Chereads / WHITE LIE (Malay) / Chapter 20 - Alice Came Back

Chapter 20 - Alice Came Back

Royal Lake Club Kuala Lumpur

Ramai penggunjung yang datang dikelab ini adalah anak-anak orang ternama atau orang ternama yang sukar untuk anda jumpa ditempat terbuka. Kelab exclusive ini hanya untuk ahli-ahlinya sahaja yang mempunyai member kad dan masing-masing dengan kelasnya yang tersendiri. Di salah sebuah bilik VIP, seorang jejaka tampan sedang minum wain sendirian. Berbaju kemeja lengan panjang dan memakai vest nampak dadanya yang bidang walaupun dilindungi oleh kemeja dan vest yang dipakainya, ciri-ciri seseorang yang rajin pergi bersenam di gym sementara suit jacketnya tersadai ditepi sofa yang didudukinya.. Kaki kanannya disilang dikaki kiri sementara belakangnya menyandar disofa dengan aura seorang korporat..Sedang dia meneguk wain digelasnya pintu bilik Vip dibuka seseorang.

" Ah, Russel, cepatnya you sampai. Mana Damien?" Hendrik Maines , seorang lagi jejaka handsome tapi kategori sejuk beku. Juga dengan gaya korporatnya, berseluar slack hitam dan bersuit warna yang sama dan tali leher masih terikat kemas di lehernya

" I tak de meeting petang tadi so I terus datang sini…Damien? Entah, I tak tau dia datang ke tak " Jawab Russel dan menyuakan segelas wain kepada Hendrik.

" Perempuan mana la pulak Dami angkut kali ni "Hendrik mencebik dan mencapai wain yang diberi oleh Russel dan meneguk wain tersebut perlahan

" Ala you bukan tak tahu Dami.. Tak semangat kalau tak ada perempuan "komen Russel sambil menyalakan rokok dibibirnya.. Asap berkepul dihembuskan dari bibir nipisnya.

" Oh, Yeah.. Masa I nak masuk bilik tadi tak silap I, I nampak Alice " Hendrik pandang muka Russel bila dia sebut nama Alice. Alice Hall seorang jelitawan yang selalu buat lelaki ingin mendampinginya. Keluarganya berasal dari Bandaraya New York dan kini menetap di Malaysia setelah ayahnya dilantik menjadi Duta USA ke Malaysia sebaik ayah dan ibunya berkahwin.

" Alice? Cannot be " Russel susah nak percaya Alice dah balik ke Malaysia walaupun dia tahu ianya ada kemungkinan.

" Walaupun dah 3 tahun tak jumpa dia tapi I rasa tu memang Alice tapi tak tahu la kan…mungkin I silap " Hendrik mengangkat bahunya tanda diapun tak pasti mungkin dia silap orang.

" May be and may be not " Russel tarik nafas dalam-dalam dan meneguk habis wain digelasnya.

" kalau I betul, seem dia makin cantik sekarang. You tak nak jumpa dia ke? " Hendrik tanya Russel sambil mengangkat keningnya. Russel tergelak dengan pertanyaan Hendrik dan bersuara perlahan

" You taukan Hendry yang Alice bencikan I "

" Ah! Perempuan always complicated. " Hendrik mengangguk-anggukan kepalanya tanda dia tahu yang Alice memang tak nak jumpa Russel. Tiba-tiba pintu bilik dibuka dan seorang jejaka pujaan Malaya masuk dengan wajah teruja

" Russel, Alice came back..she's outside " Itu ayat pertama yang keluar dari Mulut Damien sambil jarinya menunjukkan ke arah luar.

" I dah bagitau dah, dia buat bodoh aje " Terang Hendrik

" Nanti orang lain kebas baru you tau " Damien cuba provok teman baiknya

" They welcome to do that " Russel jawab macam orang tak ada perasan bahkan air mukanyapun langsung tak berubah

" hahaha…Really Russel… you want to back off now? " Soal Damien tak percaya apa yang keluar dari mulut Russel

" Dia benci I la Dami, both of you tau tu kan. So you all nak I buat apa "Jawab Russel boring

" At least say hi to her " Damien mula bagi cadangan

" Say hi? Hah! Just give her the peacefull life that she really want" Russel mencebik

" come on Russel, perempuan kan memang macam tu, da cakap dia benci tapi sebenarnya dia sayang"Damien masih cuba provok Russel yang duduk tak bergerak disofa didepannya

" merepek la you Dami..Dah benci, bencilah…apa sayang plak .. I pergi bilik air dulu la..dah sebotol 1 belasah sorang " Russel bersuara sambil bangun dari sofa..kakinya melangkah keluar dari bilik VIP tersebut, malas nak layan bila soal Alice yang jadi topik perbualan mereka bertiga. Sedang dia menuju ke bilik air tiba-tiba Russel dilanggar seseorang

Bump!

" oppss". terdengar suara terkejut wanita didepannya yang hampir jatuh..Russel cepat-cepat mengapai pinggang wanita terbabit dengan tangan sasanya..

" Are you okay" Tanya Russel

" Sorry" bulat mata Alice bila dia angkat mukanya dan muka Russel yang terpampang didepan matanya dan wajah Russel langsung tiada riak dan dengan perlahan dirasakan Russel melepaskan pegangan dipinggannya Alice memakai dress merah darah paras lutut yang menampakkan setiap lekuk dibadannya dan dress tanpa lengan itu menampakkan betapa putihnya kulit mulus Alice. Rambut ikalnya dibiar lepas bebas.

" okay" jawab Russel sepatah sambil berlalu ke bilik air tanpa menoleh ke belakang.

Alice "…" Alice terpaku, Dia tak sangka dia akan jumpa Russel dan dia pelik sebab Russel buat tak kenal dengannya..Tak mungkin dia tak kenal aku? Baru 3 tahun aku pergi takkan dia terus lupa muka aku kot..tak mungkin....detik hati Alice dan dengan langkah perlahan Alice melangkah ke mejanya

Sementara didalam bilik air lelaki, Russel yang memandang cermin sambil mencuci tangannya mengakui dalam hati yang Alice makin cantik dari 3 tahun dulu. Dia tak berani nak berdiri lama-lama depan Alice tadi sebab dia pasti dia tak dapat tahan dirinya untuk peluk tubuh Alice lama-lama.. Dia teramat rindu mata bundarnya, kulit mulusnya, bibirnya..semualah jadi baik cepat-cepat dia blah. Russel mengeluh perlahan dan mencapai tisu ditepi singki dan mengelap tangannya. Selepas mencampakkan tisu ke tong sampah Russel melangkah keluar dan bergerak ke biliknya semula

Sebaik dibukanya pintu suara Damien yang pertama menyapa telinganya.

" Kata tak nak say hi tapi siap peluk lagi..apa tu bro?" Provok Damien sambil gelak. Hendrik yang tak tau hujung pangkal pandang muka damien kemudian muka Russel dan begitulah seterusnya tanpa mengeluarkan sepatah kata

" You Dami kalau nak skodeng, skodeng dari awal sampai habis, jangan skodeng sekerat jalan. Kalau skodeng sekerat jalan dapat cerita macam you la " Marah Russel

" La i terskodeng sekerat jalan nak buat macamana...lain la you bagitau i inadvance yang you nak buat drama sebabak..sure i skodeng dari awal " Damien masih menyakat Russel

" Just stop talk about her, Lets drink" Russel terpaksa letak tanda berhenti untuk perbualan berkaitan Alice sebab dia tahu kalau dibiarkan Damien akan terus menyakatnya

" Okay, if you say so " Jawab Damien sambil meneguk wain digelasnya dengan sekali teguk.