Chereads / WHITE LIE (Malay) / Chapter 14 - EH! BILA PULAK I CAKAP I NAK IKUT YOU BALIK??

Chapter 14 - EH! BILA PULAK I CAKAP I NAK IKUT YOU BALIK??

Selepas siap..July mencapai kasut tumit tingginya. Baru July nak pulas tombol pintu..

" Ting Tong "

July "..."

July pulas tombol dan buka pintu. Apa pulak delivery kali ni.. Didepannya seorang lelaki lengkap berblazer warna biru gelap.

" Miss July dah siap ke? Saya diarahkan untuk bawa Miss July ke KL Tower. " Vince bermukadimah.

" Ingat you yang nak date dengan i " Bagitau July sambil mengangkat kening tanpa menjawab soalan Vince.

" Eh! bukan..bukan..saya diarahkan ambil Ms July aje" Jawab Vince sambil mengeleng-gelengkan kepalanya... Ms July ni nak suruh aku mati cepat agaknya...Nasib baik Arthur tak dengar.. Vince mengaru-garu kepalanya yang tak gatal.

Setelah pintu dikunci, July berjalan kearah lif diikuti oleh Vince dibelakangnya. Ting! Pintu lift terbuka. Kedua-duanya masuk ke dalam lif. Mata July merenung Vince ditepinya

" Now tell me..whos your boss " tanpa berdolak dalik July terus bertanyakan soalan. Mata July merenung tepat kearah Vince.

" Mm....maaf Ms July..Saya diarahkan untuk ambil Ms July dari Panorama dan bawa Ms July ke Atmosphere 360 di KL Tower. Saya tak dibenarkan jawab apa-apa soalan " Jawab Vince sambil tersenyum.

" Boring!!!! " July Mencebirkan bibirnya.

" Apa Ms July? "Dengar July cakap sesuatu tapi tak tau apa dia

" I cakap bos you memboringkan " Bagitau July terus terang..

Vince " ... "

Bugati Veyron yang dinaikki sampai didepan KL Tower. Vince keluar dan membuka pintu untuk July keluar. July keluar dan jalan menaiki tangga. Entah dimana silapnya July tersilap langkah dan dia menutup matanya bersedia untuk jatuh. Tanpa disangka pinggangnya dipaut oleh seseorang dan belakangnya di dada bidang seseorang.. July menarik nafas dan terhidu haruman yang sudah didaftar oleh otaknya beberapa hari lalu.

July pusing kepala cuba melihat sang jejaka yang menyelamatkannya dan bibir Arthur menyentuh dahi July secara tak sengaja..Merah pipi July dan dia cuba melepaskan dirinya dari rangkulan Arthur..

" Ehem..ehem..Eeiii ambil kesempatan pulak.." July menjeling Arthur sambil mencebik bibirnya.

Arthur " ..." Tanpa ucapan terima kasih July sambung menaiki tangga dan bergerak kearah lif. Selepas butang lif ditekan July menunggu lif sampai.

" Ting! " Lif terbuka dan July masuk kedalam lif. Sebelum pintu lif tertutup sepenuhnya kelihatan satu tangan menahan daun lif tersebut. Bila pintu lif kembali terbuka kelihatan Arthur didepan lif memandang July sambil mengenyit matanya dan melangkah masuk ke dalam lif. Arthur berdiri disebelah July.. July senyap tidak berkutik.

" You nak pergi mana? " Arthur memecahkan kesunyian diantara mereka sambil memandang July disebelahnya. Soalan Arthur padanya mengesahkan bahawa dia bukanlah orang yang July nak jumpa.

" None of your business Mr Arrogant " Jawab July selamba tanpa memandang Arthur.. Arthur tergelak..

" Mr Arrogant?? Why you panggil i Mr Arrogant, Sleepyhead?" Arthur pusing badannya menghadap July..

" You nak buat apa ni? You jangan ingat I maafkan you sebab tinggalkan i kat Sheraton aritu" Protes July sambil mengundur setapak tapi belakangnya menyentuh dinding lif.

" La..kenapa you tak cakap you nak ikut i balik aritu..kalau I tau mesti I tunggu " Jawab Arthur sambil tersenyum sambil memerangkap July dengan kedua-dua tangannya memegang dinding lif dikiri kanan July.

" Eh! bila pulak i cakap i nak ikut u balik? " July pandang wajah Arthur sambil mengetap giginya.

" Bukan ke tadi you marah sebab i tinggal u kat Sheraton. Kalau bukan maksudnya nak ikut I balik apa maksudnya sleepyhead " Pipi July yang sedia ada merah makin merah bila jari Arthur mengusap pipinya..

" Hey!!! Behave okay " Protes July sambil tangannya menolak dada Arthur..Malangnya Arthur tak bergerak malah dipegang jari July yang menolak dadanya dan dibawa ke bibirnya...Diciumnya jari jemari tersebut.

July " ... " Arthur menundukkan wajahnya mendekati wajah July sambil memandang bibir July yang seakan mempelawanya untuk dinikmati..Arthur telan air liur.

" Ting " Bunyi lif menghentikan tindakan Arthur. Arthur memusing badannya dan menunjukkan tangannya kearah pintu meminta July keluar dahulu. July yang masih merah mukanya keluar tergesa-gesa tanpa memandang Arthur dan menuju kearah penyambut tetamu didepannya..

" Good evening miss, do u have a reservation? " Tanya penyambut tetamu didepannya sambil tersenyum.

" Aaa...yes... i have..My name is July ".Jawab July. Penyambut tetamu tersebut senyum dan memandang ke belakang July...Tindakannya membuatkan July turut menyorot arah pandangan matanya ke arah tersebut..Anak matanya bertembung lagi dengan anak mata Arthur..

" Mr Arthur, sebab Mr Arthurpun dah sampai sekali... I bawa both of you ke meja you' all ya " Tanya penyambut tetamu terbabit

" Okay " Jawab Arthur sambil mengenyit matanya ke arah July sambil memaut pinggang ramping July dekat dengannya.

July "...."