Enjin kereta Audi A6 dimatikan di hadapan perkarangan sebuah rumah banglo.Tanam tanaman yang indah cantik dihias di taman mini rumah itu.Kerusi panjang elok terletak di tengah tengah taman mini itu.
"Wahh mummy ni ke rumah kawan mummy tu ?? Cantiknyaa!!" kata Syahirah teruja apabila melihat taman mini yang dipenuhi bunga bungaan yang sangat cantik di hadapannya.
"Ye ni lah rumah kawan mummy tu..." kata Datin Hasnah lalu terus keluar dari kereta.Laju langkahnya meluru ke depan pintu rumah banglo itu.
Syahirah hanya menuruti langkah mummynya.
Kalau boleh memang dia taknak berenggang dengan mummy di rumah kawannya ini.Takutt...takut kena soalan makcik bawang macam kawan kawan mummy yang lain.
Tokk...tokk...
"Assalamualaikum Salmah ooo Salmah ni Hasnah ni akak dah sampai!!" laung Datin Hasnah kuat untuk memberitahu tuan punya rumah bahawa tetamunya ini sudah sampai.
"Ye ye kak Hasnah ni nak cari kunci kejap," kata tuan punya rumah dari sebalik pintu.
Datin Hasnah menunggu dengan penuh keterujaan. Adakah plannya dengan Datin Salmah akan berjaya??Kalau berjaya syukurlah!! kata Datin Hasnah dalam hatinya.
Kedengaran bunyi pintu dibuka dari dalam rumah.
"Haaa Salmah jumpa pun Kita!!" jerit Datin Hasnah dengan teruja lalu memeluk kawannya itu.
Selepas sesi bertemu Datin Hasnah kini Datin Salmah tidak sabar hendak bertemu dengan anak kawannya yang seorang ini.
Terpaku seketika Datin Salmah melihat seorang wanita ayu di hadapannya.Tak sangka anak kawannya ini cantik bak bidadari !! jerit Datin Salmah dalam hati.
"Assalamualaikum aunty..."kata Syahirah dengan sopan sekali lalu ditundukkan sedikit badannya untuk menyalami tangan kawan mummy nya itu.
"Wa..wa.. Waalaikumsalam ye ye ," balas Datin Salmah lalu menghulurkan tangannya apabila melihat anak kawannya itu mahu bersalaman.
"Masuklah Kak Hasnah Abang Hairi dah lama tunggu Tu," kata Datin Salmah mempersilakan tetamunya masuk dengan sopan .
Di ruang tamu...
Syahirah terlihat seseorang yang amat dikenalinya.Mata nya hampir berkaca melihat insan di depannya.
Insan di depannya itu terus berdiri tegak melihat Syahirah.
"Syahirah?"kata Tengku Adrian dengan nada jelas terkejut.
Syahirah terus meluru keluar dari rumah banglo besar itu.Dihidupkannya enjin Audi A6 nya itu.Kereta itu terus meluru laju menghilang dari pandangan mata semua orang di dalam banglo mewah tadi.
"Mama kenapa mama buat Adri macam ni!!" jerit Tengku Adrian lalu terduduk sambil memegang kepalanya kuat.
"Mama tak tau apa pun ...kenapa ni?? apa yang terjadi?? Adri kenal Syahirah ke??"tanya Datin Salmah bertalu talu.
Datin Hasnah pula masih terkejut dengan apa yang baru berlaku tak lama tadi.Dato Hairi pula sedang menelefon seseorang dengan tergesa gesa melihat apa yang baru berlaku.
Apabila menyedari perlakuan suaminya itu Datin Hasnah bertanya "Abang telefon siapa tu?"
"Special Bodyguard abang,"kata Dato Hairi tenang.
"Untuk apa ?" tanya Datin Hasnah terpinga pinga.Buat apa suami Aku ni telefon Special Bodyguard bagai...kata Datin Hasnah dalam hati.