"Miji kamu dah sedar?" kata Syahirah apabila melihat anak muridnya itu mula membuka mata.
Tiba -tiba dia teringat akan kata kata doktor yang baru sahaja keluar tadi.
"Cik pelajar cik ni kurang makan dan kurang tidur..Saya cadangkan cik berjumpa dengan penjaga dia sebelum keadaan menjadi lebih kritikal,"nasihat doktor yang bernama Dr.Azrol itu.
Flashback Tamat..
"Miji...boleh cikgu tanya kamu satu soalan tak?" tanya Syahirah lembut.
Miji cuma mengangguk mungkin masih lemah.
" Kamu cukup makan dan cukup tidur tak?" tanya Syahirah prihatin.
Miji senyap tanpa suara...
"Miji cikgu tanya kamu ni.. please jangan buat cikgu risau ye...nakal macam mana pun kamu kamu tetap murid cikgu...cikgu nak tahu cara hidup kamu boleh ye..," pujuk Syahirah lembut.
Tiba -tiba air mata Miji mengalir deras.
" Cikgu...saya ada masalah keluarga cikgu...mak dan ayah saya baru bercerai...saya bawah jagaan mak abang Ammar pulak dalam jagaan ayah...saya tak biasa berpisah dengan abang Ammar ...saya nak jumpa abang Ammar...cikgu tolong saya ye?" kata Miji panjang lebar.
"Ya Allah cikgu tak pernah tahu mak ayah kamu dah bercerai...maafkan cikgu," tanpa disangka sangka air mata Syahirah mengalir juga.
Ya Allah adakah hamba mu ini bersalah kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai guru dengan betul...Diriku sebagai guru langsung tidak mengambil berat tentang anak murid ku... kata Syahirah jauh dalam lubuk hatinya.
"Cikgu...cikgu boleh tak tolong saya ..saya nak jumpa abang Ammar lagi ...nak main dengan abang Ammar lagi..." rintih Miji panjang lebar.
"In sha Allah Miji ..cikgu akan usaha apa yang termampu untuk pertemukan semula kamu dengan abang kamu," Kata Syahirah .Dia kini bertekad hendak membantu pelajarnya itu.
Tiba -tiba ...
Tittt Tittt tiitt
Telefon Syahirah yang diletakkan diatas meja mula menjerit jerit minta diangkat.
"Assalamualaikum mummy..Ada apa mummy," tanya Syahirah dengan suara serak serak basah baru menangis lah katakan.
"Waalaikumsalam..Sya nangis ke Tu?" tanya Datin Hasnah apabila mendengar suara anak nya yang seperti baru menangis.
"Eh takdelah mummy cerita Hindustan ni sedih sangat..." jawap Syahirah menyembunyikan kebenaran dia tak mahu mummynya risau.
"Hmm..yelah yelah...ni mummy call nak bagitau harini balik cepat tau jangan singgah mana mana kita ada dinner dengan kawan mummy," kata Datin Hasnah menyuarakan sebab mengapa dia menghubungi anaknya ini.
"Alahhh kena ke mummy ..tukan kawan mummy bukan kawan Sya pun," kata Syahirah cuba mengelak .
"Tak boleh ni kawan special mummy kemungkinan special untuk Sya jugak tau,"kata Datin Hasnah cuba bermain teka teki dengan anaknya yang seorang ini.
"Alahhh yelah yelah mummy harini Sya balik awal," kata Syahirah walaupun dia seperti boleh tahu apa tujuan mummynya mengajak dia dinner bersama sama dengan kawan 'special' nya yang sorang ni...
"Ok thanks Sya jangan lupa Assalamualaikum ," kata Datin Hasnah cuba menamatkan perbualan.
"Your welcome mummy Waalaikumsalam,"balas Syahirah.