Chereads / Neo : Mimpi Semalam / Chapter 119 - 9 Malam

Chapter 119 - 9 Malam

Waktu di Zuria kini mencecah pukul 8.55 minit malam dan Shahril sedang berdebar menunggu detik 9 malam yang bakal tiba kurang lima minit dari waktu yang ditunjukkan. Doktor Sarah masih seperti tadi. Dia merayu-rayu kepada Shahril agar melepaskannya dari bilik bawah tanah yang menyesakkan itu. Tetapi Shahril tidak mengendahkannya. Dia tetap mahu menanti detik sembilan malam.

"Bos. Kesianlah dia bos. Tak baik bos buat dia macam ni" Jien tidak sampai hati melihat wanita separuh abad itu diperlakukan sedemikian.

"Ni yang aku tak suka dengan kamu berdua ni. Lembut hati sangat. Harap badan je besar." Shahril memarahi Jien dan Im.

"Kau tengok. Kau yang banyak mulut. Aku juga yang kena" kata Im yang patuh kepada arahan Shahril kepada Jien. Dalam masa yang sama, Shahril tetap menunggu tibanya detik pukul 9 malam. Dia sudah merancang sesuatu pada pukul 9 malam ini. Dia ingin menyelesaikan segala-galanya hari ini. Dia tidak mahu menunggu lagi.