Chereads / GELORA CINTA / Chapter 2 - ALONG TOLONGLAH

Chapter 2 - ALONG TOLONGLAH

Ann : we need to talk Adrian !!! only you and me !!!

Ean : Apa....

Ann : Aku tak kenal kau dan aku pasti kau pun tak kenal aku kan !! Aku tak tahu kenapa dan apa yang dah berlaku sampai kau sanggup nak kawin dengan aku ...

Ean : Saya boleh jelaskan Ann...Sebenarnya....

Ann : Tak .... kau tak perlu jelaskan dan kau tak layak pun sebut nama aku....Aku akan setuju dengan perkahwinan ini tapi dengan bersyarat ...

Ean : Apa syarat awak ?

Ann : Syarat pertama kau tak boleh sentuh aku ..syarat kedua kau tak perlu tahu langsung tentang aku .... dan syarat terakhir semua yang tahu perkahwinan ni tak boleh bagitahu sesiapa pun...perkahwinan ni hanya boleh dibagitahu bila aku berumur 25 dan kau umur 27.. tu pun kalau perkahwinan ni kekal ....

Ean : Say...

Ann : Jika kau langgar semua syarat aku maka terjatuhlah talak satu pada aku !!

Ean : Apa ... kenapa perlu tunggu sampai umur 25 .. 27 bagai ??? kenapa semua orang tak boleh tahu ?

Ann meninggalkan Ean tanpa menjawab persoalannya.Ann dengan muka yang marah menuju kepada Encik Khaliq dan berkata jika Adrian tak setuju dengan syarat Ann ... Ann takkan bersetuju ...

Encik Khaliq : Jadi Ann nak biarkan Arisha ...

Ann : Encik Khaliq kalau awak tak boleh nak ikut syarat saya tak pe saya pun tak nak kawin dengan dia ..

Encik Khaliq : Jadi ...

Ann : Saya tak kesah la...Dia cuma kakak saya kalau Encik Khaliq susah sangat nak bersetuju sangat jadi biar jer dia mati ... tuu kan yang you nak Encik Khaliq !!

Encik Khaliq : Ann Ariana jangan kurang ajar dengan ...

Ann : Ape daddy ?!??!! daddy orang lain bukan macam you !! daddy orang berikan yang terbaik untuk anak dia tapi you !?? you hanya mampu hancurkan masa depan anak you jer Encik Khaliq !!

Encik Khaliq,Puan Aminah dan semua yang mendengar kata kata Ann terpaku tanpa mampu mengeluarkan kata kata...Ann Ariana yang mereka penuh dengan keayuan dan sopan santun kini bertukar menjadi seorang yang tidak dapat digambarkan kerana kemarahannya .... Adrian cuba membranikan diri dan berkata " Saya setuju dengan semua syarat awak ... " Encik Khaliq menyambung dan berkata " kamu akan kawin dengan Adrian hari jumaat 14.07.2014 iaitu lusa ... " Bila mendengar hari dan tarikh perkahwinannya hati Ann terasa bagai dipijak pijak sakitnya .... tetapi dia tetap menguatkan diri dan berkata " baiklah saya harap pembedahan dijalankan seperti yang dijanjikan ... dan tak lupa Encik Khaliq saya harap awak dengar betul betul apa saya nak cakapkan ... Selesainya perkahwinan ini maka pertalian saya dengan awak terhenti !!! awak bukan lagi ayah saya ... !!!

Selepas Ann melemparkan kata kata yang membuatkan Encik Khaliq terpaku Ann terus melangkah dengan cepat dan mengambil anak kunci kereta dari pak cik Man dan terus menuju ke kereta .... Ann tanpa berpaling terus memasuki kereta BMW gold yang mewah....Walaupun Ann tidak mempunyai lesen memandu tetapi dia tetap memandu selepas Abang Ngah iaitu Ammar yang mengajarnya memandu agar senang keluar membeli barang untuk Puan Aminah jika ketiadaanya di rumah....Ann memandu dengan laju dan berhenti di tepi jalan dan menangis dengan kuat ....

Dia mengambil telefonnya dan terus menelefon Abang sulongnya iaitu Aniq yang berada di LONDON untuk menghabiskan tahun akhir sebagai seorang pelajar.... " dring dring ... Aniq meraba raba mencari telefonnya dan melihat jarum jam sekarang pukul satu pagi ... Aniq mengangkat telefon dan terus terasa berdebar apabila terdengar tangisan adik bongsunya,Aniq terus bertanya "kenapa ni Ann sayang apa yang berlaku ??" " Along ....Ann tak nak .." Setelah mendengar Aniq terasa seperti jantungnya ingin keluar Aniq menarik nafas dalam dalam dan bertanya sekali lagi " Kenapa ni Ann cakap abang dengar ni sayang abang ?'" Ann menangis dan berkata daddy .... setelah mendengar nama daddy Aniq terasa tenang sedikit tapi masih rasa tak sedap hati dan sekali lagi bertanya " kenapa dengan daddy sayang .. daddy marahkan Ann ? ." Along daddy paksa Ann kawin .... Aniq yang mendengar terus terasa bagai nak gila ..." apa tapi kenapa .... kenapa sampai perlu kawin " Ann tak tahu kenapa daddy sanggup paksa Ann kawin ... Ann dah cakap tak nak tapi daddy ... Along tolonglah Ann tak tahu nak buat macam mana lagi tolonglah along tolong lah Ann semua orang suruh Ann kawin termaksud Angah dengan Mama ...

Aniq yang mendengar tangisan dan permintaan Ann terduduk dan terus mengalirkan air mata ... semasa Aniq cuba mengeluarkan kata kata sambungan telefon terputus kerana Ann kehabisan bateri telefon....

Aniq terus menekan nombor telefon dan menefon Ann tetapi telefon Ann tidak dapat dihubungi ... Aniq terus menelefon Ammar ... Ammar mengangkat dan Aniq terus bertanya apa yang berlaku di sana sehingga adik bongsu mereka perlu berkahwin....Ammar terus menceritakan dan memberitahu perkara yang telah menimpa Arisha yang terlantar di Hospital akibat ditikam oleh seseorang lelaki misteri yang ingin mengahwini adik bongsu mereka kerana itulah Encik Khaliq memutuskan agar Ann berkahwin dengan anak lelaki sahabat baiknya iaitu anak Encik Azman yang telah lama menyukai anaknya Ann ... Selepas mendengar penjelasan Ammar Aniq tetap tidak bersetuju dengan apa yang berlaku " kenapa kita perlu mengorbankan masa depan adik kenapa perlu berkahwin daddy kan orang kaya kenapa tak upah bodyguard kenapa tak guna cara yang lojik perkahwinan tu adalah pilihan terakhir along tak setuju bagitahu daddy batalkan perkahwinan ini ... Ammar memaklumkan kepada abangnya bahawa perkahwinan ini takkan dibatalkan tarikh dan hari sudah ditetapkan angah tak boleh nak paksa daddy along ...along kenal daddy macam mana kan along jer harapan adik sekarang ini ...Aniq : bila perkahwinan akan berlangsung .... Ammar:Sehari dari sekarang ...

Setelah mendengar Aniq terus menelefon kawannya yang bekerja di kaunter tiket kapal terbang ... Setelah kawannya mengangkat Aniq terus bertanya tentang tiket untuk pulang ke Malaysia dengan segera? Tiba tiba muka Aniq berubah dan Aniq menjadi tak tentu Arah kerana kawannya memberitahu tiket kapal terbang untuk ke Malaysia hanya ada penerbangan malam besok jika penerbangan malam mungkin tidak sempat sampai untuk membatalkan perkahwinan adiknya.

Sampai di rumah Ann terus masuk ke bilik dan memikirkan keputusannya yang akan mengubah terus kehidupannya dengan satu lafaz .... Ann menarik nafaz dalam dan menuju ke bilik air untuk mengambik wudhuk .... Selesai mengambil wudhuk Ann mencapai kain sembahyang untuk menunaikan solat isya' dan solat hajat untuk meminta Allah S.W.T memberikan petunjuk dan penyelesaian masalah yang menimpanya dengan sekelip mata hidupnya akan berubah....