Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Di mana aku sekarang?

🇲🇾FrostHunter
--
chs / week
--
NOT RATINGS
149.9k
Views
Synopsis
Rin sorang remaja misteri telah tekandas di sebuah bandar di Jepun. Apabila dia tersedar dia berada di sebuah lorong dan mengalami kesan tikaman di bahagian perutnya. Namun memori tentang kejadian yang telah menimpanya agak samar. Tanpa diduga dia telah diselamatkan oleh seorang wanita yang kebetulan lalu di kawasan itu. Apakah dia menyelamatkan Rin atas rasa simpati atau adakah motif lain di sebaliknya? Ketahuinya dalam novel ringan Where am I now.
VIEW MORE

Chapter 1 - Di mana saya?

"Ah, di mana ni? Bukankah ni Jepun?" bisik hati Nazrin. Dia sedang memerhatikan keadaan sekeliling. Papan tanda yang bertulisan hiragana itu jelas menunjukkan yang dia berada di Jepun.Dia tidak menghiraukan di mana dia berada sekarang. Dia hanya mempedulikan kecederaannya setelah mengharungi situasi sukar tadi.

"Saya perlu cari hospital. Er!" dia merasakan lukanya semakin membesar.

Baju T-shirtnya semakin dibasahi darah tapi apakan daya dia masih tidak menemui pusat kesihatan yang berdekatan. Tambahan pula, jam tangannya telah menunjukkan 12 tengah malam. Tiada sesiapa yang kelihatan berkeliaran pada waktu tersebut. Semua penduduk di kawasan tersebut sudah tidur dengan lena.

Hampir berputus asa, tiba-tiba seorang wanita jepun yang berumur 20an kebetulan lalu di kawasan tersebut dan terlihat Nazrin dalam keadaan yang parah. Wanita itu cuba membantunya. Dia bercakap dalam bahasa jepun. Nazrin menunjukkan tanda bahawa dia tidak memahami bahasa jepun. Tidak lama kemudian pandangannya menjadi gelap.

Nazrin terbangun di sebuah bilik. Dia kini sedang berada di sebuah hospital. Dia ditempatkan di wad jagaan khas. Dia berasa sedikit kelegaan apabila mengetahui yang dia berada di hospital. Dia kemudiannya teringat tentang wanita jepun yang cuba membantunya semalam. Dia tertanya-tanya siapakah wanita itu? Kenapa dia berada di tempat yang sunyi pada waktu tersebut?

Dia teringatkan sesuatu. Matanya meliar ke sekeliling wad mencari dompetnya. Di sana terletaknya dokumen yang penting untuk dirinya. Ianya hilang! Macam mana aku nak balik? Dia memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang buruk yang bakal terjadi padanya.

"Aku baru 16 tahun. Semua ini terlalu pantas." keluh Nazrin.

Tiba-tiba kedengaran suara seorang wanita sedang berbual di luar wadnya. Rupanya suara tersebut ialah suara wanita yang membantunya semalam. Wanita tersebut mengambil tempat duduk di sebelah katil Nazrin.

Wanita tadi cuba membuka bicara tetapi dalam bahasa jepun. Nazrin sekali lagi menunjukkan tanda yang dia tidak memahami bahasa jepun.

"Oh, sumimasen. Nama saya Kagamine Aoko. Selamat berkenalan." Katanya sambil tersenyum lebar. Dia berasa sangat gembira melihat Nazrin yang semakin pulih.

"Nama saya Nazrin Aiman. Selamat berkenalan juga. Eh, cik pandai berbahasa melayu?" Tanya Nazrin.

"Ye, saya pernah bekerja di Malaysia sebelum ni. Saya sudah agak kamu orang Malaysia."

"Ye?..." Macam mana dia tau? Nazrin tidak menceritakan tentang bagaimana dia terkandas di jepun kerana ingatannya tentang kejadian itu terlalu kabur untuk diceritakan.

"Oh ya, cik ada Nampak dompet saya?" Tanya Nazrin dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak.

"Tak, kenapa?"

"Habislah aku." Kata Nazrin sambil memikirkan perkara terburuk yang mungkin akan berlaku.

"Jangan risau, semua kos perubatan kamu saya tanggung. Saya juga telah daftarkan kamu sebagai anak buah saya."

"Apa!? Macam mana cik uruskan? Daftar saya sebagai anak buah cik?" Nazrin kehairanan .

"Senang jelah, kalau kamu kenal ramai orang semua akan menjadi senang. Jadi, sementara saya cari cara nak hantar kamu pulang. Kamu tinggallah di rumah saya." Kata cik Kagamine sambil menghulurkan ID baru Nazrin.

"Kagamine Rin eh. Cantik nama. Terima kasih banyak-banyak cik. Saya tak tahu macam mana nak balas jasa baik cik." Kata Nazrin dan menghela nafas lega.

Namun jauh dalam lubuk hatinya dia merasa ada sesuatu yang tidak kena yang sedang berlaku pada dirinya. Dia tidak mempercayai 100% kata-kata Cik Kagamine. Disebabkan dia kehilangan memori silamnya dia tiada pilihan selain dari menerima sahaja bantuan darinya.

"Takpe, Saya dah cukup gembira dapat membantu kamu. Belanja saya minum pun dah cukup." Kata cik Kagamine bergurau. "Oh ye, lupa nak bagi tahu kamu tadi. Doktor kata kecederaan kamu taklah teruk sangat dan kamu boleh keluar esok." Terang cik Kagamine.

"Jadi esok ialah permulaan hidup saya di sini lah ye. Hehe tak sabar rasanya." kata Nazrin. "saya harap saya tak menyusahkan hidup cik."sambungnya.

"Eh taklah. Kamu sangat dialu-alukan di rumah bujang saya."

"Bujang?"

"Eh saya tak bagitau lagi ke? Sumimasen. Sebenarnya saya belum khawin lagi."

Rin tergamam apabila mendengar kata-kata Cik Kagamine. Bagaimana wanita yang secantik Cik Kagamine belum berkhawin lagi?

Hari sudah petang. Cik Kagamine meminta diri.

"Esok ye." Kata rin sambil tersenyum lebar. Dia sangat gembira kerana ada juga orang yang sudi membantunya. Setelah lama termenung akhirnya dia terlelap keletihan.