Dengan sekali lafaz Ariana sah menjadi isteri Adrian .....
Tiada kata kata mahupun air mata yang mampu Ariana keluarkan lagi ...
Majlis perkahwinan tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat Adrian dan Ariana sahaja ....
Pintu Utama rumah Encik Khaliq kemudian ditolak dengan tiba tiba...semua memandang ke arah pintu dan bayangan seorang lelaki yang dikenali Ariana muncul dengan rasa kecewa apabila tidak mampu menghalang perkahwinannya. ...
Ariana kemudian melemparkan senyuman dan Adrian menyarungkan cincin pada tangan Ariana ...
Aniq " Maafkan Along " Ariana mendekati Abangnya dan berbisik " semuanya dah selesai .... semua dah musnah " Ariana mencium tangan mummy dan papa Adrian lalu menuju ke biliknya .....
Aniq "" kenapa !? kekecewaan yang tidak mampu diungkapkan kerana dia tidak mampu menghalang kehancuran adiknya .... Aniq kemudian mendekati Encik Khaliq lalu menitiskan air mata. " kenapa .... kenapa ....kenapa daddy buat semua ni... along tak pernah lawan cakap daddy along tak pernah pertikaikan keputusan daddy tapi semua ni dah keterlaluan .... dia masih pelajar kenapa ?
Encik Khaliq " ini yang terbaik Aniq ... you baru sampai pergilah rehat " Aniq dengan rasa tidak puas hati berkata " dah tak boleh berfikir waras ke daddy ... daddy cukup....cukuplah buat keputusan untuk kami .... yer kami tahu kami anak daddy tapi daddy pun perlu tahu kami ada hati ada perasaan bukan macam daddy tak ada perasaan "
Encik Khaliq terpaku apabila Aniq yang selalu menuruti kehendaknya sekarang meninggikan suara kepadanya .... " daddy tahu apa yang daddy buat ... kamu akan faham suatu hati nanti .... " tak ... Aniq dah lama cuba faham daddy tapi sampai sekarang Aniq masih tak faham apa yang daddy nak .... "
Dengan penuh kekesalan Aniq kemudian mengikut jejak Ariana ....