Chereads / Neo : Mimpi Semalam / Chapter 120 - Ayame

Chapter 120 - Ayame

Ayame,

Perkara buruk berlaku hari ini. Ketika itu, jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Pak Cik Lan dan ibu bergaduh sekali lagi. Walaupun ini bukan kali pertama mereka bergaduh. Tetapi naluri aku sudah lama mengatakan yang ada satu perkara buruk yang akan berlaku. Cuma aku tak tahu apa yang bakal berlaku. Pertengkaran mereka kali ini sangat dasyat. Dari dalam bilik, aku dapat mendengar Pak Cik Lan mula memukul ibu. Aku juga dapat mendengar barang-barang pecah. Bermacam-macam perkara yang diungkit. Aku tidak tahan mendengar pertengkaran mereka. Aku bimbang apa yang akan dikatakan oleh jiran-jiran di sebelah rumah. Pasti mereka bersangka buruk kepada keluargaku. Aku ingin lihat apa yang berlaku di luar kerana ia kedengaran amat serius. Tetapi, aku takut. Aku takut Pak Cik Lan akan memukul aku. Tetapi aku tidak tahan mendengar pertengkaran itu. Ianya bagaikan tidak akan berhenti. Aku memberanikan diri dan perlahan-lahan aku membuka pintu bilik ku itu. Aku lihat, Pak Cik Lan sedang mencekik batang leher ibu. Ibu cuba melepaskan genggaman itu namun, tidak boleh. Aku dengan pantas keluar daripada bilik itu dan memukul-mukul Pak Cik Lan daripada belakang. Aku memintanya melepaskan ibu. Dia menolakku dengan kuat dan aku terjatuh ke lantai. Kepalaku terhentak ke atas lantai dan ianya berdenyut-denyut. Pak Cik Lan membuka tali pinggang yang dipakainya dan mula memukulku. Aku menjerit-jerit meminta dia menghentikan perbuatannya itu. Namun dia lansung tidak menghiraukannya. Ibu yang sedari tadi mengurut-urut batang lehernya yang sakit itu pula bangun dan pergi ke arah Pak Cik Lan. Dia juga meminta Pak Cik Lan menghentikan perbuatannya itu. Dia tidak sanggup melihat aku dipukul sedemikian rupa. Ibu tiada pilihan lain, dia pergi ke dapur dan mengambil seutas tali. Setibanya dia di ruang tamu, dia bergegas pergi ke arah Pak Cik Lan dan perlahan-lahan dia menjerut leher lelaki itu. Dia meminta Pak Cik Lan melepaskan aku, jika tidak dia akan mengetatkan lagi jerutannya. Namun, Pak Cik Lan tidak mahu mengalah. Dia tetap tidak melepaskan cengkamannya pada leher aku. Ibu pula semakin kuat menjerut leher Pak Cik Lan. Aku dapat merasakan yang cengkamannya semakin renggang dan perlahan-lahan dia melepaskan aku. Aku masih merasa sakit akibat jerutannya itu tadi. Ibu menjerit namaku dan pergi menenangkan aku. Aku juga menenangkan ibu dan memberitahunya yang aku tidak apa-apa dan masih dalam keadaan baik. Kami berdua memandang ke arah Pak Cik Lan yang terbaring dengan mata yang terbeliak. Dia langsung tidak mengelipkan matanya. Ibu cuba menggerakkan tubuh Pak Cik Lan. Tetapi Pak Cik Lan tidak memberi respon. Kami saling berpandangan. Kali ini, ibu cuba memeriksa nafas dan nadi Pak Cik Lan. Dia sekali lagi memandang ke arah aku. Dia katakan yang Pak Cik Lan sudah tiada lagi. Aku faham apa yang ibu maksudkan. Dia cuba memberitahu aku yang Pak Cik Lan sudah mati. Dia mati akibat jerutan ibu tadi. Aku dan ibu menjadi panik.. Ibu cuba memikirkan sesuatu untuk dilakukan. Ohh…nampaknya Pak Cik Lan 'pergi' tidak seperti yang aku inginkan…