Chereads / My Mr.Right Vs Mr.Wrong!! / Chapter 2 - Bab 2

Chapter 2 - Bab 2

Sekeping gambar yang diletakkan di dalam frame kecil diatas meja direnung lama.

"Syahirah... Syahirah hmmm .." beberapa kali nama itu diulang lembut sebelum senyuman bahagia terpamer.

17 Jun 2014

Di bukit belakang sekolah ...

"Sayanggg you sayangkan I Kann.." kata seorang lelaki yang berbadan tegap kepada seorang gadis kecil molek dihadapannya.

"Mestilahh kenapa tanya macam tu biy," kata gadis berkulit putih bermata separa sepet itu.

"Takde apa saja je... Sayanggg boleh tak sayang janji dengan biy sayang takkan tinggalkan biy buat selama lamanya," ujar lelaki itu semanis yang boleh.

"In Sya Allah biy kalau ada jodoh takkan ke mana kan," kata Syahirah tidak berani berjanji.

Gerangan lelaki yang bernama Adrian itu tersenyum manis mendengarkan jawapannya itu .Bahagia sungguh terasa ketika itu.Rasanya masalah yang berat di rumah sudah hilang ..Terima kasih kepada gadis di hadapannya itu.

Flashback Tamat...

"Terima kasih sayang ...Maafkan biy ya ," kata Tengku Adrian lembut sambil mengusap gambar yang berada di hadapan nya.

Tok..tok...tokk..

"Masuk ," kata Tengku Adrian ringkas.

Pintu dibuka.

Seorang wanita muda masuk dengan riak muka sehabis manja..

"Babyyy you tau tak I dah dapatkan project besar dekat US tu ," kata wanita itu teruja.

Namun tiada balasan semula dari Tengku Adrian .

Cuma mata Tengku Adrian mula mengecil melihat wanita di hadapannya dari atas hingga ke bawah.

Pakaian yang seksi yang boleh menjolok mata semua lelaki itu juga yang dikenakan oleh teman wanita paksa relanya ini...

"Haiihhh," keluh Tengku Adrian panjang.

"Kenapa you ni you tak happy ke kita dah dapat project besar Tu,"kata wanita itu dengan nada suara separa merajuk.

"Bukan tak happy cuma... pakaian you ni Elyana...you takde pakaian lain ke nak pakai menjolok mata sangatlah," kata Tengku Adrian jujur.Sejujurnya wanita berpakaian seksi dan ketat begini bukanlah pilihannya .

" Haishh ni pakaian biasa I lah you ni macam tak biasa pulak," kata Elyana lalu tergelak kecil.

" Pakaian biasa you kata," kata Tengku Adrian lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Tittt tittt

Telefon Tengku Adrian diatas meja kerja tiba tiba berbunyi...

"Waalaikumsalam Mama kenapa ?" tanya Tengku Adrian sejurus mamanya memberi salam.

" haihh makan malam dengan kawan mama yang mana pulak ni?" tanya Tengku Adrian apabila Mama nya menyuruh nya pulang awal katanya mahu makan bersama kawan lamanya.

"Ha oklah mama arini Adri balik awal," kata Tengku Adrian akur dengan perintah mamanya.

Sejurus dia menamatkan panggilan.

" You nak pergi dinner dengan mama you ke malam ni?" kata Elyana cuba memastikan info yang baru di dapatinya apabila mendengar perbualan antara dua beranak itu.

"Haah I balik awal arini," kata Tengku Adrian acuh tak acuh .Malas hendak melayan perangai mengada ngada Elyana itu.

" I nak ikut boleh tak?" tanya Elyana dalam nada memujuk.

" Haihh mana boleh ni makan malam dengan kawan lama mama," Tengku Adrian cuba mengelak daripada perangai Elyana yang semakin menjadi jadi itu.

"Hmm tak pelah nanti I tanya mama you I boleh ikut ke tak ye," kata Elyana dengan nada amatlah mengada ngada.