...knok knok ... ketukan pintu yang lemah kuat membuatkan Ann tersedar dari tidur...." Adik angah minta maaf sayang angah tak tahu nak buat apa angah buntu angah sayangkan adik adik angah ... angah tak nak kehilangan sesiapapun " Ammar memeluk adik bonsunya dengan erat dan mengalirkan air mata tanpa henti dan tiba tiba pelukan erat dilepaskan oleh Ann ... " Ann tak pernah tak sayaangkan keluarga kita ... tapi apa yang akan berlaku lepas ni mungkin akan hilangkan rasa sayang Ann pada daddy and your all " ... Ann meninggalkan Ammar dan mencapai kunci kereta .... Ann dengan langkah yang besar menuju ke pintu utama untuk keluar menenangkan fikiran ....
Namun langkahnya terhenti apabila terdengar panggilan Encik Khaliq " daddy mahu berjumpa seseorang " Ariana tanpa menyoal terus mengikuti langkah Encik Khaliq... tiba diruang tamu mata Ariana terbuka luas dan hatinya yang beransur tenang kembali sakit apabila melihat pereka fesyen yang terkenal menunjukkan baju dan berkata " ini baju kamu Cik Ariana saya harap awak menyukainya " .... Ariana mendekati pereka fesyen itu dan melihat baju gaun putih yang sangat cantik itu dengan pandangan yang mungkin akan menyakitkan hati pereka fesyen tersebut ... " cantik , baju ni juga terlalu sempurna tapi sayang ia hanya gambaran luaran semata mata ..." Ariana melihat Encik khaliq dan melemparkan senyuman sinis yang mengambarkan kebenciannya terhadap perkahwinan yang akan berlangsung besok ...
"Ariana !! sayang Daddy buat semua ni sebab daddy sayangkan kamu ....Encik khaliq cuba memegangg bahu Ariana dan memandangnya dengan tenungan agar Ariana memahami keputusannya " namun dengan perlahan Ariana melepaskan tangan insan yang begitu menyanyanginya " tak ... daddy tak sayangkan Ann .. Daddy taak pernah pun sayangkan Ann " Ariana meninggalkan ruang tamu sambil memandang Puan Aminah dengan pandangan yang penuh dengan kesedihan namun langkah Ariana berterusan menuju ke pintu utama rumah banglo Encik Khaliq ...
Setelah pereka fesyen itu pulang Encik khaliq melabuhkan punggung di atas sofa yang empuk itu sambil menutup mata ..." Abang apa yang kita cuba buat ni ... abang tak rasa salah ke ? Ariana anak bongsu kita abang !! dia masih remaja dia ada impian dia..
" saya pun harap semua ni hanya mimpi "
Abang kita masih sempat untuk batalkan perkahwinan ni kan !?
Puan Aminah terkejut apabila Encik khaliq memegang bahunya dengan begitu ketat dan berkata " awak dah lupa apa yang awak nampak ke Aminah ? Saya takkan batalkan perkahwinan Ariana dan Adrian ! dan perkahwinan ni bonda tak perlu tahu kalau bonda tahu tentang perkara ni saya akan.....k"
"Tapi abang tahu kan yang bonda akan tahu perkara ni abang kenal bonda abang macam mana kan ... "
Encik khaliq resah apabila terfikir tentang bondanya yang mampu merubah hidupnya dengan hanya sekelip mata jika dia melukakan Ariana iaitu cucu kesayangan Puan Sri Maimon ...
....harta Puan Sri Maimon tidak dapat dibayankan namun kekayaanya datang dari usahanya dan arwah suaminya yang gila bekerja dari dulu sehingga sekarang walaupun umurnya hampir mencecah 70 tahun pada akhir tahun tahun ini.Kebijaksaan,kekayaan dan kehebatan dalam menguruskan syarikat syarikat yang bertaraf antarabangsa diakui ramai ... namun Puan Sri maimon tidak pernah memandang rendah terhadap orang miskin tetapi Puan Sri Maimon mempunyai sikap tidak mudah mempercayai sesiapa pun kecuali cucunya Ariana.Walaupun Puan Sri Mainmon mempunyai dua anak lelaki,tiga anak perempuan dan dua puluh enam cucu namun hanya Ariana yang mampu menarik perhatiannya dengan kebijaksaan,kebaikan dan kelakuan Ariana 99% sama dengan arwah suaminya Tan Sri Khan .