" pertama sekali , saya nak mintak maaf andai kata bila awak dah dapat dan baca surat ni itu bermakna saya dah pergi jauh dari sini . saya mintak maaf sebab tak dapat jumpa awak untuk kali yang terakhir . saya mintak maaf tak dapat bagitahu awak yang saya nak pergi dari sini . semuanya berlaku dengan cepat . saya mintak maaf tak dapat pergi ke majlis perpisahan yang kita berdua memang dah lama janji nak pergi . saya mintak maaf tak dapat pergi majlis prom yang kita selalu cakap nak pergi . harap awak maafkan saya . saya tak harapkan awak untuk percaya saya . saya tak harapkan awak untuk faham apa yang saya buat . saya menderita dekat sini jadi saya buat keputusan nak pergi dari sini . jangan risau . saya ada jumpa orang yang baik hati . dia yang tolong saya segalanya . saya nak bagi nombor contact dia dekat awak . tapi tak boleh . hanya surat ni je boleh . saya mintak maaf . saya memang kena pergi . ini surat terakhir saya untuk awak. tolong jangan cari saya . saya taknak jumpa sesiapa yang saya kenal . saya mintak maaf . selamat tinggal ryan . saya sayang awak . " crystiana membaca surat itu dengan teliti sebelum menyelitkannya kembali di dalam buku itu .
" dekat mana ryan sekarang eh? apa yang dia buat sekarang ni? mesti dia ada girlfriend . dulu dia suka cakap yang dia nak bercinta " ucap crystiana sambil tersenyum lalu memandang ke luar tingkap biliknya . dia kemudian membuka almarinya . baju baju sewaktu masa remajanya juga kebanyakan masih lagi disimpan di almari itu .
"rosi'e ? rosi'e . mari turun sayang . mama dah siap masak ni "panggil puan rannia kepada crystiana .
"okay . kejap lagi rosi'e turun . " balas crystiana lalu menutup pintu almarinya dan segera turun menemui ibunya .
"ting tong ting tong ting tong " bunyi lonceng yang ditekan berkali kali menyebabkan bunyinya tidak berhenti berbunyi
"siapa yang berani tekan macam tu sekali ni . rosi'e pergi duduk makan dulu . mama nak pergi bukak pintu" ucap ibunya lalu segera keluar untuk membuka pintu pagar . suara tetamu yang datang jelas kedengaran sehingga didengari crystiana.
"auntie . kenapa auntie lambat sangat buka pagar . saya dah tak ada masa dah ni . saya dah lambat nak pergi kerja . ni barang barang ni saya bagi untuk auntie for fast recovery gitu okay . lepasni saya dah tak datang datang lagi nak jenguk auntie for my mom ok . saya sekarang ni sibuk sangat . saya ada banyak show sana sini ." ucap lena namun matanya tiba tiba tertacap di kasut yang diletakkan di pintu luar rumah manakala crystiana berjalan menghampiri tingkap di mana ianya boleh mendengar dan melihat perbualan mereka dengan jelas.
"siapa ? aku macam pernah tengok muka dia. aku tak rasa dia satu sekolah dengan aku . siapa eh . " ujar crystiana dengan perlahan sambil melihat wajah lena di sebalik langsir tingkap
"eh auntie ada tetamu ke ? siapa yang datang?" soal lena lalu memanjangkan lehernya untuk melihat tetamu yang berada di dalam rumah manakala puan rannia pula langsung menghalangnya.
" bukan siapa siapa pun . kamu kata kamu busy tadi. cepatlah pergi kerja nanti terlambat" ujar puan rannia supaya lena beransur pergi.
"auntie . auntie baru halau lena ke ? auntie ingat lena tak tahu siapa yang datang?" ucap lena yang membuatkan darahnya berderau .
"sss..siapa yang datang ?" soal nya dengan tergagap gagap.
"tu . kasut tu . kasut idaman lena . auntie tahu betapa mahalnya kasut tu ? hanya ada 10 pasang je dekat dunia ni tau . jadi tak mungkin kasut tu auntie punya. menunjukkan orang tu millionaire . jadi auntie tak nak kenalkan ke dekat lena ? lena kan dalam dunia industri . auntie takkan taknak senangkan lena . " ucap lena lalu membuat muka comelnya untuk memujuk ibu saudaranya manakala crystiana yang melihatnya langsung membuat muka menyampah dan bergerak ke ruang dapur kembali . namun tiba tiba kakinya berhenti bergerak .
"macam mana kalau dia tiba tiba masuk?" desis crystiana dengan perlahan.
" lain kali lah eh . sekarang tak boleh . dia pun ada banyak kerja "
" lena tahu list siapa yang beli kasut tu . so siapa dia ? bagi je tahu nama dia . lena kenal semua yang beli tu" ujar lena lagi dengan memaksa
"err .."
" lena masuk dulu" ucap lena lalu segera memasuki rumah makciknya apabila melihat makciknya tergagap gagap dan tiidak mahu memberitahunya.
" lena . lena . lena ."
jenna mempercepatkan langkahnya dengan laju meninggalkan edward di belakangnya kerana tidak mahu berjalan berseiringan dengannya
"haish . kenapalah dia ikut sekali. aku dahlah seram dengan mamat tu . asal nampak aku je dia senyum .ergh dia pervert ke ? creepynya " ucap jenna dengan perlahan sebelum bahunya disentuh oleh seseorang. kepalanya dengan pantas menoleh .
" y..you ?! . fuhhh . okay . tell me . edward . what did you want from me . you were following for an hour already . say it ." ujarnya kepada edward.
"i want to be friend with you " balas edward lantas jenna mengerutkan keningnya.
" im sorry . you kind of creepy for me . lets just be an acquaintance . not to close . "
"im not creepy . im a good person . i do alot of good deed . " ucap edward dengan bangga sambil jalan beriringan dengan jenna manakala jenna memandangnya dengan pandangan yang jelek .
"oh my god . dia jenis yang angkat bakul sendiri rupanya ." ucapnya di dalam hati
" so where is the next shopping mall did you want to go?" soal edward lalu menarik tangan jenna menuju ke keretanya
" why are you touching my hand ? yy..you better stop it . i might be thinking you like me huh . hey edward"
"think whatever you want . i will like it anyway ."
"edward . im sorry to ask you this . are ... are you actually crazy ?" soal jenna dengan membuat wajah kesian.
"dont worry . i have a friend who is a doctor . i think he can help you" ucap jenna lagi
lena memasuki rumah makciknya dengan pantas lalu mencari cari tetamu yang berada di rumah itu dengan teliti . usahanya tidak menunjukkan sebarang keberhasilan apabila dia tidak mencari sebarang tetamu atau perkara yang mencurigakan .
"auntie . apa auntie ada jumpa dengan ryan ke ?"soal lena kepada puan rannia.
"siapa ?"
"ryan . anak kawan baik makcik dulu tu ."
"kenapa kamu sebut nama dia ?"
"makanan yang auntie masak tu untuk dia kata?"
" apa yang kamu cakap ni?"
"lena terserempak dengan ryan dekat luar tadi . dia lalu dekat kawasan ni . auntie jujur dengan lena . apa auntie ada scandal dengan dia?"
" merepek apa kamu ni . dah keluar . kamu kata kamu busy tadi . sudah pergi kerja sana "
"tch . saya pun taknak singgah lama lama lah dekat sini . huh" ucap lena lalu segera memasuki keretanya dan menderu pergi dengan pantas. puan rannia lalu menghembuskan nafasnya dengan lega dan kembali menuju ke ruang dapur.
"mama minta maaf . dia anak sedara mama . kamu dulu pernah berjumpa . kamu mesti ingat dia . nama dia lena" ujar ibunya
"rosi'e tak ingat . " balas crystiana pendek
"oh ye tak ye . lena bagitahu mama yang dia terserempak dengan ryan dekat kawasan luar" ucap ibunya lagi yang membuatkan crystiana terkejut.
"apa yang mama cakap ni . ryan mana?"
"kamu tak ingat ? kamu selalu balik sama sama dengan dia masa sekolah dulu . dia rajin datang sini bawa gitar dulu ."
"ryan ?!"
crystiana berlari keluar daripada halaman rumahnya dengan sangat pantas dan menuju ke kawasan luar tamannya . matanya melihat dan mencari cari kelibat milik ryan . dia akhirnya berhenti berlari apabila sudah kehabisan oksigen untuk bernafas . dadanya tercungap cungap kepenatan .
"betul juga . kenapa aku kena cari dia ? aku yang tinggalkan dia . kenapa aku kena cari dia ? dah lama aku tinggalkan dia . dia mesti dah tak ingat aku . sedarlah sikit crystiana ." ucap crystiana kepada dirinya sendiri . bersama kaki yang longlai , dia mengheret kakinya menuju kembali ke rumah agamnya .