Rin terbangun dari tidurnya. Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 10 malam. Dia terlihat Tsumiki sedang menuruni tangga.
"Eh, senpai belum tidur lagi?" tanya Rin.
"Ye, tak dapat tidur sebab ribut kuat sangat."
Minori kelihatan sedang keluar dari bilik tetamu.
"Minori, kamu perlu berehat." kata Rin. Dia agak risau akan keadaan Minori.
"Takpe, Saya dah ok. Emm, arigato sebab tolong saya tadi." kata Minori.
"Apa awak buat jalan kat sini malam-malam. Bukan rumah awak jauh dari sini?" tanya Tsumiki.
"Saya cuma kebetulan lalu kat sini." jawab Minori. Dia cuba menyembunyikan niatnya untuk memerhati mereka malam itu.
"Bahaya tau jalan malam-malam sorang diri." Kata Rin.
"Gome."
Tiba-tiba perut mereka bertiga berbunyi. Mereka bertiga menahan ketawa. Rin menawarkan diri untuk memasakkan sesuatu untuk mereka.
" Awak tengah masak apa?" tanya Tsumiki.
"Adalah. Khas untuk korang berdua." kata Rin.
Tsumiki dan Minori menunggu dengan sabar di meja makan sambil berbual-bual.
"Yosh. Siap." kata Rin sambil mengangkat masakannya ke meja makan. Ia adalah nasi goreng yang dibalut dengan telur.
"Wah, oishii! Awak tak bagitau kami pun yang awak pandai memasak." kata Minori.
"Sumimasen, susah-susah je." kata Tsumiki.
"Takpe, saya memang suka memasak." kata Rin sambil memberikan senyuman yang manis kepada mereka berdua.
"Hmm, Rin." kata Tsumiki.
"Ye?"
"Saya nampak awak jalan dengan Okumura-san hari tu." kata Tsumiki lagi. Mukanya jelas menunjukkan yang dia kurang menyenangi perbuatan Rin.
"Eh, takde apalah kitaorang cuma kawan baik yang lama tak jumpa." jawab Rin.
"Eh, kawan baik? Kawan sejak kecil ke?" kata Minori.
"Ye." jawab Rin ringkas.
Dia sebenarnya hendak memberitahu tentang PORTAL dan kaitannya dengan Okumura tapi dia tidak mahu orang lain tahu akan perkara itu buat masa ini.
"Gome Rin sebab tanya soalan yang pelik." kata Tsumiki-senpai.
"Saya faham. Awak cuma curious kan. " kata Rin.
Setelah selesai menjamu selera, Rin mengemaskan meja makan.
"Takpe biar saya uruskan ni." kata Minori.
"Awak kan sakit." kata Rin. Dia masih risau akan keadaan Minori.
"Takpe, takpe." balas Minori-chan sambil membawa pinggan mereka ke singki dan membasuhnya.
Tsumiki tidak dapat menahan lagi perasaannya.
"Rin, ikut saya sekejap."
"Eh?" kata Rin kehairanan. Rin dibawa ke ruang tamu. Minori menyedari kejadian itu tapi dia tidak menghiraukannya.
"Rin, saya dah lama nak beritahu awak. Sejak pertama kali lagi kita jumpa. Saya... saya.." ayat Tsumiki tersekat di situ.
Dia agak gementar untuk memberitahu perkara sebenar.
"Bagaimana kalau Rin tolak saya? Bagaimana kalau Rin sudah ada teman wanita?" bisik hati Tsumiki. Mukanya semakin merah. Jantungnya berdegup dengan sangat kencang seakan-akan hendak meletup. "Buat masa ni ketepikan dulu semua kemungkinan. Ya, saya boleh lakukannya." Bisik hatinya lagi.
"Senpai?"
"Rin, awak.. Awak ada iras dia. Gome, selama ni saya anggap awak sebagai dia. I just want him back. Saya tau korang berdua orang yang berbeza. Dia tak sepandai awak. In fact dia seorang yang agak laid back dan suka buat benda pelik-pelik. GOME!"
"Apa maksud senpai? Saya tak faham?" Rin agak hairan dengan kelakuan pelik senpainya sejak kebelakangan ni.
"Sakagami, sakagami-kun." Tsumiki merasa emosi sedihnya melimpah keluar apabila menyebut nama mendiang. Dia terus memeluk Rin dan menangis di bahunya. "Jangan pergi lagi." pinta Tsumiki.
"Eh." Rin masih tidak memahaminya.
Dia kemudian mengusap kepala Tsumiki untuk menenangkannya. Minori terkejut apabila melihat mereka berdua berpelukan di ruang tamu. Dia terus berlari menuju ke pintu belakang. Walaupun ribut yang kencang di luar tiada apa dibandingkan dengan perasaannya yang telah hancur. Tsumiki melepaskan pelukannya, dia menudukkan kepala. Dia tidak mahu Rin melihat muka sedihnya. Rin kemudian memegang muka Tsumiki dangan kedua belah tangan.
"Senpai, daijobu. Saya di sini. What ever happens, I'm here for you." kata Rin sambil mengesat air mata Tsumiki dengan kedua ibu jarinya..
Tidak lama kemudian mereka menyedari yang Minori sudah tiada di situ. Perasaan risau mula menghantui Rin.
"Senpai, saya keluar kejap nak cari Minori." Rin bergegas ke pintu depan dan mengambil sekaki payung sebelum keluar mencari Minori.
"Minori!! Dimana awak, Minori!!" jerit Rin sambil melihat sekeliling untuk mencari kelibat Minori.
Dia sanggup mengharungi ribut itu untuk mencari Minori. Rupanya Minori berada di sebuah perhentian bas yang tidak jauh dari rumah Tsumiki. Dia sedang menangis teringatkan kejadian tadi.
"Minori, disini kamu rupanya." Kata Rin katanya tercungap-cungap. Keadaan yang agak sejuk di luar memburukkan lagi keadaan. "Penat saya cari awak tau. Jangan buat saya risau lagi ok."
"Rin, kenapa? Kenapa awak masih cari saya? Bukankah awak gembira bersama dengan senpai?" kata Minori sambil mengesat airmatanya mencurah-curah.
"Apa yang awak cakapkan ni? Kalau awak ada masalah beritau je saya. Jangan buat tindakan melulu macam ni. Kalau terjadi apa-apa dengan awak macam mana?"
"Gome." kata Minori. Dia sebenarnya tidak menyangka yang Rin masih risau akan dirinya. Ia membuatkannya sedikit gembira. Minori masih tak faham tentang kejadian tadi.
"Ini mesti pasal tadi kan? Jangan salah faham senpai cuma sedih tiba-tiba je dia peluk saya." Terang Rin.
Minori teringat semula perbualan dia dengan Akira tadi tentang Sakagami. Riak muka Minori semakin baik. Dia kembali semula kepada Minori yang biasa.
"Eh... Hon-to-ni?"
"Hontouni, nah." kata Rin sambil menghulurkan jaketnya.
"Eh, macam mana dengan awak."
"Daijobu, saya ok je." jawab Rin walaupun sebenarnya dia sangat kesejukan.
Minori kemudian memakai jaket tersebut.
"Jom." kata Rin.
Mereka berkongsi payung sambil mengharungi ribut yang semakin reda itu.