Chereads / WHITE LIE (Malay) / Chapter 10 - WHATTTT???

Chapter 10 - WHATTTT???

EDGEWATER ESTATE

Richard Edgewater merenung keluar dari balkoni biliknya..dia tau kalau dia tak boleh dapatkan balik investment dari Smth Holdings dia memang abis kali ni. Kusut fikiran. Kusut sangat-sangat.

"Aku cuma harap aku tak kantoi kali ni..Aduhhh... macamana aku nak cover semua ni" tanpa sedar ayat itu diutarakan oleh bibirnya tanpa sedar..Walaupun apa yg diutarakannya agak perlahan tapi cukup jelas didengar oleh seseorang.

"Adoii". Richard terkejut sambil mengurut bahunya yang sakit bila terasa sesuatu mengenainya ..Hilang terus apa yg bersarang di fikirannya bila terlihat satu kusyen kecik yang tersadai tak jauh darinya. kepalanya di arah kebilik tidurnya dan matanya menangkap wajah bujur sirih yang merah padam..

"Apa pulak yang i buat kali ni sweetheart yang buat muka u macam udang kena bakar tu?" Tanya Richard sambil mengaru kepalanya yang tak gatal..kakinya di arah ke sekujur tubuh didepannya.

" Apa??? oooo...muka i ni macam udang kena bakar la ya???" Jawab Emily sambil tangannya mencapai lagi kusyen dan mula membaling ke arah Richard..Richard mengelak dari balingan isterinya.

" sweetheart...janganlah marah-marah..nanti dapat darah tinggi" Richard memujuk sambil terus mengelak balingan dari Emily.

" Suka la u kalau i dapat darah tinggi..Kalau i mati nanti bolehlah u kawin lain" Emily masih menyinga.

" Jauh na darah tinggi dengan mati tu sweetheart..kawin lain??? hahaha"

"ooo...suka nampak". kali ni bantal pula yg jadi barang balingan Emily sebab tiada lagi kusyen diatas katil

"sapalah nak kawin dengan orang tua macam i ni sweetheart.."

"ooo...kalau ada yang nak..awak sukalah ya" kali ni bantal golek pula dihempuk kepada Richard..Richard tak mengelak bahkan cuma bertahan.

"....." Richard tak tau nak cakap apa...yang pasti dia tau apapun dia cakap dia takkan menang.. Dia tak tau mana Emily dapat idea dia nak kawin lain? Sapalah mangkuk tingkat yang buat cerita sampai Emily jadi macam singa lapar. Kalau dia jumpa pembawa cerita tu tahulah nasib org tu dikerjakannya nanti..

*******************************************************

Selangor Club

Damien Skyler, Russel White dan Hendrik Maines sedang lepak sambil minum. Russel White dan Hendrik Maines juga tergolong antara 7 waris yang terkaya di Malaysia.Selain dari terlibat dengan empayar White, Russel juga di kenali sebagai seorang taikun yang tak berperikemanusian...siapa saja yang cari pasal dengannya pasti takkan ada kesudahan yang baik. Dianugerahkan dengan muka yang hansome tapi cukup kedekut dengan senyum dan bagaikan tidak punya perasaan. Bermata biru, tinggi 6' 2", bersuit biru gelap, memakai jam philippe patex

Hendrik Maines..jika dibandingkan antara mereka bertiga memang lebih kurang sama handsome cuma matanya coklat muda seperti rambutnya yang disikat kemas. seorang yang tak banyak cakap...Walaupun seorang yang pemurah dengan senyuman tapi agak sukar untuk didekati terutamanya wanita..suka tengok dari buka mulut.. Masing-masing kusyuk menikmati minuman diatas meja..segelas demi segelas masuk ke kerongkong masing-masing..

Pelanggan lain hanya tengok dari jauh tapi tak berani mendekati 3 jejaka yang duduk santai disofa ditingkat 2 tu dan sesiapa pun tengok pasti tau bahawa mereka adalah makhluk yg lahir dengan tersedianya sudu emas/perak utk kegunaan mereka.. Semuanya masih berblazer sebab terus ke situ dari pejabat masing-masing..

Sedang masing-masing seronok melayan perasaan dan memerhati gelagat pelanggan yang memenuhi kelab tersebut. Hendrik bangun dari sofa dan tak sempatpun Hendrik mengorak langkah dia dilanggar oleh seseorang. Berkerut dahinya..

" Ahhh" Jerit seorang wanita yang hampir terjatuh tapi Hendrik sempat mengapai pinggangnya dan mengelaknya dari jatuh tersembam. Wanita tersebut yang memakai dress panjang bertali halus terbuka dibelakang membuka matanya dan memandang Hendrik dan dalam sekelip mata kedua2 tangannya memeluk tengkuk Hendrik, menarik Hendrik dekat dengannya dan bibirnya mencapai bibir Hendrik. Bulat mata Hendrik memandang wanita terbabit dan ternganga mulutnya yang memudahkan wanita terbabit meneroka dalam mulutnya. Manakala mata Damien dan Russel bulat memandang pasangan didepan mereka. WHATTTTT?????..Apa dah jadi????