkenalan."
"Saya tak nak kenal kamu pun." Kata Rin.
"Hmph, sorang dah tumpas tinggal sembilan lagi. Kalau melawan bunuh je senang sikit kerja hahah!"
"Kau dah gila."
"Gila? Ibu bapa kamu tu yang gila menciptakan peranti yang bakal memusnahkan dunia ni. Sekarang cakap siapa gila!" kata Mike sebelum ketawa terbahak-bahak.
"Diorang takkan berniat macam tu." bantah Rin.
"Oh, kamu pasti ke yang mereka tidak bertujuan untuk mencipta senjata-senjata yang tidak terbatas banyaknya?" kata Mike sambil memberikan jelingan yang menjengkelkan. "Oh, sudah-sudahlah bercakap. Kamu buat saya meluat." sambungnya dan mengalihkan pandangan kearah Itsuka-san.
"Jangan libatkan dia, dia tiada kaitan dengan semua ni. Kalau kamu buat apa-apa dengan dia saya akan...."
"Kamu nak buat apa? Jerit? hahahah." Kata Mike dan mengusap rambut Itsuka-san sebelum mencium rambutnya.
"Harumnya." Katanya sambil menjelirkan lidahnya.
Rin akhirnya dapat melepaskan diri.
"Saya dah agak ini akan berlaku. Pengawal!"
Pengawal-pengawal itu bersenjatakan mini portal. Ia tidak mematahkan semangat Rin untuk terus berjuang demi mempertahankan dirinya dan yang lebih penting lagi menyelamatkan Itsuka.
Pedang saber muncul di tangan Rin. Ingatannya sedikit demi sedikit kembali, dia mengingati gerakan-gerakan yang dipelajarinya semasa bermain Closed Beta dulu. Dia mengelak setiap serangan musuh dengan mudah. Langkahnya dimulakan dengan menyerang pengawal dengan senjata teringan dahulu untuk mengurangkan kemungkinan damage yang akan diterimanya.
Pemikirannya seperti seolah-olah dia sedang berlawan dengan monster dalam game. Setelah menumbangkan kesemua pengawal yang bersenjata ringan barulah dia mengalihkan perhatiannya kepada pengawal-pengawal berat. Rin seolah-olah menikmati pertarungan itu. Riak muka dan sifat Rin berubah 180 darjah semasa bertarung. Tinggal pengawal berat yang terakhir. Dia bersenjatakan WarHammer. Rin dengan mudah mengagak gerakan musuh dan menyerang titik lemah musuh.
"Cis, macam mana awak.."
"Mempunyai senjata yang kuat tak bermakna kamu mahir mengunakannya." kata Rin.
"Cis!" kata Mike sebelum melarikan diri dengan helicopter peribadinya.
Rin terus pergi ke arah Itsuka-san dan melepaskan Itsuka dari ikatan.
"Kamu tak apa-apa?" kata Rin. "Dia ada buat apa-apa dengan kamu?"
Itsuka-san mengelengkan kepala. "Arigato, Rin-kun."
Dia tercedera di bahagian bahu kerana terkena serangan musuh tadi.
"Rin, bahu awak.." kata Itsuka-san risau akan keadaan Rin.
"Ah, ni. Daijobu. Saya tak apa-apa." kata Rin sambil senyum bagi menyembunyikan kesakitannya.
Itsuka-san memeluk Rin.
"Gome, gome. Saya buat awak cedera." dia menangis dalam pelukan Rin.
"Takpe, bukan salah awak. Awak Cuma berada di tempat yang salah pada masa yang salah je. Jangan risaulah." kata Rin cuba menenangkan Itsuka-san.
Cik Kagamine tiba di tempat kejadian. Dia mengenakan baju kalis peluru JSFnya. Dia mengarahkan pasukannya untuk mengeledah gudang itu kemudian terus meluru ke arah Rin.
"Rin, kamu tak apa-apa?" kata Cik Kagamine.
"Eh, neesan dengan JSF?" kata Rin.
"Ye, gome saya tak bagitahu kamu sebelum ni."
"Takpe, saya faham." Kata Rin.
"Itsuka-san. Malam ni kamu tinggal di rumah sensei. Jangan risau, nanti sensei beritahu parents kamu." kata Kagamine. "Memandangkan kamu dah terlibat dengan semua ni. Saya akan beritahu kamu semua tentang kami. Tapi janji jangan beritahu orang lain."
"Saya janji." dia menoleh ke arah Rin sambil memberikan senyuman yang manis. Dia gembira dapat berkongsi rahsia dengan seseorang yang disukainya.