Chereads / Hikayat 6 wira bersaudara / Chapter 5 - Lagenda pahlawan bertopeng tersebar keseluruh pelusuk tanah air

Chapter 5 - Lagenda pahlawan bertopeng tersebar keseluruh pelusuk tanah air

Hang Nadim berdiri dengan gaya pahlawan sambil menunggu tindakan dari pihak musuh. Dalam kekeliruan dengan apa yang baru berlaku dihadapan mata Semutar Dengkil dia tetap dengan pendiriannya, dia menunjukkam isyarat kepada orang-orangnya untuk terus menyerang Hang Nadim walaupun dia sudah berubah rupa.

Mereka semua mula memecut dari tempat mereka berdiri kearah Hang Nadim dengan senjata ditangan mereka dan menghayunnya sekuat hati, Hang Nadim tetap berdiri tanpa tanda-tanda yang menunjukkan yang dia akan mengelak serangan tersebut dan terdengarlah bunyi senjata tajam dihayun sekuat hati dengan bunyi ianya membelah angin dan akhirnya bertembung dan menghasilkan bunyi seperti senjata mereka bertemu dengan seguni besi kursani bertaburan memenuhi keheningan malam, kesemua senjata yang diarahkan ke Hang Nadim kesemuanya patah ibarat dilanggar sebuah gunung, kedengaran jelas senjata mereka pecah berderai.

Akibat perkara yang baharu berlaku kesemua penyamun tergamam dan kaget tidak tahu apa lagi perlu dilakukan, Semutar Dengkil pula terbeliak matanya kaget melihat senjata orang bawahannya tidak lut pada tubuh Hang Nadim.

Hang Nadim menarik nafas sedalamnya dan mula bertindak menyerang kesemua penyamun yang ada dengan masa yang diambil hanya untuk 15 nafas sahaja, kesemuanya jatuh tidak sedarkan diri ke tanah. Terkejut dengan apa yang berlaku Semutar Dengkil kini sedar yang dihadapannya bukan calang-calang orang, tubuhnya mula menggigil ketakutan, peluh dingin mula membasahi tubuhnya membuat pakaian yang dipakainya basah lencun ibarat dibasahi hujan.

Disebabkan dia merasa terancam, semutar dengkil mengatur langkah terakhirnya, mulutnya mula membaca dan membisik sesuatu, terkumat-kamit mulutnya bergerak-gerak disaat sedang dia membaca jampi serapah, terdengar ngauman harimau memecah keheningan malam kampung durian kembar.

"Hahaha...kau telah memaksa aku memanggil datuk harimau gunung dengkil, kali ni kau pasti akan mati!! " hahahahahaha", ketawa semutar dengkil, dalam 10nafas Hang Nadim merasa tanah tempat dia berpijak bergegar seperti dilanda gempa tetapi bukan, seperti sesuatu yang sangat besar berlari menghampiri kawasan tempat dia berdiri lalu Hang Nadim menggunakan keupayaan yang ada pada pakaian Kamen rider melihat dari kejauhan 500 meter terlihat suatu susuk kelihatan seperti harimau tetapi sebesar anak gajah berlari pantas kearahnya, Hang Nadim tahu yang makhluk yang dilihatnya itu bukan harimau betul tetapi siluman harimau atau harimau jelmaan, "wah! main kasar nampaknya dia ni, baiklah kalau macam tu cara kau mahu menunjukkan kekuatanmu aku juga akan tunjukkan kekuatanku juga, Hang Nadim mengeluarkan tali pinggang kamen rider ghost dan dia mengaktifkannya segera dengan simbol tangan, saat dia menggunakan tali pinggang yang lain semutar dengkil sempat melihat pertukarannya selepas Hang Nadim bertukar kepada Kamen Rider Ghost, Hang Nadim secara tiba-tiba hilang dari pandangan Semutar Dengkil membuat semutar semakin kaget dengan keupayaan Hang Nadim, lalu dia mengaktifkan jurus mata halus yang membolehkannya melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Selepas dia menggunakan jurusnya itu dia bertambah terkejut, "siapakah lelaki dihadapanku ini, tidak pernah ku mengetahui akan kewujudan perwira bertopeng ini, dan ini adalah kali pertama aku melihatnya, sungguh aku tidak sangka bahawasanya aku ingat hanya aku lah "gunung yang tinggi disini tapi tidak ku sangka ada lagi gunung yang jauh lebih tinggi dariku", Bisik semutar didalam benak hatinya.

Hang Nadim berada didunia yang lagi satu iaitu dunia ghaib bertarung dengan siluman harimau yang dihantar oleh Semutar Dengkil, Hang Nadim menggunakan Musashi Ghost Eyecon, Aye, Batchirimina! batchirimina! batchirimina! " Kaigan musashi!", "Kerro zukarro chokengo! " Henshin!!!

dengan 2 bilah pedang ditangannya Hang Nadim terus mengaktifkan serangan terakhir, "Dai kaigan Musashi omega drive"!!

Haha macam tulis novel kamen rider ghost pula, Hang Nadim cuma mengambil masa 12 minit untuk menghapuskan siluman harimau tersebut.

Dan muncul semula dihadapan semutar Dengkil lalu berkata," itu sahaja yang kau ada"? tanya hang Nadim yang kini menggunakan set kamen rider hibiki "last form".

Semutar Dengkil melompat ketanah dari jendela tempat dia berdiri, kini sudah tibanya pertarungan dengan " last boss "

Semutar dengkil menggenggam erat kedua-dua tangannya dan terlihat mulutnya terkumat kamit membaca banci serapah dalam hela 10 nafas badan dan wajahnya berubah bentuk seakan akan manusia harimau, dia menjadi harimau jelmaan, dari paras dadanya pakaiannya sudah terkoyak dek kerana perubahan saiz tubuh badannya, kelihatan taring panjang seperti harimau mula tumbuh keluar dari gigi asalnya, kuku ditangan menjadi seperti cakar harimau, kelihatan ekor juga keluar dari celahan seluarnya yang tampak kelihatan ketat apabila otot dikaki dan pehanya mengembang.

Hang Nadim menjadi kelu apabila melihat perkara mistik berlaku secara langsung dihadapan matanya. Setelah berubah sepenuhnya Semutar Dengkil mula menerkam kearah Hang Nadim, Nadim tepis terkaman Dengkil dengan lututnya tetapi dia tidak sedar daya kekuatan terkaman itu membuat tubuhnya tercampak 50 kaki kebelakang,"fuh, kuat betul serangan dia, nasib baik aku pakai baju kamen rider ni".

"Kuat sungguh kekuatan seranganmu ya, semutar dengkil". " Aku rasa aku nak cuba guna kuasa kamen rider agito, hehehe..."

Dia mula membuat gaya tangan teknik pertukaran agito, "flame form" henshin "burning form" ultimate "shining form" mereka saling berbalas serangan demi serangan ternyata semutar dengkil setelah berubah kepada harimau jelmaan kekuatannya bertambah berlipat kali ganda, tetapi Hang Nadim, tetap bersahaja menentang kemaraan semutar dengkil, mereka berbalas serangan bertubi- tubi tendangan dan tumbukan dilepaskan kesemuanya Hang Nadim tepis dengan mudah, disaat mereka sedang leka bertarung, kawasan perkampungan kampung durian kembar sudah mula dipenuhi ramai orang ternyata separuhnya ialah penduduk kampung yang datang melihat pertarungan Hang Nadim dan Semutar Dengkil, tetapi yang separuhnya kelihatan seperti pembesar istana dan hulubalang istana, mereka mula mengerumuni kawasan sekeliling berdekatan dengan rumah Tok Ipin, semuanya memerhati sahaja dari jauh pertarungan tersebut, ternyata pihak istana sudah lama memburu semutar dengkil dan ianya berakhir dikampung durian kembar tapi malangnya mereka tiba lewat dari yang sepatutnya.

Kini pihak pembesar yang datang itu ialah anak kepada Temenggung Ibrahim iaitu Tengku Said Saifuddin anak pertama Temenggung Ibrahim yang juga mempunyai kuasa diatas sempadan dan mukim kampung durian kembar, mereka hanya memerhatikan sahaja dari jauh pertarungan Hang Nadim dan Harimau jelmaan Semutar Dengkil.

Hang Nadim sudah mula membiasakan dirinya dengan kekuatan dan keupayaan Semutar Dengkil dan memutuskan untuk mengakhiri pertarungan itu sekarang juga, dia membuat gaya ditangan, terlihat tali pinggang yang dipakainya berputar sambil mengeluarkan cahaya seakan-akan api yang membara, "Kamen Rider final attack", terdengar suatu suara yang tidak diketahui asalnya, kaki kiri Hang Nadim mula mengeluarkan aura api yang membara dan meluncur laju ke arah Semutar Dengkil, " Kamen Rider Final Attack", "Agito Kick"!.

Sekilas pandangan mereka yang hadir disitu terhalang dek cahaya terang hasil serangan terakhir apabila daya pandangan mereka kembali seperti biasa Hang Nadim sudah berdiri 25 kaki dibelakang Semutar Dengkil, kelihatan Semutar Dengkil menjadi lemah secara tiba-tiba akhirnya tersungkur ketanah, tidak sempat hulubalang istana mahu menangkap Semutar Dengkil tubuhnya secara tiba-tiba meletup berkecai menjadi cebisan kecil, maka tamatlah riwayat semutar dengkil hasil serangan dari Hang Nadim, kini kesemua orang kampung memandang tinggi kepada Hang Nadim kerana dialah wira penyelamat kampung halaman mereka dari terus menjadi mangsa rakus manusia berhati binatang bernama Semutar Dengkil.

Pihak dari istana pula tidak berani mendekati Hang Nadim setelah melihat kekuatannya tetapi tidak pada Tengku Said Saifuddin, dia terus melangkah dengan beraninya menuju ke arah Hang Nadim tanpa rasa takut sehingga dia berdiri dihadapan Hang Nadim, " Siapakah kamu wahai pendekar"?.