Chereads / Neo : Mimpi Semalam / Chapter 13 - Wajahnya seakan-akan...

Chapter 13 - Wajahnya seakan-akan...

Muzik Dance kegemaran Marina bergema dengan kuat sekali di dalam kereta. Dia memandu sambil menyanyikan lirik-lirik lagu yang berkumandang. Hatinya berasa begitu senang sekali, konvensyen yang sepatutnya diadakan di Seranas pada minggu itu ditunda ke minggu hadapan. Dia merancang untuk berehat-rehat sahaja esok di rumah. Sampai sahaja di hadapan pangsapuri Seri Damai, dia membelok masuk ke perkarangan pangsapurinya dan mencari ruang kosong di kawasan parkiran. Sejurus selepas memarkir kereta, dia dengan perlahan melangkah keluar. Beg tangannya diambil dan langkahnya dimulakan satu persatu menuju ke lobi pangsapuri. Tangannya menghayun-hayun kunci kereta yang dipegangnya. Tidak semena-mena, kakinya tiba-tiba terpelecok dan kunci yang dihayunkannya itu terlepas. "Ouch!" Marina menjerit. Dia mengurut-urut kaki kirinya. Pandangan Marina tiba-tiba beralih ke arah kereta putih yang menyusur laju melepasi lobi pangsapuri. Dia dapat mengecam kereta itu. Sejak beberapa minggu, ke mana sahaja dia pergi, kereta itu pasti kelihatan. Namun, apa yang menghairankannya adalah pemandunya. Wajahnya seakan-akan…