Tahun 1989
ZAHRAH, bangun lalu duduk. Setiap penuntut yang berada bersamanya, telah dibahagi dua kerana keadaan pondok surau yang kecil dan sempit. Dimana kumpulan itu, di asingkan mengikut kekuatan diri. Penuntut yang berkemungkinan untuk dikawal bangsa alam ghaib berada di dalam kumpulannya termasuklah Laila. Dan kumpulan lain, dibawah jagaan Nabila dan Umihani.
Zahrah memandang sekilas, melihat Laila yang lena disisinya. Tangan Laila, yang masih berada di dalam pengangan tangannya, dilepaskan. Selimut yang menyelimuti Laila, dibetulkan. Sementara seketika, dia mengumam perlahan. Rambutnya yang mengurai jatuh, disanggul tinggi. Keluhnya, terbit tak terluah. Penatnya masih terasa, walhal rasa mengantuknya dirasakan hilang seolah-olah dia berjaga di siang hari.
"Kak..tak tidur?" Laila yang terjaga, menyoal Zahrah yang duduk disampingnya. Dia cuba bangun, dan membetulkan posisi diri. Dirinya yang masih lemah, bergerak agak lambat. Terkial-kial, membetulkan bantal di belakangnya. Dia bersandar di dinding pondok surau.
Zahrah hanya mengeleng, dengan senyuman di bibir. Gerakkan Laila yang agak lambat, dibantu sekadar sahaja. Kesian dia melihat, gadis itu berusaha membetulkan kendudukkannya. Zahrah tahu, gadis itu ingin berbual dengannya.
"Terima kasih, kak." ulah Laila. Segan, tatkala dia dilayan begitu baik. Walau dia baru sahaja masuk ke pondok itu, kakak yang lain tidak sebaik Kak Zahrah. Kadang-kadang, dia rasa terlalu terhutang budi.
"Tak ada apalah." tutur Zahrah, bicaranya perlahan. "Tidurlah. Rehatkan badan." tokoknya lagi.
Laila mengeleng. Walaupun dia masih terasa penat dan keseluruhan badannya lemah, dia ingin berbual dengan kakak tingkatan yang sudi membantu dirinya. "Akak tak nak tidur?" tanyanya pula.
Zahrah tersengih, dengan riak yang sukar dibaca. "Akak tengah berfikir, kenapa mereka datang??" soal Zahrah, menimbulkan satu persoalan pada dirinya.
Mendengar lontaran soalan Zahrah, Laila juga turut berfikir sama. Namun, akhirnya dia mengeleng tanpa memberi sebarang jawapan.
"Tak tahu." ulah Laila kecewa, pada dirinya. Zahrah hanya senyum kecil. Hatinya, seakan diaju beribu soalan.
...
AMIN duduk tersandar di kerusi kayu panjang, yang lama terletak di deretan bangunan di tepian mandi penuntut wanita. Dia dan beberapa penuntut lelaki, mengeluh keletihan.
"Amin.." Zafran menegur. Matanya, sempat menjeling beberapa rakan-rakan lain yang masih berada di kawasan yang sama, cuma jarak antara mereka berada dalam lingkungan dua, tiga meter.
Alis kening tebal Amin, menjongket hairan. "Kenapa?" tanyanya dengan nada sura yang rendah, seakan suara berbisik.
Zafran menoleh, melihat sekeliling sebelum mendatangi rakannya lalu, berbicara perlahan. "Aku tahu apa yang kau buat." ujarnya, berisyarat. Matanya masih mengawasi, keadaan di sekeliling mereka. Takut, ada yang mencuri dengar perbualan antara mereka.
Amin, tidak lekas menyampuk tatkala rakannya cuba memancing perangkap. "Kau cakap apa?" Dahinya berkerut. Dia yang berbual, mendongak memandang Zafran.
"Kau tak payah berdalih. Aku tahu, semuannya." jawab Zafran berterus terang. "Kau perangkap 'dia'" tambah Zafran, menambah percakapannya.
Amin melembarkan senyumannya. Mata Amin, penuh dengan renungan aura yang berbeza.
Terkaku Zafran seketika. "Kenapa kau buat semua ini?" tanya Zafran tatkala reaksi wajah Amin, yang nyata berubah riak, membuatkan dia pegun buat beberapa ketika. Nyata lelaki yang dianggap baik, di mata penuntut dan assatizah..hanyalah satu samaran buat lelaki ini.
Amin bangun. Dia mendekatkan mulutnya, di cuping telinga Zafran. Perlahan tetapi sangat jelas ungkapan kata kepada rakannya. "Aku tidak mahu, rancangan aku gagal. Antara kejayaan aku atau, nyawa kau. Pilih.."
Zafran menelan air liur. Pahitnya, terpaksa dia akui. Sahabatnya ini, sudah lama terpesong dari jalan agama. Buka sekali ini dia lihat, sebelum ini juga. Cuma...dia tidak mahu mencetuskan huru hara.
Amin yang dikenalinya, waktu mereka sama-sama pelajar baru di pondok Maahad, sekali sekelas dengan Zahrah. Rakan yang sangat baik, dan kadang kala dia merasakan rakannya itu tidak pernah melakukan silap.
Rupanya...dia dungu. Rakannya tetap manusia biasa. Dan...mungkin Amin seperti ini disebabkan cintanya pernah ditolak oleh Zahrah. Tapi, sekarang...Zahrah dah terima dia. Kenapa??
"Zafran!!" Zafran tersentak.
"Jom, balik ke asrama. Dah lewat malam." sapa seorang lagi rakannya yang lain. Zafran mengangguk, langsung berlari anak menghampiri mereka.
"Aku perlu bertindak, sebelum terlambat." bisiknya, bermonolog.
Bersambung...