Chereads / WHITE LIE (Malay) / Chapter 9 - ACTUALLY WHAT JULY?

Chapter 9 - ACTUALLY WHAT JULY?

SMITH HOLDINGS

Mr Edgewater bergegas ke kaunter penyambut tetamu sebaik kakinya melangkah di bangunan Smith Holdings. Penyambut tetamu di Smith Holding memaniskan muka bila nampak Mr Edgewater bergerak ke kaunternya.

" Good afternoon Mr Edgewater? May i help you, sir?"

Tanya penyambut tetamu tersebut dengan ramah...

" Can i meet Mr Arthur please?" Jawab Mr Edgewayter tanpa berdolak dalih... dia kalau boleh nak terjah jer ke bilik Arthur tapi kang tak pasal-pasal pulak kena humban ke luar dek security kat sini..

" I m so sorry Mr Edgewater, Mr Arthur tak de kat office sekarang... Mr Edgewater nak tunggu Mr Arthur balik ke office ke?" Tanya penyambut tetamu tersebut bila dia tengok muka Mr Edgewater berkerut-kerut bila dia bagitau bos dia tak de kat office.

" Yes, yes.. i will wait.." Jawab Mr Edgewater tanpa lengah...Aduhhhh..time ni la dia tak de...Mr Edgewater pening memikirkan kenapa Arthur tarik investmentnya.

Lamunan Mr Edgewater dikejutkan oleh bunyi jam di kawasan penyambut tetamu menandakan habis waktu pejabat untuk hari ini..Mr Edgewater nampak pekerja2 di Smith Tower mula keluar meninggalkan bangunan tersebut...Wajah Mr Edgewater berkerut seribu mengenangkan dia tak dapat jumpa Arthur walaupun waktu pejabat telahpun berakhir. Dengan langkah yang tak bermaya dia mula melangkah keluar dari bangunan tersebut.

*******************************************************

PANORAMA KONDOMINIUM

Panorama Kondominium antara kondomium mewah yang terdapat di Kuala Lumpur. Terletak di Persiaran Hampshire..Jaraknya yang hanya sekangkang kera dari KLCC menyebabkan harganya jejak hingga jutaan ringgit.

Johnathan yang duduk santai sambil bersilang kaki di sofa memandang tepat ke wajah July yang nampak macam anak anjing yang takut dimarahi oleh tuannya kerana melakukan kesalahan..Dalam hati Johnathan dia rasa nak ketawa dengan tingkah laku adik kesayangannya tapi dalam masa yang sama dia rasa kecil hati sebab July seakan tidak hirau dengan perasaannya sebagai seorang abg yg begitu sayangkan adiknya dengan merahsiakan kepulangannya ke Malaysia.

" Explain" Suara garau Johnathan memecahkan suasana hening diantara mereka. July memandang Johnathan dan cuba membaca riak wajah Johnathan tapi hapah langsung dia tak boleh agak apa yg ada kat kepala Johnathan sekarang. July tarik nafas panjang dan mula bersuara.

" Actually..actually...." July cuba fikir apa yang patut dia cakap sebab time ni la semua ayat yang dia dah karang tadi kat Sheraton ghaib entah ke mana..

" Actually what July? " Tanya Johnathan tegas dengan wajah yang serius...saja nak tengok reaksi July...Dalam hati ketawa berdekah-dekah.. July tersentak dengan reaksi Johnathan...Kecut perut July dibuatnya.. Aduhhh...mummy tolonggg abg buli July ni..July merintih dalam hati...Mummy? Hurmmm... mmg sah kalau mummy tau mesti mummy piat telinga aku sekarang..July telan air liur..Macam payah pulak nak telan air liur kali ni..macam telan pasir la pulak

" Actually i dah 3 ari balik sini" July cakap perlahan-lahan dan memandang sekilas wajah abangnya..bila nampak tiada reaksi. July sambung ayatnya..

" I tak nak bagitau sebab daddy pernah cakap dia nak i kawin bila i balik sini. I tak nak kawin lagi" July ketap bibirnya bila dia abiskan ayatnya dan memandang wajah Johnathan dengan wajah minta simpati.

" Its daddy...How about me?" Tanya Johnathan sambil mengangkat keningnya dengan wajah yang tak puashati..

" I.... i...takut kalau i bagitau u nanti u bagitau daddy... tu sebab i tak bagitau u" July cuba beralasan.

" Riddiculous! " jerkah Johnathan sambil tercegat bangun dari sofa dengan kedua-dua tangannya tercekak di pinggang dan memandang July dengan mata macam harimau nak terkam mangsanya...July tersentak sampai terangkat punggungnya dari sofa..July ketakutan dan matanya mulai berair...waaaaaa...Mummmy....Airmata mula mengalir ke pipi mulusnya..Bila tengok July menangis macam budak kecik kena buli kat tadika, Johnathan

" Hahahahaha" Johnathan ketawa besar...Terhenti tangisan July dan terkelip-kelip matanya bila dengar ketawa besar Johnathan.. Matanya yang basah dengan airmata memandang wajah Johnathan...

" Tau takut..Baru gempak sket dah melalak..hahaha " Bagitau Johnathan dengan senyum mengejek dan masih dengan ketawanya. July yang sedar dirinya dipermainkan mengetap giginya dan mencapai bantal kecil di tepinya dan membaling bantal tersebut kearah Johnathan..Setan berjambul!!!