Tahun 2013
DI LOBI menunggu, beberapa deretan bangku panjang yang disusun kemas berada berdekatan dengan ruangan bacaan. Dan beberapa buah bangku disusun di ruangan lain, yang berhadapan dengan kaunter bayaran dan pelbagai kaunter, kelihatan kosong ketika ini. Hanya terdiri beberapa pesakit yang menunggu giliran, untuk nombor mereka dipanggil.
Kebanyakkan manusia yang berada di sekitar ruang menunggu, lebih banyak membuang waktu, tanpa mengisi masa dengan ilmu. Kawasan ruang bacaan yang disediakan di sini, sekadar hiasan yang dilihat sekilas. Malah, segala beberapa buku dan maklumat yang berkaitan tentang info penyakit, dipandang tidak endah.
Puan Zahrah baru tiba, bersama kenalannya dengan seorang ustaz muda, seolah-olah datang untuk memberikan setiap penjelasan pada anaknya.
Melihat kedua anaknya yang sedang berbicara sesuatu antara satu sama lain, seperti perbicaraan yang tegang dan janggal. Ainaa yang berwajah masam, langsung tidak berminat dengan bicara adiknya. Kerana gusar timbul kekecohan walau dua-dua anaknya sudah dewasa, tetap menyelit di tangkai hati. Dia pantas memberi isyarat pada anak bongsunya agar memberinya ruang, untuk mudah dia dapat memujuk anak sulungnya. Ainaa tidak sukar, untuk dia fahami gelagat anaknya yang mirip dengan perangainya. "Ainaa, kena faham." lembut ujarannya.
"Ibu faham, kenapa Ainaa marah dekat Sofea. Jangan macam itu. Adik kamu, tak minta jadi macam itu." tokok Puan Zahrah, berusaha memujuk. Bahu anaknya, dilurut lembut.
Ainaa serba salah. Wajah ibunya, dipandang sesekali dua. Reaksi mukanya, berubah tatkala ibunya datang memujuknya. Jika ibunya memahami, kenapa tidak dia. Bahkan dia, boleh melihat benda itu cuba mengawal minda adiknya.
Puan Zahrah tersenyum nipis, tika anaknya memberi tindak balas yang baik. Mulut anaknya, muncung. Merajuk.
Untuk memujuk anaknya, mudah baginya. Tambah pula, dia dan Ainaa rapat dan sememangnya dia amat memahami akan tindakkan anaknya yang terasa dengan sikap adiknya. Perangai mereka, saling tak tumpah kerana dia juga anak sulung pada lima beradik.
Jika difikirkan akan terasa. Dia akui, siapa yang tidak terasa. Dia juga terasa, namun...itu bukan salah anaknya. Anaknya dikawal. Anak mata Puan Zahrah mengerling, mencuri lihat ulah anak bongsunya yang duduk di sebelahnya. Sofea, berwajah muram.
Puan Zahrah bangga. Masa lalunya, banyak memberikan pengajaran dan pengalaman yang berharga. Sewaktu dia duduk di pondok, di Yahyawiah. Zaman dia belajar dahulu.
Jadi...dia sangat faham jika anaknya, Sofea boleh bersikap biadap dengannya. Dia tahu...ada sesuatu yang merasuk tubuh Sofea.
Tetapi...Ainaa bukan tidak faham. Cuma bila ianya bertaut dengan ego, dan anaknya punya ego yang tersendiri. Sukar, seseorang itu meluncutkan ego dari hati. Walau dengan darah daging sendiri.
Mereka kembar dan sebaya umur, dan Ainaa merupakan anak sulung..miliki ego yang tinggi.
Bahu Ainaa ditepuk lembut. "Ibu dah minta Ustaz, tolong kita." bicara Puan Zahrah, mengunjukkan ibu jarinya ke arah lelaki berbaju t-shirt lengan pendek, yang sedang duduk secara berhadapan dengan mereka. Tunjuknya dengan cara hormat dan santun.
Lagipula, Puan Zahrah tidak mahu memanjangkan sengketa. Masing-masing matang menguruskan hal diri. Ada masa, dia akan mencelah sebagai seorang ibu. Membentuk dan mendidik itu, tanggungjawabnya.
Malah, mereka masih ada tamu yang memerhati. Takkan dia mahu membuka aib keluarganya sendiri.
Lelaki yang dimaksudkan ustaz oleh ibunya, menundukkan sedikit kepalanya seraya melebarkan senyuman nipis dibibirnya. Ainaa mengangguk, membalas sebagai isyarat hormat akan tetamu mereka. Hanya sekilas dia memandang. Risaunya pada Sofea masih belum kebah walaupun rasa marah terbit di lubuk hatinya.
Rafael tidak mahu melengahkan masanya. Dia perlu bersegera, kerana deria hatinya tidak membisikkan perkara baik ketika ini. Dirasakan, dia diperhati dengan pandangan yang sangat dekat. Bulu rumahnya, seakan memacak tegak. "Cik, saya datang sekali dengan ibu cik, nak minta izin untuk saya bacakan surah-surah rukyah." suara lelaki itu, meminta izin kepadanya terlebih dahulu.
Ainaa menoleh pandang, melihat lelaki muda itu sebelum matanya mengalih ke arah ibunya. Keningnya, terjongket hairan. " Bacalah..kenapa nak minta izin?" soalnya pula.
Rafael tersenyum lagi, hingga menampakkan lesing pipit di kedua belah pipinya. "Saya nak bacakan, pada cik. Pada Puan Zahrah dan Puan Sofea, saya dah bacakan tadi." balasnya, lembut dan tenang. Lontaran bicaranya, secara bersahaja.
Ainaa mengangguk. Keluhan kecil, terluah dibibirnya. Seakan dirinya tidak senang, tapi terpaksa. Anak matanya pula, tak memandang wajah Rafael. Bahkan melilau memandang ke arah lain. Tak tentu arah, tika Ustaz Rafael datang mendekatinya. Seperti ada sesuatu yang tersirat, yang hanya terlafas dalam keluhannya sahaja.
"Cik Ainaa?" tegur Rafael.
Ainaa mendongak, dan berpaling ke sisi dengan pantas. Roman wajahnya, berubah rona. Bibirnya memucat.
Puan Zahrah, terkejut tatkala roman Ainaa kelihatan pucat seperti disergah sesuatu. Dia memandang Rafael, dan Rafael membalas dengan reaksi yang sama. "Kenapa?" tanya Puan Zahrah, membuak ingin tahu.
Sebaik perhatian Puan Zahrah tertumpah penuh, pada Ainaa. Lengan baju kurungnya pula ditarik Sofea. Pandangannya terus berkalih pada Sofea yang, duduk semakin dekat dengannya. "Kenapa ni?" tanyanya pula pada Sofea yang sudah mengigil seluruh badan.
Rafael cekap, menangkap reaksi dua beradik kembar yang sudah berulah berbeza dari awal kedatangannya.
Bisikkan surah ,membibit di tebing bibirnya. Surah kursi, menjadi senjata utamanya. Kulit mukanya memanas, tubuhnya membahang. Semakin berkali-kali ayat terakhir, diulang-ulangnya. Semakin memanas kulit wajahnya.
Berkeringat dahi Rafael, berpeluh-peluh hingga tangannya terpaksa mencari tempat untuk berpaut. Kakinya dirasakan kejang dan lenguh. Disaat matanya, mengalih pada kedua kembar terutama Ainaa yang masih menunduk pandangan ke bawah. Lidahnya bergerak-gerak membaitkan surah yang dibacanya tak henti.
"Argh!!!!!!!!!!!!!"
Teriakkan Sofea yang lantang dan bersuara nyaring, menarik perhatian semua yang berada di ruangan menunggu sebelum wanita itu rebah pada tubuh Puan Zahrah. Masing-masing kaget.
"Jahanam kau, syaitan!!" Ainaa mencelah marah. Dia bingkas berdiri dengan renungan kedua mata yang merah, merenung Rafael dengan pandangan tajam. Telunjuknya dilayang, tepat di muka Rafael.
Bersambung...