Chereads / Di mana aku sekarang? / Chapter 2 - Siapa aku sebenarnya?

Chapter 2 - Siapa aku sebenarnya?

"Tahniah, kamu dah dikeluarkan dari hospital." kata cik Kagamine dengan memberikan senyuman yang manis kepada Rin . "Malam ni saya akan buatkan makan malam yang special untuk kamu." sambungnya.

"Terima kasih banyak-banyak cik Kagamine. Kalau bukan kerana cik saya tak tahulah apa akan jadi dengan saya."

"Panggil je neesan."

"Okey, ne..neesan." kata Rin tersipu malu.

"Sekali lagi." kata Kagamine sambil melaraskan cermin matanya.

"Neesan."

"Ah? Yosh saya neesan awak mulai hari ni. Don't worry about anything from now on. Leave it to me!" kata Kagamine sambil memegang kedua belah bahu Rin.

"Neesan," kata Rin cuba untuk menyedarkan Cik Kagamine yang dia menarik perhatian orang di sekeliling.

"Ehem. Sumimasen, saya agak keterlaluan hehe. Lama dah saya tunggu untuk someone panggil saya neesan."

Cik Kagamine membawa Rin ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari situ.

"Wah, begini rupanya suasana di Jepun. Ini pertama kali saya berada di sini sepanjang hidup saya." Kata Rin melonjak kegembiraan. Kehidupannya di Jepun baru sahaja bermula. Namun tiap kali dia berasa gembira ada sahaja kegusaran di hati yang tidak dapat dijelaskan oleh Rin. Dia masih tidak mempercayai Kagamine sepenuhnya.

"Kamu suka Jepun ye. Nanti saya bawa kamu bersiar-siar di kawasan sekitar nak? Lagipun kamu perlu membiasakan diri, kita tak tahu berapa lama kamu akan berada di sini." kata cik Kagamine.

"Yep, lebih baik dari tak buat apa-apa."

"Nah, ini alat bantu komunikasi. Alat ni sangat berguna untuk kamu. Ini ialah teknologi terbaru yang dicipta untuk membantu pelancong berkomunikasi." jelas cik Kagamine sambil menghulurkan alat tersebut yang hanya sebesar butang baju.

"Macam mana nak guna alat ni?"

"Lekatkan je kat belakang telinga kamu dan ia akan berfungsi secara automatik. Ia akan mengesan DNA kamu dan membuka pengkalan data untuk setkan bahasa default untuk kamu."

Tanpa disedari mereka sudah berada di depan kafe. Cik Kagamine menerangkan yang kafe tersebut adalah milik keluarganya dan dia tinggal berhadapan dengan kafe itu.

"Cik bekerja di sini ke?" tanya Rin.

"Eh taklah, saya bekerja di sekolah tinggi sebagai cikgu."

Mereka memasuki kedai tersebut. Cik Kagamine telah memesan dua cawan kopi latte. Mata Rin tertarik kepada pelayan tersebut yang mengenakan pakaian maid.

"Ni minuman yang sensei pesan. Eh, sensei? Siapa ni?" tanya pelayan tersebut kehairanan kerana biasanya cik Kagamine minum berseorangan.

"Ni anak buah saya Kagamine Rin. Rin, ni pelajar tahun kedua di sekolah saya Tsumiki Akiha." kata cik Kagamine memperkenalkan mereka berdua.

"Hai, selamat berkenalan." kata Rin malu-malu.

"Hai, jadi kamu akan bersekolah di sini lah ye?"

"Ya. Dia akan mula bersekolah minggu depan." terang cik Kagamine.

"Eh, taklah saya....." belum sempat Rin menghabiskan ayatnya, Cik Kagamine memberi isyarat supaya Rin mengiyakan kata-katanya.

"Maksud saya, ya.. saya akan bersekolah di sini." kata Rin sambil memberikan senyuman palsu.

"Oh, gembira berkenalan dengan awak, bakal kouhai saya. Harap awak akan dapat membiasakan diri dengan suasana di sini." balas Tsumiki Akiha mengalu-alukan kedatangan Rin. Dia kemudiannya memberikan senyuman yang lebar kepada Rin sebelum menyambung kerjanya.

"Oh, baru hari pertama kamu dah jatuh hati ye." usik cik Kagamine.

"Eh taklah. Saya cuma rasa mukanya familiar." jawab Rin cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya.

Setelah menghabiskan masa minum di kedai tersebut, Cik Kagamine membawa Rin ke rumahnya. Semasa Rin melangkah masuk ke rumah, Rin secara tak sengaja telah terpijak suis yang telah mengaktifkan system pertahanan rumah tersebut. Dua panahan laser diacukan tepat kearah kepala Rin.

"Nyahaktifkan system pertahanan. Aktifkan mod selamat."

"Dia bukan orang biasa." Bisik hati Rin. Kejadian tadi seperti menuang minyak ke dalam api, rasa curiga Rin semakin membuak.

"Sumimasen. Saya lupa baritahu kamu yang rumah saya dilengkapi dengan sistem pertahanan. Sejak kebelakangan ni banyak pencuri kat bandar ni." kata cik Kagamine. Cuba menyembunyikan apa yang sedang berlaku sebenarnya. "Saya harap kamu tak terlalu terkejut dan larikan diri."

"Taklah. Mana lagi saya nak pergi kalau bukan kat sini." kata Rin. Mahu sahaja dia lari pada waktu itu. Namun dia bersikap rasional dengan memikirkan di mana dia hendak lari dengan keadaan badannya pada waktu itu yang masih dalam proses untuk pulih.

Cik Kagamine kemudiannya menunjukkan Rin biliknya.

"Rin, ni bilik kamu. Buatlah macam rumah sendiri ye. Kalau ada apa-apa jangan malu-malu nak tanya."

"Kamu berehatlah dulu. Saya nak keluar membeli barang sekejap."

Setelah berberapa ketika, Rin terlelap kerana kepenatan. Dia bermimpi yang dia berada di dunia lain, sebuah dunia fantasi. Dia menyedari terdapat health bar (HP) tepi sebelah kirinya. Nama yang terpapar di healthpoint bar tersebut sangat dikenalinya.

"Rin? Bukankah ni...EH!!!! Ni avatar Elderguard Online saya!!! Tapi.. macam mana? takkanlah.. ini semua pasti mimpi." kata Rin yang masih terpinga-pinga.

Dia kemudiannya mengeluarkan pedang yang berada di tepi perisainya.

"INI.. INI pedang Saber? .. bukankah ini.. macam mana semua ni .. saya tak faham.." Rin ternampak Graphical User Interface (GUI) yang terletak betul2 di bawah HP bar. Dia menekan GUI tersebut dan cuba menghubungi rakannya yang online untuk mendapatkan jawapan.. satu-satunya rakan dia yang online ialah Ren. Belum sempat dia menekan butang panggil penglihatannya menjadi kabur.

"Rin! Makan malam special kamu dah siap."

Rin terbangun dari tidunya yang panjang. "Eh, dah malam? Kenapa neesan tak kejutkan saya?"

"Kamu tidur lena sangat. Tak sampai hati pula nak ganggu masa rehat kamu. Lagipun kamu masih belum sihat sepenuhnya."

"Oh, takpelah kalau begitu. Hmm, apa makan malam hari ni?"

"Saya tak berapa pandai masak .. sumimasen, saya hanya beli kat kedai serbaneka berdekatan."

"Tak heranlah sebab saya ada nampak berkotak-kotak cup ramen kat dapur." Bisik hati Rin.

"Itadakimasu." Rin kemudian menadah tangan berdoa.

Cik Kagamine tidak berasa hairan dengan perbuatan Rin. Dia seolah-olah mengetahui setiap perkara tentang Rin.

"Kalau kamu nak mandi, shower ada kat sana." kata Cik Kagamine sambil menunjukkan arah bilik mandi berada.

Selesai sahaja makan Rin terus mandi. Semasa mandi dia mengingat semula tentang mimpi yang dialaminya tadi. Semakin dia memikirkan perkara tersebut semakin terasa sakit di kepalanya.

"Arh!!!"

"Rin kamu tak apa-apa?" kata cik Kagamine risau.

"Tak, takde apa-apa hehe."

"Okey, saya dah tinggalkan baju kat bilik kamu. Sumimasen itu je baju lelaki yang saya ade.. Apa kata esok kita pergi membeli-belah kat bandar."

"Ye bagus juga idea tu."

Selesai sahaja mandi Rin terus sahaja pergi ke biliknya dan tidur. Cik Kagamine berada di beranda.

"Tuan, semuanya seperti yang dirancang." kata cik kagamine.

"Bagus, kamu perlu melindungi Rin dari apa jua ancaman. Ni permintaan personal dari kawan. Sumimasen, saya libatkan awak dalam ni walaupun saya tahu yang awak ada komitmen lain. Saya nak jaga dia tapi saya assignment yang mungkin akan ambil masa yang lama." suara lelaki tersebut telah diubah untuk menutup identitinya.

"Takpe tuan, saya faham."

"Pasal insiden haritu, tu bukan salah awak so jangan risau. Yang penting Rin selamat sekarang." katanya sebelum memutuskan talian.

"I know," Kagamine menyandarkan dirinya pada dinding. "This world is so messed up."