Berberapa hari telah berlalu sejak kejadian penculikan Rin dan Itsuka. Sejak itu tiada apa-apa aktiviti yang mencurigakan berlaku. Walaupun begitu Cik Kagamine mengambil langkah berhati-hati dengan mengarahkan orang-orangnya untuk menjaga kawasan sekitar luar sekolah. Rin kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Kecederaan yang dialaminya semasa bertempur dengan pengawal-pengawal Mike hampir sembuh.
Petang itu, kelab Hobi telah membuat perjumpaan keduanya dan kali ni Cik Kagamine datang untuk memantau mereka. Tiba-tiba pintu kelas dibuka dengan kuat. Takanashi tanpa memberi salam terlebih dahulu terus meluru ke arah Rin.
"Sensei! Benarkan saya masuk ke dalam kelab ni!" kata Takanashi sambil tunduk.
"Ehem, saya sensei kat sini." kata Cik Kagamine.
Takanashi kemudian beralih kepada Cik Kagamine dan tunduk.
"Benarkan saya masuk ke kelab ni!" pinta Takanashi lagi.
Dia sangat berminat untuk masuk kelab yang sama dengan Rin.
"Baiklah, tapi kamu kena letak jawatan kamu di Kelab Kendo." kata Cik Kagamine.
"Baiklah sensei! Apa saja untuk sensei!" kata Takanashi sebelum berlari keluar untuk menulis surat perletakan jawatannya sebagai ketua Kelab Kendo.
Sebaik sahaja Takanashi keluar, Itsuka pula mengetuk pintu.
"Konbanwa, boleh saya masuk?" katanya dengan sopan.
"Ye, ada apa Matsuyama-san?" kata Cik Kagamine.
"Sebenarnya..." kata Matsuyama-san sebelum berbisik dengan Kagamine-Sensei.
"Memandagkan kamu takde kelab. Kamu boleh masuk."
"Matsuyama Itsuka kelas 1-C. Selamat berkenalan." kata Itsuka-san sebelum pergi mengambil tempat di sebelah Rin. Dia membisikkan sesuatu ke telinga Rin.
"Eh, Rin kenal budak tu ke? Atau.." bisik hati Minori.
Tsumiki yang duduk di sebelahnya pun memikirkan perkara yang sama. Sedang mereka membincangkan carta organisasi kelab mereka didatangi oleh seorang lagi pelajar.
"Konbanwa, saya menganggu ke?" kata Orihara.
Akira yang sedang membaca buku dari tadi menoleh kearah Orihara. Dia seperti hanyut dalam bayangan.
"Akira-chan," kata Minori dan menyiku Akira. Lamunan Akira terhenti. "Eh, saya tak pernah lihat awak mengelamun sebelum ni. Jangan-jangan..."sambungnya sabil menjeling ke arah Orihara yang sedang berdiri dipintu.
"Jangan malu-malu ye Akira-chan. Saya ship awak." kata Tsumiki sambil memberi isyarat thumbs up.
"Eh, takdelah korang ni." kata Akira-chan. Mukanya merah padam.
"Baiklah Orihara-kun, kamu perkenalkan diri."
"Dia masuk kelab ni?" bisik hati Akira.
"Nama saya Orihara Yu. Selamat berkenalan." katanya sebelum mengambil tempat di sebelah Kazuo.
"Orihara-kun, ada perempuan yang..." belum sempat menghabiskan ayatnya sebuah novel melayang di hadapan Kazuo. "Ehehe, gurau je."
Orihara-kun mengambil novel tersebut dan pergi ke arah Akira-chan. Semakin dekat Orihara-kun semakin jangtungnya berdegup dengan pantas.
"Nah, ini novel awak kan." kata Orihara-kun sambil memberikan senyuman yang manis.
Akira-chan cair oleh budak berkaca mata yang baru berpindah di sekolah mereka.
"A...ari..Arigato." kata Akira malu-malu.
Mereka kembali membincangkan tentang carta organisasi dan sebelum perjumpaan mereka tamat Takanashi sempat menghantar borang ahli kepada Kagamine.
Selesai sahaja perjumpaan mereka bersiap untuk pulang ke rumah masing-masing.
"Gome, saya ada benda penting nak buat." kata Rin.
Dia memimpin tangan Itsuka-san dan pergi dari situ. Mereka semakin curiga dengan tindak-tanduk Rin.
"Lagi? Rin nampak sibuk je tiap hari." ujar Kazuo.
"Orihara-kun." panggil Akira. "Boleh tak.. Boleh tak kita jalan sama-sama?" sambungnya.
"Ye, boleh juga. Sunyi juga rasanya kalau pulang sorang-sorang." kata Orihara.
Akira berjalan kearah yang berlainan dari mereka bertiga. Dia menolah kebelakang dan dia melihat kawan-kawannya sedang memberi semangat kepadanya.
"Akira-chan, cinta pandang pertama ye." kata Kazuo.
"Kazuo, awak bila lagi?" kata Tsumiki dengan nada mengusik.
"Haha kalau dengan senpai boleh?" kata Kazuo bergurau.
"Talian putus.. cuba lagi." Kata Tsumiki membalas usikan Kazuo.
Sementara itu, Rin dan Itsuka pula pergi ke tempat yang diminta.
"Kat sini ke?" tanya Rin.
"Ye, tapi kenapa bawa saya sekali."
"Saya risaukan keselamatan awak. Lagipun mereka kirimkan masej tu kepada awak kan." jawab Rin.
Mereka kemudian memasuki Kafe maid tersebut. Sebaik saja mereka masuk, mereka dilayan oleh dua wanita berpakaian maid. Disebabkan mereka nampak seperti pasangan mereka diminta untuk pergi ke meja eksklusif untuk pasangan kekasih.
"Ehhh!" bisik hati Itsuka-san. Mahu sahaja dia berteriak. Dia berasa sangat malu dan pada masa yang sama gembira bersama dengan Rin di meja tersebut.
Dua orang wanita menghampiri mereka. Mereka berdua duduk bertentangan dengan Rin dan Itsuka-san.
"Hello, Rin. Lama tak jumpa." Kata salah seorang perempuan.
"Siapa awak?" kata Rin. Dia mengenali wajah-wajah wanita tersebut tetapi dia tidak meningati nama mereka berdua.
"Saya Sarah Ann dan ni kawan saya Jennifer Laurence. Jangan cakap yang awak tak ingat kami Rin."
"Takdelah, saya memang ingat pun. Saja tanya tadi sebab nak pastikan." Kata Rin sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. "Oh ya, ni kawan saya Matsuyama Itsuka."
"Hai Itsuka." Kata Jennifer dan bersalam dengan Itsuka.
"Wah, kepten dah dapat girlfriend.. baru dua bulan di sini." usik Sarah,
"Jadi ada apa panggil saya di sini?" kata Rin.
"Saja nak jumpa kepten." kata Jennifer.
"Eh, taklah. Kami nak bercakap dengan kepten tentang apa yang sedang berlaku sekarang." kata Sarah. Nadanya agak serius berbanding tadi. "Kepten tahu apa-apa tak tentang kenapa ESCOM nak kumpulkan semula testernya di Jepun? Kami dapat panggilan dari ESCOM untuk ke sini tapi mereka tak bagitahu kenapa." sambungnya
"Fuhh, kami agak rush juga. Yelah kalau arahan dari ESCOM, mesti hal penting." kata Jennifer.
"Sebenarnya, kita semua dalam bahaya sekarang." jelas Rin. "Tempoh hari saya dan Itsuka kena serang. Diorang bawa kami ke gudang di luar bandar." Sambungnya lagi.
"Eh, betul ke ni Rin?" kata Sarah.
"Kalau kepten ialah sasaran mereka mesti mereka nak dapatkan maklumat tentang Projek PORTAL tu kan." kata Jennifer.
"Tak, diorang dah tau tentang Projek PORTAL. Bukan tu ja, korang berdua ingat lagi tak yang kita boleh summon senjata." kata Rin.
"Haah kesan sampingan chip tu kan?" kata Sarah.
"Diorang pun dah ada chip tu."
"Jadi kenapa mereka perlukan tester lagi?" kata Jennifer.
"Saya pun tak tahu. Mungkin diorang nak jadikan kita tebusan." jelas Rin
"Pesanan sampai." kata pelayan yang berpakaian maid itu.
"Eh, susah-susah je." kata Rin.
"Takpe, kami cuma nak meraikan reunion dengan kepten." kata Jennifer.
Rin menoleh ke arah Itsuka-san yang diam sahaja dari tadi.
"Itsuka-san." panggilan Rin melenyapkan lamunan Itsuka.
"Ye?"
Rin menghulurkan minuman untuk Itsuka-san.
"Nah, minumlah."
"Arigato."
Setelah menghabiskan minuman mereka Rin meminta diri.
"Fuhh, ingatkan siapa tadi." kata Rin menghela nafas lega. "Risau saya. Gome, Itsuka-san menyusahkan awak hari ni."
Itsuka-san mengelengkan kepala.
"Taklah, sebenarnya.. saya agak gembira awak bawa saya sekali."
"Ye? Baguslah kalau macamtu. Saya ingat awak marahkan saya tadi."
"Jadi mereka berdua tu tester lah ye." Kata Itsuka.
"Mereka berdua tester dari England. Sebenarnya mereka agak popular di England sebagai streamer terutama untuk komuniti Elguard Online di sana. Sebelum jadi streamer mereka hanya penjaga kaunter kat supermarket je." Itsuka-san yang kurang memahami istilah gaming tu hanya menangguk.
Mereka terserempak dengan seorang lelaki misteri. Lelaki itu mengenakan pakaian jaket tebal.
"Rin." kata lelaki itu.
"Siapa awak?" katanya sambil memberikan isyarat kepada Itsuka-san untuk pergi bersembunyi.
"Siapa saya? Saya ialah orang terakhir yang awak akan nampak." katanya lagi.
"Mike hantar awak kan." Rin cuba melengahkan masa. Dia telah menghantar isyarat kecemasan kepada Cik Kagamine seperti yang diarahkan.
"Mike? Haha saya takde kaitan dengan si penakut tu." katanya sebelum mengeluarkan pistol SR1 Gyurza dan pisau rambo dari dalam jaket tebalnya itu.
Dia melepaskan dua das tembakan kearah Rin. Rin sempat mengelak. Itsuka-san yang bersembunyi tidak jauh dari situ hanya melihat tanpa dapat berbuat apa-apa.
"Mana bantuan ni?" bisik hati Rin.
"Rin, awak tak apa-apa?" kata Jennifer. "Cis, kau lagi." sambungnya.
"Dua wanita cantik yang berjaya mempersonakan saya dengan gaya berlawan mereka yang unik. Tak sangka kita berjumpa lagi." Kata lelaki itu. "Malangnya, sasaran saya hari ni bukan kamu berdua."
"Langkah mayat saya dulu." kata Sarah.
Mereka membuka serangan dengan melakukan tumbukan dan cubaan untuk menjatuhkan lelaki itu. Malangnya serangan mereka berjaya diagak oleh lawan dan dengan mudah dia mengelak.
"Oops, cuba lagi."
"Cis," kata Jennifer dan mereka berpandangan sesama sendiri.
Mereka seakan-akan merancang sesuatu. Lelaki itu menembak kearah Jennifer. Sarah dengan pantas pergi kebelakang musuh dan mengunci lawan dari belakang. Lelaki itu melepaskan diri dari jaketnya dan cuba mengacukan pistol kearah Sarah untuk menembak. Jennifer berjaya menangkap tangan lelaki tersebut dan memukul tangannya. Pistol yang dipegangnya terlepas. Lelaki itu kemudian menggunakan pisau untuk menikam Jennifer. Belum sempat pisau itu mengenai badan Jennifer, Sarah sempat menendang pisau itu dari tangan musuh.
"Haha bijak, kamu rancang untuk membuang senjata saya." kata lelaki tu. "Cis, buang masa je lawan dengan kamu." sambungnya sebelum melarikan diri dari situ.
"Rin kamu tak apa-apa?" soal Itsuka.
"Ye, saya ok. Arigato kamu berdua sebab tolong saya. Power gak korang berdua berlawan ye."
"Eh, takde apa-apalah." kata Jennifer.
"Kitaorang ada ambil kelas seni bela diri kat England. Tambahan lagi kesan sampingan dari chip." kata Sarah.
"Rasa macam kebal pun ada hahah." kata Jennifer.
"Lelaki itulah yang serang kami masa kami di England hari tu. Dia ialah Ryev Podolski. Tentera upahan dari Rusia." jelas Sarah.
Tidak lama kemudian, Leftenan Kagamine tiba dengan berberapa orang ejen JSF.
"Rin, gome. Kami lambat." kata Leftenan kagamine.
"Kamu berdua jangan risau. JSF akan mengetatkan lagi kawalan disekitar sini."
"Hmph, kami tak perlukan pengawal." kata Sarah.
"Sarah!!" kata Jennifer. "Arigato. Kami hargai usaha kamu."
Leftenan Kagamine membawa Rin dan Itsuka-san masuk dalam kenderaan SFJ dan berlalu pergi dari situ.