Tok...tok..tok...
"Assalamualaikum mummy...mummy... ," laung Syahirah kuat.
"Waalaikumsalam ye ye tunggu kejap," kedengaran balasan salam dari dalam rumah.
Pintu dibuka.
Sejurus melihat tubuh dihadapannya Syahirah terus bersalaman dengan orang itu.
"Sya pergi naik mandi solat Asar pastu pakai baju cantik cantik tau,"kata Datin Hasnah dengan teruja.
"Aitt kenapa kena pakai cantik cantik mummy pakai biasa biasa dahlah..simple is my taste mummy," kata Syahirah .Pelik jugak selalunya kalau jumpa kawan mummy pakai baju biasa pun mummy tak pernah komen....'special' betul kawan mummy sorang nih..fikir Syahirah dalam hati.
"Kalau kawan biasa tak apalah ni kan kawan 'special' mummy ," kata Datin Hasnah .
"Tapi dalam almari Sya ada baju biasa je baju luar biasa ada kepak ,kembang,horse hair bagai ke tak ada rasanya.."kata Syahirah mengelak daripada memakai baju terover over ni...
"Alahhh mummy suruh pakai cantik je bukan suruh pakai ekor kuda punnnn... ," kata Datin Hasnah dengan nada memujuk.
"Hmm nantilah Sya cari apa yang cantik sikit dalam almari Tu,"kata Syahirah akur.
"Ehhh Sya tak payah susah susah nak cari bagai ni mummy dah shopping baju Sya nak pakai untuk dinner malam ni," kata Datin Hasnah teruja lalu mengeluarkan sepasang baju kurung Kedah berwarna mint green.
"Wahhh gila 'special' kawan mummy ni sampai mummy belikan baju baru untuk Sya bagai nii!!" kata Syahirah teruja melihat baju yang sangat cantik itu.
"Mummy tau ni taste Sya Kan...," kata Datin Hasnah yakin.
Syahirah mengangguk laju.
"Tapi tudung Sya takde tudung sesuai lah mummy ," kata Syahirah dengan nada manja manalah tahu mummy nya ada belikan sekali tudung baru untuknya...bisik hati Syahirah.
"Ha mummy dah agak dah anak mummy ni...Ni mummy dah belikan dah tudung instant shawl warna dust pink ...kena dengan cita rasa anak kesayangan mummy Kan??" kata Datin Hasnah lalu mencubit manja pipi putih mulus anaknya itu.
"Wahhh," Itu sahaja yang boleh diucapkan oleh Syahirah .Kawan mummy kali ni memang betul betul 'special' pasti!!
"Dah pergi siap cepat," kata Datin Hasnah memberi arahan kepada anaknya.
Dalam hati Datin Hasnah berdoa rancangannya dengan Datin Salmah berjaya.
Satu jam kemudian...
Syahirah turun bersama pakaian yang ibunya berikan sekejap tadi.Syahirah dengan baju kurung Kedah berwarna mint green ini sangat sesuai!! Bertambah cantik lagi dengan instant shawl berwarna dust pink terletak elok di kepalanya. Syahirah juga mengenakan solekan yang nipis sesuai dengan baju dan tudungnya. Amat cantik sekali bak bidadari!!
Datin Hasnah terpaku sekejap melihat anaknya menuruni anak tangga dengan sopan sekali.Tak silap lagi pakaian yang dia pilih memang sesuai.
"Wahh cantiknya anak mummy macam mummy masa anak dara dululah!!" kata Datin Hasnah teruja.
"Haha mummy memanglah Sya macam mummy takkanlah macam Pengetua Leha sekolah Sya pulak.." kata Syahirah lalu tergelak kecil.
Datin Hasnah turut ketawa dengan jenaka anaknya itu.
"Dah jom jom kita pergi nanti lama pulak kawan mummy tunggu.Papa pun dah otw dekat sampai sana dah," kata Datin Hasnah kalut.
"Papa ada sekali?" tanya Syahirah penuh tanda tanya. Sebelum ni tak pernah pernah mummy ajak papa sekali jumpa kawan lama..'special' betulll kawan mummy niii.. bisik Syahirah dalam hatinya.
"Haah papa ada sekali.Dah jom-jom kita pergi," kata Datin Hasnah lalu menarik tangan anaknya .